novela the curious case of whatever 14

Part 14

Act 66 – Loki is the name! 



Blade menyumpah kuat dalam hati. Menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi. Entah kenapa dia terasa begitu bodoh kerana bermain dalam permainan yang dicipta Loki. Sepatutnya dia tahu bahawa semua yang dikatakan oleh Loki itu cumalah perangkap semata-mata. Semuanya untuk menukarkan keadaan menjadi 180 darjah seperti apa yang terjadi sekarang. Ah, sial kau, Loki! 

“Pandai betul kau berlakon rupanya,” kata Blade dengan perut yang senak ditumbuk sekejap tadi. Orang disebelah sana hanya tersenyum menang, walaupun sedikit. 

Loki tahu yang dia bukannya selamat lagi sekarang. Blade mungkin masih punya helah lain untuk menghalangnya keluar dari sini hidup-hidup. 


Imbas kembali… 

“I’m new. Loki’s the name.” 

Salam yang terhulur tidak disambut. Ah, gila ke apa Loki ini, nak berhemah sangat buat apa. Macamlah kau itu orang baik nak berjabat tangan siap bagai. Lupakanlah, Loki! 

“Eh, biadap tahu tak, tak sambut salam orang,” kata Loki dalam nada memprovok. Blade memandang dengan pandangan yang seakan terganggu. Selain daripada tidak mahu menyambut huluran tangan Loki untuk bersalam, Blade juga punya kedua-dua belah tangan menggenggam pistol. Macam mana hendak disambut salam kalau iya pun. Bodoh agaknya si Loki ini. Sejenak itu yang difikirnya dalam hati. 

“Okaylah, let’s get down to business…” 

Bam! Sekali lagi bunyi tembakan kedengaran. Kali ini mangsanya betul-betul lantai beberapa inci dekat hadapan kaki Loki. Ahh, Loki sebenarnya sudah hampir hilang sabar dengan Blade yang bukan main suka bermain dengan senjata api itu untuk mengugutnya. 

“I don’t remember agreeing with you on anything. So, keep your distance,” tingkah Blade sebelum Loki mampu berkata apa-apa. Loki yang sudah siap sedia hendak memaki hamun Blade dek kerana perangainya yang suka sangat menembak itu terdiam, terlupa hendak berbuat begitu. 

“Heh, berapa banyak sangatlah yang Raphael dah bayar kau sampai kau nak setia sangat dengan dia? Cuba kau bagitahu aku?” provok Loki. Walaupun di wajah Blade kelihatan tidak ada yang terkesan langsung tetapi Loki tahu pasti ada yang menyentuh rasa ingin tahu Blade. Dia yakin bukannya semua benda Blade tahu dalam kumpulan itu. Terutamannya ‘benda’ yang menjadi rebutan itu. Mengikut perjanjian mereka, Raphael patut mendapat sesuatu increment daripada Tiger tetapi increment dari segi apa? 

Apa yang diketahui oleh Blade hanyalah, increment itu atas sebab Raphael sudah menjadi rakan niaga haram dan rakan subahatnya buat masa yang lama. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh insiden di lapangan terbang yang melibatkan the A’s (Alia, Adni, Amie, Ari), Tiger dan Raphael bertelagah. Kadang-kadang, Blade jadi penasaran juga hendak tahu sebabnya tetapi itu bukan urusannya. 

Lelaki di hadapan Blade ini menunjukkan riak rupa yang seolah-olah dia tahu sangat tentang perkara itu. Hati Blade terusik juga dengan perasaan ingin tahu. Namun sebelum apa-apa, dia mematikan niat itu. Dia adalah mercenary for hire. Tugasnya semata-mata menjadi orang kanan Raphael tanpa perlu mengambil peduli tentang perkara lain. Apa yang disuruh, itu yang dibuat. 

“Apa-apa pun yang kau nak offer, aku tak akan terima. I have my orders. And that is in fact include annihilating any obstacles come into contact with my assignment which now turns to be... you!” ego Blade bersuara lantang walau masih sedikit dalam hatinya tertanya juga apa yang hendak dikatakan oleh Loki. 

“Huh, and again, so smug… Blade, come on. I know what kind of increment yang dia hendak dari Tiger. A formula for a newly designed drug. Can bring him a lot of profit, just like that,” sambil memetik jarinya, Loki berjalan sambil menyambung semula kata-katanya, “and when he is done with you, he’ll get rid of you,” sekali lagi Loki memetik jari sebelum menyambung kata, “...just like that.” Satu-satu perkataan itu ditekankan dengan intonansi yang serius. 

“Get rid of me? What are you talking about? You must’ve not known me much, don’t you?” duga Blade. Tahukah Loki siapa dia? Tahukah Loki dengan siapa dia sedang bercakap sekarang ini? 

Loki masih berani berjalan ke hadapan. Matanya tertancap buat masa kurang sesaat kepada tangan kiri Blade. Pistol itu tadi tidak digunakan lagi. Maknanya 6 biji peluru masih ada di dalam sebaliknya pistol yang berada di tangan kanannya sudah digunakan sebanyak 4 kali. Sekiranya jumlah peluru yang ada dalam pistol milik Blade itu sama dengannya, maknanya dia hanya boleh menggunakannya sebanyak 2 kali. Jadi pistol di tangan kiri itulah yang sepatutnya dia rampas. Ya, minta-mintalah rancangannya menjadi, kalau tidak mampus dia dekat sini. 

“Huu, siapa kau aku tak kisahlah. Tapi cuba kau fikirkan kalau kita dapat formula itu? We can go against the 2 and made use of it just for our profit. Come on, Blade! Think about it!” 

Blade sudah naik muak. Rupanya Loki hanya ingin bercakap tentang hal yang langsung tidak memikat hatinya. Sudahlah, aku tak minatlah Loki. Blade memejamkan matanya, dia sudah siap sedia untuk melepaskan tembakkan kali kelima. Apa yang ingin dikatakan oleh Loki tidak langsung membawa apa-apa erti kepadanya. Dia berdengus tanda menyampah, dengan mata yang terpejam dan menghala ke tepi sudah cukup untuk memberikan Loki masa yang diperlukannya. 

Dalam masa split second itulah Loki meluru laju ke arah Blade. Tersedar ada yang pantas memecut menghalanya, Blade laju meloncat ke belakang dan melepaskan satu tembakan ke hadapan. Namun ketangkasan Loki cukup menakjubkannya. Lelaki ini rupanya bukan calang-calang manusia. Kelajuan yang mengalahkan kilat itu membuatkan Blade tahu lelaki ini tidak boleh dipandang enteng, walau sedikitpun rupanya. 

Entah bila masanya, Loki muncul dari arah hadapan, sedikit rendah daripada arah tembakannya. Pergelangan tangan Blade dicengkam dan pistol di tangan ditolak menghala ke atas. Tembakannya tersasar. 

“Arghhh!” laung Loki sekuat hati sambil penumbuk sulungnya dihentakkan ke bahagian kiri perut Blade. Perut yang kempis itu terasa keras sahaja. Bisa tumbukan Loki bukannya sedikit. Blade seakan hendak termuntah dek kerana sakit ditumbuk. Pegangan tangannya terhadap pistol di tangan kirinya terlucut sedikit. Namun sudah cukup untuk Loki merampas senjata api itu daripada Blade. Berada di bawah sebenarnya merupakan satu kelebihan. Cukup dekat dengan pelbagai bahagian-bahagian sensitif, pilih sahaja. Loki menggunakan lengan kirinya yang cukup kekar itu untuk menampung berat tubuh tegapnya itu. Skill capoeira dipraktikkan seadanya. Ada lagak seperti breakdance juga sebenarnya. Belakang kasut di bahagian buku lali Loki tepat menghentak pipi kanan Blade. Tidak pernah Blade menyangka yang dia akan dihina cukup teruk sebegini. Hatinya panas mendidih. Seraya itu jugalah, dia menyepak Loki yang benar-benar berada di bawahnya. Tepat mengenai dadanya. Ah, di mana-mana pun posisi sebenarnya tidak elok jika ada peluang yang diberikan bagi pihak lawan untuk menyerang. Buat masa ini mereka dipisahkan oleh jarak yang sedikit. Sekurang-kurangnya masing-masing ada masa untuk menyambung nafas yang bagai tercungap-cungap sebentar tadi. 



Imbas kembali tamat. 

“Pandai betul kau berlakon rupanya,” kata Blade. Perut sakit ditumbuk. Hati pula menahan amarah yang sudah melangkau takat didih. 

“Nak hidup, bro… nak hidup,” katanya penuh bangga walau dalam cungap-cungap sambil pistol yang baru dia rampas semula tadi tertuju ke arah Blade tepat-tepat. Dada diusap perlahan menandakan sakitnya ditendang tadi. 

Act 67 – Somewhere on the way / Pelawat Misteri 

Izz dan Sid menunggang laju motorsikal berkuasa tinggi yang cukup signifikan dengan mereka. Izz dengan Cagiva bewarna hitam dan Sid menunggang Hayabusa miliknya yang bewarna silver itu. Kedua-duanya kelihatan cukup bergaya dan laju. Lebuhraya yang luas kosong ini dibelah dengan pantas. Dalam hati hanya ada bayangan terhadap Adni dan Ari sahaja mungkin. Kalau benar risikan Rex, maknanya mereka akan mampu menyelamatkan isteri-isteri mereka malam ini. 

“Bukan main laju lagi mereka berdua ini? Tak larilah gunung dikejar. Hmm, Hafriz, kalau aku yang hilang, kau akan cari macam ini jugak ke?” tanya Suri penuh gurau. Wajah Hafriz yang putih melepak itu berona merah kemalu-maluan. Ah, Suri ini, hendak bergurau-gurau manja pula dalam keadaan begini! Tempelak Hafriz dalam hati, cukup segan apabila Fauzan kelihatannya tersengih memandang keluar. Entahkan lucu apalah sebenarnya. Rex pula sudah hendak tergelak mendengar gurauan anak daranya yang otak separuh mereng itu. Aii, Suri, sayang sungguh, mukamu elok, otakmu tiga suku. Namun begitu, walaubagaimanapun Suri, itulah wajah kesayangan Rex. Itulah satu-satunya penawar bagi lelaki bernama dengan nama penuh Hairi Ezuan itu. 

“Hafriz! Aku tanya ni! Jawablah!” jerit Suri dalam nada gedik jelas dibuat-buat apabila Hafriz hanya berdiam diri sahaja daripada menjawab soalannya tadi. Ah, soalan serupa itu pula yang ditanya. Mampus pun aku tak nak jawab dalam keadaan macam ini. Gilalah Suri ini. Segan aku dibuatnya. Hafriz memandang luar dengan muka segan dan senyuman seperti kalah. Suri memang cukup suka mengenakannya. 

“Suri, dah lah tu. Tak payah nak bergurau-gurau sangatlah. Kita dalam misi sekarang ini,” tegur Rex sambil memandu Hummer bewarna hitam. Ah, mereka ini… mentang-mentang orang kaya, kereta kalau boleh setiap hari hendak ditukar. 

Dalam keadaan sekarang sepatutnya mereka serius tetapi Suri pula bukan main santai lagi moodnya. Kalau Izz dan Sid ada di sini memang menyiraplah mereka. Di dalam kenderaan ini, Suri duduk bersebelahan dengan Hafriz, Fauzan pula duduk di tempat duduk penumpang di hadapan, Rex memandu dan Jimmy pula duduk bersendirian di tempat duduk paling belakang. Semua orang perasan yang Jimmy hanya diam sahaja. Namun tidak bertanya sebab kenapa. Cuma Hafriz sahaja yang masih memasang mata terhadap lelaki komando itu. Rasa curiga Hafriz masih tebal lagi terhadap Jimmy. 

Jimmy memandang ke luar cermin tingkap dengan pandangan yang cukup mengelirukan. Daripada biasan cermin, Hafriz dapat menilik rupa Jimmy, benar, dia yakin Jimmy menyembunyikan sesuatu. 

~~ 

Adni dan Ari dibawa masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda yang baru datang tadi. Bunyi tembakan yang kedengaran menambah gentar dalam hati mereka, kedua-duanya tidak menahan diri daripada menjerit ketakutan. Siapalah yang datang ini? Di luar, kedengaran ada suara ketawa yang berdekah-dekah. Suara yang cukup asing bagi Dinie namun Ari sedar sesuatu, dia kenal suara garau, parau itu. Diakah? 

~~ 

Di hospital di mana Jad Imran ditempatkan, seseorang yang tidak dikenali berlegar-legar di lobi hospital ini. Waktu melawat sudah hampir tamat kalau hendak diikutkan. Lelaki itu, yang sedari tadi mundar-mandir di sudut lobi berjalan terus ke kaunter pertanyaan. Penyambut tetamu merangkap jururawat di situ memberi senyuman sekadarnya. 

“Ya, encik. Boleh saya bantu?” tanyanya penuh hemat. Lelaki itu turut tersenyum sedikit. Dia berkira-kira untuk bertanya tetapi alang-alang sudah sampai di hadapan sini, terpaksa jugalah dia membuka mulut. Terpaksa jugalah dia bertanya apa yang sudah dia tahu. 

“Err, boleh saya tahu di mana bilik wad yang menempatkan Encik Jad Imran? Saya kawan dia, saya baru diberitahu dia dimasukkan ke dalam wad baru-baru ini,” tanya dan ujarnya sekejap. Entah siapalah lelaki yang mengaku kawan Jad Imran ini? Lebih meragukan lagi, adakah lelaki ini benar-benar kawan kepada Jad? Wajahnya terpancar sesuatu yang seakan-akan menyembunyikan niat yang tidak berapa baik. Namun, jururawat itu tidak mampu untuk melihat semua itu, dia juga belum tentu peduli dengan niat lelaki ini sebenarnya. 

“Oh, biliknya di...” 

~~ 

Jad memandang Amie yang terlena menunggunya sepanjang hari di sisi katil. Dengan tenaga yang semakin pulih, Jad membelai pipi polos Amie. Lena sungguh rupanya. Sentuhan yang hangat itu tidak langsung mengganggu tidurnya. Nampak sangat yang Amie benar-benar keletihan menjaga Jad yang dari semalam tidak sedarkan diri itu. Jad tersenyum sendiri, bahagia rasa hatinya mengenangkan bahaya yang mengancam mereka berdua sudah tidak lagi ada. Jad cuba hendak bangun, namun bekas lukanya terasa seperti mencucuk pula. Ngilu jugalah rasanya. Dia membatalkan niatnya untuk menukar posisi baringnya itu bukan hanya kerana terasa sakit di bahagian perutnya yang masih berbalut itu tetapi dia mungkin akan turut sama mengejutkan Amie jika dia bergerak kuat. 

“Hmm,” helanya perlahan hampir tidak kedengaran. 

Di luar kedengaran seperti ada bunyi orang yang berjalan. Bunyi tapak kaki yang sayup-sayup itu langsung tidak menerbitkan apa-apa syak di hati Jad. Jad melabuhkan pandangnya ke wajah Amie lagi. Sebentar kemudian, dia memejamkan matanya pula. Walaupun sudah tidak mengantuk lagi, namun tidak ada apa yang boleh dia lakukan sendirian. Lelapnya dipaksa juga walaupun kantuk di mata belum pasti hendak bersambung lena. 

~~ 

Betul-betul di luar bilik wad yang menempatkan Jad, berdiri seorang lelaki yang memakai topi besbol bewarna putih. Gerak gerinya kelihatan mencurigakan. Telefon bimbit yang tersemat di dalam poket seluar dikeluarkan dan nombor yang tidak ketahui pemiliknya didail. 

“Dia selamat. Dia dah sedar…” suara asing itu kedengaran juga. 

Act 68 – Tiada di situ 

Pandangan mata yang tertutup tidak menghalang Adni dan Ari daripada menyedari ada yang merenung mereka dari hadapan, lebih-lebih lagi dengan desah nafas yang ganas seakan berderam, terhembus menanggung kemarahan yang teramat. Kedua-dua wanita itu tidak mampu berbuat apa-apa selain menggeletar ketakutan. Suara seakan tidak lagi di kerongkong. 

“Diam? Takut?” Tanya orang yang sudah menjadi pembunuh ini. 

Adni memberanikan diri mengengsot ke hadapan sikit melindungi Ari yang dirasanya ada di sebelahnya. 

“Apa yang kau nak?” Tanya Adni walau dalam gerun. 

“PAYBACK!” sergahnya menakutkan Adni dan Ari. Dia suka melihat wajah gerun di muka kedua-dua wanita itu. Malam ini, dia akan jadi sejahat-jahat manusia. Dia bersumpah! 

~~ 

Tayar motor berdecit kasar bunyinya. Dengan pantas, Izz menanggalkan helmet yang melindungi kepala. Langkah Sid tidak juga lambat berbanding Izz. Nampak benar yang kedua mereka tidak sabar lagi untuk menghabiskan semua ini dengan sekali pukul sahaja. 

“Is this the place?” soal Sid sedikit ragu. 

“Kalau tak ada yang silap memang di sini. Let’s go!” jawab Izz. 

~~ 

Nina mengesan sesuatu yang tidak kena di sini. Di manakah orang yang diarahkan mengawal keadaan di sini? Dengan langkah yang tersusun dia berjalan perlahan tanpa membuat sedikit pun bunyi. Hatinya rasa tidak sedap, seakan ada yang berlaku di sini. Mengenangkan perkara itu membuatkannya bertambah terganggu, kalau ada apa-apa yang terjadi kepada mereka, pasti Alia tidak akan memaafkannya sampai bila-bila. 

Tak mungkin Raphael ke sini, dia sendiri tahu yang Tiger tidak lagi akan menghantar apa-apa supplies kepada mereka lagi. Raphael tidak akan ke sini semata-mata hendak mengambil perempuan-perempuan itu. Bukankah sudah ditugaskan Blade ke sini tetapi dia tidak akan sampai seawal ini. Blade seorang yang punctual, dia tidak akan datang awal, dan tidak mungkin lambat. Pasti ada sesuatu yang berlaku. 

Langkah kaki Nina makin perlahan. Hati yang kuat mengatakan yang dia tidak bersendirian. Di dalam bilik di hadapannya ini ada orang, dia yakin. 

Pintu yang sedikit terbuka tidak langsung menunjukkan apa-apa kesan yang bakal membuatkan dia terperanjat besar. Apabila ruang itu dibuka dia tahu apa-apa pun yang telah berlaku sebelum dia datang tadi memang bukan sesuatu yang baik buat sesiapa pun. 

“Oh my God!” serunya serta-merta dengan nada yang terkejut hampir menjerit kerana apa yang dilihatnya ini memang tidak dijangka langsung. Darah pekat sudah berhenti mengalir menandakan yang lelaki-lelaki ini sudah mati lama sebelum dia sampai, kemungkinan dalam sejam lalu. 

“Siapa punya kerja ni?” tanya Nina kepada dirinya sendiri. 

“Whoa!” 

Nina menoleh ke belakang. Dua orang lelaki yang datang entah daripada mana terperanjat melihat apa yang dilihatnya juga. Nina baru perasan dua orang lelaki ini sebenarnya bukannya orang lain. Dia kenal, hmm... cukup dia kenal sebenarnya. Tak jumpa bini-bininya, jumpa pula suami-suaminya pula. 

Izz Karami dan Ziyad Sidqi! 

“Huhh, great!” seru Nina perlahan. 

~~ 

“What?!” bentak Rex dengan kasar. Orang bawahan yang telah ditugaskannya memerhatikan keadaan di situ melakukan kesilapan. Informasi yang lambat samalah seperti satu ancaman yang baru datang. Sudahlah masalah asal belum selesai, timbul pula masalah baru. 

Rex meraup muka sebelah tangan. Fauzan yang ada di sebelah hanya memandang dengan perasaan ingin tahu apa yang berlaku. Pelik juga lelaki ini meninggikan suara secara tiba-tiba. Suri dan Hafriz yang ada di bahagian tengah kenderaan memandang satu sama lain. 

“Kejar kereta itu sampai dapat. Pastikan korang tak hilang jejak dia. Get back to me as soon as possible! Kali ini jangan buat silap lagi, kalau tidak nahas masing-masing aku kerjakan!” 

“Abah, kenapa?” tanya Suri laju. 

“No one was there, orang-orang kita dan Izz tak perasan yang ada orang bawa keluar Adni dan Ari dari situ.” 

Fauzan terkejut juga mendengarnya, adakah dengan ini operasi mereka gagal? Namun mendengarkan yang tadi Rex ada mengatakan yang dia menyuruh budak-budak itu mengekori kenderaan orang yang dikehendaki, maksudnya misi ini masih diteruskan. Cuma mereka bergerak tanpa Izz dan Sid. 

Jimmy yang ada di bahagian belakang turut sama berasa terkejut. Namun dia lebih selesa mendiamkan diri daripada banyak bertanya walaupun dalam hati sudah beberapa kali kata sumpahan bergema sendirian. Tak guna betul, macam mana boleh jadi begini, kalau mengikutkan perkiraannya, Rif dan Eddie akan sampai ke sini. Sedangkan apa yang mereka cari tidak ada di sini, bukankah menjadi masalah pula nanti. Pun begitu, Jimmy masih tenang, wajahnya tidak dibiar keruh kerana dia perlu memainkan peranannya di sini. 

“Where are we deriving our way now?” tanya Fauzan sekadar ingin tahu apa yang akan berlaku selepas ini namun pertanyaannya terbiar sepi. Sekali lagi pertanyaan dilantun dengan terjemahan Bahasa Melayu, “Rex, kita nak ke mana pula sekarang ini?” 

“They’re not there! What else we can do there?” jerkah Rex tidak dapat menahan diri. Suri dan Hafriz melihat sahaja lelaki itu dimarahi sebegitu. 

Namun begitu Fauzan juga bukannya seorang yang hanya akan duduk diam apabila diperlakukan sebegitu, darahnya turut sama boleh mendidih dengan kadar yang cepat, apatah lagi apabila dijerkah sebegitu. 

“Apa masalah kau nak jerit-jerit macam ini?!” balas Fauzan turut sama dengan suara yang terjungkit tinggi. 

“Guys, knock it off! Perangai macam budak-budak! Abah, don’t let your guard down! Keep track of your men and tail them. Fauzan, you too, we need to stay together on this. If we messed up, who knows what’ll happen to Adni and Ari. For God sake! Urghhh!” bebel Surihana menyedarkan semua yang ada di situ. 

Masing-masing tertunduk mendengarkan Suri yang entah bagaimana boleh jadi begitu lantang sekali. Hafriz juga turut ikut terdiam, terkesima sekejap dengan lagak Suri itu. Mungkin yang tidak banyak menunjukkan reaksi di sini adalah Jimmy. Lelaki itu ada perkara lain yang perlu dia fikirkan. Memandangkan tidak ada sesiapa di situ, maknanya perancangan asal sudah berubah dan dia yakin Helmi, Luqman, Eddie dan Rif tahu apa yang patut dilakukan. Dia tidak perlu risau kerana dia cukup yakin dengan hasil risikan rakan-rakannya itu. Buat masa ini, dia hanya perlu mengikut rentak mereka-mereka yang ada dalam kenderaan ini. Hafriz pun sudah mengesyakinya, serasanya. Dia yakin, pasti ada yang sudah Hafriz tahu tentangnya. Ahh, salahnya juga kerana tidak pandai berlakon dengan lebih baik, dia terlepaskan sedikit ruang untuk lelaki itu mengesyakinya. Aduh, susah betullah. 

Act 69 – Mimpi ngeri

Amie Najla’ membuka matanya yang begitu berat kantuknya. Kepalanya berpinar pening seumpama diberi makan ubat tidur yang entah berapa dos banyaknya. Saat mata mula mengecam di mana dia berada dia terasa sesuatu yang lain. Hmm, di mana sebenarnya dia sekarang ini? Bukankah baru sebentar tadi dia berada di sisi Jad, di bilik rawatan rapi hospital. Hatinya diserang rasa gundah yang bukannya sedikit. Tangannya yang diikat di belakang menambahkan rasa gerun. 

“Kau dah bangun?” 

Suara itu! Amie kenal benar dengan suara yang cukup keparat itu. Namun jauh di dalam hati dan fikirannya mengharapkan yang semua yang didengarinya itu hanyalah mimpi, hanyalah khayalannya semata-mata. 

“Dah lama aku tunggu kau bangun perempuan keparat. Dah lama aku nak tengok macam mana reaksi kau.” 

Kata-kata daripada suara itu membuatkan Amie tersentak. Lelaki itu memang ada di hadapannya sekarang ini. Memang dia ada, masih menuntut apa yang tidak sepatutnya menjadi miliknya. 

Amie memberanikan diri mendongakkan kepala untuk memandang wajah lelaki itu. Memang dia! 

Pada tangannya tersemat sebilah pisau Rambo yang sudah hanyir baunya berlumur darah merah pekat menitik-nitik. Saat ini, Amie tidak mampu berkata apa-apa lagi selain memikirkan satu kemungkinan yang tidak ingin dia percayai. Di mana Jad? Di mana suaminya? 

“Binatang kau...,” perlahan sahaja suara Amie, hampir tidak kedengaran pada telinga lelaki itu tetapi dengan gerak bibir sahaja dia memahami apa yang dikata Amie. 

Lelaki itu mengangkat tangannya yang memegang pisau itu tinggi ke udara. Dia melaung kuat seperti seorang yang kerasukan. Dengan sekuat hati, dia menghayunkan pisau itu ke arah Amie yang langsung tidak mampu berbuat apa-apa. 

“Sekarang giliran kau pula! Matilah!” 

Amie terlentang ke belakang dan kepalanya terhantuk ke lantai. Aduh, sakitnya bukan main lagi. Dia mengigau rupanya. Jad yang sedang kusyuk membaca sebuah buku sudah lama sedar. Dia bersandar pada kepala katil tidak mahu mengejutkan Amie yang lena umpama budak kecil. Terkejut jugalah dia melihatkan isterinya itu. 

“Ya Allah, Amie... Amie tak apa-apa ke, sayang?” tanyanya laju. Dalam keadaan sukar, dia cuba turun daripada katil untuk membantu isterinya itu. 

“Aduh, sakitnya kepala,” ujar Amie sambil tangan menggosok-gosok kepala sendiri. Mujur tidak pecah atau apa-apa. “Abang, stay there! I’m okay, I’m okay.” 

Amie tersenyum mengenangkan betapa kelam kabutnya dia. Wajah Jad pula tidak menunjukkan yang apa-apa pun yang terjadi itu lucu namun nasib baiklah Amie tidak apa-apa. Amie bingkas bangun dan membetulkan dirinya yang sedikit compang-camping dek jatuh terlentang ke belakang tadi. Segan pun ada dengan posisi dia tadi. Ahh, tidak mengapalah, bukannya dengan orang lain, dengan suami sendiri. 

“Bila abang sedar?” tanya Amie mengubah topik, tidak mahu dipanjangkan kenapa sampai boleh terjatuh tadi. 

“Dah lama dah, abang tak nak kejutkan Amie. Mesti Amie letih, kan. Tunggu abang dekat sini,” kata Jad ambil berat. 

Amie hanya tersenyum sahaja. Sama ada diminta atau tidak, dia akan tetap berada di sisi Jad sampai bila-bila. Dia tidak akan pernah berkira untuk itu. 

“Syukurlah abang dah sedar,” kata Amie tidak ingin memanjangkan cerita lagi. Apa yang sudah terjadi biarlah berlalu, “Abang nak air?” sambung Amie setelah beberapa saat berhenti. 

“Erm, boleh juga,” balas Jad. 

“Amie ambilkan, kejap, ya.” 

Amie keluar daripada bilik itu untuk mengambil air minuman untuk Jad. Saat Jad tidak ada untuk memandang, hatinya yang resah kembali menjengah rasa. Kenapa dia bermimpikan lelaki itu tadi? Kenapa dia rasa yang ada sesuatu yang tidak selamat walaupun semuanya sudah berakhir. Dia ingat lagi bagaimana bengisnya wajah lelaki itu. Niat membunuh itu dan amarah pada sinar matanya itu. Segala-galanya jelas pada pandangan matanya. 

“Alek, apa lagi yang kau nak?” tanya Amie sendiri tidak faham apa yang berlaku dengan dirinya. 

~~ 

Sid tidak membiarkan sahaja perempuan ini lepas begitu sahaja selagi kekeliruan dalam kepala otaknya tidak dijelaskan. 

“How many times do I have to tell you, I don’t know where they are,” selamba sahaja kata Nina. Memang dia tidak tahu di mana dan siapa yang membawa Adni dan Ari pergi. Lega juga dia kerana dalam hal ini, dia tidak perlu berbohong apa-apa. 

“Don’t talk bullshit with me! Habis tu kau buat apa dekat sini?!” jerkah Sid yang nyata sudah hilang sabar. Dia bukanlah jenis yang akan memaki hamun seorang perempuan, makhluk yang lemah namun dalam hal ini, keadaannya lain sedikit. Perempuan ini bukannya layak sangat untuk dilayan elok-elok. 

Izz hanya menyerahkan semuanya kepada Sid dengan hal-hal soal siasat itu. Dia hanya melihat sahaja. Dalam hati, Izz nampak yang Sid sudah jadikan tempat ini seperti bilik interrogation-nya sendiri. Bersemangat sungguh si Sid ini. Tetapi... ada sesuatu yang membuatkan Izz terfikir lama, perempuan ini. Perempuan ini nampak familiar. Seperti pernah dia temui. Lama dahulu. Cuma otaknya yang semakin kuat diperah ingatannya tidak ingin ingat-ingat juga. Pelik, Izz bukannya pelupa. Kenapa wajah perempuan ini kelihatan seperti dia kenali tetapi ingatannya sukar digali semula? Pun begitu, Izz bijak menyembunyikan konflik dalam dirinya. 

“Aku bagi kau satu peluang lagi! Aku tak segan-segan nak pukul perempuan macam kau ni!” jerkah Sid tidak jemu-jemu. Nina hanya diam sahaja, wajahnya tidak menunjukkan apa-apa riak. Dia rileks sahaja. Itu yang membuatkan darah Sid menyirap. Kalau terpercik ke muka si Nina ini, pastinya akan cacat wajahnya seperti terkena simbahan asid. 

Sid menggenggam penumbuknya. Dia memang bukan lelaki yang sanggup memukul perempuan tetapi dengan apa yang berlaku sekarang, rasanya dia tidak punya pilihan lain lagi. Selain itu sahaja cara untuk buat Nina membuka mulut, dia memang sudah hilang sabar. Dengan hati yang bengkak dia menghayunkan sedas penumbuk sulungnya tepat ke muka perempuan yang tidak perlu dikasihankan itu. 

Kerusi yang diduduki Nina jatuh ke arah kiri. Nina tersungkur dan sedikit darah merah mengalir dari bibir dan hidung Nina. Aduhan kecil kedengaran. Namun bukan itu yang ingin Sid dengar. 

Izz terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Sid. Takkanlah sampai begini sekali approach Sid. Rilekslah, dude! Izz berjalan perlahan dan mengangkat Nina yang terikat pada kerusi yang sudah terbaring di lantai. Semasa mengangkat Nina, Izz mengesan sesuatu yang membuatkan dia ingat sedikit lagi siapa wanita ini. 

“Sid, takkan sampai macam ini sekali,” tanya Izz rileks. Nina memandang lelaki ini yang entah kenapa baik sangat hendak membantunya bangun. 

“Izz, perempuan ni tahu dekat mana Ari dan Adni! Kalau aku tanya baik-baik dia tak nak jawab, kau ingat aku nak tunggu sampai dia nak cakap ke?” balas Sid yang kedengarannya memang tidak boleh menahan marah lagi. Walaupun tidak meninggikan suara, Izz sedar ada rasa tidak puas hati yang sungguh tebal dalam diri Sid. 

“Dia tak tahu,” balas Izz. 

Sid mengangkat kening sebelah. Pelik dengan reaksi Izz. Kenapa dengan Izz ni? Tanyanya dalam hati namun pertanyaan itu tidak kekal di situ sahaja. Dengan perasaan yang sebal dia bertanya dalam keadaan separa teriak. 

“Izz, are you out of your mind?! There’s no way this bitch here for nothing, she must’ve known something! Something we don’t know, something we NEED to know!” terang lelaki itu yang jelas sangat panik dalam hati. 

“Sid, I know what I’m doing. Don’t push me this and that, my judgement is not detrimental. Now, let’s just phone Rex, he must’ve get some clue,” balas Izz selamba sambil membuka semula ikatan Nina. Sid hanya mampu menggeleng tanda protes yang tidak dilayan. Dia beralih ke tempat lain dalam keadaan yang tidak tenteram. Marah ada, keliru pun ada. Izz perasan itu lalu pandangan bertukar ke Nina. 

“You stay here,” katanya tegas sambil tubuh mula mengekor langkah Sid. Perempuan itu terdiam sahaja. Apa kena dengan lelaki ini? Kenapa dia hendak melepaskannya? 

“Sid, kau cuma risau sekarang ni. Keadaan tak akan nampak kalut sangat kalau kau bertenang. Cuba rileks sikit,” kata Izz separa memujuk. 

“Dude, kau cakap macam tak sayang langsung dekat Adni. Kalau kau tak sayang bini kau sekalipun jangan apply keadaan kau dengan aku. Kau tahu tak betapa susahnya aku dengan Ari nak kecap hidup bahagia selama ini? Kau tak tahu!” 

Izz tenang. Kalau dia melayan rasa marah dan gelabah Sid, samalah keadaannya dia dengan lelaki itu. Sebelum dia menyambung kata, dia meraup wajahnya dan mengurut tengkuk sedikit. Untuk menenangkan dirinya. Sebenarnya kalau hendak diikutkan dia pun bukanlah rileks sangat, seperti Sid hatinya turut nanar. 

“Sid, seteruk mana pun keadaan kau dengan Ari dulu, hanya kau dan Allah sahaja yang tahu. Sejauh mana sayangnya aku pada Adni, hanya aku dan Allah sahaja tahu. Jadi walau macam mana sekalipun perasaan kau sekarang, don’t let it get the best of you. Dude, terlalu memikirkan apa yang berlaku hari ini boleh menjahanamkan masa depan. Don’t worry, we’ll get through this,” kata Izz lembut tetapi tegas, sambil tangannya menepuk bahu Sid yang terasa keras sahaja. 

Sid tidak tahu hendak berkata apa. Dia sedar yang dia terlalu terbawa-bawa dengan perasaan sendiri. 

“So what do we do now?” tanya Sid dengan nada yang sedikit tenteram. Tidak lagi kedengaran menggelabah. 

Izz hanya tersenyum. Dia lega yang kawannya ini sudah tenang. Sekurang-kurangnya dia perlu mengekalkan komposisi diri yang mantap pada masa ini. Dia pasti Rex pasti sudah dapat mengesan sesuatu yang tidak kena di sini dan mungkin sedang menjejak siapa sahaja yang membawa lari Adni dan Ari. Mungkin mereka belum cukup masa untuk melaporkan apa yang patut. Mungkin mereka juga ada situasi tersendiri di pihak sana. Izz kekal dengan sikap positif supaya tidak hilang kekuatan kawalan diri. 

“We wait.” 

Sid terkejut juga tetapi dengan diri yang lebih tenang dia tahu lelaki itu ada sesuatu yang dirancangnya. Ah, Izz Karami... ada sahajalah rancangan kau ini! 



Kira-kira sepuluh langkah dibelakang, Nina melihat kedua-dua lelaki itu seakan berbincang tentang sesuatu. Bincang tentang apa? Tanyanya dalam hati. Hmm, kalau hendak diikutkan sekarang inilah masa yang Nina ada untuk melepaskan diri tetapi dia perlu mencari satu akal yang bukannya sekadar merempuh keluar daripada gudang ini melalui lelaki-lelaki itu. Satu-satunya jalan keluar adalah di sebelah Izz dan Sid. Jadi dia tidak bolehlah membodohkan diri hendak mencari pasal lagi dengan lelaki bernama Sid itu. Aduh, baru dia teringat yang pipinya masih sakit ditumbuk. Dasar jantan murahan, sanggup pukul perempuan... aku tahulah aku jahat tapi kalau aku dah kata tak tahu, maksudnya aku tak tahulah. Tak guna! Nasib baik ada lelaki bernama Izz itu. Izz? Izz Karami? Ahh, sial! Berbelas tahun lamanya, aku harap dia dah lupakan aku. Aku tak rasa dia masih ingatkan aku, aku budak lagi waktu tu. Tapi kalau betul dia orangnya, masalahlah macam ini! 

Izz memandang ke belakang untuk melihat keadaan Nina, yang namanya pun belum dia tanya. Masih disitu, kelihat sedang memikirkan sesuatu. 

“Hoi, siapa nama kau haa?” tanya Izz kurang beradap sedikit. 

Nina berkira-kira untuk memberitahu, kalau dia bersikap jujur dan memberitahu namanya adakah dia akan ingat hal lalu yang sudah lama berlalu? Untuk mengelakkan diri, dia tidak menjawab namanya sebaliknya menjawab dengan soalan. 

“What do you care with my name? ‘Hoi’’s pretty good to me!” jawabnya lantang. 

“Okay, ‘Hoi’ will it be then, if you’re not here for the women, what do come here for?”tanya Izz malas hendak banyak bicara. 

“That’s not your business!” 

“Hoi, clearly it was ours! Bagitahu aku sekarang sebelum kasut ni pulak yang menapak atas muka kau!” balas Sid pula dengan ancaman yang pastinya membuatkan Nina berasa lelaki ini bukannya bergurau. Selepas menumbuknya, dia tidak pasti yang Sid teragak-agak untuk terus membelasahnya. 

“Dahlah berdua, pukul perempuan pulak tu, kau ingat kalau aku tahu pun mana perempuan tu pergi aku nak bagitahu pada jantan keparat macam kau ni, go to HELL!” provokasi Nina tidak sudah-sudah. 

“Why, you!” Sid naik berang sekali lagi, mujur sahaja Izz memegang lengannya supaya tidak meluru kepada Nina dan membelasah perempuan itu lagi. Sebenarnya, Sid tidak ingin memukul Nina lagi, separuh hatinya tadi termakan hasutan syaitan untuk bertindak sebegitu. Kaum lelaki sepatutnya menjadi pelindung kepada wanita bukannya menindas mereka lagi, walaubagaimana teruk pun Nina, sewajarnya bukan itu caranya untuk dia melayan seorang wanita. Tidak kisahlah sama ada wanita itu lemah atau tidak, jahat atau baik. 

“Hoi, lelaki ni memang tunggu peluang saja nak rembat kau, boleh tak kau jangan cari pasal dengan dia. Aku tak tahu berapa lama aku boleh tahan dia ni lagi tapi apa yang aku tahu, kau ke sini mesti atas sebab tersendiri, kan? Kalau pun kau tak tahu ke mana mereka bawa orang yang kami cari, aku pasti kau tahu siapa yang rancang semua ni, kan?” tanya Izz. Dia masih cuba berdiplomasi. Dia tahu kalau ditekan, sesiapa pun tidak ingin memberikan kerjasama. 

“I can’t tell you about that,” balas Nina laju. 

“Walaupun nyawa kau taruhannya?” balas Izz. Kali ini giliran Sid pula yang terpinga-pinga. Adakah Izz serius dengan kata-katanya? 

“Demi orang yang aku sayang, apa-apa pun aku sanggup lakukan. Aku mungkin tak pukul kau lagi, tapi kalau kau tak nak bagi kerjasama, apa pilihan yang aku ada. Bunuh kau; orang yang bersubahat memporak-perandakan hidup aku dan orang yang aku sayang; aku tak sesal untuk masuk penjara. Setidak-tidaknya aku puas hantar kau tempuh alam kubur dengan amalan yang tak cukup tu,” kata Izz fasih dengan bahasa ancaman yang meremangkan bulu roma. Sid pun terasa terkesan dengan kata-kata Izz yang padanya sudah lupa diri itu. Namun menyedari Izz meleret senyum saat Nina menunduk muka tidak memandang mereka, Sid tahu helah Izz sudah menjadi. Ahh, kau memang boleh menang Oscar lah, Izz! Lakonan mantap! 

“Raphael,” balas Nina perlahan. 

“Where can we find him?” tanya Izz sekali lagi dengan lakonan seriusnya semula. 

“I’ve told you enough, let me go!” 

“You’ve no position to bargain here,” Sid hanya membiarkan Izz yang melakukan perbicaraan. Dia yakin walaupun dia yang sudah mengasari Nina, namun Nina nyata lebih takutkan Izz, walaupun atas sebab-sebab yang tidak dia pasti. 

Sid melihat Nina terketar sedikit. Entah pergolakan apa yang berlaku dalam diri Nina saat ini. Susah benar untuknya hendak menyatakan apa yang sepatutnya. 

“Do you think you can stop them?” 

“I’m not planning on stopping anything that they do. My only concern is my wife, our only concern is our wives!” kali ini Izz meninggikan suaranya. 

“They will not let them go. Your wives saw something that they shouldn’t have seen! You know that?!” 

“Yes, I know! I know what they saw, I know why you guys so eager to kill our wives!” balas Izz bertekak dengan Nina. 

“And you expect me to sit back, relax and enjoy the show? Hell, no!” sambung Izz Karami. 

Nina tidak tahu hendak berkata apa lagi. Selain daripada menyerah kalah, dia memang tidak tahu hendak buat apa-apa lagi. 

“Kalau kau tahu apa-apa, tolong bagitahu kepada kami, I’m sorry I hurt you just now but try putting yourself in my shoes,” balas Sid pula dengan nada yang lembut seakan merayu. 

Nina memandang lelaki itu. Ah senang sahaja kau bercakap, dah tumbuk muka lawa aku ni, sekarang baru nak mintak maaf. Hmm... 

“Let me go, and I’ll help you.” 

Act 70 – The duel part 1 – One Shot 

Adni menjerit tatkala tubuhnya dengan kasar ditolak ke tepi. Lelaki gila yang ada di hadapannya mengubah pandangan, dia memandang Ari yang juga masih lagi kemas ikatan kain hitam menutup matanya dari melihat siapakah dirinya. 

“Kak Adni!” jerit Ari. Walaupun diri sendiri belum pasti akan nasib diri, Ari masih punya banyak masa untuk membimbangi orang lain. Walaupun terasa cukup teraniaya kini, dia masih mementingkan keselamatan Adni. 

Lelaki itu merapati Ari dengan lebih dekat. Keadaan malam semakin kelam membuatkan dia berasa agak berahi. Dengan akal gilanya itu, dia sudah tidak kisah lagi untuk melakukan apa sahaja. Dendamnya yang tidak berkesudahan membuatkan dia jadi tidak tentu arah. Dia marahkan ramai orang. Dia bencikan bukan seorang dua. Malam ini dia akan buat ramai orang menyesal dengan hidup. Dia akan buat mereka tahu bagaimana sakitnya hati dan dirinya. 

Ari mengesan ada dengusan nafas yang tidak menyenangkan mendekatinya. Semakin kejap deru nafas itu makin dekat membuatkan dia terasa sesuatu yang menakutkan. Tidak, dia tidak boleh jadi lemah sebegini. Dia pernah menempuh sesuatu yang lebih teruk lagi. Dia pernah merasai ambang maut yang belum sedia membuka pintu untuknya. Namun entah kenapa perasaan gerunnya tidak boleh dibendung ketika ini. Dalam ikatan yang menutupi mata, Ari menangis. Esakan berat itu menambah suka pada lelaki psiko ini. 

“Kau sanggup korbankan diri kau untuk selamatkan perempuan ni?” tanya lelaki itu dengan nada yang menyeramkan Ari. 

Walaubagaimanapun, Ari tidak betah menjawab. Tidak ada apa-apa yang perlu dia katakan kepada lelaki gila seperti dia ini. 

“Siapa kau ni, hah? Apa yang kau nak?” tanya Adni pula. Dia perlu melengahkan masa kerana dia masih yakin Izz dan Sid pasti akan sampai. Walaupun tidak ada jaminan yang mereka akan selamat daripada orang gila ini, Adni tetap harus mencuba. 

Pun begitu, tidak ada jawapan dari lelaki itu kerana dia masih ralit merenung wajah Ari yang padanya sangat menarik itu. 

“Apa salah kami? Siapa kau sebenarnya?” kata Ari pula. 

“Cepat betul kau lupakan aku?” jawapan daripada lelaki itu membuatkan Ari terfikir sekejap. Suara lelaki ini memang familiar, memang pernah dia dengar sebelum ini. Adakah dia, orang yang sama dengan orang itu? 

“Jahanam kau!” jerit Ari sambil kakinya menendang hadapan. Tepat mengenai lelaki itu. Amarah Ari tidak terbendung lagi, biarlah apa hendak jadi malam ini. Biarkan, dengan adanya lelaki ini maknanya pasti sesuatu yang buruk telah terjadi kepada Amie. Ari tidak dapat menahan sedih dan terkilan menangis di situ juga. 

“Apa yang kau dah buat dengan Amie?!” teriak Ari sekali lagi. 

Tidak ada jawapan, lelaki yang dimaksudkan adalah Alek. Dia masih belum mati lagi rupanya. Apa yang telah terjadi dengannya? Bukankah dia sepatutnya sudah dibunuh oleh orang-orang Raphael. 

Adni yang tidak tahu apa-apa terkejut juga mendengar kata-kata Ari. Dia pernah berjumpa dengan lelaki psiko ini rupanya. Sekarang, mereka hanya perlu berharap sahaja lelaki ini tidak melakukan apa-apa yang gila terhadap mereka. 

~~ 

Blade memandang lelaki yang masih lagi berada di hadapannya ini. Dia cuma ada sebutir peluru sahaja yang tertinggal dengannya. Sedangkan Loki mempunyai pistol yang lebih loaded daripadanya. Masak kau macam ini Blade. Blade mencari ruang untuk dia mencelah lari tetapi Loki tak akan membenarkan perkara itu senang-senang berlaku. Sesudah proposalnya ditolak mentah-mentah oleh Blade, masakan dia akan melepaskan Blade pergi begitu sahaja, matilah dia dengan Edwin dan Tiger nanti. Blade perlu mengatur strategi yang betul-betul rapi kali ini. Tidak ada ruang untuk kesilapan dibenarkan sama sekali. Dia masih mahu hidup, dia tak mahu berakhir di sini, begini. 

“So, what you gon’ do? Ain’t you gonna shot?” tanya Blade lagi. 

“I won’t foolishly spend a shot that’ll miss, you know,” balas Loki selamba. Jelas sekali yang dia menghina Blade, sakit hati Blade mendengarnya. 

“Oh, really?” tidak ada apa yang boleh Blade lakukan selain daripada melayan perlekehan Loki. 

Loki tidak mahu menjawab apa-apa lagi. Dia berkira-kira sama ada dia mahu menghabisi riwayat lelaki ini ataupun tidak. Membenarkan dia lepas bebas mungkin akan menyusahkannya selepas ini, dan dia bukannya jenis yang murah hati sangat mahu melepaskan Blade begitu sahaja. Tetapi mati dengan satu das tembakan, Loki tidak mahu menjadi seorang yang terlalu cepat untuk membunuh keseronokan. Dia suka bertemu dengan seteru yang semenggah seperti Blade ini. 

“Tell you what? Let’s do this like a man, one on one, fist to fist? Shall we?” ajak Loki bersahaja. 

“Kau dah buang tabiat ke?” ringkas sahaja respon Blade terhadap unjuran Loki yang dia ambil kira tidak serius itu. 

“Whoa, again… so smug. Dalam position macam itu pun masih nak berlagak lagi?” 

“Position apa? Kau ingat dengan sebiji peluru ni aku tak boleh nak buat kau berhenti bernafas ke?” 

“Haha, seram nih! Kau ni memang determined nak buat aku mati rupanya, come on Blade, if we do this, we do it enjoyably, no?” 

“You think its cool killing people? You think I liked that?” 

“Wah, bila datang daripada mulut seorang pembunuh upahan, itu yang susah nak percaya tu! Come on Blade, chicken breast ke?” 

“Apasal dada ayam pulak ni, wey?!” 

“Kau tu la, pengecut. Aku dah seronok dah ni, dude! Tolonglah jangan kill joy macam ni!” 

“Huh,” Blade melepaskan satu helaan yang kuat seakan tidak percaya apa yang hendak dilakukan sebentar lagi. Dia betul-betul ingatkan yang Loki cuma bergurau hendak bergasak satu lawan satu dengannya. 

“Tell you what, why don’t we box and when we find space to give a shot, kill it in one go? Ada berani?” duga Blade merencana rancangan pembunuhan. 

“Fine by me then,” jawab Loki menerima cabaran Blade. 

Buat kedua-dua mereka, pergaduhan ini membawa erti yang cukup berlainan. Pada Blade mungkin ia adalah untuknya mencari ruang untuk membunuh Loki, lelaki yang baru sahaja dia kenal ini. Bagi Loki pula, dia kelihatannya memiliki motif yang tidak jelas, tetapi mahu tidak mahu, dia tetap juga perlu mempertahankan dirinya sendiri. Takkanlah dia sanggup mengorbankan nyawanya sendiri. Lagipula arahan Edwin itu sebenarnya mudah sahaja, bunuh sesiapa yang jadi batu penghalang!



The end of Part 14

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS