내 여자친구는 구미호 (Nae Yeo-ja-chin-goo-neun Goo-mi-ho) a.k.a My Girlfriend is a Gumiho


 
Aku baru sahaja selesai menonton satu lagi Korean series yang pada aku sangat best…
The series is named 여자친구는 구미호 (Nae Yeo-ja-chin-goo-neun Goo-mi-ho) atau in English, My Girlfriend is a Gumiho…

Okay apakah bendanya binatang Gumiho ini ek?
Aha! As you can see, awek dia ada ekor, bukan 1, bkan 2, bukan 3 tapi 9 ekor…
Kalau dalam Naruto kita taulah yang 9 ekor itu adalah apa? Haaa??? Musang 9 ekor? Hahaha, yes, Kyuubi!!
HOLD ON!!! we are not going to cerita about this animal...it's not even a Gumiho...hahaha!!!
 
Tapi, bukan Kyuubi yang nak diceritakan di sini… kita tahu yang salah satu ciri budaya itu adalah universal, jadi banyak negara banyaklah fahamannya tentang sesuatu…apa yang aku nak cakap adalah dalam budaya Korea, Kyuubi atau musang 9 ekor ni, dipanggil Gumiho.

It can be an arguable fact tentang bagaimana rupa Gumiho ini, tetapi mengikut kepada mitos yang sahih, dia adalah makhluk jahat yang berkebolehan untuk menukar rupa bentuknya daripada seekor musang yang berekor 9 kepada seorang awek dengan super, ultra, maximum beauty!!!

Okaylah kita cerita sedikit lagi tentang Gumiho, sekadar pengenalan, okay!

Gumiho [구미호] adalah seekor rubah berekor sembilan, makhluk legenda dengan asal-usul dalam mitos Cina kuno sejak berabad-abad. Gumiho ada  jugak dalam versi cerita rakyat China dan Jepun, walaupun masing-masing sedikit berbeza. Huli jing Cina dan Kitsune Jepun mempunyai kompas moral yang lebih ambigous, meaning that…mereka boleh jadi baik atau jahat, dan tidak perlu keluar untuk memburu manusia sebagai makanan. Gumiho Korea, on the other hand, hampir selalunya di-referkan sebagai ganas, karnivor yang makan daging manusia.
Senang citer, camnilah  rupa dia sedikit sebanyak...menunjukkan yang dia can be both in human figure tetapi at the same time dia menunjukkan jugak diri dia adalah seekor monster...
 
Menurut legenda, seekor rubah yang hidup seribu tahun berubah menjadi gumiho, shape-shifter yang boleh muncul dengan menyamar sebagai seorang wanita. Gumiho adalah jahat secara semula jadi, dan makan both hati manusia atau jantung (bergantung kepada lagenda, once again, culture and its course) lagenda berbeza menentukan satu atau yang lain) untuk bertahan hidup. Huli jing China dikatakan terdiri daripada tenaga feminin (yin) dan keperluan untuk mengambil tenaga lelaki (yang) untuk bertahan hidup. Kitsune Jepun dapat berupa laki-laki atau perempuan, dan boleh memilih untuk jadi baik atau jahat.

Gumiho Korea tradisionally perempuan. Ia dapat menyembunyikan ciri-ciri gumiho mereka, sementara mitos lain menunjukkan bahawa mereka tidak dapat sepenuhnya menyembunyikan ciri-ciri Gumihonya (cth. wajah seperti rubah atau set telinga, atau the famous indication, dia punya sembilan ekor itu yer!). Tak kisah la macam manapun, biasanya ada sekurang-kurangnya satu sifat fizikal yang akan membuktikan wanita itu adalah seekor gumiho sejati, atau cara magis untuk memaksa mereka untuk mendedahkan rupa mereka itu.

Okaylah, selesai sudah kelas budaya mitos kita yer... sekarang nak citer tentang citer ini!

Menonton episod pertama siri ini membuatkan aku ingatkan cerita ini adalah siri romantic comedy jer tau…turns out masuk episode 3 or 4 camtu… hah, nanges…apa citer? Sebenarnya, walaupun ditermakan sebagai siri komedi romantik, actually cerita ini sebenarnya agak sedih, yer…sangat layan dan menyentuh kalbu, jiwa, raga, tulang rusuk, dan daging-daging…

Bercakap tentang daging…cerita ini mengisahkan SEEKOR Gumiho yang berusaha untuk menjadi SEORANG Gumiho…Gumiho ini sangat suka memakan daging lembu… actually aku tertanya-tanya jugak, daging lembu kat Korea mahal sangat ke? Sebab dalam cerita ini ianya nampak macam makanan yang sangat eksklusif…

Nak bercerita synopsis memang malas plus ia akan bakal membunuh elemen suspen kepada sesiapa yang bercadang hendak menonton series ini…so, aku malas la…hahaha (alasan semata-mata!)
Salah satu scene dalam episod 1...

Aku citerkan sedikit pasal casts dia…

Lee Seung Ki as Dae Woong


    * Name: 이승기 / Lee Seung Ki (Lee Seung Gi)
    * Profession: Singer and actor
    * Birthdate: 1987-Jan-13
    * Birthplace: Korea
    * Height: 182cm
    * Weight: 70kg
    * Star sign: Capricorn

Shin Min Ah as Gumiho (Miho)
    * Name: 신민아 / Shin Min Ah
    * Real name: 양민아 / Yang Min Ah
    * Nickname: Do Duk Do Duk
    * Profession: Model and actress
    * Birthdate: 1984-Apr-05
    * Birthplace: South Korea
    * Height: 168cm
    * Weight: 48kg
    * Star sign: Aries
    * Blood type: O
    * Family: Older sister and younger brother
    * Talent agency: Star M Entertainment
 No Min Woo as Park Dong Joo
    * Name: 노민우 / No Min Woo (Noh Min Woo)
    * Profession: Actor and singer
    * Birthdate: 1986-May-29
    * Height: 183cm
    * Weight: 60kg
    * Star sign: Gemini
    * Talent agency: SM Entertainment

Park Soo Jin as Eun Hye In

    * Name: 박수진 / Park Soo Jin
    * Profession: Singer, actress and model
    * Birthdate: 1985-Nov-27
    * Height: 166cm
    * Weight: 45kg
    * Star sign: Sagittarius
    * Blood Type: A

Itu sajalah yang aku dapat share skang...sekiranya korang sumer nak tengok cerita ni, aku sangat2lah menyarankan korang tengok sebab cerita ini best...aku tinggalkan korang dengan gambar2 dari siri ini ek...enjoy!!!

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS