novela the curious case of whatever 15
Part 15
Act 71 – A Child’s Play/Recidivist
“No way! Aku takkan tinggalkan Hayabusa aku, not in a million years, okay!” kata Sid tegas.
“Hayabusa kau lagi penting daripada Ari ke?” tanya Izz melancarkan kombat psikologi. Mahu melihat sejauh mana Sid boleh bertoleransi.
“Habis itu, Cagiva kau lagi penting daripada Adni?” balas Sid memerangkap Izz Karami ke sudut yang dia cuba bawa pada mulanya. Dalam hati Sid tersenyum merasakan bidikannya tidak tersasar langsung. Cuma wajahnya masih serius lagi. Walaupun kalau hendak diikutkan mahu sahaja dia ketawa terbahak-bahak di situ melihat kegusaran pada wajah Izz. Izz, Izz... dalam resolved dan professional itu, dia masih lagi seorang pencinta yang tidak boleh menahan rasa apabila orang kesayangannya menjadi bahan aniaya. Kagum dia dengan kecengengan Izz kala ini. Dunia, dunia... kadang-kala ketidaksempurnaan itu menggambarkan kelengkapan. Dan juga sebaliknya.
“Huh, kita o-som!” sambung Izz tidak mahu menjawab soalan Sid. Gilakah dia? Mana mungkin Dinie lebih kurang nilainya daripada motor itu. Memanglah motor itu sangat disayanginya namun membandingkan Dinie dengannya bukanlah sesuatu yang logik. Walaubagaimanapun, kenapa pula Sid tidak mahu beralah dengannya untuk meninggalkan Hayabusa itu di sini? Lawan tetap lawan, o-som tetap o-som!
“What?!” balas Sid seumpama tidak percaya dengan kata-kata Izz. Sampai macam ini sekalikah pentingnya Cagiva yang sudah kelihatan old-school itu? Sid ini, oldschool stuffs do not only installed worth, it embedded even more sentimental value to it!
Izz menjungkitkan kening sedikit. Hendak tidak hendak, mereka harus menentukan keputusan juga. Sid memandang Izz masih dengan perasaan tidak percaya sebelum lelaki itu menghela nafas dengan kuat tanda tidak sangka yang mereka perlu melakukan permainan budak-budak untuk menentukan siapa yang akan naik kereta bersama ‘tebusan’ mereka itu.
“Ahh, the hell with it!” laung seorang Ziyad Sidqi menerima cabaran yang mengarut itu. Tangan diangkat dan digenggam menjadi penumbuk untuk merahsiakan apa yang akan dia berikan kepada Izz. Batu, air ataupun burung?
Nina hanya melihat sahaja gelagat dua orang lelaki ini, tadi bukan main lagi ganasnya, sekarang dah macam budak sekolah pula jadinya.
“Okay, let’s go! O-som!” teriak kedua-dua Izz dan Sid bertanding, oleh kerana mereka tidak mahu meninggalkan superbike masing-masing. Natijahnya, terpaksalah mereka berdua menyelesaikan pertelingkahan dengan cara ini.
“Yeah, I go with my Hayabusa! Kau naik kereta ‘Hoi’!” kata Sid sambil menggelarkan Nina dengan panggilan Hoi. Dah dia yang nak sangat dipanggil dengan nama itu? Oh, ya... Sid menang dengan mengeluarkan air. Izz yang memberikan batu tenggelam akhirnya... malang sungguh!
“Argh! Damn it! Ok, fine... Hoi, let’s go!” panggil Izz.
Ah, aku ada namalah, tak habis-habis panggil Hoi, Hoi. Sakit pulak telinga mendengarnya! Rungut Nina dalam hati. Ah, tidak… dia akan duduk dalam kereta bersama lelaki bernama Izz Karami itu. Masak… kalau dia tanya apa-apa macam mana? Harap-harap dia tidak ingat apa-apalah. Nina hanya mampu berdoa sahaja.
“Stop calling me Hoi, I’ve name, ok!”
“I thought you like been called Hoi, apa nama kau?” balas dan tanya Izz semula.
“Nina. So, apa yang korang nak aku buat?” – Nina
“Jadi tebusan,” – Izz
“What?!” - Nina
“Pretend like one, at least…” – Izz
“What makes you think I’ll do that?” – Nina
“You PROMISED,” – Izz
“…or if you don’t wish to settle with ‘this’,” balas Sid dengan mengangkat kaki menunjukkan tapak kasutnya kepada Nina.
“I think this one is better, Sid,” Izz pula membuka mulut sambil menunjukkan Beretta 92nya kepada Nina. Dia menyambung ayat, “tolong bagi kerjasama.”
“Korang suka buli perempuan, kan?” sindir Nina.
“Bergantung kepada jenis-jenis perempuan, now should we go?” – Izz
Izz meminta kunci kereta daripada Nina dan tanpa banyak soal terus menghidupkan sport car daripada jenama Honda itu. Dia menekan pedal minyak sekali dua sekadar untuk mencuba kereta itu. Ada senyum yang sedikit pada bibir Izz. Deru bunyi superbike Hayabusa Ziyad Sidqi bertanding dengan bunyi enjin Honda S2000 Nina, Sid berhenti dekat sebelah pintu tempat duduk pemandu. Izz memandang Sid, masih ada sedikit sakit hati kerana dia kalah bermain o-som tadi dengan Sid dan terpaksa meninggalkan Cagivanya di situ. Sid tersengeh sahaja melihat muka kawannya itu.
“Kau follow je aku, kita kena catch Rex and the gang. I’m sure dorang dah on the lead, I phone them on the way,” – Izz
“Okie dokey, let’s do this!” kata Sid sambil memakai helmet.
Tanpa berlengah, Izz memasukkan gear dan terus menekan pedal minyak. Decitan tayar berbunyi kasar membuatkan hidung terhidu bau hangit sedikit.
Sid pula mengikut daripada belakang.
~~
Wajah tegang Rex sudah tidak boleh dibendung lagi. Hatinya cukup panas memikirkan apa yang sudah terjadi. Bukan sahaja mereka gagal menyelamatkan Adni dan Ari tetapi orang-orangnya telah mengesahkan yang Raphael tidak ke tempat kejadian malam ini. Mengikut risikan dan apa yang dia sudah selidik, sepatutnya Raphael sendiri yang akan datang ke perlabuhan itu hari ini untuk memeriksa shipment yang tiba daripada pihak Tiger.
Telefon bimbit berbunyi, Rex segera mengangkatnya tanpa meneliti siapa pemanggil.
“Hello!” agak kasar bunyinya.
“Apa dah jadi ni? Kami hanya jumpa dua orang mayat sahaja tadi, ke mana pula korang ni?!” tanya Izz.
“Sorry, budak-budak aku buat bangang pulak tadi. But don’t worry, I’m sure Adni dan Ari masih selamat, buat masa ni,” jawab Rex selamba.
“Kau jangan main cakap sahaja, Rex! Bagitahu aku korang ke mana, aku dengan Sid catch you guys up, now!” – Izz
“Okay, okay. I got it already! Suri, enable signal tracker kita pada device Izz.” – Rex
“Okay,” balas Suri laju. Tanpa berlengah dia membuka Macbook Pro yang berada atas ribanya sedari tadi. Dengan laju, jari jemari runcingnya menekan keyboard dan sekejap sahaja, dia telah menghantar signal kepada device berupa PDA yang diberikan kepada Izz sebelum operasi tadi.
“Done! He should be able to track us now,” beritahu Suri. Hafriz memandang sahaja apa yang Suri lakukan itu. Suri membalas pandangan dengan sebuah senyum manja dileretkan pada Hafriz. Tertunduk malu lelaki bertubuh sasa itu.
“Izz, check tracking device, aku dah enable, get here quickly,” – Rex
Dalam pada masa yang sama, Hafriz menerima satu panggilan daripada orang-orang Rex dan Izz yang sedang mengejar kenderaan yang melarikan Adni dan Ari daripada port tadi. Daripada riak rupa Hafriz yang mendengar apa yang dikatakan kepadanya, dia mengesan ada masalah yang tiba.
“Hah? Cagiva hitam? Ada Cagiva hitam kejar? Korang pasti dia kejar kereta yang sama?” banyak pula pertanyaan Hafriz pada mereka.
Hafriz meletakkan telefon dan melaporkan terus kepada bossnya, Rex.
“Budak-budak kata ada Cagiva hitam tengah kejar kereta itu tadi,” – Hafriz
“Izz, kau tunggang motor kau ke? Shit, what am I thinking, kau dekat belakang. Damn, siapa pula sekarang ni?” tanya Rex terus kepada Izz apabila Hafriz memberitahu ada Cagiva hitam sedang mengejar kereta tersebut.
“Rex, apa maksud kau ni? Siapa pula sekarang ni yang kau maksudkan?!” – Izz
“No, nothing! Just come here as soon as possible!” – Rex
“What happen?” tanya Jimmy yang sudah sekian lama mendiamkan diri di belakang kepada Hafriz.
“Ada seseorang sedang ikut Adni dan Ari, I thought it was Izz tapi bukan. Dia naik Cagiva hitam,” balas Hafriz.
Jimmy menghadam penerangan Hafriz. Cagiva hitam? That’s my boy!
~~
Nafas Ari berdengus dengan amarah yang tidak semena-mena hadir. Adni jadi terkejut dengan perubahan Ari.
“Hah! Ganasnya, I like it when you fight like that, hahahaha,” gelak Alek tak ingat dunia.
“Apa yang kau dah buat pada Amie, hah?” walau dalam buta-buta diikat matanya, Ari sekarang tidak lagi berasa takut. Dia tidak lagi memikirkan keselamatannya apabila sedar sesuatu yang buruk mungkin sudah terjadi kepada Amie.
“Apa kau peduli apa yang aku dah buat kepada perempuan celaka itu? Jangan risau, kalau kau nak mati juga, aku akan hantar kau dekat dia, jahanamlah korang bersama dalam kubur!” caci Alek kepada Amie, sakit hatinya mengenangkan dia gagal mendapatkan wang tebusan itu daripada Jad waktu itu.
“Tak guna,” tiba-tiba Adni membuka mulutnya dan memberi kata-kata celaka kepada Alek. Walaupun dia tidak kenal siapa lelaki ini tetapi dia tidak dapat menahan diri daripada berasa marah dengan apa yang telah dia katakan. Walaupun berbohong, dia benci apabila seseorang berkata seperti itu terhadap Amie Najla’.
“Pembohong, Amie dah selamat sekarang. Ari tak ingat ke apa yang akak dah cakap dekat Ari? Amie dah beritahu semuanya kepada Sid dan pihak polis. Kalau lelaki ini yang buat dia macam itu, polis dah tahu tentang dia. Dia takkan lepas lama, Ari,” sambung Adni lagi.
“Siapa kau ni?” tanya Alek dengan suara yang parau. Marah penipuannya berjaya ditelah.
“Siapa aku tak penting, nasib kau lepas ni yang perlu kau risaukan,” tenang sahaja suara Adni walaupun dalam keadaan sekarang ini sepatutnya sesiapapun akan rasa cuak. Sebenarnya Adni pun bukannya berani sangat tetapi dia tidak mahu membiarkan lelaki psiko ini melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Arisa.
Ari yang semakin tenang mengatur semula memorinya. Ya tak ya juga, Adni pernah berkata yang Amie sudah selamat. Macam mana dia boleh terlupa. Ah, mungkin kerana dia terlampau mengikutkan perasaannya sangat yang bencikan Alek. Mendengar suaranya sahaja mengingatkan apa yang telah dia lakukan terhadap dirinya dan Amie hari itu. Dasar jantan bacul! Hanya berani menunjukkan kuasa kepada wanita.
“Kejap, aku macam kenal siapa kau ni? Siapa ek? Macam pernah nampak di mana-mana,” sejenak Alek teringatkan sesuatu. Kesan dadah dalam kepalanya terlampau kuat dan dia tidak mampu mengingati sesuatu perkara dengan senang sekarang. Itulah padahnya kerana menagih dadah. Otak pun sudah hendak mereng agaknya.
“Oh, ya! Adni Zuhayra… gembira dapat jumpa kau! Pot tak berjaya bunuh kau dahulu, Kak Murni pulak masih merengkok dalam penjara disebabkan kau! Hari ini aku akan tunaikan hasrat mereka untuk bunuh kau!” pekik Alek, dia sudah ingat segala-galanya. Bertahun-tahun dahulu dan geng BlackHawk pernah cuba menculik Adni atas arahan Khairy Hashimi dan bukan itu sahaja, dia yang juga seorang pengikut setia Pot, turut ikut sama dengan agenda Pot untuk membunuh Adni kerana hasad dengki dan cemburu Murni.
Adni menahan desah nafas yang kini sudah terasa gerun, dia teringat apa yang telah berlaku bertahun-tahun lalu. Orang yang pernah cuba untuk membunuhnya masih ada lagi bernafas dan lepas bebas. Ari pula hanya mendengar sahaja, dia pernah menonton dalam berita TV dahulu tentang kes berprofil tinggi yang melibatkan Adni. Tidak dia sangka yang dia juga akan jadi salah seorang watak dalam episod sambungan ini.
“Izz tak akan biarkan kau lakukan sewenang-wenang kau sahaja,” balas Adni berani. Dibelakangnya sekarang, dapat dia rasakan yang ikatan di tangannya sudah sedikit longgar setelah beberapa lama dia mencuba meloloskan diri. Ini mungkin boleh jadi jalan keluar buatnya. Apa yang perlu dia bimbangkan selepas ini adalah bagaimana untuk menyelamatkan Ari pula. Dia tahu yang dia akan terpaksa melawan lelaki gila bernama Alek ini. Dia tidak kisah kerana dia tidak mahu dirinya dijadikan mangsa semudah itu. Walaupun dia semakin pasti dia tidak akan lepas dengan selamat semudah yang dia harapkan, Adni terpaksa bertindak sedikit barbaric sekejap lagi.
~~
Kira-kira beberapa puluh meter dari tempat Ari dan Adni terperangkap, sebuah kereta daripada jenis Toyota Hilux berhenti dan memarkir kenderaan di bahu jalan. Kelihatan 3 orang lelaki sedang bergerak keluar daripada kenderaan dan meninjau keadaan sekeliling. Ketiga-tiga mereka adalah orang-orang Izz dan Rex.
“Kita nak gempur ke ni?” tanya salah seorang yang bernama Daim.
“Habis tu kau nak duduk diam sahaja dekat sini, bini bos ada dekat dalam tu, kau nak mati ke tak selamatkan dia,” jawab seorang lagi yang bernama Ken.
“Nanti, kita jangan bertindak melulu, kita kepung dahulu kawasan ini, tak silap aku tadi lelaki itu seorang sahaja, sepatutnya tak susah sangat nak berkas dia,” seorang lagi yang bernama Rahim meningkah kata menyuruh mereka berdua lebih berhati-hati. Mencapai kata sepakat untuk mengepung dahulu kawasan ini, mereka bertiga bergerak ke arah yang berlainan serentak.
~~
Ken berjalan perlahan di belakang rumah kecil yang dibina daripada batu bata dekat kebun getah ini, kelihatannya ia seperti sebuah stor. Dia mendengar ada jerit pekik dua orang perempuan yang berlainan suaranya, dan seorang lagi lelaki. Dia yakin Adni ada di situ, bukannya dia tidak kenal dengan suara isteri majikannya. Dia berasa gembira dalam hati, mesti bosnya itu akan memberikannya bonus selepas ini. Sejenak fikiran tidak ikhlas berlegar dalam kepalanya. Beberapa langkah di belakangnya, sepasang mata memerhati sambil merancang sesuatu yang bakal mengejutkan Ken.
Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Ken dan dengan laju dia menerpa ke arah lelaki berketurunan cina itu tetapi Ken berjaya mengelak apabila perasan dirinya dijejaki daripada belakang. Lelaki misteri yang cuba menyerang Ken hampir-hampir menerima bedilan peluru yang keluar daripada muncung pistol kompak Ken, dia menghela nafas tanda lega. Bagaimanapun nasibnya boleh dikatakan tidak baik kerana Ken berjaya mengecam wajahnya. Ah, dia tidak mahu penglibatannya diketahui tetapi apa nak buat, nampaknya terpaksalah dia menyelesaikan Ken sebentar lagi.
“Maaf, tapi aku tak boleh biarkan kau buat macam ni,” katanya selamba sebelum sekali lagi dia menyerang Ken.
Di dalam bilik stor itu, Alek, Adni dan Ari mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Ken tetapi tidak punya apa-apa idea tentang apa yang sebetulnya berlaku. Alek menyumpah kerana dia diekori. Pistol yang tersemat di dalam poket jaketnya dikeluarkan dan dia keluar daripada tempat itu dengan langkah yang berhati-hati.
Lelaki misteri itu melompat dan berguling ke tepi sebelah kiri untuk mengelak arah peluru kedua daripada pistol Ken, dia berjaya mengelak dan jarak antaranya dengan Ken sudah berkurangan kepada capaiannya. Dengan mudah dia menyepak kaki Ken dan melompat terus ke atas tubuh Ken. Satu das penumbuk padu terlepas ke muka Ken, membuatkan lelaki cina itu mengaduh sakit. Tanpa belas, dia memusingkan tengkuk Ken seakan mematahkan lehernya. Sebenarnya Ken tidak akan mati dengan serangan itu, dia cuma akan pengsan sahaja.
Lelaki misteri itu menyedari ada yang datang ke arahnya lalu dia terus menyembunyikan diri di sebalik dinding stor. Nafasnya diatur semula, dia kenal Alek bagaimana, dia bukannya sama dengan ketiga-tiga lelaki yang baru sahaja dia pengsankan itu. Alek bukannya lemah seperti mereka, dan selepas mengalami sedikit ‘modifikasi’, dia tidak mengagak dia boleh menang dengan mudah seperti biasanya. Tetapi apa yang perlu dia rungutkan lagi, hanya dia sahaja harapannya sekarang. Alek perlu ditumpaskan!
“Keluar!” teriak Alek apabila melihat sekujur tubuh Ken yang kaku di atas tanah. Dia berjalan menghala ke arah Ken, dia melihat lelaki itu.
“Aku tahu kau bersembunyi, jangan menyorok macam pengecut! Kalau aku jumpa kau, tahulah apa aku buat!” jeritnya lagi seperti kerasukan jembalang hutan.
Wajah Ken yang tidak beriak apa-apa dia tenung. Tanpa belas Alek melepaskan tembakan ke kepala lelaki malang itu.
BAM! Bunyi tembakan itu membuatkan Ari dan Adni menjerit terkejut. Alek ketawa berdekah-dekah, dengan tubuh yang terketar-ketar seakan terlampau seronok melihat darah merah keluar seperti air paip daripada kepala Ken yang sudah tinggal nama sekarang. Dalam keadaan separa kesurupan itu, Alek menendang tubuh tanpa nyawa Ken.
Lelaki misteri itu memejamkan matanya tanda menyesal, kalaulah dia berjaya menyerang Ken dengan satu serangan tanpa membuatkan Ken menyedari kehadirannya, Ken mungkin masih bernyawa sekarang. Dia menghela nafas perlahan. Perlahan-lahan dia berjalan ke bahagian hadapan stor itu di mana dia akan berada pada jarak paling jauh dan dengan keadaan bertentangan dengan Alek. Dia yakin dia boleh menumpaskan Alek, tetapi dua orang perempuan ini lebih penting buat masa ini. Dia cuba menutup pintu stor itu tetapi alangkah terkejutnya dia melihat Adni dan Ari yang sudah muncul di hadapannya. Oleh kerana terlampau terkejut, kedua perempuan itu menjerit dan terdorong selangkah ke belakang semula. Lelaki misteri itu menyumpah dalam hati tetapi terbit di muka dengan pandangan yang agak menyirap.
“Shuu! Duduk diam-diam dekat dalam!” katanya tegas namun seakan berbisik dengan jari telunjuk diletakkan dekat mulut. Walaupun sebenarnya dia tidak perlu berbuat begitu kerana sekarang Alek sudah benar-benar ada dibelakangnya. Sepantas mungkin, dia menolak Adni ke dalam. Tubuh Adni terjatuh ke belakang namun dia mendarat dengan soft landing kerana tanpa sengaja dia terjatuh di atas Ari. Ada aduhan yang panjang bersahut-sahutan selepas itu. Aksi sejurusnya tidak dapat mereka lihat kerana entah kenapa Adni dan Ari rasa mereka perlu mendengar apa yang telah lelaki misteri itu katakan.
Pintu daripada material besi itu ditutup kasar dan sepantasnya lelaki misteri itu menunduk ke bawah sambil kedua-dua belah tangannya mengeluarkan pistol daripada sarung yang dipakainya pada paha. Dengan gaya bersilang, dia menghalakan pistol ke arah Alek mengharapkan lelaki psiko itu tidak bertindak gila untuk melepaskan tembakan namun dia tahu, Alek yang ‘baru’ ini berkemungkinan besar tidak mempunyai logik akal yang stabil. Bukan, sebenarnya perasaan takut Alek yang sudah semakin haus, dia tidak kenal gentar lagi sekarang. Dan atas sebab itu jugalah dia melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah lelaki misteri itu.
Bam! Bam! Bam! Tiga das bedilan peluru meluru ke arah lelaki yang diragui motifnya itu. Namun dia pun bukannya lemah, dengan mata yang sudah mengecil untuk menajamkan fokus penglihatannya, dia melepaskan tembakan. Dia yakin bidikannya mampu menyelamatkan dirinya dengan izin Tuhan.
Bam! Bam! Bam!
Peluru demi peluru yang dilepaskan berlaga antara satu sama lain. Dia berdiri tegak menentang Alek. Ada percikan api di udara bekas kesan hentakan dan geseran antara peluru-peluru yang berlaga itu. Saat-saat yang hanya selalu muncul dalam filem aksi berlaku antara mereka berdua. Dengan jarak yang hanya berbaki beberapa kaki, si lelaki misteri itu meluru ke hadapan dan menghalakan tumbukan ke muka Alek.
Alek menghalang dengan kedua belah lengan yang disilangkan ke hadapan mukanya. Hentakan daripada tumbukan lelaki itu agak kuat namun Alek masih boleh bertahan lagi. Dia menolak tangannya sambil kaki menendang hadapan dengan harapan akan mengenai lawannya itu. Namun lelaki itu cukup tangkas melompat ke udara sambil pistolnya dihalakan kepada Alek. Picu sudah hampir ditarik namun dia membatalkan hasratnya. Alek belum boleh mati lagi, jadi dia menghayunkan penyepaknya ke muka Alek. Kasut butnya yang bertapak keras itu membuatkan Alek seperti terasa tulang rahangnya seakan teralih. Begitulah padunya sepakan lelaki misteri itu. Alek terpelanting jauh ke belakang lantas meninggalkan jarak yang besar antara mereka.
“You’re good!” teriak Alek kuat sejurus selepas bangun daripada jatuh yang kasar. Dia mengesat darah merah yang berjelejeh keluar daripada mulutnya.
“I’m taking you in, Alek!” kata lelaki misteri itu keras.
“Then, I like to see you try!” cabar Alek dengan satu lagi bedilan tepat ke arah lawannya itu.
~~
“Kak, bukan ke lelaki tu?” tanya Ari kepada Adni. Dia bagaikan teringat sesuatu. Wajah itu memang pernah dia jumpa sebelum ini dan dia yakin Adni juga pernah melihatnya.
“Itulah yang akak perasan. Apa dia buat dekat sini?” jawab Adni membalas tanya semula.
Ari cuba pergi ke pintu stor itu untuk meninjau keadaan di luar namun Adni lebih pantas merentap lengannya, “jangan, Ari!” katanya.
Ari hanya memandang sahaja. Dia tahu Adni bimbangkan keselamatannya namun dia benar-benar penasaran. Kalau benar apa yang mereka nampak, maknanya sekarang ini keadaan memang sudah jadi lebih teruk daripada jangkaan mereka. Dengan adanya lelaki itu terlibat maknanya keadaan mereka sebenarnya memang dalam bahaya yang bukannya biasa-biasa sahaja. Mereka mungkin terlibat dalam suatu kancah skandal yang berprofil mega!
“Let him do whatever he wants. Ari tahu yang kita tak boleh campur tangan dalam hal ini, Ari fahamkan sejauh mana keadaan dah jadi sekarang. Things already escalated to a level that we don’t really sure about. Let’s just be quiet for now,” suara Adni bergetar dengan nada gentar yang bukan dibuat-buat. Adni bagai tahu sahaja apa yang bakal berlaku. Sekarang ini, Adni mungkin terasa yang Izz pun tidak mampu untuk melepaskan dirinya daripada kemelut gila ini!
Bunyi tembakan, erangan dan laungan yang kedengaran dari luar benar-benar membuatkan Ari dan Adni jadi penasaran namun apa yang mampu lakukan hanyalah mendengar. Adni jadi takut untuk memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Tidak mungkin hanya dengan sebuah bagasi, keadaan boleh jadi seteruk ini. Malam itu, Alia melihat dan mendengar sesuatu yang mereka tidak tahu. Tidak dia, tidak Ari dan tidak Amie. Adni mengingati semula kejadian malam itu. Wajah sugul Ari dia jamah dan satu helaan kesal kedengaran. Hanya yang mampu dilakukan Adni adalah memeluk tubuh sahaja saat ini.
Act 72 – Coffee
Di sebuah lokasi rahsia yang tidak ada seorang pun tahu, seorang lelaki sedang dengan enaknya menghirup kopi Arabica. Seorang lagi lelaki yang berdiri sambil menunggu apa sahajalah yang ingin dikatakan kepadanya masih setia menunggu orang yang kemungkinan besar adalah ketuanya itu menyatakan sesuatu.
“Hmm, sedap betul kopi ni,” katanya.
“Rahsia kesedapan kopi terletak kepada suhu air yang membancuhnya, terlalu panas atau tidak cukup panas boleh mempengaruhi rasa kopi. Rasanya, Barista dekat sini cukup arif dengan cara penyediakan kopi, sebab itu airnya sedap,” jawab lelaki yang berdiri itu.
Ketuanya itu hanya diam sahaja. Dia mendeguk satu lagi hirup dan meletakkan cawan kopi itu ke atas meja kopi. Seterusnya dia bangun. Rasanya lebih selesa untuknya bercakap dengan pembantunya ini sambil berdiri.
“Have we turn them into each other?” tanya si ketua.
“The war has been declared though no move yet to be made, but Tiger’s patient went thinner with Raphael,” balas lelaki pembantu itu.
“Bagus! Inilah balasannya kerana mengkhianati aku,” si ketua berasa cukup puas dengan apa yang dilakukan oleh pembantunya itu. Dalam banyak-banyak orangnya dia tahu lelaki inilah yang paling boleh dia harap dan percaya.
“Tuan rasa pihak tentera akan libatkan diri ke dengan semua ini, hal ini melibatkan Tengku Azhar, jadi tuan tak rasa yang mereka tak akan lepas tangan macam itu sahaja?” tanyanya jujur.
“Kita memang tak boleh nak elak kalau pihak tentera nak campur tangan, can’t we?”
“Jadi?”
“We just have to expect that the formula can be retrieved from both of the bastard before that happens, don’t we?” balas ketuanya itu yang kelihatannya suka benar bertanyakan pendapatnya selepas setiap jawapan yang diberikan. Dia tidak pasti sama ada ketuanya itu mahu mendengar apa yang dia fikir atau sekadar mengujinya sahaja.
Melihat ketuanya berlalu meninggalkannya, lelaki itu meleretkan senyum yang cukup sinis. Dia berasa keadaan sudah bertambah menarik, tidak sia-sia dia setia kepada ketuanya itu kerana sekarang dia sudah hampir pasti kedua-dua Tiger dan Raphael mesti sudah tidak senang duduk membenci antara satu sama lain, dan dia... seperti menangguk di air keruh. Sengketa keduanya menjadi kesenangan buat dirinya dan sudah pastinya buat ketua yang dia berkhidmat itu. Tiger, dia mengenangkan nama itu. Rasanya sekarang ini lubang kubur lelaki yang tidak mengenang budi itu seakan tergali sendiri. Dia tergelak sendiri, perlahan... sengaja dia menahan takut-takut ada yang melihat keletahnya nanti. Senyuman di bibir mati namun dalam hati leretan itu masih di situ.
Tiger, ada habuan untuk kau nanti… tunggu dan nikmati setiap saat selagi kau bebas. Haha, they say tomorrow is still completely blank, but you don’t know what’s coming your way, Tiger!
Act 73 – 2 Pengkhianat
Di atas bumbung sebuah bangunan wisma yang mempunyai helipad sekitar Kuala Lumpur.
Tiger dan Sheri sudah bersedia untuk meninggalkan negara ini. Mereka tidak mahu terlibat dalam apa-apa perang yang hendak dilancarkan kepada Raphael. Biarlah dia dianggap pengecut sekalipun, dia tidak kisah. Apa yang penting nyawanya tidak terancam, dia juga punya banyak pengikut di sini untuk menjalankan kerja-kerja kotornya. Pertelingkahannya dengan Raphael juga akan diselesaikan oleh Edwin dan orang-orangnya. Jadi, tidak ada apa-apa yang perlu dia risaukan lagi. Apa yang penting adalah menyelamatkan Sheri dan dirinya terlebih dahulu.
Tiger yang segak mengenakan sut hitam diiringi 10 orang pengawal peribadi yang kelihatan tegap-tegap belaka. Sheri pula hanya mengenakan dress seakan tube dengan short pants. Kedua-dua mereka baru sahaja tiba di sini.
Kelihatannya seperti Tiger sedang memberikan arahan kepada seorang orang suruhannya.
“Pastikan Edwin laporkan kepada aku tentang semua perkembangan yang berlaku dekat sini. Aku nak Raphael mati, faham?” katanya kepada pengikutnya itu.
“Baik, bos. Aku akan update bos semua sekali, jangan risau,” balas pengikutnya itu.
Tiger menepuk bahu lelaki itu dan dia terus berlalu daripadanya. Dia menghala ke helikopter yang masih belum berlepas itu. Tanpa dia sedari, beberapa puluh meter daripada tempat dia berada, terdapat seseorang yang sedang menyasarkan sniper tepat ke arahnya. Tiger berjalan menghala kepada Sheri yang masih menunggunya dengan rambut yang berterbangan ditiup angin hasil daripada putaran bilah kipas helikopter.
Tidak semena-mena, salah seorang pengawal peribadi Tiger tiba-tiba tumbang entah kenapa. Keadaan berubah panik apabila seorang lagi menerima nasib yang sama, tiba-tiba sahaja dia jatuh ke lantai dengan darah merah yang pekat mengalir keluar daripada badan. Namun kedua-dua mereka belum lagi menemui ajal.
“Ada sniper dekat sini, selamatkan bos!” jerit salah seorang yang terkena tembakan sniper yang entah di mana kedudukannya.
Tiger dan Sheri segera dikepung oleh kesemua pengawal yang lengkap berpakaian baju kalis peluru. Pistol dikeluarkan dan mereka mencuba mengesan dari mana datangnya penembak curi itu. Namun gagal dikesan jadi apa yang boleh mereka buat hanyalah bertahan sahaja. Tidak ada tembakan yang dilepaskan lagi selepas itu.
Penembak tepat yang melepaskan dua tembakan tadi tersenyum kerana berjaya membuatkan keadaan di situ menjadi kelam kabut sementara. Cukup untuk memberikan masa kepada rakannya yang menyelinap masuk kumpulan tersebut dan melakukan penyamaran untuk melakukan tugas seterusnya sebelum dia ke situ untuk memberikan bantuan.
Salah seorang pengawal Tiger yang melindunginya tiba-tiba mengerang kesakitan apabila peluru daripada pistol seorang kawannya menembusi bahunya dan meninggalkan lubang pada tubuhnya.
“Argh! Pengkhianat!” jeritnya kuat.
Pengkhianat yang dimaksudkan kemudiannya bertindak menendang Tiger ke belakang. Sheri juga terjelopok sama apabila tubuh Tiger berlaga dengannya. Kira-kira 6 orang bodyguard Tiger yang masih berada di situ mengacukan senjata mereka kepada pengkhianat yang berdiri megah. Walaupun diacukan pistol kepadanya dia masih tenang, jelaslah dia sudah merancang semua ini dengan teliti. Dia tahu setiap seorang daripada lawannya dan apa kebolehan mereka. 3 orang yang paling merbahaya sudah pun disudahkan jadi 6 orang ini bukannya siapa-siapa sangat jadi tidak menjadi kesusahan langsung kepadanya untuk menumpaskan keenam-enam mereka.
Dengan kelajuan yang menakjubkan dia menundukkan diri mencangkung sambil sebelah kakinya direnggangkan seakan hendak menari breakdance sahaja lagaknya. Dia kemudian membuat satu pusingan sekaligus melanggar kaki semua pengawal-pengawal itu. Seorang-seorang menjadi goyah dan ada diantaranya sudah tersungkur ke belakang, jatuh terlentang.
Tiger dan Sheri bangun dan mengambil kesempatan semasa mereka-mereka yang lain sedang bertarung. Sheri menaiki helikopter dan dituruti oleh Tiger. Mereka harus cepat melepaskan diri dari tempat ini. Jika tidak habislah mereka.
Lelaki yang menentang orang-orang Tiger itu tidak melepaskan Tiger pergi dengan semudah itu. Dia melepaskan tembakan ke arah helikopter yang baru hendak berlepas itu beberapa kali namun tembakannya tersasar kerana seorang pengawal Tiger yang sudah tersungkur dekat dengannya menarik kakinya sehingga dia turut sama terjatuh. Tidak mahu melepaskan Tiger pergi, dia menyepak muka lelaki yang telah menggagalkan dia melepaskan tembakan tersebut. Tercabut gigi lelaki itu.
“Shit!” sumpahnya apabila melihat helikopter itu sudah hampir hendak berlepas naik ke udara. Nampaknya hanya ini sahaja caranya, dia tidak ada cara lain lagi selain menggunakan cara gila tersebut. Mujur sahajalah yang jaraknya dengan helikopter itu tidaklah sejauh mana. Dia berlari laju ke arah pesawat tersebut. Dirinya masih lagi disusahkan oleh Tiger apabila Tiger melepaskan sedas tembakan ke arahnya, namun lelaki ini sebenarnya bukannya orang biasa. Semudahnya, dia mengelak senjata membunuh itu dengan sekali langkah yang menapak ke tepi namun arah lariannya tidak berubah. Masih lagi meluru bak gila ke arah Tiger. Ya, dia tidak boleh melepaskan Tiger terlepas kali ini. Mampus dia dengan ketuanya nanti kalau Tiger gagal diberkas.
“Arghhh!” laungan kuat bergema saat lelaki yang agaknya sudah hilang akal sihat itu melompat ke arah helikopter yang sedang hendak naik ke udara itu. Besi pada helikopter itu dicapainya dan tanpa menunggu lebih lama dia memanjat sehingga wajah panik Tiger dia jamah. Renungan matanya sudah hampir menyamai renungan sang belang yang buas kelaparan.
Buku limanya dikeraskan dan sepenuh tenaga dia menghentak cermin pada pintu kenderaan udara itu sehingga retak seribu. Pecah! Tidak lama sebelum penghadang antara mereka tinggal sejarah.
“Kau tak akan ke mana-mana, Tiger!” jerkahnya marah-marah. Matanya memancarkan perasaan yang seakan menyampah kepada lelaki bernama Tiger namun belangnya sudah tidak lagi kelihatan itu.
Kolar baju Tiger dicengkamnya kuat dan dengan seampuh mungkin, Tiger direntap kasar sehingga terkeluar lelaki itu daripada helikopter. Sheri menjerit nama Tiger tetapi tidak ada apa-apa yang mampu dia lakukan kerana apa yang boleh dia buat hanya melihat sahaja. Kedua mereka jatuh ke atas helipad namun lelaki itu menjadikan Tiger sebagai kusyennya. Terjerit Tiger mengerang kesakitan akibat tubuhnya ditimpa tubuh sasa lelaki yang dia ingatkan pengawal peribadinya itu tadi.
Helikopter yang membawa Sheri pergi tidak menunggu Tiger lagi. Lelaki itu hanya ditinggalkan sahaja. Tiger menyumpah kuat namun dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Beberapa orang pengawal yang masih mampu berdiri cuba menghampiri ketuanya itu namun dengan pantas pengkhianat di dalam kumpulan itu tadi menarik Tiger, dan pisau Rambo diletakkan ke leher.
“I wouldn’t do that if I were you,” katanya perlahan kepada Tiger. Segeralah faham lelaki itu bahawa nyawanya menjadi cagaran kalau pengawal-pengawal itu cuba membebaskannya daripada lelaki yang mustahil dapat dia lepaskan diri ini.
“Stay... stay back!” kata Tiger memberi arahan kepada pengawal-pengawal keselamatannya yang gagal menjalankan tugas mereka itu.
Di belakang Tiger, ada senyum sumbing yang terleret menandakan kemenangan. Lelaki itu berjalan ke hadapan sambil mulut memberi arahan.
“Pergi ke sudut paling kiri bangunan ini. Tunggu di situ dan jangan ikut, faham? Kalau tidak, lelaki ini akan tinggal nama sahaja!” gertaknya tidak bergurau. Dia menelengkan sedikit kepalanya ke kiri cuba melihat muka Tiger, dia ingin lelaki itu memberi arahan kepada orang-orangnya kerana dengan cara itu barulah mereka akan pandang serius dengan ancamannya. Tiger yang memahami apa yang disuruh, memberi arahan kepada orang-orangnya dengan suara yang tertahan-tahan.
“Kau orang dengar ke tidak apa yang dia kata?” soal Tiger tetapi dengan nada menyuruh kumpulan pengawal itu menurut arahan lelaki yang menyekapnya ketika ini. Tidak lama sebelum apa yang dikehendaki oleh pengkhianat Tiger itu ditunaikan. Kesemua pengawal itu bergerak ke tempat yang diarahkan.
Lelaki yang menjadikan Tiger sebagai tebusan itu menarik Tiger ke pintu untuk menuruni tangga turun ke tingkat bawah wisma ini.
~~
Di atas langit, dari ketinggian yang mencecah ratusan meter tingginya, Sheri mendail satu nombor yang ada dalam daftar panggilannya. Di bibirnya ada seleret senyuman sinis yang bermakna. Tidak lama dia menunggu sebelum ada sapaan daripada talian seberang sana.
“You’ve done one exquisite job. Really well done,” balas Sheri dengan nada menggoda seperti biasa.
“What do you mean?” jawapan yang berupa soalan itu diterima Sheri dengan sedikit rasa keliru.
“Abducting Tiger like that, I never thought you’d do that so swiftly,” balas Sheri semula.
“What?! Aku belum hantar sesiapa untuk buat semua itu lagi! I was planning to send a team once you guys landed in Bangkok.”
“What? So, who was that?” Tanya Sheri meminta penjelasan daripada seseorang yang belum mampu memberi jawapan.
“This is insane!” suara di seberang sana seakan marah-marah sahaja bunyinya.
“Okay, okay, let’s not worry about that just yet. I got half of the blueprint here with me, my part is complete,” balas Sheri.
“I’ll send a team to pick you up, since we can’t get Tiger at Bangkok anymore, you’ll not be getting on the jet. The helicopter will change it’s route. ‘He’ would be pleased to see you... and the blueprint,” balas suara dari talian telefon itu.
“Sure,” Sheri membalas sekadar ada sahaja. Selepas panggilan dimatikan, Sheri kalih pandangannya ke luar tingkap. Angin yang berderu dek kerana tingkap yang pecah itu membuatkan ingatannya tumpah terhadap Tiger.
Maaf Tiger... kau tahu ini akan terjadi juga, kan? Dulu aku pernah jadi hamba Zahim dan Datuk Jamaluddin demi duit... dan aku khianati mereka untuk kau... so, you should have seen this one coming. Suara hati Sheri bermonolog sendirian. Sheri tersenyum sendiri, walaupun tampak pahit sahaja leretan bibirnya itu.
Act 74 – Case File Recheck / Substitute Aid
IPK Kuala Lumpur
Malam semakin menginjak usianya jauh ke pertengahan namun ASP Raziff masih di sini. Panggilan yang diterimanya siang tadi benar-benar membuatkannya penasaran. Sejujurnya dia benar-benar rasa ada sesuatu yang hilang di dalam cerita misteri ini. Alan Chan? Kes itu memang sudah ditutup kerana kematiannya di dalam penjara akibat bunuh diri. Namun, jika benar apa yang dikatakan oleh lelaki yang menghubunginya itu, maknanya memang ada sesuatu yang dia dan pasukannya terlepas pandang. Siasat semula kematian Alan Chan. Siasat semula kes rompakan bersenjata di KLIA pada 20 Ogos 2011. Siasat semula kes dadah Alan Chan. Ada tiga benda yang telah berlaku yang ada kena mengena antara satu dengan yang lain. Kalau kes dadah yang melibatkan usahawan muda Alan Chan itu, kesnya memang cukup simple sahaja. Lelaki itu diberkas kerana cuba menyeludup sebahagian besar dadah dalam bagasi. Rompakan bersenjata yang melibatkan anak VVIP yang cukup terkenal Fasha Deanda, gadis selebriti itu sudah pun dibebaskan selepas bapanya membayar wang tebusan yang bernilai RM 5 juta. Dalang rompakan yang bukan sekadar merompak semua penumpang di KLIA malam itu tetapi menculik Fasha memang tidak dapat dijejaki kerana penjenayah itu cukup pandai mengelak pihak berkuasa. Sekaligus mencemar imej polis. Mengenangkan itu, hati ASP Raziff jadi panas serta-merta. Kalau diikutkan hatinya, sampai mati pun dia akan cari siapa penjenayah-penjenayah itu. Namun, dia sedar semuanya sia-sia kerana tidak ada klu langsung untuk memberkas mereka.
Cuma satu lagi perkara yang merunsingkan dia, siasat kematian Alan Chan. Bagaimana hendak dia menyiasat apabila memang disahkan yang banduan itu mati di dalam penjara membunuh diri dengan menggunakan berus gigi yang diasah menjadi tajam. Alan kemudiannya membunuh diri dengan menikam diri sebanyak 3 kali. 3 kesan tikaman di perut adalah punca kematian lelaki malang itu. Jadi apa yang hendak disiasatkan lagi.
Raziff membetulkan belakangnya yang terasa lenguh. Dahi dipicit-picit seperti menahan sakit kononnya tetapi apa yang sebetul adalah dia cuma pening dengan kes ini. Mungkin ini adalah kes paling memenatkan yang dia terima sehingga sekarang. Nasib baiklah sebarang informasi tentang kes ini belum lagi bocor ke telinga wartawan berita kalau tidak menjadi satu hal pula hendak dia komen.
Susan masuk ke ruang pejabat di mana Raziff sedang meneliti laporan-laporan kes-kes lama. Di tangannya dia membawa secawan Nescafe dan secawan teh.
“Here, drink this,” ujar perempuan berbangsa serani itu sambil menghulurkan cawan yang berisi Nescafe itu kepada Raziff.
“Thanks... sayang,” jawabnya sambil tersenyum menyakat.
“Huh... mentang-mentanglah dah official. But not till you meet my dad tau, he’s furious,” sakat Susan kembali. Raziff menelan air liur sendiri apabila mendengar kata-kata Susan itu. Dia pernah berjumpa dengan bapa Susan, sudah kenal dengan keluarganya dan atas dasar itulah dia tahu lelaki itu garang semacam. Namun dia tidak ada rasa sesal, dia cintakan Susan dan dia mahu mengahwini Susan yang sebenarnya sudah lama tertarik dengan agama Islam. Dan dia rasa dia mampu untuk menjadi khalifah buat Susan yang memilih nama Suhaidah sebagai nama Islamnya.
“So, what do we have here?” Tanya Susan sengaja mengubah topik.
“I tengah semak balik kes dadah Alan Chan ni. Dan ini… ini laporan rompakan bersenjata dan penculikan Fasha Deanda,” jawab Raziff sambil fail itu dia serahkan ke tangan Susan.
“Hmm, kalau ikutkan apa yang Amie kata; luggage itu tertukar. Tapi, kan Ziff, cuba you fikirkan macam ini, let’s say luggage yang dia bawa ditukar. Adakah di dalam luggage yang lagi satu itu benda yang sama? You tak rasa benda itu tak logik ke? Why would someone do that? Unless something else was inside the luggage, and someone was eager to get it and made up distraction, so that they get sometimes to switch it up,” Susan mengeluarkan hipotesis.
“Distraction?” Tanya Raziff lagi.
“Oh, come on Ziff. You sendiri pernah kata rompakan bersenjata dekat airport rancangan bodoh, tak ada tempat lain ke? Right? You pun kata motif mereka cuma hendak menculik Fasha, but when things like this happened, you rasa rompakan itu cuma remote event ke? Kalau mereka nak menculik sahaja, kenapa sampai nak kejar Fasha hingga ke airport?” soal Susan cuba mengingatkan Raziff kepada sesuatu.
Ya, Raziff teringat apa yang pernah dia katakan. Dia sendiri berasakan motif perompak yang melakukan rompakan bersenjata di lapangan terbang itu seperti rancangan sampingan sahaja selain daripada mahu menculik Fasha Deanda. Apa yang mereka hendak buat merompak di lapangan terbang? Takkanlah orang ramai membawa cash money yang banyak untuk ke luar negara. Internet banking kan ada. Kad kredit lebih senang rasanya. Kalau Maybank pun dah banyak di luar negara, inikan pula Citibank mahupun bank antarabangsa lain. Kalau ya pun mereka memang hendak mencuri, sebanyak mana sangatlah hasilnya kalau hendak dibandingkan dengan bank atau rumah orang kaya. Akal dangkal kadang-kadang boleh diterima pakai juga, cukuplah dengan menculik Fasha, habuan penculik itu sudah mencecah RM 5 juta. Lagi banyak daripada hasil tambah kesemua rompakan di lapangan terbang itu.
“So the distraction was...,” Tanya Raziff melihat terus ke wajah Susan. Wanita itu cuma membalas pandang sahaja, tidak menjawab apa-apa kerana dia tahu Raziff sendiri sudah tahu apa yang dia maksudkan.
Raziff memandang laporan kes rompakan bersenjata dan penculikkan Fasha Deanda. Dia menyambung kata-katanya, “...this!”
~~
Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Fik menghela nafas, kalau tidak kerana hal yang berlaku ini, dia tidak akan sampai mengambil keputusan yang sedrastik ini. Dia mengetahui tentang seseorang yang bakal dia jumpa ini atas jasa seorang kawan. Apa yang dia dengar tentang group ini adalah mereka memang bagus. Dia mengingati semula kata-kata kawannya itu, “mereka ini pun ada buat tugasan pembunuhan, tapi aku tahu kau bukan jenis macam ini, Fik. Kalau polis tak boleh tolong kau, aku rasa kau patut cuba khidmat mereka. Tapi mahal sikitlah,” katanya. Tak kisahlah asalkan Alia dapat diselamatkan, walaupun dia terpaksa bergolok bergadai pun Fik sanggup. Keselamatan Alia bernilai lebih daripada harta bendanya.
Minuman sparkling berperisa lemon itu diteguk sekali lagi. Rendezvous yang diminta kepadanya bertempat di sebuah lounge hotel lima bintang dekat ibu kota. Adnan Taufik sendiri tidak tahu siapalah orang yang akan dia jumpa nanti. Tetapi daripada suaranya, kedengaran seperti seorang perempuan. Adakah orang yang hendak dia upah itu seorang perempuan? Fik sendiri kurang pasti. Kepalanya jadi berserabut setelah pertengkarannya dengan Izz di telefon waktu itu. Dia marahkan Izz tetapi akhirnya dia mencapai sisi rasional yang hendak dikatakan oleh Izz Karami. Izz tidak mahu ada yang buruk berlaku lagi selepas apa yang terjadi kepada Jad Imran. Namun, Izz sendiri sedar bagaimana perasaan Fik. Dia sendiri tahu yang Fik tidak akan lepas diam sahaja apa yang berlaku. Jika jawapan ada di lubang cacing, ke lubang cacing jugalah dia akan cari. Jika menyelamatkan Alia umpama masuk ke mulut buaya, dia tetap kena tempuh juga taring-taring tajam itu. Alia bermakna segala-galanya buat Fik. Kehilangan Alia padanya sama sahaja dengan mati. Dia tidak mahu itu terjadi. Sekurang-kurangnya bukan sekarang dan dengan cara ini.
“Mengelamun panjang, Encik Adnan Taufik?” sapa seorang wanita, dari paras wajahnya dia tidak kelihatan seperti seorang melayu. Cina juga bukan walaupun ada iras-iras ah moi pada wajahnya. Inikah orangnya yang Fik bual di telefon.
“Elena Park?” Tanya Fik mahu mengesahkan empunya diri. Perempuan itu mengenakan mini dress yang amat singkat. Rambut panjang dan pendek sebelah persis Rihanna diselitkan ke belakang telinga pada sebelah rambut yang lebih pendek. Ada klip rambut platinum disitu.
“I guess you are,” balas Elena sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi yang empuk itu. Kakinya disilangkan atas paha sekaligus luas menampakkan aurat pahanya yang melepak putihnya. Adnan Taufik hanya melihat sahaja gerak geri wanita yang berasal daripada Korea Selatan itu. Dia cuba tidak memandang ke arah yang seksi itu tetapi terkadang pandangannya terlepas juga. Haji Adnan Taufik beristighfar panjang dalam hati setiap kali godaan perempuan dan dunia itu mencapai hatinya, merentap sedikit iman dalam hati dan akal. Dia pun... lelaki juga. Namun bayangan Alia menyelamatkannya. Mujurlah…
Adnan Taufik berdehem sekali sebelum membetulkan duduknya. Dia malas hendak berbasa-basi lagi. Lebih cepat dia menyatakan hasratnya lebih bagus.
“Okay, I need you to help me save my wife,” kata Fik tenang.
“A help?” jawab Elena bukannya menyoal tetapi kurang faham sedikit dengan maksud ‘help’ di sini.
“Yes, I need assistance,” balas Fik menerangkan.
“So, you plan to do this on your own but need assistance from my side,” Elena cuba menyambung penerangan Fik dengan apa yang dia faham.
“Yes,” pendek balasan Fik.
“Well, this is the first time. Usually our client just want us to settle the shit ourself, are you sure about this?” Tanya Elena sekali lagi.
“I am very sure with what I said,” kata Fik menegaskan.
“Izinkan saya terangkan di sini, Encik Adnan Taufik... your safety is put on the line here. If you can do this out of your own will, why bother asking us help? Kalau awak nak kami protect awak sedangkan masalah ini awak sendiri yang cari, that is against our company policy,” balas Elena.
“An assassination group that care so much about ethics, how ironic,” provok Fik mahu mematahkan ego Elena.
Elena Park hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu mengulas apa-apa tentang komen yang dilemparkan oleh Taufik. Dia tidak kisah.
“I’ll pay you double than what you’d charge,” kata-kata Fik membuatkan Elena jadi berfikir dua kali. Namun, mengenangkan mereka harus melakukan dua kerja dalam satu masa rasanya, double tidak cukup.
“Sorry, Encik Adnan Taufik. I don’t really think you understand what I’m trying to say here. Goodbye,” balas Elena pantas lantas dengan bingkas dia bangun dari duduk yang selesa itu. Beberapa langkah selepas itu dia berhenti dari meneruskan langkah pergi.
“Wait!” kata Fik, dia tidak ada option lain selain meminta bantuan Code K. Dia tidak boleh gagal di sini.
“Wait, Elena. I think I can do it. Assist him and watch his back, right? That’s not all that hard. Besides, there’s no such policy. We execute what’s paid,” suara bergema daripada alat komunikasi yang bersaiz kecil di lubang telinga Elena.
“I know there’s no such policy. I’m just being selective, okay. Takkanlah semua assignment nak kena terima buta-buta,” balas Elena.
“I give you triple!” laung Fik apabila melihat Elena seakan masih tidak mahu melayan.
“You hear that. Get the assignment now, Elena Park Soo Young!”
Elena menghela nafas kalah sambil memalingkan diri memandang Fik, dia berjalan menghampiri lelaki itu. Bunyi tapakan tumit tinggi kasutnya yang mencecah 5 inci itu sedikit kuat sebagai tanda protes. Walaupun dia tahu ada yang lain tentang kes ini, dia malas hendak bertelingkah dengan temannya itu jika dia berkeras mahu menolak triple pay daripada Fik.
“You must’ve love your wife so much,” komen Elena sambil sebuah senyuman dihadiahkan kepada Fik yang kelihatannya sudah terdesak dengan dahi yang sudah berkerut. Namun apabila mendengar kata setuju Elena selepas itu, Fik terasa sedikit terlepas daripada bebanan yang ditanggungnya.
Elena menenung sahaja wajah lelaki kacak di hadapannya yang kelihatan masih dalam kekagetan itu. Senyumannya masih di situ, masih belum sirna. Dia menyambung kata semula, “well, at least buy me some drink.”
Act 75 – The duel part 2 – Multilingual
Loki memandang sahaja lelaki itu membuka langkah seribu. Tembakan yang dilepaskannya tidak mengena langsung. Sememangnya dia tidak menyasarkan tepat ke arah Blade. Dia tersenyum sahaja melihat lelaki itu hilang daripada pandangannya dengan memandu Mitsubishi Lancer Evo itu. Luka di lengannya itu dia genggam untuk mengelakkan pendarahan makin melarat. Gelaran ‘Pembunuh Panah Pisau’ memang selayaknya menjadi milik Blade. Kalau dia tidak berhati-hati tadi, nyawanya memang sudah melayang rasanya.
“Let’s have rematch sometimes,” gumamnya sendiri dengan senyum yang nipis.
Tiba-tiba poket seluarnya bergetar dengan nada dering lagu Gangnam Style nyanyian PSY. Dia terkejut sedikit apabila melihat nama pemanggilnya. Edwin. Apa yang hendak dia bagi sebagai alasan ni, telahnya kerisauan.
“Hello bos, maaf… aku tak mampu nak bunuh dia malam ini. He’s too strong,” kata Loki malas menyimpan-nyimpan lagi. Biarlah kalau Edwin hendak marah-marah. Tak kemananya marah lelaki itu.
Loki mengalihkan telefon bimbitnya itu daripada telinga apabila Edwin memaki hamunnya atas kegagalannya menghabiskan riwayat Blade. Dia menguap barang sekali dan mengajuk dengan wajah kata-kata marahan Edwin itu sebelum telefon di letakkan ke telinga semula. Rupanya Edwin sudah habis membebel. Dia memberitahu sesuatu kepada Loki, sesuatu yang penting.
“Okay, aku faham… aku takkan gagal kali ini,” ujarnya serius.
Panggilan ditamatkan, telefon bimbit itu diseluk ke dalam poket seluar semula. Loki tersenyum sinis. Entah apalah yang dia sukakan sangat itu. Namun apa yang benar-benar membuatkan dia gembira adalah pertarungan jantan antara dia dan Blade tadi. Blade sememangnya lawan yang semenggah dan setanding dengannya.
Imbas kembali
“Tell you what, why don’t we box and when we find space to give a shot, kill it in one go? Ada berani?” duga Blade mencabar keberanian Loki.
“Fine by me then,” Loki bukannya pengecut, lagipun dia sukakan cabaran.
Blade mengatur langkah sambil tangan yang memegang pistol itu disilangkan ke belakang. Dia menyelitkan senjata membunuh itu dekat belakang seluar. Selesai berbuat demikian, dia mengemaskan buku lima, Loki yang hendak sangat bergusti jadi, dia bukannya daif sangat untuk tidak memberi. Blade bagaimanapun mengambil masa yang juga untuk melepaskan serangan. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru kerana lawannya ini bukannya seseorang yang biasa. Silap percaturan, nyawa galang ganti. Kedua-dua mereka memang sedang berjudi dengan nyawa sendiri.
“By the way, Loki... right? The formula... was it really a designer drug? Or was it something else?” Tanya Blade melancarkan serangan psikologi, dia kena mengalihkan fokus Loki walau sebentar untuk memberikannya satu kelebihan untuk menyerang.
Lelaki dengan nama Pagan God legenda Nordic, saudara kepada Thor itu, tersengih sahaja. Dia malas hendak menjawab sebenarnya, namun dia tidak mahu Blade tahu yang dia tahu Blade menyerangnya secara psikologi. Dia juga bukannya bodoh sangat tidak ada taktik, jadi dia berpura-pura seakan termakan permainan Blade.
“Kau pun tahu aku menipu sahaja, kan. Aku pun macam kau juga, orang bawahan, kuli batak yang setia pada tuannya, anjing yang takkan menyalak kalau sudah disumbat mulut tu dengan tulang, we’re the same, Blade. No different at all, here and here,” ujarnya sekadar menganjing sambil jari telunjuk menunjukkan ke tepi dahi dan kepada dadanya.
“Oh, really? I get paid, handsomely!” serang Blade dengan psikologi dan fizikal sekaligus, dia meluru laju sambil penumbuk sulungnya menujah laju membelah angin sehingga sampai kepada Loki namun Loki juga sudah bersedia untuk menerima serangan maut Blade. Dia mengelak sedikit ke tepi sambil lengan bawahnya menepis tumbukan Blade. Blade segera menjarakkan diri dengan Loki. Kalau dia tidak bertindak, Loki akan ada kelebihan untuk mencederakannya.
“Huu... that was close, my friend!” kata Blade sambil penumbuk diacah-acah laksana seorang peninju professional.
“Don’t get me wrong, dude. Aku pun dibayar. Aku ada anak, bini, mak, bapak nak kena bagi makan... kau ada?” provok Loki dengan suara selamba. Desperate time, desperate measure... who cares, asalkan ada benda nak dijawabkan terhadap perlian kerek Blade sebelum ini.
Kini tiba giliran Loki pula untuk membalas serangan. Jarak antara mereka sudah tidak jauah sangat lagi, jadi lebih mudah untuk Loki untuk menyerang. Kakinya di angkat selari dengan aras pinggangnya, satu tendangan dihayunkan ke arah Blade. Tidak cukup dengan itu, tangan kirinya digenggam dari bawah dan dia melepaskan satu tumbukan yang menghala ke atas, sebijik rising knuckle tepat mengena perut Blade yang pada pertarungan pertama tadi sudah ditumbuk pada tempat yang sama. Nampaknya Loki adalah seorang yang analytical apabila berlawan. Dia tahu setiap kelemahan lawannya dan tidak akan lupa weak spot yang sudah dia tanda.
Blade menahan sakit dengan mengembungkan pipi dan memejamkan mata. Sakitnya jangan ditanya lagilah. Dia terundur ke belakang dalam selangkah dua. Apabila dia membuka mata, Loki sudah mengacukan pistol tepat ke kepalanya. Dia terkejut, adakah di sini riwayatnya akan tamat? Blade menahan nafas saat Loki melepaskan tembakan ke arahnya. Matanya tidak berkelip melihat lelaki itu. Dalam masa yang kurang sesaat, Blade melihat peluru yang berwarna perak itu melepasinya kurang seinci daripada pipinya. Tak guna, Loki. Dia sengaja tidak menembak Blade dengan tepat sekadar untuk menghinanya. Belum pun sempat Blade menyusun semula pernafasan, Loki sudah ada di hadapannya, terbang di udara dengan penyepak yang sudah mengenai wajah kacak Blade.
“Argh!” laungan dari mulut Blade memberitahu Loki bahawa sepakannya itu cukup berbisa dan menyakitkan menjengah pendengaran Loki. Dia tersenyum puas namun itu belum cukup lagi, dia baru sahaja hendak memanaskan badan. Dan dia tahu, Blade masih ada helah yang belum dikeluarkan.
Blade terpelanting ke dinding kesan daripada tujahan kuasa tendangan Loki yang cukup berbisa itu. Darah merah keluar dari mulut kerana pipi dalamnya pecah berlaga dengan gigi. Blade menyumpah dalam hati, namun matanya mencerlang tajam kepada Loki dengan amarah menggelegak!
“Come on, Blade! I know you can do better than that!” jerkah Loki melihat Blade sudah tidak seperti tadi, sudah hilang taring dan lagaknya.
Blade bangun semula. Dia membetulkan tengkuknya. Sesekali terdengar bunyi ketak-ketuk tulang leher berlaga. Blade tidak berkata apa-apa kerana mungkin disebabkan terlampau banyak bercakaplah Loki mampu membuatkannya rasa terhina seperti ini. Buku lima diramas kemas sebelum dia berlari menghala dinding. Sesampainya dia ke situ, dia menendang kuat dinding dan dengan kuasa pantulan sepakannya dia terbang ke udara dan pistol yang hanya berbaki satu peluru itu dia tujukan kepada Loki.
Loki tidak menyangka Blade akan menggunakan peluru itu pada serangan pertama tetapi telahnya itu nyata silap yang teramat. Muncung pistol yang sudah terlampau dekat dengannya membuatkan dia tidak mampu mengelak lagi. Padahnya dia terpaksa memakan serangan itu dengan kesakitan yang bukannya sedikit. Nyawa taruhannya sekarang! Dadanya terasa tembus dengan tembakan Blade itu. Loki tersungkur ke belakang dan tidak memberikan apa-apa respon dalam masa beberapa saat. Pun begitu, nyawanya belum di hujung halkum lagi cuma seksanya bukan kepalang rasanya.
Blade mendarat ke lantai dengan bergaya seakan seorang Ninja Konoha, pistol yang sudah tidak berguna dengannya dilempar ke tepi. Dia mengeluarkan beberapa bilah pisau custom-made. Senjata khasnya. Dia memanggil nama Loki selepas itu.
“Oi, Loki... kan? Bangunlah... tak payah nak berlakon sangatlah!” tempelaknya ingat-ingat lupa nama lawannya itu.
Loki bangun dengan payah sedikit kerana masih terasa sakit di dadanya. Walaupun memakai baju kalis peluru pun dia tetap terasa sakit juga. Dia bernafas dengan sukar buat satu dua saat.
“Aku tak sangka kau akan gunakan peluru terakhir kau dengan cara macam itu, aku kena akui, aku memang tak sangka kau akan buat macam itu. Memang aku tak sedia langsung nak terima serangan itu. But fate strikes when you expect the least, right? Tapi apa yang aku lagi takjub adalah, kenapa tak aim terus ke kepala aku, kalau kau dah tahu aku pakai bullet proof?” terang dan tanya Loki kehairanan.
“I’m not a boring challenger, I don’t want to spoil the fun,” balas Blade sengaja menganjing Loki balik.
“Whoa, now your talking?! Not chicken breast afterall, aren’t you? This is more like it, still wanna bet? I got nothing to lose!” sindir Loki semula sambil mengacukan pistol ke arah Blade.
“Tak habis-habis dada ayam,” gerutu Blade mendengar kata-kata Loki. Terganggu dia dengan perkataan itu.
“Dada ayam sedap apa! Low fat, high protein. Aku kalau pergi KFC mesti minta dada ayam,” balas Loki sengaja mencari pasal dengan Blade walaupun atas sebab yang trivial dan mengarut. Pendek kata apa yang membuatkan Blade menyampah, itulah yang dia akan buat.
“Kau membebel banyak!” jerkah Blade sambil kaki menendang ke hadapan, cuba menapakkan kasutnya ke muka Loki.
Loki kini sudah lebih bersedia berbanding tadi. Walaupun Blade sudah tidak layak bermain dalam permainan ‘Satu Peluang, Satu Tembakan’ ini, Loki tahu Blade masih bukan lawan yang enteng. Dia tahu reputasi lelaki rambut cacak itu. Kalau Blade benar-benar bersungguh-sungguh, dia tidak berani jamin yang dia akan selamat. Pun begitu, Loki juga bukannya lawan yang mudah dijinakkan. Tendangan Blade dipatahkan dengan tendangan juga. Buat beberapa kali mereka berbalas tumbukan dan tepisan. Masing-masing tidak membenarkan lawan melayangkan tumbukan ke tubuh masing-masing.
Blade mengeluarkan kembali pisau yang disimpannya ke dalam poket itu tadi. Dalam 3 bilah. Dia membuat beberapa summersault ke belakang dan dengan tidak membuang masa pisau dilempar ibarat kunai dalam anime Naruto. Laju sahaja pisau itu merodok udara, mencari daging manusia untuk ditikam. Tetapi Loki lebih cepat menembak pisau-pisau itu. Perlagaan antara butir-butir peluru itu dengan pisau-pisau Blade membuatkan bilah tajam itu beralih arah dan terjatuh ke lantai.
“NÍ FÉIDIR LEAT A MHARÚ DOM LEIS AN!” perli Loki kepada Blade dalam bahasa tuturan Celtic. Sarikata: Kau tak boleh bunuh aku macam itu!
“GAEILGE? SIN A INSINT DOM, NUAIR A BHÍONN TÚ MARBH!” balas Blade dalam bahasa yang sama. Sarikata: Irish? Beritahu aku semula bila kau dah mati nanti.
Loki cuma tersenyum sahaja apabila mendapat tahu bahawa lelaki ini bukan sekadar pembunuh upahan yang biasa. Kerjanya bukan sekadar mencabut nyawa dengan bayaran yang dia terima. Blade rupanya seorang yang berilmu juga. Jika tidak, masakan dia mampu membalas perliannya yang diutarakan dalam bahasa asing yang tidak biasa didengar itu.
“ПОЧЕМУ БЫ НАМ НЕ ВОЕВАТЬ?” tanya Blade mengajak lelaki itu beradu tenaga sekali lagi dalam Bahasa Rusia. Sarikata: Apa kata kita bertumbuk?
“NO HAY PROBLEMA,” balas Loki dalam Spanish. Sarikata: Tak ada masalah.
Kedua-duanya menyimpan semula senjata yang mereka pegang. Blade menyelukkan semula bilah pisau-pisau yang terbaki di tangan. Loki pula menyeluk semula pistol ke belakang seluar. Sekali lagi gaya ahli tinju professional itu digayakan dengan penuh kerek dan gerek. Kedua-dua mereka kelihatannya sedang menikmati perasaan teruja dan enjoy. Seakan tidak terkesan langsung dengan hakikatnya mereka bertarung dengan bertaruhkan nyawa. Berjudi jugalah dalam erti kata lainnya. Kenapa mereka nampak sangat kasual walaupun kemungkinan besar ada yang hilang nyawa malam ini? Gila ke apa?
“EOLMANA TIGER WIHAE IL HANGEOYA?” tanya Blade dalam Hangul. Sarikata: Dah berapa lama kau kerja dengan Tiger.
“PEU DE TEMPS, HIER” jawab Loki berseloroh tetapi tidak menipu dalam French. Selama ini memang dia hanya bergerak apabila Edwin yang memberikan arahan. Cuma semalam baru dia diberitahu yang Edwin ingin membawanya berjumpa Tiger. Jadi baru semalamlah dia tahu yang dia sebenarnya ada bos lain selain Edwin. Lagipun dia memang cukup baru dalam kumpulan itu. Sarikata: Tak lama, baru semalam.
“ʼÁH, TʼAQʻ?” balas Blade. Mendengar bahasa yang datangnya daripada negara penyangak itu, Loki terasa sedikit jengkel. Ah, dia memang tidak suka mendengar bahasa itu. Israel padanya adalah sebuah negara yang hidup dengan mempermainkan penderitaan rakyat Palestin. Hidup dengan cara menindas mereka yang tidak berdosa. Sejahat-jahat Loki, dia masih punya perikemanusiaan. Apabila harga wanita dan kanak-kanak tidak langsung diendahkan, dia jadi marah juga. Sarikata: Oh, ye ke?
“Diam sahaja?” balas Blade dalam bahasa Melayu.
“!وأنا لم تستجب لتلك اللغة” balas Loki. Kali ini giliran Blade pula yang berasa hati. Dia tidak suka mendengar bahasa Al-Quran itu. Ah, dia sendiri tidak pernah mahu mendalaminya. Adalah sekali dahulu semasa membawa identiti Hafiz Mazlan, dia terpaksa berada di dalam masjid dan menunaikan Solat Jumaat. Walaupun berlakon dia rasa cukup tidak selesa berada di dalam rumah Allah itu. Kerana apa? Kerana dia tidak percayakan Tuhan. Dia ateist. Dia tidak mahu hidup terkongkong dengan pegangan yang padanya menyusahkan. Dia mahu hidup bebas. Dia suka melakukan maksiat, jadi bagaimana dia dan Islam dapat bersatu. Demi Rock, dia terpaksa berlakon seperi tidak merasa apa-apa. Sedangkan mendengar lelaki itu membaca doa makan pun dia naik meluat! MasyaAllah! Kenapa sampai begitu sekali jadinya Blade yang bernama asal Hafiz bin Mazlan ini. Sarikata: Aku tak akan respon pada bahasa itu.
“Kenapa diam?” tanya Loki pula dalam bahasa Melayu.
“Well, I don’t like that language, either!” jerkahnya dek kerana akal yang sudah lama meresap dengan dogma Iblis yang berjaya menyesatkannya. Dia jadi lupa terus hendak bertarung guna buku lima. Pisau yang tersemat dalam jaketnya, dia keluarkan dan dengan laju dia membalingkan bilah tajam itu ke arah kepala Loki.
Loki terkejut bukan kepalang. Dia tidak sangka yang Blade akan bertindak sebacul itu, memperdayakannya dengan mengajaknya bertarung macam jantan tetapi akhirnya dia yang mengambil kesempatan!
Loki tahu dia harus mengelak mata pisau itu yang bergerak selaju hampir 120 km/j. Lajunya memang sukar dielak tetapi dia belum bersedia hendak mati lagi. Setidak-tidaknya biarlah dia kahwin dahulu. Dalam masa kurang sekelip mata, dia mengelak mata pisau itu daripada merodok dahinya. Berjaya namun masih ada harga yang perlu dia bayar. Lengannya terhiris pisau itu. Membelah isi daging yang sedikit. Bajunya ada kesan tertoreh, darah keluar laju dan pisau itu tercacak pada dinding di belakangnya.
“Argh!!! Tak guna!” jerit Loki tidak menahan rasa marah, namun rasa sakit menang lebih sedikit sehingga membuatkan dia tidak mampu berbuat apa dalam masa beberapa saat. Namun beberapa saat adalah masa yang cukup besar untuk serangan susulan daripada Blade. Entah bila masanya Blade sudah ada di hadapannya mukanya dengan kaki yang berjarak hanya beberapa inci daripada kulit wajah sawo matangnya itu. Kepalanya terhentak ke belakang dinding. Terasa hendak pecah sahaja tengkoraknya. Sakitnya, cubalah Blade rasa dahulu. Barulah boleh dia katakan bagaimana.
Walaubagaimanapun Blade tahu dia tidak boleh berterusan di sini. Pisau di dalam poket masih ada, tetapi belum tentu lagi dia boleh membunuh Loki hanya dengan pisau kecilnya. Pisau Rambo tertinggal dalam kereta. Jadi memang sukar untuknya membunuh Loki hanya dengan pisau-pisau khasnya itu. Akhirnya dia harus akur dan melakukan perkara pengecut itu. Larikan diri selagi dia boleh. Dia juga tidak mahu kepalanya pula yang ditembusi peluru logam daripada muncung pistol Loki.
“Adios, amigo!” katanya sambil sekali lagi dia menendang kepala Loki ke dinding, mahu membeli masa yang lebih lama untuknya melarikan diri. Loki teraduh kuat. Gila apa, memang sakit kena terajang sebegitu.
Blade melarikan diri dengan secepat mungkin. Tidak lama sebelum dia sampai dekat Mitsubishi Lancer Evo merahnya itu. Engin dihidupkan dan secepat mungkin dia cabut lari.
“Anak haram!!!” jerit Loki daripada dalam rumah tinggal itu. Dengan peluru yang lepas terkejar-kejarkan Blade namun semuanya tersasar. Bukan, dia hanya marah... bukannya dia betul-betul mahu membunuh Blade. Sasarannya hanya disalah bidik. Bunyi peluru yang meloloskan diri daripada senjatanya semakin sunyi tanda sudah habis digunakan. Sekurang-kurangnya dia perlu berlakon di hadapan Blade. Kalau tidak malulah dia kalau dia tidak bertindak balas. Menyerah sahaja walaupun kalah.
“Let’s have rematch sometimes.”
Tamat bahagian 15.
p/s - ucapan terima kasih kepada Google Translate. Jasa anda dikenang selalu...:)
Comments