fb notes on COOL! NO.4 - COOL! ~ COOL!

Harap maaf sebab hari itu tersalah hantar entry. Itu sebenarnya bukan Prolog tetapi dah masuk 1st chapter dalam cerita COOL!, harap maaf sangat-sangat... so, dengan ini saya postkan the real prolog, sekadar untuk tatapan bersama. silalah komen-mengomen yer, harap mendapat tunjuk ajar...thanx...


“Stop it, right there… Long, you have nowhere to go. I’ve told you, just how many time do I have to tell you that you can not run?”

Kata-kata Charles bergema dengan nada yang sangat menakutkan. Itu bukan gertakan atau amaran, itu memang kata-kata dengan niat membunuh. Long yang sudah berada dipenghujung jalan dekat lorong gelap itu berpeluh-peluh. Dia takutkan apa sahaja yang mampu dilakukan lelaki dihadapannya ini. Walaupun dia langsung tidak mengenali siapa Charles tetapi aura yang ada pada Charles jelas bukan aura dari orang yang baik-baik. Sama juga sepertinya, dia bukan orang yang baik, sebab itu maut datang menjemputnya dalam rupa seorang lelaki Inggeris dengan pelat British yang agak tebal.

“Who… who are you, I’m just a tourist, I don’t know what you are talking about?” balas Long dengan nada penuh ketakutan. Dia sedar apa-apa sahaja yang lelaki ini akan buat, dia pasti akan menerima kesudahan yang tidak baik.

Charles hanya bergerak perlahan ke arah Long yang sudah bersandar ke tembok bata itu. Dia memandang tepat seolah-olah ingin menerbitkan rasa gerun di hati Long. Nyata perasaan itu benar-benar wujud saat ini. Long memang merasakan dia tidak akan bernafas lama. Tempat ini tak ada orang langsung. Yang ada cuma tikus dan lipas sahaja sebagai penghuni lorong kecil ini. Masaklah dia kali ini. Charles berhenti seketika apabila mendengar jeritan seseorang. Jeritan itu memanggil seseorang tetapi bukan dengan nama, sekadar perkataan ‘hoi’ sahaja. Charles tidak memahami sepatah haram pun apa yang dicakapkan, namun dia sedar suara itu ke arah sini.

“Damn,” rusuhnya di dalam hati. Dia tidak boleh membiarkan Long mati meninggalkan saksi. Menjadi kerjanya pula untuk menghabisi riwayat orang yang datang itu.

Tidak lama menunggu sehingga orang yang terjerit-jerit itu tadi sampai. Charles menjengah ke belakang. Dia melihat seorang budak dalam lingkungan usia 13 tahun, mungkin; sedang berdiri memandang Long dengan sebungkus makanan yang sudah rosak. Itulah hasil yang dia dapat setelah berkerja berhempas pulas sehari suntuk ini. Wajah budak itu kelihatan sangat bengis. Seperti bengisnya singa yang kelaparan.

“Kat sini pun engkau!” tak menunggu lama, budak itu berlari menuju ke arah Long.

Charles tidak berganjak dari tempat di mana dia berada. Dia rasa ada sesuatu yang menarik tentang budak yang marah-marah ini. Tak salah rasanya dia menonton sebentar drama sebabak ini sebelum menyudahkan kerjanya. Budak itu sampai kepada Long dan membaling bungkusan tersebut ke kepala Long. Mungkin disebabkan terlalu takut dengan Charles menyebabkan dia juga takut dengan budak ini. Dia jatuh terduduk akibat terlampau terkejut. Dalam keadaan mencangkung dia menahan mukannya dengan tangan. Dia kelihatan sangat menyedihkan. Benar-benar menyedihkan. Akibat terlalu marah juga, budak itu mererajang Long sehingga tersungkur. Dia tidak henti-henti menyepak lelaki yang berusia lewat 40-an itu. Semuanya gara-gara Long yang tidak sengaja terlanggar dia di bahu jalan. Dia terjatuh ke tengah jalan dan hampir-hampir dilanggar lori. Makanan yang diberikan setiap kali selesai berkerja oleh majikannya turut sama bertaburan dia atas jalan. Hatinya yang lega selepas tidak maut dilanggar lori berubah menjadi amarah yang membuak-buak. Dan sekarang amarah itu semakin menjadi-jadi. Walaupun mendengar jerit suara merayu lelaki bernama Long itu, dia tetap tidak melepaskan peluangnya untuk membelasah. Kelakar pula apabila melihat seorang lelaki dewasa dipukul oleh seorang budak. Hati Charles yang berada di hadapan tercuit dengan rasa lucu. Sejenak, dia terfikirkan satu idea yang tak tahu hendak disifatkannya elok atau tidak. Tetapi rasanya, tak salah untuk dia mencuba. Dia mengangkat pistol dan menarik picunya. Sasaran itu ditujukan dengan jitu. Dia tidak akan membunuh Long.

Senyuman kejam mengiringi tindakannya. Dia memanggil budak itu, “hey, kid!” Dengan rasa marah budak itu menoleh. Bukan main terkejut lagi apabila dia memandang pistol itu ditujukan tepat ke arahnya. Rasa gerun tiba-tiba muncul. Charles tersenyum lagi. Tiada rasa yang menyenangkan apabila memandang senyuman Charles yang ibarat senyuman Pontianak ketika ini.

Bunyi tembakan menggema suasana. Bunyi jeritan kesakitan kedengaran. Budak itu memejamkan mata. Mungkin dia dalam kesakitan. Namun beberapa saat selepas itu, dia sedar yang tubuhnya masih sihat walafiat seperti selalu. Bukan dia yang ditembak. Lelaki cina di hadapan ini yang menjadi mangsanya. Darah keluar membuak-buak dari betisnya. Dalam kaget, budak itu merenung Charles, entah dari mana datangnya kekuatan untuknya memandang wajah pembunuh itu secara bertentangan. Saat ini, Charles mendekatkan jarak antara mereka. Budak ini sungguh berani, langsung tidak takutkan aku. Getus Charles dalam hati. Dia makin dekat, budak itu tetap tidak berganjak, dalam matanya dapat Charles lihat kesan seksa yang teramat sangat. Mungkin kerana itu dia tidak kisah dengan nasibnya selepas ini. Hidup ataupun mati.

“What an absurd kid? Don’t you fear death?” tanyanya perlahan dengan nada yang menakutkan.

Budak itu tidak menjawab, matanya sahaja yang membicarakan jawapannya. Dengan pandangan yang tak bergerak ke mana-mana, Charles yakin budak ini bukan calang-calang manusia. Dia cuma perlu dibentuk. Suara mengerang Long mengganggu konversasinya dengan budak ini. Laju-laju dia menyepak lelaki yang sudah separuh mati menahan sakit itu. Tangisan Long makin berat. Kesakitannya bertambah-tambah. Pistol yang ada pada tangannya, dihulurkan kepada budak itu.

“Kill him,” arah Charles, dia menyambung lagi selepas melihat muka budak itu berkerut-kerut, “kills him before I kill you.”

Ironiknya, wajah Charles langsung tidak menunjukkan betapa kejamnya dia. Dia kelihatan seperti seorang pak cik yang sangat baik sedang memberikan gula-gula kepada budak itu. Dengan rasa teragak-agak, pistol itu akhirnya bertukar tangan. Kalau bermain badminton, apa yang terjadi sekarang boleh diibaratkan seperti ‘servis bertukar tangan’. Cuma bukan raket yang digunakan, tetapi pistol. Bukan juga shuttle yang bergerak kecuali peluru. Mata budak itu beralih arah. Memandang tepat ke arah Long, dia mendengar suara merayu lelaki itu. Namun semuanya tidak memberi sebarang makna sekarang. Marahnya terhadap lelaki ini sebenarnya belum reda, berangnya belum berhenti. Dia menyepak dan menendang Long sehingga puas sebelum lelaki itu mati di tangannya. Dia menelan air liur sendiri. Dengan pandangan mata yang kejam, dia menjerit melolong seperti orang gila. Bunyi tembakan kedengaran lagi, kali ini buat 6 kali berturut-turut. Selepas itu tiada lagi yang kedengaran. Keadaan sunyi itu berkekalan. Mungkin buat selama-lamanya. Charles memandang budak itu. Pistol itu jatuh dari tangannya ke tanah. Dia bernafas dengan kasar. Dengusannya kedengaran jelas. Akhir sekali dia memandang Charles. Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu menepuk tangan tanda ucapan tahniah. Dia memandang tanpa signifikan.
Hari ini, sesiapa pun yang pernah dia jadi sudah mati. Hari ini dia lahir sebagai Rex.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS