update COOL!...

haaa...rasanya dah agak lama aku tidak bercerita tentang cerita yang aku buat ni..kan...hmm, sebabnya adalah...cerita itu bergerak terlalu perlahan kerana sekarang tengah final exam...sebelum ni masa2 nak siapkan assignments yang bertimbun-timbun...kan...hahaha..memang susah jadi budak universiti,kan...alaaaa....redah jerlah...

enough mengarut...ini adalah sedikit sneak peak yang aku nak share...scene di mana Rex dan Suri sahaja ada...hahaha...silalah baca...



Pintu yang sedari tadi hanya diketuk, dihentak-hentak separa kasar.  Agaknya sudah lama dia bersabar dengan kerenah manja Suri yang tidak ingin membuka pintu walaupun sejak kira-kira 5 jam lepas dia mengetuk pintu dengan sopan meminta gadis itu keluar. Untuk makan. Namun panggilannya langsung tidak berjawab. 

“Keluarlah!”

Suri masih mendiamkan diri, memekakkan telinga sambil memeluk kaki di atas tilam. Marahnya kepada lelaki itu bukan main lagi. Dia bukan budak-budak yang boleh dijinakkan hanya dengan memanggil makan. Ingat aku bodoh sangat ke nak makan apa kau bagi, entah-entah dadah ke, apa ke? Ubat tidur ke, lepas tu senanglah kau nak rogol aku, kan! Getus Suri dalam hati.

“Surihana anak perempuan Raihana! Keluar sekarang sebelum aku pecahkan pintu ni? You’ll expect nothing less than some pain if I do that!” ugut Rex yang sudah bosan memanggil dengan baik-baik.

“Kau nak apa dari aku, hah?!!!”

“Keluar makan!” jeritnya membalas cara Suri bercakap dengannya.

“Ah, sudahlah! Aku tak nak makan, aku nak balik, kau nak duit jer, kan? Kau calllah datuk aku mintak duit tebusan, dia mampu bayarlah, mak cik aku pun boleh! Berapa kau nak?”

“Aku ajak kau keluar makan, tak nak kau kebulurlah, bodoh! Kau faham bahasa ke tak, hah?!”

“Ah, kata aku bodoh pulak, kau apahal, hah, samdol?”



Rex tergelak sakan mendengar perkataan ‘samdol’ yang dilaungkan oleh Surihana, dia ni masih tengok filem P Ramlee  lagikah? 

“Kau gelak, kenapa hah?” tanya Suri, masih dalam nada menjerit. Namun kali ini dia mula merasakan sesuatu yang lain. Orang ini, walaupun telah menculiknya dan membuatkan 24 jamnya yang lalu huru-hara, namun dia rasa dia tidak akan diapa-apakan. Dia masih rasa selamat. dia masih merasakan seperti apa yang terjadi kala ini bukannya suatu penculikan. 

“Suri, dahlah tu. Keluarlah kejap. Makan sikit lepas tu kau nak berkurung dalam bilik ni suka hati kaulah!” masih ada sisa tawa yang kedengaran. 

Perlahan-lahan Suri mendekati pintu bilik yang terkunci rapat. Tanpa disuruh, tangannya memulas tombol pintu dan selepas itu dia menjamah wajah kacak di hadapan. Perasaannya bercampur baur. Tidak ada yang menyeramkan lagi seperti kali pertama dia melihat wajah itu semalam. Dia sendiri tidak pasti semalam adalah kali pertama ataupun dia pernah bertemu sebelum ini. Wajah Rex memang asing namun entah kenapa ia seperti kejap di hatinya. Tidak pernah menghilang walaupun sebetulnya Rex tak pernah dia kenali sebelum ini.
“Dah keluar…” kata Suri dengan nada perlahan. 

Rex menangkap tangan gadis itu dan menarik perlahan ke meja makan. Suri sekadar menurut. Dia tidak tahu kenapa namun dia merelakan sahaja langkah kaki mengikuti langkah Rex. Kerusi usang yang terdorong ke bawah meja ditarik selamba oleh Rex. 

“Duduklah,” tiada nada memaksa cuma suara lembut yang bagai menyuruh kekasih hati menjamu makanan yang tidak seberapa di hadapan.

“Thank you…”

Sepanjang masa Suri menjamu nasi goreng yang tidak berasa itu, Rex hanya duduk menghadapnya. Hendak dia semat wajah gadis itu dalam hati supaya tidak lari lagi. Hendak dia ingatkan diri yang dia bukannya sendiri dan dia ada sebab untuk berpatah kembali. Sebetulnya dia bahagia memandang wajah itu, dia mungkin telah kehilangan cinta namun yang ini, ini lebih dari cinta. Dia tidak ingin kehilangan yang ini. Dia ingin menyimpan gadis ini dalam hatinya. Dia ingin menjaga gadis ini dari segala sengsara. Dia hanya ingin melihat senyuman gadis ini, walaupun sedari semalam dia tidak dapat melihatnya. Ya tak ya juga, bagaimana Suri hendak tersenyum jika dia yakin dia sekarang adalah mangsa culik. Rex menyumpah sendiri dalam hati. 

“Sedap?”

“Benda ni?” jawab Suri merujuk kepada makanan yang dijamahnya. Sambil menguis-nguis nasi yang masih banyak berbaki, matanya berkelip berkali-kali.

Rex mengangguk sikit. Mengiyakan pertanyaan Suri. Wajah Suri kelihatan statik selepas itu. Namun dia dapat meneka jawapan Suri. Nasi goreng itu memang tidak berasa apa-apa. Ianya seperti nasi yang dipanaskan semula dengan meletakkan sedikit bahan-bahan lain sebagai rencah namun pada akhirnya, ia tetap gagal membangkitkan selera. 

“Tak sedap,” kata Suri sambil wajah Rex diperhati dalam-dalam.

“Hmm, I thought so, Suri nak makan benda lain ke? Kita keluar kejap cari makan nak?”

Pertanyaan itu memang membuatkan Suri keliru dan kehairanan. Bukankah dia ini mangsa culik? Berkerut muka gadis ini memandang Rex yang masih menunggu jawapan. Dia tidak pasti apa yang hendak dikatakan. Rex bagai dapat menangkap apa sahaja yang difikirkan oleh Suri. 

“Kita pergi cari makan je sekejap, tapi memang kau jangan nak berharaplah kau boleh lepas. Aku still nak kau temankan aku untuk beberapa hari ni,” selamba sahaja kata-kata Rex terpacul dari bibir. Memang itu sahaja jawapan yang boleh dia beri buat masa ini. 
 
rasanya bukan macam ni kot apa yang Rex masak, nasi goreng ni nampak sedap pulak, kan? hahaha, aku lapar sebenarnya...

Comments

Eera Shera said…
haha..klakar la part samdol tu.huuu...da r rex msk x sdp!pksa mkn bkn main lg
Mohamadjahn said…
hahaha...kelakar ke...ssh nak buat kelakar ni...kira best la eera rasa kelakar..hahah...eera da lama ke usha this entry? sorry, the other day tu internet crash...
dhiya zafira said…
Wah...at last dapat baca jugak...hehehehe..

Jan..okeh..akak suka tapi part sambol tu mmg kelakarlah..tak macam ayah anak je..mcm rez sebaya lak..hahahahah
Mohamadjahn said…
saya nak promote ayah2 zaman baru ni layan anak macam kawan supaya mereka lebih rapat dengan ayah2 mereka...hahaha, gitu..kan...padahal main hemtam saja..huhu
Eera Shera said…
jan,suri ni tau ke rex ayh die??ooo...sy x bleh bygkn kalo ank ckp samdol kt ayah..haha.tp part ni mmg sengal.heee....
Mohamadjahn said…
waktu ni suri have no idea siapa rex ni...dia main sebat je panggil rex ni samdol sebab dia mmg tak tahu..tapi kalu suri tahu rex ni ayah dia maslah besar tau...hahaha

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS