fb notes on COOL! NO.7 - COOL! ~ COOL! ~pertemuan berdarah
Rex menamatkan panggilan dan menyeluk telefon bimbitnya ke dalam poket seluar jeansnya. Tiba-tiba ada satu bunyi yang kuat menendang gegendang telinganya. Bunyi tembakan yang kuat dan sebuah bas sekolah terbabas di tepi jalan berseberangan dari tempat dia berada. Dia amati dengan tekun. Sah, memang ada yang tidak kena dengan kenderaan berat itu. Suara jeritan mulai kedengaran. Sebenarnya dia tidak perlu peduli dengan apa yang terjadi namun entah kenapa hatinya menggerakkan tubuhnya untuk ke tempat kejadian.
“Diam!!! Aku kata diam!” kata salah seorang daripada lelaki yang menyarung topeng pada mukanya. Topeng serigala jadian. Nampak betul-betul bodoh. Seorang lagi berjalan menuju ke suatu sudut di dalam bas itu. Dengan muka yang dibaluti topeng jaring itu, dia tersengeh seperti kerang busuk. Caranya berjalan yang terhenjut-henjut itu cukup membuat orang yang dipandangnya menyampah. Namun itu tidak menenggelamkan rasa takut apabila sedar dirinya menjadi sasaran.
“Dira, dia datang kat kita ke? Dia pandang kita ke?” Suri memegang lengan rakannya yang terlebih dulu menyorok di belakangnya.
“Kau!!! Ke depan sekarang! Ye, kau yang rambut pendek tu! Surihana binti Abdullah.” Kata lelaki bertopeng jaring itu.
Suri terkejut bukan kepalang. Dia tidak menyangka yang dirinya merupakan sasaran dalam drama sebabak ini. Melihatkan Suri yang berdegil tidak bergerak membuatkan orang jahat itu membentak menyumpah-nyumpah. Dia mempercepatkan langkah. Tak semena-mena dia terpelanting ke belakang dari arah dia berjalan. Semua orang melihat dan keadaan menjadi sedikit kalut.
Hafriz laju mendapatkan Suri. Saat ini entah kenapa semua orang mengalihkan pandangan terhadap dua orang manusia tersebut seperti terlupa akan bahaya yang membaluti ruang dan masa sekarang. Suri juga merasakan perkara yang sama. Dia rasa selamat tiba-tiba. Namun apabila penjahat yang memakai topeng serigala itu mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacu tepat ke arah Hafriz, semua yang ada mula kembali kepada emosi terdahulu tadi. Gerun dan takut. Suri juga tidak terkecuali. Dia terlopong memandang pistol dari jenis compact itu. Segera pandangannya teralih kepada Hafriz yang masih di depannya. Dia tidak menggerakkan tubuhnya langsung dari menjadi perisai Suri. Dalam kekalutan dan ketakutan itu, Suri masih punya kemampuan untuk mencuba menghadam perilaku Hafriz sekarang. Dia jadi keliru. Kenapa Hafriz sebegini berani. Di hadapan itu pistol! Bukannya barang mainan yang boleh dibawa bergurau. Walaupun dia tetap berasa suka dan terharu dengan apa yang dilakukan oleh Hafriz namun itu masih tidak dapat menutup rasa bimbangnya daripada berfikir kemungkinan yang dia bakal memangku tubuh kaku Hafriz yang berlumuran darah. Tidak! Dia cepat-cepat menggeleng kepala dan memegang bahu Hafriz.
“Hafriz, dorang nak aku, pasti dorang takkan apa-apakan aku, kan. Aku pergi kat dorang!”
“Stay behind me!!!” suara Hafriz berubah parau. Lagaknya tak ubah seperti seorang yang kerasukan. Suri terkejut, gamam dalam bungkam yang segera. Tidak menyangka dirinya dibentak sebegitu keras. Wajahnya berkerut. Pantang dia ditengking.
Dia cuba menolak Harfiz ke tepi namun apalah sangat kudratnya kalau nak dibandingkan dengan tenaga Hafriz yang gagah itu. Fizikalnya tidak kelihatan seperti pelajar tingkatan 5 langsung. Mujurlah wajah baby face itu menghiasi segenap inci muka Hafriz kalau tidak Hafriz pasti dianggap berusia dalam lingkungan lewat 20-an.
“Hafriz, kau ni dah kenapa?! Dorang ni common kidnapper jelah. Apa yang dorang nak adalah duit atuk aku!!! Nanti dorang dah dapat kita lepaslah! Kau pulak nak emosi ni kenapa?!!” Suri pula yang mengangkat tona suaranya. Marah bila dirinya dihalang, walaupun sekarang ni sudah terang-terang cadangannya itu langsung tak ada rasionalnya. Memberi duit secara percuma kepada perompak. Dia dah hilang akal cerdiknya, agaknya. Namun sekali lagi hatinya sakit bila Hafriz langsung tidak memberi respon yang diharapkan. Degil betul jantan ni!!! Dengusnya dalam hati. Namun apabila dilihatnya ke muka Hafriz dari sudut belakang tepi, dia seperti tidak melihat lelaki itu di situ. Dia rasa seperti lelaki di hadapannya kini, yang melindunginya dari penjahat-penjahat ini bukan Hafriz yang dia kenal. Dengan kadar segera itu, dia mula berasa gerun. Takutnya datang tak semena-mena. Masalah apa mamat ni? Dia bertanya dalam hati.
“Eh, kau budak! Jangan nak tunjuk hero kat depan aku. Kalau rasa nak kepala tu bersepai kau halang aku!” kata penjahat yang memakai topeng jaring itu sejurus dia bangun. Di tangannya juga ada sepucuk pistol. Juga dari jenis compact.
“Hafriz,” kini suara Suri sedikit perlahan. Dia rasa takut sebenarnya. Mungkin juga cuba untuk mencari pengertian terhadap apa yang berlaku sekarang. No way… apa yang nak jadi sekarang ini? Macam mana boleh jadi macam ini? Kitorang nak pergi trip ke Bank Negara sahaja.
“Jangan risau, Suri. Kau ingat dorang berani nak tembak, ke? Kau kata dorang ni common kidnappers jer, kan? For sure dorang takkan berani tembak. Aku berani jamin. Sebab tu aku tak nak kau ke mana-mana.”
Suara perlahan Hafriz jelas dia dengar. Barulah dia kembali kepada kesedarannya sekarang. Ada betulnya juga kata-kata Hafriz. Kenapalah dia pendek akal sangat. Ujian Biologi, Kimia, Fizik semuanya dapat A+, benda macam ni pun kau tak boleh fikir, Suri? Damn, Suri rasa seperti disimbah air longkang sekarang. Dia mengalih pandangan kepada penjahat itu. Tak semena-mena dengan itu, dia berasa berani tak ingat. Melampau-lampau pula sampai sanggup dia menjerit kepada penjahat-penjahat itu.
“Hah, kalau korang berani sangat tembaklah. Ingat aku takut ke, hah?” Hafriz memalingkan muka ke belakang. Memandang Suri serius. Oleh kerana terlepas daripada mengawasi gerak-geri penjahat itu, satu tumbukan tepat mengenai pipi kiri Hafriz. Aduh! Suri melihat penuh tragis. Rasa bersalah juga agaknya. Hafriz tumbang ke kerusi yang ada ditepinya. Dua orang pelajar perempuan yang ada di situ menjerit mengada-ngada, tergedik-gedik bunyinya. Tangan Suri kemudiannya direntap kasar oleh penjahat itu. Dia diseret ke depan. Hafriz tidak dapat mengejar, mereka sudah tiba di depan bas berdekatan dengan pintu bas.
“Korang semua stay dekat dalam bas ni, kalau berani sorang pun turun aku tembak. Nak-nak kau!!!” jerkahnya sambil menunjukkan jari tengahnya selepas menuding jari ke arah Hafriz.
“Damn it!!!” jerit Hafriz kasar.
Satu tembakkan kedengaran di luar bas tersebut. Hati Hafriz bukan main bimbang lagi. Rasanya seperti hendak gugur jantungnya apabila mendengar bunyi dari senjata api itu. Suri? Apa dah jadi dengan Suri?! Hafriz segera bergerak ke hadapan untuk keluar dari bas itu. Saat dia sampai dia nampak seorang lelaki misteri yang datang entah dari mana entah, sedang membelasah kedua-dua orang penyangak itu tadi. Lelaki itu bertopengkan sapu tangan bunga berwarna hijau muda, diikat menutupi hidung dan mulutnya. Namun melihatkan mata lelaki ini dia sedar, lelaki ini bukan calang-calang manusia. Suri ada di sebelah depan bas, menyorok di situ. Hafriz laju mendapatkannya. Walaupun sudah lunyai penjahat-penjahat itu dibelasahnya. Lelaki ini tidak puas-puas memukul dan menendang. Tindakkannya menjadi tontonan Suri dan Hafriz buat beberapa ketika. Dalam gerun ada takjub. Dalam takjub ada ngeri. Gamang dan gentar. Pistol yang ada terdampar di kakinya dia angkat laju. Tak menunggu lama, dia menarik picu dan melepaskan tembakan bertalu-talu kepada kedua-dua penjahat itu yang terkulai membujur kaku di atas tanah. Suri yang melihat semua itu menjerit histeria. Hafriz juga tidak kurang terkejutnya. Dia menekup wajah Suri dari melihat semua itu lebih lama. Kedua-dua mereka benar-benar berasa kaget dengan apa yang dilakukan lelaki ini.
Memanglah mereka ini penjahat, penyangak, perompak, penculik atau apa-apa lagi gelaran yang tidak sedap tetapi sampai begitu sekalikah kesudahan mereka? Bagaimana jika mereka ada keluarga, anak isteri yang perlu diberi makan minum? Bagaimana nasib mereka selepas ini?
Peluru yang ada tidak satupun dibiarkan tak diguna. Sampai picu pistol itu hanya berbunyi tanpa suara tembakkan pun lelaki ini masih kelihatan tidak puas hati. Darah membuak-buak keluar dari tubuh kedua-dua mayat penjahat-penjahat tersebut. Mata Suri masih kemas ditekup oleh Hafriz. Pandangan lelaki itu bertukar arah. Kini ia bagai lapar menjamah wajah Hafriz. Tidak seperti tadi, kini Hafriz sedikit gentar berhadapan dengan lelaki yang sudah menjadi pembunuh di depan matanya. Mata itu kelihatan sangat ganas. Mata itu seperti marahkan sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Hafriz takut jika dia dan Suri pula yang akan menjadi sasaran lelaki gila ini. Derap kakinya berbunyi, Hafriz melangkah sedikit ke belakang. Seberani-berani Hafriz pun ada masanya datang perasaan takut itu. Seperti sekarang, seingatnya memang dia jarang berasa takut. Tapi kali ini bukan main gerun lagi perasaannya. Tangannya yang kemas menekup muka Suri terlucut. Suri menjamah muka dihadapannya. Rasa gerun itu bertambah-tambah. Suri tidak dapat menahan rasa takut lagi, air matanya terhambur keluar tanpa rasa malu. Takut punya pasal, mana nak ingat rasa malu.
Lelaki di hadapannya terdiam. Matanya yang merenung ganas tadi tiba-tiba berubah redup. Namun tidak seorang pun dari mereka perasan perubahan itu. Suri dan Hafriz terkejut bila dengan laju lelaki itu membuka langkah seribu. Sama ada dia ingin menyelamatkan diri dari tuduhan membunuh atau apa sekalipun, Suri dan Hafriz sudah tidak peduli. Mujurlah nyawa mereka masih panjang. Kalau lelaki ini tidak pergi memang mereka akan mati katak sahajalah nampak gayanya, seperti dua orang penjahat di hadapan mereka. Darah yang mengalir terkena kasut Hafriz, cepat-cepat dia mengangkat kasut dan mengibas-ngibaskannya untuk membuang cecair merah pekat itu. Suri pula termuntah di situ juga.
Beberapa saat kemudian, rakan-rakan yang lain, yang ada di atas bas berserta guru pengiring turun dari kenderaan itu. Mereka juga menjerit penuh histeria. Macam cerita seram pula lagak mereka itu. Hafriz memandang jauh dan dalam, dia cuba menyimpulkan setiap apa yang terjadi tadi. Kemungkinan besar, lelaki bertopeng sapu tangan itu bukan salah seorang rakan subahat penjahat-penjahat ini. Jadi siapa pula dia, tak mungkin dia itu orang gila yang datang menyerang secara suka-suka. No, no, no! Tak mungkin. Mata dia, ada sesuatu pada mata dia yang aku tak faham. Itu bukan mata seorang pembunuh biasa. Pasti ada sesuatu tentang mamat ni. Getus hati Hafriz secara monolog dalaman. Perhatiannya tumpah kepada Suri yang masih lagi dalam mood terkejut. Mana taknya, bukan setiap hari dia boleh menonton lakonan live sebegitu. Hafriz yang lelaki itupun masih belum keluar sepenuhnya dari ruang kekagetan, inikan pula perempuan selemah Suri.
“Hey, it’s okay. We’re safe now. Jangan risau okay. I’m here.” Pujuknya cuba menenangkan galau hati Suri. Ini bukan pengalaman menarik seperti mana yang dijanjikan Cikgu Jun Arwin yang mengaturkan lawatan sambil belajar ke Bank Negara hari ini. Ini adalah pengalaman paling ngeri bagi Suri buat masa ini.

Comments