fb notes on COOL! NO.8 - COOL! ~ jengah COOL! sebentar...

lamanya tak update apa-apa kat sini...here sedikit sneak peak on COOL!~ hope you guys enjoy it! hehe, don't  freak out, okay...




Suri memandang belakang Hafriz. Lelaki itu tidak berbaju. Boleh tahan juga susuk tubuhnya, memang tidak ubah seperti badan Sam Winchester dalam Supernatural. Muka pula ala Scott Lucas dalam One Tree Hill. Ah, kenapa kau perlu handsome sangat, Hafriz? Getus gedik Suri dalam hati.


“Hafriz, kau pandang apa? Kau buat apa dekat bilik aku ni? Tolong pakai baju kau?” dalih Suri walaupun dia sebenarnya suka melihat lelaki itu berkeadaan seksi sebegitu. Ah, bukannya dia mendedahkan aurat sebenarnya, sikit-sikit macam ini kira okaylah. Hahaha, gelak Suri dalam hati lagi.


Lelaki itu tidak menjawab. Dia masih tegak memandang ke hadapan. Tidak memalingkan tubuhnya menghadap Suri. Suri hairan melihatnya. Pekakkah Hafriz ini? Dia tak dengarkah aku memanggilnya? Suri segera mendapatkan Hafriz yang hanya berjarak kira-kira semeter itu. Dia menyentuh bahu lelaki itu. Tiba-tiba Hafriz memalingkan muka. Saat melihat wajah lelaki itu, Suri terkejut bukan kepalang. Seram dia melihatnya.


“Argh!!!” jeritnya apabila wajah Hafriz yang penuh dengan darah serta luka dalam seperti ditoreh dengan belati. Pelik, tadi Hafriz langsung tidak kelihatan sakit. Dia kelihatan normal daripada pandangan belakang. Kenapa sampai boleh jadi begini. Hafriz memautkan tubuhnya yang terlalu lemah itu pada Suri. Mak aih, beratnya kau ini Hafriz. Apa yang kau makan berat sangat sampai macam ini? Rungut Suri walaupun dia takut dan risaukan keadaan Hafriz kala ini.


“Suri, lari… lari, dia ada dekat sini? Dia tak nak lepaskan kita. Dia nak bunuh kita!” terbeliak mata Suri apabila mendengar kata-kata Hafriz. Dia? Siapa dia? Mata helang? Diakah?


Suri yang masih memaut tubuh sasa Hafriz yang bagaikan nyawa-nyawa ikan itu merasakan suatu kelainan. Rasa seram yang tiba-tiba menyerang sehingga ke tulang. Sejuk dan menakutkan. Dia memandang ke hadapan. Tangan itu menarik, merentap rambut Hafriz daripadanya. Hafriz terseret jauh. Suri kehilangan kata. Lidahnya kelu dan dia terkedu. Matanya terbeliak seluas dan sebesar-besarnya. Lelaki itu, dia memegang sebilah pisau Rambo yang sangat tajam. Ada kesan darah. Darah Hafrizkah? Hafriz dicampakkan ke lantai. Tidak lama menunggu, suatu hentakkan mengenai kepala Hafriz. Kasut lelaki itu bukannya kasut CROCS ataupun selipar jepun. Itu kasut yang bertapak keras. Wajah Hafriz semakin tidak dapat dicam lagi. Kerosakkan pada wajahnya sangat jelas. Suri menangis  meminta lelaki itu melepaskan Hafriz.


“Tolong, tolonglah lepaskan dia… ambil saya tapi jangan seksa dia lagi! Tolonglah!!!” kaki Suri cuba melangkah ke sana tetapi entah kenapa tapak kakinya seperti melekat dengan lantai. Lelaki itu, yang memakai sapu tangan bunga berwarna hijau tidak mengendahkan rayuan dan rintihannya. Sebaliknya tubuh layu Hafriz disepak-sepak, diterajang-terajang dan diinjak-injak tanpa sedikit belas pun. Hafriz mengerang kesakitan yang teramat. Suara itu meruntun kalbu Suri. Kesakitan yang Hafriz tanggung sekarang bagai dirasainya juga. Sangat jelas dan terkesan. Puas menyeksa tubuh yang tidak mungkin akan hidup lama itu, lelaki bertopeng sapu tangan itu berhenti. Dia memandang Suri, tanpa bersuara pun dia mampu membuatkan Suri tersungkur ke belakang. Mata helang itu, bukan lagi sekadar kelihatan seperti mata helang. Nampak lebih menyerupai mata syaitan. Suri dapat merasai semua yang lelaki berhati binatang itu cuba katakan. Kau ingat korang akan terlepas? Jangan harap!


Pandangan mata lelaki itu kembali kepada Hafriz yang sudah tidak daya hendak berdiri itu. Jemu dia menyeksa orang yang sudah tidak mampu menjerit itu. Sudah hilang rasa seronoknya. Pisau yang ada di tangan diangkat tinggi-tinggi. Suri hampir pasti tahu akan apa yang ingin lelaki itu lakukan. Dia mencari sisa-sisa kekuatan yang ada dalam dirinya untuk menghentikan semua itu, namun sekali lagi dia gagal. Kakinya langsung tidak dapat bergerak. Jauh di sudut hatinya, dia takut sebenarnya. Takut sampaikan tidak mampu bergerak.


“Jangan!” teriak Suri.


Pisau besar itu membenam dada Hafriz. Darah membuak-buak keluar seperti air dari botol arak yang biasa digunakan selepas perlumbaan kereta lumba formula 1. Deras pancuran darah itu meloyakan namun mata Suri langsung tidak berkelip. Air matanya tidak terhenti-henti. Dia menangis semahu-mahunya. Dia rasa mati seperti Hafriz juga. Wajah Hafriz jelas menunjukkan yang nyawanya sudah tidak bersatu dengan badan. Dia tidak bergerak, tidak ada reaksi pada wajah kacak yang sudah tidak berupa itu. Hidung mancung Hafriz penyek dipatahkan. Matanya mengeluarkan darah dan hanya nampak merah sahaja. Pipi dan bibirnya pecah dan koyak rabak. Namun Suri langsung tidak melihat wajah itu dengan rasa mual. Dia melihatnya dengan penuh rasa kasihan dan terluka. Lelaki itu mati tanpa tahu perasaan hatinya yang sebenar. Tidak! Tidak, semua ini tidak benar! Tolonglah Tuhan, jangan ambil nyawa Hafriz. Aku sanggup ganti tempatnya, aku tak nak dia mati. Tidak dengan cara ini.


Lelaki itu masih menikam-nikam tubuh Hafriz seperti kesurupan. Entah berapa puluh kesan tikaman yang tertera pada tubuh Hafriz saat ini. Dada Hafriz sudah berlubang-lubang. Lelaki itu membuatkan kerja tikam-menikam itu kelihatan senang seperti menebuk kertas dengan pen sahaja lagaknya. Semuanya nampak mudah. Dia ketawa terbahak-bahak. Itu ketawa yang bukan dibuat-buat. Itu ketawa yang menunjukkan betapa dia menikmati saat dan detik itu. Perasaan membunuh satu nyawa memang sangat sedap. Ianya seperti memuaskan kelaparan. Ianya seperti membuatkan rasa gian melihat darah dapat dipuaskan. Ya, dia memang benar-benar puas, pada pengamatan Suri. Namun nafsu gila sebegitu tidak mampu difahaminya.


“Dah puas?” tanya Suri perlahan. Bukan sebab dia takut. Percayalah, melihat Hafriz dibunuh sekejam itu sudah tidak membuatkan dia rasa takut untuk mati lagi. Dia rasa lebih baik dia turut mati agar dapat menemani Hafriz menempuh alam kubur. Sejenak fikirannya terlupa Tuhan dan agama.


Lelaki bertopeng sapu tangan itu berhenti. Dia mendengar suara Suri yang sangat perlahan itu. Pisau yang berlumuran darah itu dibiarkan melekat pada perut Hafriz. Dia bingkas bangun. Dia tergelak sendiri memandang Suri yang tajam menjelingnya.


“Hahahahahaha, kenapa kau nak rasa sakit hati, hah? Dia ni siapa? Boyfriend kau ke? Dia ada kata dia sukakan kau? Dia ada kat dia sayangkan kau? Ada?” pertanyaan lelaki itu kedengaran pelik, macam mana dia tahu semua ini?


Suri tidak faham apa yang terjadi sebenarnya. Lelaki itu makin dekat. Dia berhenti di hadapan Suri. Matanya tidak kalah menentang mata Suri yang sudah hilang rasa takut itu. Dia mencangkung menghadap gadis ini. Pipi gadis itu diusap-usap mesra. Segera Suri menepis dengan kasar. Dia cuba menampar lelaki itu namun lelaki itu jauh lebih pantas. Penumbuk Suri digenggamnya. Makin lama semakin kuat. Suri mengerang sedikit. Sakitnya usah dicakap. Dia perempuan, lelaki ini… lelaki.


“Dengar sini baik-baik, Surihana binti… whatever your dad’s name! Aku tak akan lepaskan kau senang-senang tahu, tak? Aku takkan biarkan hidup kau… ehrmm, senang.” Suara lelaki itu menjadi serak pada suatu-suatu masa, menambahkan gerun dalam benak Suri memikirkan amaran yang dinyatakan.


“Apa salah aku? Apa yang kau tak puas hati, hah?!!!” jerit Suri. Walaupun tangannya masih sakit digenggam lelaki itu dia masih tidak ingin mengalah. Ya, Suri sudah jadi berani. Dia sudah letih takutkan lelaki ini. Akibat takutnya itulah Hafriz mati sia-sia.


Lelaki itu tidak menjawab apa-apa. Dia hanya memandang Suri dalam-dalam. Suri berasa sedikit pelik. Buat sekali dalam masa yang kejam ini dia tidak melihat keganasan tertera dalam pandangan lelaki itu. Tetapi semua itu hanya sedetik sahaja. Mata itu sekali lagi berubah kepada mode ‘syaitan’ seperti tadi.


“Suri, Suri, Suri. What do you expect me to say, huh? Let me tell you something, since kau ni perempuan yang ehrmmm… lemah, aku rasa aku patut bagi sedikit handicap dekat kau. Aku bagi kau tengok muka aku. Tapi sekejap jer, so make yourself focus. Aku takkan bagi kau tengok dua kali. So, you better remember this face really careful. You might depend to everything to it!”


Suri tidak faham sebutir pun apa yang dikatakan lelaki ini. Bukannya Bahasa Inggeris Suri tidak bagus, dia dapat A1 dalam ujian bulanan, selama 5 bulan ini. Dia faham apa maksud kata-kata lelaki itu tetapi intipati kata-katanya itu yang menjadi tanda tanya. Lelaki itu membuka ikatan sapu tangan bunya berwarna hijau di mukanya itu. Dia melihat lelaki itu. Semuanya sekilas, terlampau sekejap, masa terlampau laju dan tidak terkejar. Walaupun perasan namun ianya terlalu sekejap. Dia mungkin tidak dapat mengingati wajah itu nanti.


“You better remember this face.” Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam telinganya lagi dan lagi. Seperti tidak ingin berakhir.


Suri membuka matanya, dia melihat sekeliling. Tidak ada apa-apa. Mayat Hafriz tiada di situ. Ah, mujurlah semuanya mimpi sahaja. Dia berada di hadapan pintu bilik, dia berada pada posisinya di dalam mimpi tadi. Tadi aku bukan tidur atas katil ke? Suri bertanya sendiri. Lantaklah, asalkan semua ini hanya mimpi. Mindanya seperti ingin bermain-main dengannya. Dia bermimpi. Mimpi yang pelik. Seram? Tidak, tetapi kalau diminta memilih untuk bermimpi semula perkara yang sama, pasti dia tidak akan ingin mengulanginya. Mata helang itu, lebih baik jangan dipandang. Dan kematian Hafriz, tolonglah bukan dengan cara sebegitu. Mata helang? Huh, mata syaitan sebenarnya. Suri teringat sesuatu. Wajah lelaki itu, memang benar seperti apa yang dia jangkakan tadi. Dia sudah lupa muka itu. Namun suara dan kata-kata itu masih ada dalam kepalanya.


“You better remember this face.”


“You better remember this face. Herghh!!!” Suara ganas itu diajuk Suri dengan nada menyampah yang teramat sangat. Sekali dengan muka-muka sekali Suri mengajuknya.


you better remember this face really carefully!

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS