TCCOW Special Episode 3 – Nur Eyzan

Part 1 

Easy Cafe, Tanjung Malim 

Nur Eyzan duduk di situ hampir setengah jam. Menunggu seseorang yang katanya hendak datang bertemu. Tetapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak. Mengerti dengan prinsipil ‘janji Melayu’ dia tunggukan jugalah. Walaupun kalau hendak diikutkan mahu sahaja dia keluar daripada restoran ini dan balik ke rumahnya, nun di Terengganu itu. 

Bagai tahu dirinya ditunggu-tunggu, lelaki yang dinantikan oleh Nur Eyzan datang juga. Lelaki itu seperti biasanya dengan topi besbolnya. Tetapi kali ini, dia datang bersama seorang budak perempuan yang bukannya budak sangat pun dah! Tetapi Nur Eyzan suka menggelarnya budak kecil. 

Jahn dan Eera menarik kerusi dan memberi salam. 

“Assalamualaikum, kak! Lama tunggu?!” tanya kedua-duanya ramah. 

“Waalaikumussalam. Tak lamalah, dik. Adalah 4 jam akak kat sini,” guraunya membesar-besarkan cerita. 

“Uih, lamanya... 4 jam! Tulah Eera, orang dah kata next time je usha novel. Ni, nak jugak!” Jahn tanpa berlengah terus menyelamatkan diri dengan menyalahkan kesemuanya ke atas Eera sedangkan tadi dia lebih lama membelek-belek DVD di kedai DVD. 

“Eleh, cakap orang! Dia tu yang berkurun dekat kedai CD tu. Tercongok orang tunggu tak habis-habis, nak salahkan orang konon. Akak jangan percaya cakap Jahn ni, kak... pembohong!” balas Eera membela diri sendiri yang serasanya tidaklah salah sangat. 

“Hahaha! Akak gurau ajelah... baru setengah jam kat sini. Dah makan? Akak nak belanja ni,” tanya Nur Eyzan mempelawa. Dia membahasakan dirinya dengan panggilan ‘kakak’ bukan kerana usianya lebih tua daripada Jahn dan Eera tetapi juga kerana dia memang sudah menganggap kedua orang budak itu seperti adik. Bagaimana mereka berkenalan? Sudah tentunya kerana Dhiya Zafira. 

“Nak! Lapar, lapar!” Jahn tanpa segan silu membuat perangai. 

“Ah, Jahn. Lapar aje!” perli Eera pantas. Siang tadi bukan main kedekut tak nak belanja orang. Ni bila ada orang nak bayarkan, laju pula dia! 

“Eera kena faham... makanan paling sedap ialah makanan free orang belanja.” 

“Ha’ah, kan! Patutlah Root Beer Float tadi tu tak sedap, kan?” 

Jahn hanya mencebik sahaja apabila Eera masih belum sudah mengutuknya. Tetapi mengubah air muka apabila wajah Kak Nur Eyzannya dia pandang. Nak jaga hati, orang nak belanja makan! Hehe! 

“Haa... orderlah. Eera pun order sekali. Akak bayar, jangan risau!” katanya. 

Apa lagi, berebutlah kedua-dua budak itu memesan makanan. Seorang hendak Spagetti Bolognese. Seorang lagi hendak Lasagna. Ditambah dengan satu potong Blueberry Cheese Cake dan kek Coklat. Air pun nak jus tembikai dan lemonade. Nur Eyzan melihat sahaja gelagat kedua adik-adiknya itu. Makanlah. Dia tidak kisah. 

Menunggu makanan sampai memang lama. Mereka mula bercerita tentang topik kesukaan mereka. Antaranya memang akan bukak cerita pasal Komando Haiyan Rifqilah. Jahn tahu kedua-dua Eera dan Nur Eyzan sangat menggilai watak tersebut. Mana tidaknya, kalau ditanya scene apa yang tidak dapat mereka lupa dalam JKP, dengan laju Nur Eyzan menjawab scene Rif keluar bilik mandi, separuh bogel itu. Disokong dengan Eera pula kemudiannya. Lepas itu, dipanjangkan imaginasi mereka dengan sebuah ‘girly scream’ pula, kan. Jahn naik meluat mendengarnya. Sudahnya, dikatakan sahajalah yang Jahn jeles. Jeleskah dia? Tidaklah. Mana mungkin. Jahn kan ada Zarin... heee... balas Jahn pula. 

“Itu Fauzan Abd Karim! Bukan Fauzan Abas!” balas Eera. 

“Tak kisahlah!” jawab Jahn meniru cara percakapan Ah Chai lakonan Johan Raja Lawak dalam Lawak ke der... 

“Bergaduh je budak dua orang ni! Haru betullah!” sungut Nur Eyzan melihat Jahn dan Eera tak habis-habis lagi bertekak. Jahn dan Eera yang mendengar jadi kaku sekejap, mereka selalu bergaduhkah? Sekejap mereka terdiam dan memandang ke arah lain. Tersenyum Nur Eyzan dibuatnya. 

“Kak, kami ada plan ni. And... We thought it would be fun ajak akak sekali!” kata Jahn memberikan cadangan. Sebenarnya memang mereka datang ke sini untuk mengajak Nur Eyzan melakukan spying terhadap seorang lelaki dan isterinya. Tanpa berlengah, Jahn memberitahu tujuan mereka. Eera turut sama menyokong. 

“Haa? Spy? Nak spy siapa?” tanya Nur Eyzan penuh minat. 

“Hehe, itu yang nak dengar tu...,” balas Jahn. 

“Akak ni, kalau ajak akak mestilah kami nak spy Rif!” sambung Eera. Sekali lagi ‘girly scream’ itu Jahn dengar. 

“Ahhhhhh, suka!!!” jerit kedua-dua Eera dan Nur Eyzan sambil berpegangan tangan, menutup mata dan menjerit secara sinkronis! 

Jahn menghentakkan kepala ke meja. Namun tidak di layan kedua wanita itu. Haru! 

Part 2 

Dalam perjalanan menuju Exit Tol Simpang Ampat, Melaka. 

Kereta yang dipandu Nur Eyzan meluncur laju di atas jalan. 

“Wah, bestnya drive Scirocco ni, Jahn. Pandai Jahn beli kereta, kan!” gembira sungguh perasaan hati Nur Eyzan apabila dapat memandu kereta yang bergaya ini. Sebuah Volkwagen Scirocco. 

Jahn hanya tersenyum sahaja. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Entah apalah nasibnya apabila balik nanti. Mahu dibelasahnya sampai lumpuh dengan Emil. 

~~ 

Seksyen 7, Shah Alam. Kediaman Jahn... 

Emil bangun-bangun hendak pergi bertemu seseorang. Dia perlu berjumpa dengan Elena kerana ada orang yang mahu menggunakan khidmatnya untuk menjejak seseorang. Kunci kereta dicapainya daripada poket seluar semalam yang belum lagi dia hantar ke dobi. 

Ehh? Tidak ada di situ? Ke mana pula dia letakkan? Mana? Mana? Ahh, hilangkah? 

Menggigau dia mencari ke serata rumah tetapi tidak dia jumpai. Dia melihat ke luar apartmen. Di petak dekat mana dia memarkir kenderaan yang baru bulan lepas dia beli itu tidak kelihatan pun Volkwagen Scirocco tersebut. Hatinya terus jadi gelisah tak ingat! Haru dia! 

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dengan korus lagu Boyfriend nyanyian Justin Bieber. Ada mesej masuk. 

‘Emil, aku pinjam kereta kau, tau! Esok aku pulangkan! TQ, bro! Ur the best, EVER!’ 

SMS daripada Jahn. 

“Jahn, you son of a gun!!!” pecah suasana dengan jeritan parau lelaki itu. Pecah juga dinding rumah dengan sekali tumbuk. Pecah jugalah penumbuknya. 

~~ 

Jahn tersenyum lagi melihat mesej teks sendiri. Kalau Emil hendak membalas pun dia tidak akan layankan. Biar lantak dengan dia. 

“Peliklah Jahn ni, kata student. Ni boleh beli kereta macam ini siap bagai. Kalau Saga boleh gak percaya, ini tak nak Scirocco pulak, kan! Macam kerja gaji berkepuk-kepuk sangat tapi kedekutnya, Ya Rabbi! Jahn jadi anak ikan ke?” tanya Eera yang duduk di tempat duduk belakang curious. 

“Ah! Choiiiiii! Anak ikan wakluuu!” balas Jahn secara refleks. Hampir terkejut driver mereka. Nur Eyzan. 

“Ah, kejut pulak!” kata Eera. 

“Kejutlah... fitnah semata-mata Eera ni tau!” 

“Bukan fitnah lah, musykil! Musykil, okay. Cuba cerita sikit macam mana dapat kereta ni.” 

“Err, ini kereta Emillah. Jahn ‘pinjam’ kejap.” 

“Ahahaha, kalau daripada Emil maknanya bukan pinjamlah, kan? Jahn curi sebenarnya. Kalau Jahn kedekut, mamat tu kedekut kuasa 3!” 

Ketawa pecah dalam kereta itu tetapi pada saat sebuah Mitsubishi Pajero bewarna hitam melanggar bumper belakang kereta yag dipandu Rif. Mereka jadi terkesima. 

“Jahn, siapa mereka tu?” tanya Nur Eyzan laju, takut sesuatu terjadi kepada Rif dan Afi. Sebenarnya, risaunya lebih berat kepada Rif! 

“Kejap... orang-orang Raphael atau Tiger? Kenapa nak target Afi dan Rif pula?” Jahn jadi keliru pula. Setahunya, Afi dan Rif langsung tidak ada kena-mengena dengan apa yang dimahukan oleh Raphael. 

“We need to do something, Jahn!” desak Eera pula. 

“Mana boleh. Kita mana boleh campur tangan, nak mati ke?!” tingkah Jahn laju. 

“Jahn, their lives’ are on the line at the moment. Just do something!” sambung Eera lagi. 

“Eera, I cannot do anything. At least not without Emil’s around,” balas Jahn bukannya takut tetapi tidak berani. Mati dia nanti kena belasah free. Kalau Emil ada takpelah juga. Boleh sahaja dia tolak Emil. Jahn yakin Emil boleh handle penjahat-penjahat itu semua. 

“Don’t worry, Eera. They won’t dare to try to touch Afi. They won’t dare to do stupid things. Eera tak percaya dengan Rif ke?” selit Nur Eyzan serta-merta. Dia mahu Eera bertenang. Kalau Jad atau Fik, mungkin dia akan bimbang serupa Eera juga tetapi yang ini Rif. Tidak mungkin Rif akan apa-apa dengan penjahat cabuk macam mereka itu. Dia yakin. 

Eera jadi tenang semula. Tetapi tidak lama. Harapan mereka bagai direntap kuat selepas itu. Jahn hanya gamam sahaja melihat apa yang terjadi. 

“Brek!” jeritnya menyuruh Nur Eyzan menekan pedal brek kuat-kuat. Berdecit tayar dengan bau hangit menerjah hidung. 

“Oh my God!” seru Jahn melihat tragedi di hadapannya. 

Sebuah trailer terbabas ke pembahagi jalan. Merempuh seberang lebuhraya yang ada kereta pacuan empat roda Rif. Tepat mengenai kenderaan itu dan mereka melihat sendiri 4x4 Rif itu bergolek-golek jatuh ke dalam gaung. 

Eera dan Nur Eyzan tidak mampu berkata apa-apa. Jahn juga kehilangan kata. Hanya terkebil-kebil ibarat tidak percaya. 

“No, Komando Haiyan Rifqi won’t die that easily!” Jahn tidak percaya hakikat itu. 

Kenyataannya hanya mengundang tangis Eera dan Nur Eyzan sahaja. Tidak akan ada lagikah ‘girly scream’ mereka? Jahn rela mendengar suara itu daripada suasana kekal bungkam seperti ini. Benar, dia tidak akan rasa meluat. 

Part 3 

Volkwagen Scirocco itu dipandu perlahan. Setelah melihat apa yang terjadi kepada Rif dan Afi. Tidak ada seorang pun di dalam kereta ini bercakap apa-apa. Jahn mengambil tugas memandu kerana kasihankan Kak Nur Eyzannya. Dia sendiri berasa sedih, inikan pula buat peminat no. 1 Rif itu. 

Eera di belakang masih terdiam lagi. Luluh sungguh rasa hati Jahn mengintainya daripada cermin hadapan. 

Dia mahu mengatakan “sabarlah, ini semua takdir Allah, kita kena redha,” tetapi entah kenapa dia tidak sanggup. Tidak redhakah dia? Atau dia tidak percaya Rif akan mati semudah itu. Ya, ajal maut di tangan Tuhan tetapi semudah itukah? Rif komando. Dia tahu bagaimana hendak kekal hidup dalam keadaan yang memaksa dan sukar seperti itu. Dia pandai menggembeleng ikhtiar. Jahn tetap yakin Rif masih di situ. Afi juga masih di situ. Rif tidak akan membiarkan Afi dalam bahaya. Jahn yakin. 

“Kak, Eera! Kenapa macam ini? Korang dah tak percaya pada Rif ke?!” kata Jahn semakin naik keyakinannya bahawasanya Rif masih bernafas. 

Eera mendongak dengan pipi yang sudah kering air mata. Nur Eyzan juga memandang Jahn dengan perasaan yang sama. Sedih. 

“Rif is hanging in there, somewhere. He’s fighting the fight. Trust him. Like you always did!” pinta Jahn. 

Buat sekejap mereka menjadi terbeban dengan kenyataan sama ada mahu mempercayai Rif masih bernyawa atau tidak. Ia bukannya sesuatu yang pasti tetapi hati perlu ditenangkan dan Jahn memilih untuk mempercayai Rif masih bertarung. Dan Jahn mahu Eera serta Kak Nur Eyzannya mempercayai perkara yang sama. 

Tidak lama sebelum telefon bimbit Jahn berbunyi. Ada mesej masuk. 

‘Mereka selamat. Jangan risau. Mereka masih hidup.’ 

Mata Jahn terbuntang melihat mesej itu, mesej daripada Dhiya Zafira sendiri. Adalah seseorang yang memberitahu DZ tentang perkara ini, tapi siapa? Adam Luqman? 

Jahn ketawa sambil menghantarkan mesej itu kepada Eera dan Nur Eyzan. Terbeliak biji mata masing-masing membacanya. 

“Ah, orang dah agak dah. Komando Haiyan Rifqi takkan mati mudah macam itu sahajalah!” jerit Eera. 

“Ha’ah, akak pun ada feeling-feeling macam itu. Akak cukup yakin, Rif takkan mati punya!” sambung Nur Eyzan pula. 

Nur Eyzan mengalih pandang kepada Eera dan pegangan tangan mereka bertaut sambil ‘girly scream’ kedengaran sekali lagi. Jahn hampir hendak menutup telinga kerana jeritan itu cukup kuat di telinganya. Namun dia sudah berjanji tadi. Dia tidak kisah mendengarnya berkali-kali! 

The end!

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS