COOL! lagi...
bosanlah nak cerita Suri, Rex, Hafriz jer...so, I decided untuk letak scene orang lain pulak...Catalina dan Charles...Assignment Rex di Malaysia...ada yang tak kena dengan perkara tu...Hmm...
Catalina menatap gambar yang ada dalam bilik itu. Charles masih ada di dapur. Lelaki yang sudah mencecah separuh abad itu menyuruhnya datang ke sini atas beberapa sebab. Salah satunya adalah kerana Rex. Dia bimbangkan lelaki itu. Assignment yang diberikan kepadanya itu rasanya bukanlah suatu keputusan yang cerdik. Namun semuanya telah terlanjur, dia sendiri tidak ada semasa tugasan itu diberikan dan semasa pembiaya operasi ini meminta Rex yang melakukannya. Orang atasan memang tidak akan mengambil kisah tentang apa yang berlaku sekarang. Lebih-lebih lagi kalau sebabnya adalah bersifat peribadi seperti ini.Setiap tugasan yang telah diberikan wajib dilaksanakan kerana bukannya sedikit peruntukkan yang telah dibiayai. Reputasi harus dijaga.
Walaubagaimanapun, Charles sedar akan apa yang berlaku sekarang ini. Rex mungki seorang ejen terbaik dibawah latihan dan jagaannya namun dia tahu sedikit masa silam Rex. Dia risau perkara itu bakal mengganggu-gugat tugasannya itu. Apatahlagi tugasan kali ini bernilai puluhan juta. Nyawa orang tua itu memang sangat mahal sebab Farahana sanggup melabur sebanyak itu untuk tugasan ini dan meminta Rex sendiri menjadi pemain utama.
Charles keluar dari dapur sambil membawa setin minuman keras. Dia tidak membawa untuk Catalina kerana tahu wanita itu tidak mengambil sebarang bentuk alkohol. Sebaliknya dia memberinya gelas dan minuman jus buah-buahan. Lelaki ini agak sempoi juga kehidupannya. Macam orang bujang sahaja walaupun usia sudah mencecah separuh abad. Catalina ada juga mendengar cerita tentang Charles. Lelaki ini punya keluarga sendiri, ada anak dan isteri yang tinggal jauh di England. Tanah tumpah darah Charles. Kadang-kadang dia tertanya-tanya adakah benar lelaki yang merbahaya ini punya kehidupan normal seperti orang lain. Musuhnya bukannya sedikit. Dia hairan bagaimana dia dapat hidup berkeluarga tanpa risau sesuatu terjadi kepada keluarganya. Ahh, kenapa difikir masalah orang lain, masalah engkau berlambak, Cat. Sejenak itu katanya dalam hati.
Catalina memandang Charles apabila lelaki itu bertanya, “are you aware that Rex is at Malaysia now?”
Pertanyaan lelaki itu tidak memeranjatkannya tetapi dia agak hairan, kenapa bertanyakan perkara itu pula.
“Yes, actually I am on the assignment with him. But I’ll do the work from here. I am acting as an auxiliary agent. Why do you concern about that? Is there any problem?” balas wanita berusia 26 tahun ini sesopan-sopan yang terboleh.
“You are on the assignment too? Hmm, actually I have a favor to ask.” Tanya dan pinta Charles tanpa mukhadimah yang berjela-jela. Dia tidak pandai hendak bercakap banyak, dia lebih suka berterus-terang. Catalina kelihatannya agak terkejut. Entah pertolongan apa yang akan diminta oleh Charles. Tidak pernah-pernah lelaki ini meminta bantuannya selama ini. Catalina mengangguk sedikit. Perkataan ‘Okay’ sahaja yang keluar dari tekaknya.
“Look, this is out of business. I just ask you to do this because I know I can trust you on this. There will be problem, no, problems in this assignment. I just wanted you to go to Malaysia. I need you to talk to Rex about something. He’ll be a mess if you don’t come and say what I need you to say to him. I can’t go there on some circumstances. So, that’s why I need you to.”
Walaupun mereka berkomunikasi dalam bahasa yang sama namun tidak satu pun apa yang cuba dikatakan Charles dapat Catalina faham. Semua yang dikatakan itu terlalu umum dan tidak membawa makna yang spesifik. Arahan yang akan membawa kepada perlaksanaan yang subjektif. Catalina memberanikan diri bertanya.
“I don’t understand. What is it that you wanted me to say to him?” tanya Catalina tidak gagap. Lancar dan laju sahaja pertanyaannya.
Charles betah menjawab terus. Dia mengalih pandang. Dia tidak melihat Catalina yang dahagakan jawapan terhadap kekeliruan yang bersarang dalam mindanya. Dia sendiri tidak menyangka saat-saat sebegini akan tiba. Apa yang berlaku sekarang ini bukan sahaja akan membabitkan tugasan yang telah Rex, Ian dan Catalina terima. Demi tuhan perkara ini akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya. Masalah yang bakal tercetus nanti bukannya sesuatu yang boleh dibawa main. Tan Sri Aminuddin, lelaki itu bukannya center of attraction yang kecil-kecil. Charles tahu yang bukan mereka sahaja yang bermain di dalam permainan perang ini. Farahana tahu sesuatu yang tidak mereka tahu. Dia tahu wanita itu menympan sesuatu yang lain selain daripada apa yang dikatakan. Apa yang membuatkan dia menggunakan khidmat The Code untuk melindungi bapanya. Apa yang menyebabkan dia meminta Rex sendiri yang menjalankan misi ini. Dia tahu akan ‘kemungkinan’ itu. Dia tahu akan keberadaan Harrison di Malaysia. Harrison ada di tempat yang sama dengan Rex. Semuanya memang pasti ada yang tidak kena. Dia risau apa yang dia fikirkan benar-benar berlaku.
“Charles?” seru Catalina.
Charles membalas dengan pandangan yang serius. Seriau juga Catalina melihatnya. Namun perasaan itu cuba di sorokkan dengan sehabis cubaannya. Walupun agak kurang berjaya namun sekurang-kurangnya dia masih di situ. Bernyawa dan masih mampu menunggu jawapan Charles yang seperti terlalu mahal. Charles meneguk air haram itu seteguk dua.
“I know that you are familiar with Farahana Aminuddin. She does finance the entire operation, right?”
“Yes, she does. She also requested for Rex. She singled out Rex, herself. What’s with her?”
Charles hanya mendiamkan diri sambil pandangannya tidak lari dari wajah polos Catalina. Ada sesuatu yang terbuku dalam hati dan mindanya. Seperti hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapa. Yang pasti, setiap apa yang mungkin dia katakan akan mengubah banyak perkara. Bukannya dia bimbangkan Rex tidak mampu menerimanya, cuma bagaimana Rex akan berubah selepas itu yang menjadi kegalauannya. Sejenak matanya mengalih arah pandangan. Dia kembali kepada masa itu. Satu-satunya masa dimana dia kisah tentang orang lain dalam hidupnya.
p/s - kalau ada typo...just ignore, yer...buat2 faham..hahaha...
Comments