THE STORY SO FAR...
Haa... kan! Dah feeling-feeling Supernatural ada ‘THE STORY SO FAR...’ bagai, kan... mengadalah
tu... hehe, bukanlah... sebabnya adalah cerita ni dah lama tak bersambung,
kan...i, adui, ter, ber! Dah nak macam setahun, kan... gilalah setahun tak buat
apa-apa selepas Emil dan Jahn kata mereka rindukan TCCOW... kepada yang
menunggu, sorry eh... Jahn tengah ada emotional breakdown yang macam susah
sikit nak handle... jantung hati ni kena overhaul sikit baru ok... eh, bukan nak
cerita itu... orang nak cerita pasal TCCOW yang dah macam-macam setahun
menghilang tu, kan... (wah, macam orang tunggu sangat!, kan, kau bajet kau
glamer padahal run blog sedeh ni, haa.....!), buat cerita cam tak serius,
kan... memang! Hahaha... takpe-takpe, kita layan THE STORY SO FAR ni dulu, mana
yang dah lupa cerita ini berkisar tentang apa, silalah klik link dekat tepi tu,
cari je The Curious Case of Whatever, klik dan telaah dan taakullah dulu
sebelum minggu depan, Jahn akan upload satu lagi episode baru... okay! Selamat
membaca, pastikan ada air, kuih-kuih sikit nak baca ni... kang tercekik,
susah... haaa... silalah!
THE STORY SO FAR...
“I just don’t want to put anyone’s life at stake
after what happened to Jad! The last thing I want to see is my friends lose
their lives! You have no experience in this kind of things. You have
practically no ability to stay alive in this kind of situation! So, please make
yourself useful and stay away!” – Izz
“You need to learn… to stop… taking others too
lightly, Izz Karami. You don’t know how I’ve been through worrying like this.
Tell you what! I don’t need you, I can take care of this by myself!” – Taufik
~~
“Kak, akak fikir apa lagi tu?” – Ari
“Akak…
akak teringatkan Alia. Macam mana dia sekarang ni? Kalau nak diikutkan, lagi
susah penjahat itu nak dapatkan kita dari dia,” – Adni
“Maksud akak?” – Ari
“Yelah,
akak bukan nak rendah-rendahkan Fik tapi antara jemaah lelaki itu semua, Sid
dengan Izz yang paling boleh harap dalam hal-hal macam ini, last-last kita ke sini
juga. Kalau betul penjahat itu nak tahu apa yang kita nampak hari itu, mestilah
dia perlu dapatkan Alia. Alia tahu lebih dari kita jadi sepatutnya dialah yang
sepatutnya diculik.” – Adni
~~
“Abang risaukan Jimmy.” – Rif
“Maksud abang? Abang, bagitahu Afi sekarang? Kenapa
dengan Jimmy?” – Afi
“Abang tak maksudkan apa-apalah tadi? Abang cakap
general je. Kan Jimmy keluar rumah sendirian tak bagitahu kita sejak semalam.
So, abang bimbanglah.” – Rif
“No! That wasn’t what you said just now! It was
something else! Abang, tell me! Afi letihlah abang main-main cakap something
tapi tak nak cakap sampai habis!” – Afi
“Abang tak boleh cakap, ini sulit. At least buat
masa ni.” – Rif
“Jimmy sertai operasi? Wait, bukankah dia sepatutnya
bercuti sekarang? Kenapa pula dia…? Abang, apa lagi yang Afi tak tahu ni?” –
Afi
“Okay, apa yang Jimmy alami ada kaitan dengan satu
kes yang abang, Luqman dan Helmi tengah handle. Itu je, abang harap Afi faham
dan tak act macam budak-budak, sibuk je nak tahu. Boleh?” – Rif
~~
“Who’re you? Never seen you before.” – Blade
“I’m new. Loki’s the name,” – Loki
~~
Hati kecil Hafriz meyakinkan dirinya bahawa Jimmy
menyembunyikan sesuatu. Sebenarnya semasa di KLCC tadi lagi dia ada ternampak
Jimmy menghubungi seseorang dan lagaknya walaupun dibuat-buat biasa, Hafriz
yakin ada sesuatu yang lain dalam panggilan yang diterima oleh Jimmy tadi.
Hafriz pula malas hendak bertanya lanjut tentang perkara itu, takut nanti
dikatanya penyibuk pula. Walaupun tidak mengesyaki yang Jimmy adalah musuh dalam
selimut tetapi tidak dapat tidak ada sesuatu dalam hati Hafriz yang menyatakan
Jimmy juga punya motif yang tidak diketahui.
“Make sure everybody watch out their partners. We
don’t want lives to lose here!” – Rex
“Sid, kau jangan buat kepala sendiri sudah,” – Izz
“Aku tahulah. Aku bukannya besar kepala sangat.” –
Sid
“So, I guess Bravo is set to go,” – Izz
“Hmm, okay. Fauzan? Are you ready for a bumpy ride
of your life?” – Rex
“Huhh, let’s do this!” – Jan
“Jimmy?” – Rex
“What?” –
Jimmy
“Are you ready for this, Jimmy?” – Rex
“Oh, yes… sure I do.” - Jimmy
“Hafriz, watch his back. Can you?” – Rex
“Yeah, I’ll be watching every moves,” – Hafriz
“Jadi, siapkan diri masing-masing. Senjata dan
benda-benda lain. Get it ready. Now! Move, move, move!” – Rex
“Okay, Suri!
You’re good! Keep it up and you’ll be on top! Stay focus and don’t let your
guards down. People lives are depending on you, Suri! Yeah!” – Suri
Semua lelaki-lelaki itu memandang serentak apabila
Suri terjerit-jerit serupa orang tidak ada sivik itu.
“What? Kata-kata semangat je! Now,
where’s my gun?” – Suri
“Don’t even think about it!” – Rex
~~
“Nina tak boleh buat akak macam ini, Nina tinggalkan
akak dengan entah berapa banyak pertanyaan yang berlegar dalam kepala akak.
Sekurang-kurangnya berilah akak call abang Taufik. Sekejap pun tak apa,” – Alia
“Tak boleh, kak! Mereka boleh kesan di mana akak
berada kalau akak gunakan telefon bimbit akak,” – Nina
“Kalau macam itu gunalah telefon bimbit Nina.” –
Alia
“Lagilah tak boleh!” – Nina
“Kenapa?” – Alia
“Akak, percayalah, apa yang saya buat ni adalah
untuk keselamatan akak sendiri. Kalau akak call abang Taufik, mereka akan kesan
melalui talian abang Taufik pula. Not to mention yang kalau mereka tahu akak
ada dengan saya…,” – Nina
“Not to mention apa? Siapa ‘mereka’ pada Nina? Nina
salah seorang daripada ‘mereka’?” – Alia
“Akak, siapa saya dan siapa pun ‘mereka’ pada saya
tak ubah apa-apa. Saya tetap dekat sini untuk pastikan keselamatan akak
terjamin. Sumpah, kalaupun saya jahat macam mereka tapi nyawa akak
exceptionally different dengan orang lain. Saya tak akan samakan akak dengan
yang lain.” – Nina
“Maksudnya, penculikan Ari dan Amie sebelum ini ada
kaitan dengan Nina? Jawab
pertanyaan akak, Nina? Nina ada kaitan dengan semua ini, maksudnya Nina pasti
tahu apa yang terjadi kepada Ari dan Adni, kan?” – Alia
~~
Hafriz masih memerhati Jimmy dengan tahap kecurigaan
yang tinggi. Dia tidak puas hati selagi tidak tahu apa sebenarnya yang ada
dalam fikiran Jimmy, apa yang dirancangnya.
~~
Taufik mati kutu bersendirian di rumah ini. Hatinya
memang terlampau marah dan menyirap dengan Izz. Mula-mula kata lain, sekarang
kata lain pula. Namun apabila mengenangkan apa yang dikatakan oleh Izz tadi,
dia sedar. Dia mungkin menjadi bebanan kepada mereka kalau dia turut serta. Dia
sedar dirinya sendiri. Tetapi Izz sepatutnya lebih sensitif dengan keadaannya.
Kalau Izz di tempatnya, tidak nanarkah dia apabila mengetahui isteri sendiri
dalam bahaya tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa?
~~
Nina buntu memikirkan apa yang Alia fikirkan tentang
dirinya. Semuanya telah terbongkar kali ini. Semua yang dia rahsiakan telah dia
dedahkan kepada Alia. Biarlah, dia pun bukannya lama lagi di sini. Setelah
semuanya selesai dia akan melarikan diri. Raphael pun bukannya satu kepentingan
buatnya. Hati yang serabut diterjemahkan dengan pemanduannya kini. Kalau meter
halaju kereta ini mencecah 1000km/j pun rasanya sudah habis dia rembat.
“I need to see the two,” katanya sendirian. Apa yang
dikatakan oleh Alia benar-benar membuatnya resah.
“Kalau terjadi apa-apa mereka, akak tak akan maafkan
Nina. Nina boleh lupakan semua pasal akak!” kata Alia yang masih
terngiang-ngiang di telinga Nina.
~~
“Afi tunggu di sini dahulu, ya?” pinta Rif penuh
kasih. Mereka masih berpelukan. Eddie yang ada jauh sedikit daripada mereka
memandang dengan senyum yang tiba-tiba terukir. Teringat dia dengan aweknya?
Siapakah..? Dia tergelak perlahan sendiri.
Afi menangis. Rif mengucup ubun-ubun isterinya yang
berlapik tudung bawal itu.
“Janganlah menangis, malulah dekat Eddie tu,”
sambung Rif lagi. Afi mendongak memandang wajah kesayangannya. Rif menyeka air
mata yang entah kenapa murah sangat keluar daripada mata Afi. Hendak kata Afi
ini perempuan yang lemah, tidak. Dahulu banyak lagi perkara yang lebih teruk
yang terjadi. Hmm, mungkin malam ini terlalu istimewa. Banyak yang terjadi.
Banyak yang meninggalkan kesan.
“Promise me; promise me that you’ll come back safe.
Bring Jimmy back too,” pinta Afi sepenuh hati dalam linangan air mata yang
masih menghujani pipi.
“InsyaAllah. I’ll come back for you. I’ll come back
with Jimmy. I promise!”
~~
Helmi memecut laju dengan Cagiva hitam milik
kerajaan Malaysia itu. Dia harus sampai ke tempat itu dengan segera. Hanya dia
sahaja harapannya sekarang.
~~
Amie tertidur di atas kerusi bersebelahan dengan
katil Jad. Jad sudah lama sedar tetapi dia tidak mahu mengejutkan Amie. Ingin
dia pandang wajah Amie yang manis itu. Walaupun dalam tidur, ayu wajah Amie
tidak pernah berkurang. Sekurang-kurangnya pada pandangan matanya. Memadai
dengan memandang Amie, kesakitannya sudah hilang. Ngilu lukanya sudah terasa
seperti tidak pernah ada.
~~
Jimmy mengesan dirinya seperti disyaki. Hafriz
walaupun cuba menyembunyikan sesuatu tetapi terkadang terlepas juga pada wajah.
Semenjak balik dari KLCC tadi dia perasan lelaki itu sedikit berlainan.
Walaupun mereka baru kenal tetapi Hafriz kelihatannya agak ramah juga tetapi
sekarang dia diam. Kalau hendak dikatakan yang Hafriz tidak ada mood selepas berjumpa
Blade tadi memanglah ada kemungkinannya tetapi kenapa Jimmy rasa dia bagai
diperhatikan pula. Sah, memang Hafriz tahu sesuatu. Dia tahukah aku hendak
menggunakan mereka sebagai umpan? Tidak! Tak mungkin dia tahu!
Comments