TCCOW Special Episode 1 - Dhiya Zafira


Dia, Dhiya menekan papan kekunci menaip sesuatu. Kief... Kifli Arami... Emma... hmm, apalah dilemanya kali ini? Soalnya dalam hati bersendirian. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang berdiri. Melihat sahaja daripada jauh. Tetapi dia sedar akan kehadiran insan yang tidak perlu dia undang itu. Lelaki itu tidak perlu bersorok-sorok kalau hendak mengintainya berbuat demikian. 

“Man, dah berapa lama diri tercongok dekat belakang saya ni?” tanyanya mahukan penjelasan kenapa lelaki itu tidak menegurnya sedangkan sudah hampir setengah jam lelaki itu membatu sahaja di belakangnya barang beberapa kaki. 

“Dhiya perasan saya ada di sini?” 

“Mana tak perasan. Ni, bukan ke ada cermin dekat atas meja saya ni,” balasnya menunjukkan cermin yang memantulkan refleksi seorang Adam Luqman di dalamnya. 

“Habis tu, kenapa tak nak pandang saya? Saya bukannya Medusa kalau Dhiya pandang akan jadi batu,” balas Luqman sedikit berkecil hati. Dhiya Zafira hanya tersenyum sedikit. 

“Saya tahulah saya bukannya hero macam Fik, Izz, Jad, Sid, RIF, JIMMY, dan yang sedang Dhiya nukilkan tu... Kief, Ed pun akan jadi hero juga... tapi saya... saya cuma insan biasa sahaja pada Dhiya, kan?” rajuk Luqman tidak tertahan sambil menekankan sedikit nama Rif dan Jimmy. 

Aduh, merajuk ke komando seorang ni? Dhiya memalingkan kerusi yang boleh dipusing-pusing itu. Wajah sayu Luqman dia tatap puas-puas. Ya, memang Luqman bukan hero tetapi tidak bermakna dia tidak special. Tidak bermakna Adam Luqman rendah nilainya kepada diri. 

“Ingat komando pun tak ada perasaan ke? Tak boleh berasa kecil hati? Tak boleh merajuk? Tak boleh sedih?” sambungnya lagi tidak mahu mendengar alasan daripada mulut seorang Dhiya Zafira. 

“Man, janganlah macam ni. Tak macholah merajuk macam perempuan macam ni,” balas Dhiya dengan nada memujuk. Alahai... betul-betul merajukkah lelaki ini? Rasa bersalah pula dia. 

“Luqman bukan cuma insan biasa pada Dhiya. Man sendiri tahu kenyataan itu, kan?” terang Dhiya jujur. 

Luqman hanya diam sahaja memandang ke arah lain. Sejujurnya, dia tidaklah merajuk sangat. Tidaklah berkecil hati sangat hanya kerana dia tidak menjadi hero. Dia tahu walaupun dia komando, dia tidak ada hero material. Bukan itu sahaja, kalau dirinya menjadi hero sekalipun dia tidak mahu ada kisah luka antara dirinya dengan kekasih hatinya itu. Mengenangkan luka hati Afi dahulu, dia tidak sanggup wanita yang dia letak dalam hatinya mengalami sesuatu yang setara dengannya. Dia hanya mahu bahagia sahaja walaupun ada yang berkata, tanpa perselisihan akan jadi bosanlah sebuah kisah cinta. Namun masih, dia tidak berani menempuh perselisihan itu. Teringatkan wanita itu dia berasa berat pula. Sampai sekarang dia menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan rakan-rakannya. Gila apa, kalau dia beritahu mampus dia dikenakan nanti. Rif, Jimmy dan Helmi sudah cukup terkena. Kalau betul pun, biarlah Eddie dahulu yang merasa penangannya. Barulah dia. Hehe, dia tersengih sendiri. 

“Haa... sengih apa? Ingat saya tak tahu ke? Siapa awek tu? Reporter tu, kan? Siapa nama dia?” gurau Dhiya Zafira. 

“Dhiya! Jangan! Jangan!” ugutnya kepada Dhiya. Tidak mahu nama wanita itu didedahkan. Ada senyum simpul pada setiap perkataan yang diutarakannya tadi. Segan rasa dirinya apabila wanita itu mengetahui apa yang tidak diketahui orang lain. 

“Okay, okaylah... hehehe,” Dhiya berasa senang sedikit melihat Luqman sudah tidak merajuk lagi, “tahu takut...” sambungnya lagi melihat wajah gelabah seorang Adam Luqman. 

“Man, ada perkara lain yang Man nak cakap dengan saya, kan? Kalau tidak, tak ada maknanya Man nak datang ke sini macam ini, kan?” duga Dhiya tahu apa yang Luqman resahkan. 

“Hmm,” kesah Luqman. Dia berkira-kira hendak bertanya. Perkara itu top secret. Mana boleh diberitahu semacam itu sahaja. 

“Dhiya, pernah tak Dhiya rasa caught up dan tak tahu apa nak buat?” tanyanya jujur. 

“Hmm, semua orang pun ada masa-masanya mereka tersepit dengan keadaan. Ada masanya mereka rasa mereka tak ada jalan keluar. Tetapi, kita kan ada Allah,” balas Dhiya ringkas mahu Luqman faham terus. Jika terasa diri tidak dapat keluar daripada sesebuah kemelut, berserahlah kepada Allah. Nescaya Allah akan memberikan jalan keluar pada setiap kesukaran. 

“Hmm,” bunyi itu lagi yang keluar daripada mulut Luqman. 

“Masih belum selesai lagi ke cerita Tengku Azhar ni, Man?” tanya Dhiya malas menyorok-nyorok lagi tentang hakikatnya dia tahu perkara itu. 

“Macam mana Dhiya tahu?” balas Luqman secara refleks. 

“Believe me, Man. I know more than what you expected,” balas Dhiya dengan memberikan pandangan yang gerek itu. 

“Macam mana Dhiya tahu?” balas Luqman sekali lagi dengan soalan yang sama. 

“Saya tahulah, berapa kali nak ditanya soalan sama!” marah pula Dhiya. 

“Yelah, macam mana Dhiya tahu?” balas Luqman sekali lagi benar-benar mahu tahu rupanya. 

“Saya adalah saya punya informer, ingat saya kenal awak semua for nothing ke?” balas Dhiya tidak mahu mendedahkan sebarang rahsia. Luqman jadi give up untuk mengatahui bagaimana Dhiya boleh tahu maklumat yang dia tahu cukup ‘classified’ itu. 

“Look, saya nak bagi Man satu cadangan. Cuba cari seseorang yang namanya Rex. Dari situ Man akan dapat tahu banyak perkara tentang kes ini. Dapatkan bantuan daripada pihak polis, Raziff, Susan dan Adha Hijazi. Tony, kawan lama Izz Karami. Mereka boleh bantu misi ini,” cadang Dhiya seakan tahu-tahu sahaja bagaimana hendak menyelesaikan The Curious Case of Whatever ini. 

“Dhiya. Thanks, Dhiya!” jawabnya serupa dengan cara dia menjawab pertanyaan Leftenan Kolonel Rozman sahaja lagaknya. Dia memberi tabik hormat kepada wanita itu ibaratnya Dhiya Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Darat sahaja perinya. Sebelum bayang wajahnya hilang daripada pandangan seorang Dhiya Zafira. 

“Luqman, you are special. All of you guys are exceptional to me and my readers. Don’t ever forget that.” 

Katanya sendiri sebelum wajah sugul Kief memunculkan diri. Dhiya Zafira sudah bersiap sedia dengan persoalan yang datang daripada lelaki itu pula. Dah macam kaunselor pula rasanya. 

“Dhiya...” panggil seorang Kifli Arami penuh sayu. 

“Hmm, Kief... kenapa ni?” tanyanya sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. 

Buat seketika dia mendengar dilema seorang lelaki yang belum pernah dia selami lagi. Kisah Kief cukup berbeza berbanding yang lain. Sukar untuknya menterjemahkannya dengan kata-kata. Namun, itulah yang dia akan buat. Membahagiakan kisah Kief. Sementara mendengarkan keluh-kesah seorang Kifli Arami, dia teringatkan wajah penuh semangat Adam Luqman. Luqman dongseang, fighting!


p/s - sila biasakan diri dengan font Courier ini kerana TCCOW akan disiarkan dengan font ini. Thank you!

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS