COOL! - 응결

“No, Suri. We can never be like that. Kita kawan je. Kau pun bukannya jenis perempuan yang aku suka.” Kata Hafriz dengan nada selamba. Seperti perbualan hariannya, antara rakan dengan rakan.

‘Kau bukan jenis perempuan yang aku suka.’  

Cukuplah dengan hanya satu ayat itu Hafriz. Malunya aku bertanyakan benda-benda macam ni.

“Then, macam mana jenis perempuan yang kau suka?” balas Suri selamba juga walaupun dalam matanya sudah ada sedikit titis jernih yang cuba dia sembunyi. Dia mendongak, takut titisan itu terjatuh ke pipi. Kepalanya dipaling tidak memandang Hafriz. Hafriz memandang ke arah Suri yang tidak memandangnya itu. Kenapa tanya begitu pula?

“Jenis perempuan yang aku suka? Well, entah… yang penting bukan stuck up macam kaulah, bukan kepala angin mcam kau, bukan sengal macam kau. Hahaha, perlu ke kau tanya semua ni dowh, kau nak carikan awek kat aku ke?”

Stuck up? Kepala angin? Sengal? Macam itu sekalikah aku pada kau sebenarnya? Hafriz, what are you doing now? Aku dah tak tahu yang mana satu yang jujur mana satu yang gurau.

Suri bingkas bangun. Dia benar-benar tidak ingin Hafriz nampak dia yang menahan tangis seberat itu. Wajahnya sudah tidak ada ceria seperti pagi tadi lagi. Tidak seperti pada waktu Hafriz membelikan gula-gula kapas tadi. Tidak seperti dia dan Hafriz melarikan diri daripada laluan trek merentas desa yang dianjurkan pihak sekolah. Dia rasa seperti hatinya dirobek dengan kasar. Ditoreh dengan kejam. Dihancurkan seteruk-teruknya. Namun kenapa dia tidak menyerang sahaja Hafriz seperti selalu? Kenapa dia berdiam dan menangis?

Dia tahu sekarang, perasaannya terhadap Hafriz bukan sekadar  perasaan gedik perasan bercinta seperti yang terjadi terhadap kebanyakkan remaja perempuan. Bukan seperti rasa minat Dira terhadap Lee Donghae, salah seorang ahli kumpulan Super Junior. Bukan begitu! Apa yang dia rasa terhadap Hafriz juga bukannya rasa nafsu melihat Hafriz menanggalkan bajunya seperti di pantai puteri hari itu. Bukan begitu, langsung bukan begitu. Perasaannya terhadap Hafriz sememangnya cinta. Walaupun dia masih tidak pasti sama ada ini hanya cinta monyet atau tidak. Namun, bagaimana hendak dia tahu sama ada ini puppy love atau cinta sejati jika Hafriz mentah-mentah menolaknya. Walaupun dalam nada gurauan, Suri tidak tahu kenapa dia sesedih ini. Kenapa dia jadi sampai begini sakit hati. Dia tidak marah, itu yang dia pelik. Dia hanya menangis tanpa sebab yang pasti. Itu apa yang dia rasa namun jauh di sudut hati sebenarnya dia menangis kerana Hafriz. Hanya lelaki itu sebagai alasan. Lelaki itu berkatakan perkara sebegitu kepadanya.

Lagu Super Junior yang bertajuk ‘Eungkyeol’ atau ‘Coagulation’ atau ‘Penggumpalan’ itu dia ingat. Dira selalu memainkan lagu itu berkali-kali sehingga dia bertanya maksud lagu yang sangat sedih itu. Dia rasa lagu itu sepeti lagu temanya sekarang ini.

Apabila kata-katamu yang dingin itu menyentuh hatiku...
Dalam mataku tanpa ku sedari ada titisan jernih...
Dari mana ia datang, dan bagaimana berkali-kali ia terjadi tak aku tahu...
Satu-satunya yang aku tahu adalah aku sangat terluka...
Api hatiku yang dulu membara kini semakin malap...
Aku tak tahu apa nak dikata, dan bagaimana hendak ku bertahan denganmu...
Bagaimana, bagaimana dapat aku bertahan?












p/s - sebenarnya dah lama aku tak makan cotton candy ni...terasa mengidam lak...

Comments

dhiya zafira said…
dah baca...

Ni bila pulak suka kt hafriz ni? bila masa dia nak meroyan dengan rex lak..hahahahha..

sengal je hafriz..selamba baak je dia...kesian suri..hehehhe
Mohamadjahn said…
dia mmg suka hafriz at the first place la kak...rex tu sebab dia keliru jer...kot..hahaha
Eera Shera said…
cett..mntg2 la da mnt suju skg..hehe
ala..hafriz 2 mnt suri kn..sje je die jual mhl.hee
Mohamadjahn said…
minat suju da lama la eera...hahaha...bukan jual mahal...dia cover2...hahaha

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS