fb notes on COOL! NO.1 - COOL! ~ prolog... komen-komenlah yer...thanx..hehehhehhheheh!!!!

Rex memandang ke luar. Dia tahu semua yang dia lakukan kini bukan apa yang benar-benar dia mahukan. Cuma ini yang terbaik untuknya, yang datang kepadanya. Jendela itu terbuka. Matahari yang baru ingin terbit kelihatan. Namun dalam hati Rex, dia melihat sesuatu yang lain dari permandangan di hadapannya. Dia melihat Raihana. Dia melihat cinta. Sekeping gambar usang, yang hampir luntur dipegang pada tangan kanannya. Memento terakhir yang pernah ada buatnya. Gadis itu tersenyum. Walau hanya dalam gambar, Rex tahu senyuman itu miliknya. Abadi, miliknya. Sekilas, dia tersenyum sendiri. Terasa indah melayari mimpi silam. Silam…

Perkataan itu memberitahunya untuk melupakan semuanya. Raihana sudah tiada. Kehidupan lamanya sudah mati. Dia bukan lagi lelaki yang hidup dengan cinta Raihana sekarang. Dia tidak menyimpan dendam. Tapi apabila memikirkan perkara lalu, hatinya terbakar dengan amarah yang membuak. Dahsyatnya kurang sedikit dari letusan gunung berapi. Dia harus melupakan segalanya. Sebagai Bullet Rex, firasat cengeng sebegitu hanya akan membuatkan dia teragak-agak dalam apa-apa tugasan yang bakal dia terima.

“Rex, you have an assignment.” Ada suara yang asing dari belakang. Rex tidak memandang. Tidak perlu dia memandang untuk tahu siapa pemilik suara lunak merdu itu.

“Where and when?”

“Malaysia…”

Rex bungkam. Pada wajahnya ada sedikit kejutan. Tapi tidak kelihatan sangat. Namun wanita di belakangnya tahu ada yang terbuku dalam hati Rex.

“You know you can’t refuse any assignments, right?” dia berkira-kira untuk membicara apa yang dia rasa.Dia tahu Rex pasti keberatan.

“Who says anything about refusing, Bullet never fails his mission.” Tenang lelaki ini berkata-kata. Dalam matanya, saat dia menoleh memandang Catalina ada sesuatu yang tidak dapat Catalina faham. Kenapa dengan lelaki ini? Siapa lelaki ini? Bertahun mengenalinya masih lagi membuatkan dia keliru dengan persona yang dimiliki Rex. Rex meninggalkan Catalina di ruang yang sempit itu bersendirian. Matahari di hadapan makin terik. Embun pada kaca tingkap makin kering. Catalina sekadar tersenyum penuh makna.

“I’ll never know you, right Rex?”

Suasana cerah itu tidak kekal lama dilihat Catalina. Dia menurut langkah Rex. Ada lagi yang perlu dia terangkan kepada Rex. Akankah Rex terkejut dengan misinya kali ini. Mendengar nama negara yang perlu dia pergi pun membuatkan Rex terkesima. Inikan pula siapa subjek utama tugasan tersebut. Dia tahu dia menempah satu masalah dengan membawa berita ini kepada Rex namun apabila tiba masanya, Rex tetap akan tahu apa yang perlu dia lakukan. Catalina sendiri tidak tahu kenapa Rex terlampau membenci nama ‘lelaki’ itu. Dia mengetahui semua ini dari Charles, bapa angkat Rex. Namun sebab musabab yang sebenar masih samar-samar. Charles sendiri tidak pernah bertanya. Jadi sebab itu Catalina tidak mempunyai apa-apa idea tentang kenapa Rex sungguh mendendami bakal subjeknya nanti.

Rex menanggalkan t-shirt lengan pendeknya. Tuala yang disangkut direntap perlahan. Catalina masih punya rasa kagum dalam segan melihat tubuh Rex yang sawo matang itu. Bentuknya agak menarik pada pandangannya. Tiba-tiba dia diserang rasa malu sendiri, saat Rex mengalih pandangan padanya.

“I’ll wait outside…I’m sorry.” Catalina menyumpah-nyumpah dalam hatinya sendiri dengan tindakannya mengikuti Rex sehingga ke kamarnya. Wajah Rex statik. Tidak ada rasa malu menayangkan susuk tubuhnya yang sasa itu di hadapan Catalina. Dia tahu Catalina menaruh perasaan terhadapnya, namun sengaja perasaan itu dia dera. Entah, bukannya dia suka membuatkan wanita itu berfantasi sendiri tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan rasa hati Catalina. Bukan hak dan kudratnya untuk menidakkan apa yang Catalina rasa. Ianya di luar lingkungan kuasanya. Biarlah.

Di luar kamar, Catalina menunggu penuh sabar. Apartment ini sangat ringkas. Tiada details yang menarik. Terlampau ringkas jika dibandingkan dengan apartment miliknya. Tiba-tiba dia berdekah kecil sendiri tanpa sengaja. Dia melangkah ke sudut dapur Rex. Dia membuka fridge, tidak ada banyak barang di dalamnya. Cuma ada sebotol susu full cream, telur, air mineral dan makanan malam semalam yang tidak habis dimakan.

“Huh,” keluh Catalina sendirian. Dia menutup pintu fridge dan menegakkan badannya.

“There’s nothing in it.” Catalina hampir diserang sakit jantung di tegur begitu. Entah dari mana Rex muncul. Tiba-tiba sahaja dia ada menegur perbuatannya. Cepatnya dia mandi.

“Hahh, you scare me!!!” hampir sahaja Catalina melenting ditakutkan sebegitu. Rex tidak banyak bercakap. Dia memandang ke arah Catalina statik. Pandangan yang biasa dia beri kepada sesiapa. Merasakan diri sudah kembali tenang, Catalina membuka mulut.

“Shall we go now; I need to brief you about your assignment.” Rex mengangguk. Kedua mereka melangkah keluar dari rumah itu. Rex memandang ke dalam isi apartmentnya sebelum mengunci pintu. Catalina tidak jauh di depan. Rex memandang dari belakang. Malaysia? Hatinya berdetik mendengar nama negara tumpah darahnya. Rasanya sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke situ. Semuanya kerana ‘dia’. Semuanya kerana ‘lelaki’ jahanam itu. ‘Lelaki’ yang telah merampas segala kebahagiaan yang pernah dia rasai sebelum ini. Merampas detik indah bersama Raihana. Merampas perasaan cintanya. Merampas nadi hidupnya. Merampas segala-galanya.

... ... ...

‘Bosan, jom keluar…’ Suri menaip mesej teks kepada Dira. Telefon bimbit yang berada dalam mode silent itu sekadar bergetar apabila mesej daripada Dira diterima, ‘Aku tahulah kau pandai, nak keluar camtu jer…huh, taknaklah aku.’

Suri memandang ke arah Dira yang sudah awal-awal memandangnya. Lidahnya dijelirkan sedikit tanda protes. Dia beralih kepada telefon bimbitnya pula, membalas mesej Dira.

‘Okey, fine, aku…kecik ati dengan kau!!!’

Dira tersenyum sumbing ke arah Suri. Sekali lagi Suri menjelir lidah kepadanya. Tak lama menunggu, Suri mengangkat punggung keluar dari kelas.

“Cikgu, boleh saya ke tandas?” Sopan gadis yang berketinggian 5 kaki 6 inci ini meminta izin. Guru Matematik Tambahan itu tidak bersuara, cuma sedikit senyuman dan anggukkan yang Suri terima.

“Terima kasih, cikgu…” balas Suri seadanya. Kakinya laju melangkah. Bosan benar dia berada di dalam kelas itu. Cara pengajaran guru tersebut membuatkan dia mengantuk. Sangat-sangat mengantuk. Suri berjalan-jalan menuju ke kantin sekolah. Pelajar tingkatan 5 ini memang dikenali sebagai salah seorang pelajar yang paling pandai dalam tingkatannya. Namun sikapnya sangat kontra dengan intelektualiti yang dimiliki. Dia seorang yang pada zahirnya kelihatan lembut dan bersopan santun. Namun apabila ‘angin’nya muncul, parah. Suri seorang yang kuat memberontak, tidak mendengar kata dan degil. Apa yang ditegah memang itu yang akan dia lakukan. Entah mengikut perangai siapa entah. Sebab itulah dia dihantar ke sekolah berasrama penuh integrasi ini. Mungkin juga kerana dia adalah anak yatim piatu membuatkan dia menjadi sebegini. Suri membeli segelas air teh ‘o’ ais limau dan mengambil tempat duduk di suatu sudut yang tidak menonjol di kantin itu. Tak semena-mena kerusi dia hadapannya di tarik seseorang. Mamat ni rupanya!

“Wangi tandas ni, eh ni tandas perempuan ke…aku boleh masuk tak ni? Boleh aku duduk kat sini?”

“Hafriz…huhh, kau nak apa ni? Boleh tak sehari kau tak jumpa, kacau aku?”

“Hmm, itu tak boleh nak di-arrange-kanlah nampak gayanya, since kita satu kelas.”

Suri menyampah melihat wajah lelaki ini yang sengaja di buat-buat comel. Namun dia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengajar Hafriz supaya tidak mengganggunya. Seingatnya sejak dari tingkatan satu lagi dia sudah bersama lelaki ini. Dari zaman dia bersekolah di sekolah harian biasa ke sekolah berasrama dan sekarang ke sekolah berasrama penuh ini, bayang-bayang Hafriz tak pernah hilang. Itupun belum dikira sekolah agama, tuisyen dan sekolah memandu. Dimana ada dia, di situ ada Hafriz. Dia sudah bosan memarahi lelaki ini dan tak tahu bagaimana hendak dia berdiplomasi dengannya untuk tidak mengganggu gugat kehidupannya.

“Dahlah, dah naik kering gelas tu. Jom masuk kelas, nanti Cikgu Rahim marah susah,” pujuk Hafriz.

“Kau ni dah kenapa? Lantak akulah nak masuk bila-bila pun!” marah Suri. Hafriz buat-buat tak dengar. Sebetulnya dia sudah biasa mendengar jerit pekik gadis ini. Usahanya untuk memanggil gadis ini pulang ke kelas sia-sia. Sudahnya, dia pula yang masuk dalam agenda Suri memonteng kelas Matematik Tambahan ini. Saat Hafriz tidak memandang Suri tersenyum sedikit. Entah kenapa dia rasa senang bersama lelaki yang saban hari mengganggunya. Mungkin kerana sudah bertahun-tahun mengenali Hafriz dia menyedari yang dia suka melihat lelaki ini mengacaunya. Hidung Hafriz yang mancung itu membuatkan dia suka melihatnya. Wajah yang sedikit Chinese-look itu menggetar jantungnya. Benar, dia rasa selesa sebenarnya. Dia rasa suka didekati Hafriz. Cuma apa yang ada dalam hati Hafriz memang satu rahsia. Sudah 5 tahun, kalau benar Hafriz menyimpan perasaan terhadapnya sudah tentu Hafriz akan meluahkannya. Sudah tentu dia diberitahu yang Hafriz menyukainya melalui rakan-rakan. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Hafriz seperti tidak merasa apa-apa. Benar-benar tiada rasa apa-apa. Lalu dia bosan menunggu. Namun, saat-saat berdua begini membuatkan dia rasa lega, lega yang Hafriz mungkin akan meluahkan sesuatu. Walaupun setiap hari adalah sama. Hafriz tetap begitu. Tetap seperti tiada apa-apa berlaku.

Loceng berbunyi kuat. Tandanya waktu belajar sudah tamat. Suara sorak sorai didengari. Suri memandang Hafriz yang juga memandangnya.

“Lepas ni balik bilik. Jangan nak merayap ke mana-mana pulak!” Suri sekadar mencebik apabila diarah seperti budak kecil. Hafriz meninggalkan dia sendirian. Entah, Suri tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang. Sendirian, mungkin.

Belakang Hafriz dipandang sayu. Dia tidak berasa sedih. Tetapi ada suatu perasaan yang susah difahami. Bosan meladeni jiwa kacau yang entah apa-apa, Suri bangkit berdiri. Membawa gelas dan meletakkannya ke dalam besen yang telah disediakan. Dia berjalan terus ke kelas untuk mengambil beg sekolahnya. Sampai ke kelas, dia tidak berseorangan rupanya. Dia memandang wajah Ricky dan Brian. Dia tidak suka kedua-dua lelaki ini. Dia tidak menegur, cuma berjalan laju ke arah mejanya lalu mengambil beg. Saat dia hendak keluar, Ricky menegur.

“Woi, budak pandai!!!” suara serak-serak basah itu kedengaran. Suri tidak memandang, dia mencebik tanda menyampah. Tidak ada masa untuknya untuk mendengar bebelan kutu rayau seperti Ricky dan Brian. Dia terus melangkah pergi. Suara Brian pula yang menendang gegendang telingannya.

“Hoi, pompuan! Janganlah sombong sangat! Kang tak pasal-pasal mendapat, karang! Hahahaha!!!” makin dia rasa bengkak hati. Jantan murah macam mereka ini kalau diberi muka memang melampau. Dia sangat benci dengan lelaki yang hanya tahu mengganggu perempuan dengan cara ini. Dia sedar yang langkahnya diekori. Oleh kerana ini, dia memandang belakang.

“Korang memang takde kerja, kan? Can you make yourself useful? Stay away from me!!!” marah Suri.

“Eh eh, awek kau marah la, Ricky. Comel jugak waktu marah-marah ni. Geram aku. Boleh bagi aku rasa? Hahaha!!!” Brian menakut-nakutkan Suri yang bersendirian kini. Dalam hati memang Suri sedikit takut, dia hanya berpura-pura berani. Kedua-dua malaun itu semakin mendekatinya. Jelas sekali ada riak setan pada wajah mereka. Suri mengucap dalam hati. Ya Allah, lindungilah hambamu ini dari segala macam malapetaka!

Tanpa sedar, Suri mengundur laju ke belakang. Dia berpusing dan berlari selaju yang dia mampu. Ricky dan Brian menyergah dan mengejar dari belakang. Entah berapa banyak kata-kata mancarut dan sumpahnya yang dia dengar sekarang ini. “Woi, betina!!! Kau nak lari ke mana,hah?!!! Jangan ingat kau dapat lari dari akulah, jahanam!!!” jerit Ricky yang masih mengejar. Suri tahu dengan keadaannya yang memakai baju kurung sekarang ini pasti menjadi kelebihan untuk lelaki-lelaki itu. Dia takut sebenarnya. Dia takut akan diapa-apakan oleh mereka.

Ya Allah, kalaulah dia tidak keluar kelas tadi, kalaulah dia tetap menahan rasa bosan mendengar lecture Cikgu Rahim tadi. Sudah tentu tak jadi begini. Aduh! Jangkaannya tidak meleset sama sekali apabila tubuhnya direntap dari belakang, dipeluk dengan kasar. Rakus sekali kehendak lelaki ini. Ricky mengoncang-goncangkan badan Suri yang dipeluknya. Oleh kerana fizikalnya yang tegap berketinggian 5 kaki 8 inci itu, memudahkannya memperlakukan apa sahaja ke atas gadis ini. Suri menjerit. Salahnya juga sebab lari ke arah ini, kawasan belakang tandas ini agak jauh dari bangunan bilik guru mahupun pondok penggawal. Dia menyumpah-nyumpah dalam hati.

“Lepaskan aku! Lepaskan aku! Bodoh!!!” jerit Suri.

“Kau tahu diam tak, hah? Kau ingat ada orang yang nak tolong kau sekarang, pergi matilah, wei!” Brian membentak di hadapan mukanya. Serta-merta rasa gerun yang sedikit itu tadi berganda-ganda lantas membuatkan air matanya gugur sendiri. Dia sangat takut sekarang.

“Le...le...lepaskan aku, korang nak buat apa dengan…a…aku?” soal Suri dalam tangis, seakan merayu diberi simpati. Namun wajah rakus di hadapan dan di belakangnya tidak seperti ingin menunaikannya. Dia menjerit meminta tolong. Tak semena-mena satu tamparan melekat ke pipinya. Pedih sangat.

“Kan kitorang cakap diam! Kau faham tak, hah? Bodoh!!!” Suri menangis, kesakitan dan ketakutan. Dia tak tahu apa yang akan dilakukan oleh Ricky dan Brian. Namun apa yang pasti, ia tidak akan jadi suatu kenangan indah buatnya. Dia menangis dan kini hujan air mata itu makin lebat, makin sarat. Dalam tangisan itu dia dihumban ke tanah. Hampir-hampir sahaja kepalanya terkena batu yang tak jauh dari kepalanya sekarang ini. Cuma sejengkal jaraknya. Kalau tidak sudah tentu kepalanya berlubang sekarang.

Muka Brian kelihatan gatal dan cuba hendak menyentuh Suri tetapi dengan kasar Ricky menolak bahunya ke tepi. Jelas dia yang nak dulu. Suri cuba untuk menjerit tetapi akibat terlampau takut, dia tak bersuara. Ricky makin dekat, makin dekat untuk mencabul kegadisannya. Sekarang, dia hanya mampu berserah, pasrah dengan takdir Tuhan. Apapun yang terjadi dia hanya berharapkan Allah sahaja yang akan meringankan bebannya. Matanya terpejam kuat akibat terlampau takut. Gelap penglihatannya. Wajahnya berkerut.

Namun, dia merasakan sesuatu yang berlainan. Dia tidak tahu apa-apa. Dia mendengar ada yang mengerang kesakitan. Tapi dia masih kaku daripada membuka mata. Dia masih dalam mod takut. Di sebalik pandangan matanya yang hanya melihat warna hitam gelap sekarang, Ricky dan Brian enak dijamu seseorang yang kelihatan sangat bergaya menumbuk, menendang, menerajang dan membantai mereka. Kalau nak diibaratkan sekarang, Ricky dan Brian memang macam sayur sawi lama yang sudah lembik. Lembik sangat sampai tak mampu melawan. Mungkin lawan mereka ini memang handal. Atau mereka sahaja yang hanya mampu mempamerkan kegagahan mereka di hadapan perempuan yang lemah. Apa-apapun kemungkinan, ia tidak dapat menafikan hakikat yang Ricky dan Brian kini menjadi bahan belasah lelaki ini. Melihat kepada gayanya, dia bukan calang-calang orang. Dah terkeluar segala jurus silat, kung fu dan karate. Ada juga unsur-unsur judo, pro-wrestling dan capoeira yang muncul dalam babak-babak aksi tadi. Tetapi Suri tidak berkesempatan untuk menyaksikannya akibat menutup mata. Lelaki yang bergaya itu muncul sebagai penyelamatnya. Dia mendekati Suri. Dalam keadaan mata yang dipejamkan kuat itu, Suri masih menangis. Sedu sedan itu mencuit hati sang hero. Dia mencangkung dia hadapan Suri. Mencubit dan menampar-nampar manja pipi mulus gebu Suri.
“Hoi, bukak mata tu!” Suri masih tidak pasti tetapi suara itu bukannya suara Ricky atau Brian. Suara ini lebih merdu. Tidak, sangat merdu kalau nak dibandingkan dengan suara kedua-dua jantan tak guna itu tadi. Macam suara…

“Hafriz!!! Waaaa!!!!” Bagai orang gila, Suri bingkas memeluk Hafriz yang masih tegak di hadapannya. Hafriz yang terkejut dengan tindakan Suri itu mendepakan tangan, seperti tidak mahu memeluk Suri. Dia masih tahu adab dan batasan. Cuma sekarang Suri sangat kaget dalam lega. Jadi perlakuan Suri itu dimaafkan.

“Suri, dahlah tu… sudah-sudahlah nak peluk aku.” Hafriz bersuara. Suri merenggangkan rangkulannya bila disuruh berbuat demikian. Dia sedar dia keterlaluan.

“Sorry…”

“Sorry naik lori… tadi aku dah cakap balik bilik terus, kan?”Hafriz sedikit marah.

“Aku memang dah nak balik tadi… diorang yang dah siap-siap tunggu dalam kelas!” terang Suri bersungguh-sungguh. Hafriz tidak kelihatan marah. Itu sudah cukup untuk memberikan Suri rasa tenang sekarang.

“Camne kau tau aku kat sini?” Hafriz hanya memandang statik ke wajah Suri. Suri sendiri tidak pasti apakah maksud pandangan itu. Hafriz mengalihkan pandangan sekejap, sebelum mata mereka kembali bertaut. Hafriz menghela nafas sebentar. Kepala yang tak gatal digaru-garu.

“Tadi aku jumpa Dira. Dia tak jalan dengan kau. So, I asked her. The moment dia cakap kau tak balik pun kelas sebelum dia keluar aku dah rasa lain macam. Hmm, I’m sorrylah, sebab tinggalkan kau sorang-sorang. Tak temankan kau balik kelas sama-sama.” Mata Hafriz tak memandang Suri. Entah apa yang disegankannya. Namun Suri memandang tepat pada wajah heronya. Dia sangat terharu. Dia rasa gembira Hafriz datang mencarinya saat sedar kehilangannya. Dia memegang lengan Hafriz dengan kuat. Seperti menggenggam sesuatu yang tak ingin dilepaskan. Air matanya menitik setitis dua.

“Thank you…” suaranya dalam nada penuh sayu. Walau kedengaran seperti hendak menangis, senyuman yang lebar menemani perkataan yang membawa maksud terima kasih itu. Hafriz hanya meleretkan satu senyuman tanpa menampakkan gigi. Itu sudah cukup buat Suri. Suri suka bila Hafriz senyum kepadanya dengan ikhlas. Hafriz memberanikan diri menyeka kesan air mata yang masih berbaki di pipi Suri.

“Come, let’s go. I’ll walk you back… home,” masih ada lagi rasa segan dalam kata-kata Hafriz. Suri sekali lagi bertanya pada dirinya sendiri. Kenapa kau nak segan-segan ni, Hafriz? Kau suka aku ke? Hafriz laju berjalan di hadapan. Suri ditinggalkan di belakang.

“Tunggulah kejap, Hafriz!!! Huhh!!!” jerit Suri.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS