novela the curious case of whatever 7

oleh kerana Noor Shahira bt Ayob telah memaki hamun saya di FB sebab tak post lagi TCCOW malam ni, saya kena cepat-cepat berbuat demikian... hehehe...

bahagian ke-7... please feel free to komen, yah!!


Part 7
Act 31
Kompleks pejabat di KLCC.
Blade mengetuk pintu pejabat Raphael. Lelaki yang misteri ini itu ingin berjumpanya setelah beberapa lama tidak bersua muka. Selalunya mereka hanya berhubung melalui talian telefon sahaja.
“Masuk.”
Blade menolak daun pintu dan wajah Raphael serta orang kanan merangkap kekasih gelapnya, Nina terpampang di hadapan mata Blade. Tidak dapat dinafikan yang mereka berdua ini bagai belangkas. Selalu kelihatan bersama-sama tetapi Blade tahu, Nina ini hanyalah perempuan sahaja pada Raphael. Bukannya susah untuk dia bertukar pasangan kalau itu yang diinginkan oleh lelaki tersebut tetapi mengenangkan Nina yang memang cekap melakukan pelbagai kerja yang disuruh, mungkin sebab itu dia kekal lama di samping Raphael.
Yes, boss… ada apa boss nak jumpa saya?” Blade bertanya, tidak menunggu dia disuruh duduk. Sebenarnya dia lebih suka berdiri daripada duduk. Tabiat yang memang dari dahulu lagi susah dikikisnya.
“Duduklah dulu…” kata Rapahel.
It’s okay, I prefer standing… Nina pun berdiri, apa,” balasnya menolak.
“Lantak kaulah, Blade. Hmm, macam mana meeting dengan orang-orang Tiger semalam? Everything’s according to plan?
Not everything, but the terms are met. They promise to supply the remaining items as to what they said.” Walaupun perkara tersebut bukanlah 100% apa yang ingin didengar Raphael, Blade bagaimanapun tenang memberitahu keputusan perbincangannya dengan Tiger.
Hmm, I’ll talk to Tiger on my own. Kau boleh pergi.” Ada nada tidak puas hati dalam suara Raphael tetapi bukannya terhadap Blade sebaliknya terhadap rakan niaganya, Tiger. Segera telefon bimbitnya dicapai, Nina turut disuruh keluar. Perempuan itu hanya menurut tanpa banyak soal. Beberapa saat kemudian, suara orang yang ditelefon berbunyi.
Tiger, what do you mean by supplying the remaining items, penambahan yang aku mintak macam mana?”
“Raphael, kau sedar tak apa yang kau mintak ni? Kau buat kerja habis ke?”
“Mengikut perjanjian kita, Alan died and aku dapat apa yang dia tinggalkan dan increment. Mana bahagian aku?”
“Raphael, Raphael… kau lepaskan perempuan itu dan kau boleh mintak lagi bahagian kau?”
This has nothing to do dengan perempuan-perempuan tu semua! This is about janji kau pada aku!”
Let me tell you something, selagi kau tak dapat bunuh perempuan-perempuan tu semua, jangan harap kau boleh dapat bahagian kau. And make sure kematian Alan stops there and then, kalau polis bring up kes tu balik semula, kalau aku kena… aku akan pastikan kau pun takkan lepas bebas, kau faham?!”
Talian terputus begitu sahaja. Amaran yang diberikan oleh Tiger membuatkannya menjadi berang. Tiger ingat dia ini senang diperlekehkankah? Silap besar kau Tiger, kalau bukan kerana harta haram Dato’ Jamalludin belum tentu kau akan berada pada tahap seperti sekarang.
“Arghhh!!! Berani kau cabar aku Tiger, kau belum kenal lagi siapa aku!”
Act 32
Apartmen milik Suri di Bangsar.
Penthouse yang dimiliki oleh Suri ini menjadi markas mereka bertiga bergerak. Segala rancangan dan strategi dilakukan di sini. Kediaman mewah yang bercirikan barat ini nampak begitu eksklusif sekali, sesuai dengan Suri yang merupakan waris Tan Sri Aminuddin, antara individu Melayu terkaya di dunia. Walaubagaimanapun, hal kekayaannya tidak pernah dihebah-hebahkan.
Rex sedang membuat air kopi putih menggunakan mesin membancuh elektronik Nescafe di mini bar. Senang sahaja, cuma tekan punat yang tertera perkataan ‘white coffee’ dan secara automatik kopi putih yang berkrim tersedia. Suri dan Hafriz pula berada di ruang tamu menonton HBO. Kusyuknya konsentrasi Hafriz diganggu oleh pertanyaan mengejut Suri.
So tell me about this… Izz Karami more,” tanya Suri kepada Rex dan Hafriz. Mereka bertiga kelihatan sedang berehat-rehat setelah menjalani hari yang agak mencabar semalam.
Rex sekadar tersenyum sinis, dia membiarkan Hafriz yang melakukan pemberitahuan deskripsi tentang lelaki bernama Izz Karami itu.
You see, dalam dunia mafia, gangster dan mercenary for hire ni… we have this some sort of thing yang macam ranking tau. Biasalah, orang-orang sebelah barat sana tu memanglah tak boleh nak disangkal lagi kehebatan diorang. Seperti yang saya pernah cakap dulu, kami usually bergerak under organization. So, lebih senanglah ranking seseorang tu boleh naik. Apperantly, this guys named Izz ni, bukannya datang daripada geng yang besar pun, he’s even based only in Malaysia. Tapi surprisingly, he is Top 10. Memang waktu tu, sesiapa yang dalam Top 10 adalah individu yang paling berpengaruh dalam dunia mafia. Believe me, kalau tak beratus-ratus, mamat tu dah ragut beribu-ribu nyawa,” cerita Hafriz penuh bersemangat.
You mean killing people?” pertanyaan balas Suri secara sinis.
Ada raut tidak senang pada wajah Hafriz mengenangkan sejarah hidup mereka. Izz, Rex dan dia sama sahaja. Mereka pernah silap percaturan dalam hidup. Mereka pernah menghukum tanpa justifikasi yang kukuh. Namun ada masanya apa yang terjadi terpaksa juga mereka kenang.
Yes, killing people. Lots of them.” Jawab Rex selamba.
There’s no glory in that. Abah, pembunuh remains pembunuh and I’m not talking about both of you, I’m talking about him,” kata Suri merujuk kepada Izz Karami.
Suri, what did I told you about being judgmental? You don’t even know why he did that, how he turned that way. Besides, he’s already punished. He led a happy life now. That’s what matter, okay sayang.”
Suri terfikir semula. Apa yang dia katakannya tadi sebenarnya menyentuh sensitiviti Rex dan Hafriz juga. Sepatutnya dia tidak terlalu lepas cakap. Hmm, mulut! Dia menampar kecil mulutnya yang selalu terlepas kata tanpa berfikir sebelum bercakap.
Hafriz yang melihat sekadar tertawa kecil. Suri juga sedar yang Hafriz tergelakkannya. Dia turut ketawa dengan rona yang sama. Harap-harap Hafriz tidak akan berkecil hati dengannya.
Anyway, kau rasa Izz akan ubah fikiran dia balik semula ke, Rex? Jimmy pulak?” tanya Hafriz kepada bapa kekasih hatinya. Kedengarannya agak kurang ajar juga apabila dia sekadar ber-engkau aku sahaja apabila bercakap dengan bakal bapa mertua. Tetapi memang dia selesa begitu. Rex sendiri pun tidak suka digelar pak cik kerana usia mereka hanyalah berbeza 10 tahun. Pernah sekali Hafriz ditumbuk lelaki ini kerana memanggilnya pak cik. Dia bukannya tua sangat sampaikan digelar sebegitu.
I’m not sure about Izz, mamat tu memang degil. Once he said ‘no’, means ‘no’. Jimmy pulak, rasanya dia akan terima. Aku dapat rasakan yang dia tu nak cari jawapan dengan apa yang berlaku.”
Tiba-tiba pintu apartmen diketuk dan loceng juga turut kedengaran. Sebuah skrin pada dinding berdekatan dengan pintu menunjukkan wajah seseorang.
Hmm, speak of the devil,” ujar Rex tak semena-mena. Suri dan Hafriz terkejut sedikit mendengarnya. Panjang umur Najmi Hariri.
Act 33
Tiger menelefon orang-orangnya, dia sebenarnya sudah bosan dengan Raphael yang padanya tidak cekap melakukan tugasan yang dimintanya. Kalau Raphael tidak mampu untuk melakukannya, Tiger rasa orang-orangnya sendiri mampu untuk menyelesaikan tugas menghabisi riwayat perempuan-perempuan yang memegang rahsia mereka. Dan askar tersebut juga tidak terkecuali.
“Aku nak kau pastikan korang bunuh semuanya. Aku dah tak tahan dengan semua ni. Lagi cepat mereka tu mati, lagi cepat aku boleh rasa tenang.”
“Relaks, bos. Orang-orang kita akan buat semuanya macam kemalangan. Bos tak perlu bimbang.” Seorang daripada kumpulan penyangak itu memberi jaminan.
“Bagus!”
Mereka yang menurut kata itu beredar daripada ruang bertemu di rumah agam milik Tiger ini. Hmm, mengenangkan kehidupannya yang dulu, dia tidak ingin lagi menjadi sebegitu, dia selesa dengan kemewahan yang dikecapinya selama ini. Katalah apa sahaja tetapi dia perolehi segalanya dengan jerih payah juga. Bertahun-tahun berkhidmat dengan orang tua yang tidak tahu berterima kasih itu tidak memberikan apa-apa kesenangan terhadapnya. Sekarang, selepas bertahun-tahun bekas majikannya itu mati, empayar yang diwarisinya makin berkembang. Masakan dia ingin segalanya hancur dek kerana perkara remeh. Bunuh sahaja semuanya supaya rahsia kekal rahsia. Bukannya susah, Raphael sahaja yang buat perkara itu menjadi makin rumit.
Bunyi telefon bimbit yang berdering mengganggu ketenangan yang sedikit dia miliki tadi. Segera telefon dijawab tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Hello,” ucapan pertama yang biasa diucapkan semasa menjawab panggilan disebut tanpa banyak bicara.
“Huh, nasib baik betul nombor ni. Tiger?”
“Siapa ni?” balas Tiger meminta kepastian.
“Tak payah tahu siapa aku, yang aku tahu kau takkan bebas lama lepas ni, Tiger. Kau ingat kau boleh bunuh orang dan rampas hak milik orang dan lepas macam itu sahaja? Kalau kau ingat segala kegiatan kau tak ada orang tahu, kau silap besar.”
“Kurang ajar! Siapa ni?!”
“Kan aku dah kata, tak payah tahu siapa aku, siapa aku tak penting! Yang penting adalah aku akan heret kau ke muka pengadilan, kalau tidak pun, aku sendiri akan tentukan hukuman buat kau!”
“Kau ingat senang kau nak kenakan aku, bagitahu aku siapa yang upah kau ugut aku, hah? Siapa?!”
Tidak ada balasan untuk pertanyaan Tiger lagi. Yang kedengaran hanyalah bunyi ‘tut’ yang berulang-ulang. Tiger jadi penasaran, dia ingin tahu siapa yang cukup berani mengugutnya sedemikian. Dalam fikirannya tidak ada orang lain selain… Raphael. Mesti Raphael sengaja hendak menakut-nakutkannya dengan mengugut tentang Alan yang sudah lama mati.
“Raphael!” seru Tiger kuat-kuat. Dia semakin menyirap dengan lelaki itu.
Jauh daripada tempat di mana Tiger berada, Hafriz dan Suri serta Rex dan Jimmy tersenyum mendengar kepanikkan yang melanda Tiger.
“Dia dah mula menggelabah. Kita boleh bergerak sekarang.” Kata Hafriz.
Jimmy yang baru sahaja menyertai mereka mendengar dengan teliti rancangan yang sudah dirancang oleh Rex. Jimmy bersetuju dengan rancangan Rex kerana tidak ingin keluarganya menjadi bahan ancaman. Lagipun dia sendiri hendak memastikan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada hari dia pulang dari Mekah. Dia ingin memastikan sama ada apa yang berlaku itu ada kena mengena dengan masalah yang berlaku sekarang ini.
“Jadi, bila kita nak ambush?” tanya Jimmy.
The time when they expect the least.
Act 34
Izz asyik memandang ke arah kereta yang mengekori BMW X6 yang dipandunya bersama-sama Adni. Sesedarnya, sejak beberapa minit berlalu kereta Nissan Navara ini kelihatan mencurigakan. Bukan sekadar itu sahaja. Dia seperti perasan sahaja akan kenderaan ini, tetapi mungkin hanya perasaannya sahaja. Bukannya hanya ada satu sahaja Nissan Navara di bandar ini.
Izz cermat menyembunyikan rasa hatinya daripada terpancar dari muka. Adni yang duduk disebelah tidak perasan langsung yang Izz sudah lama memerhatikan kereta di belakang itu. Walaupun ada jugalah sekali dua Dinie menjenguk ke wajah Izz namun hanya wajah selamba sahaja yang dia nampak.
Kereta tersebut memang nampak mencurigakan, oleh sebab itu, Izz sengaja menukar arah perjalanan ke arah yang salah. Perlakuannya disedari Dinie juga akhirnya.
“Abang, kita bukan nak ke balai polis ke?” tanya Dinie yang hairan kenapa Izz membelok daripada arah asal.
“Takde apa-apa, abang pelik dengan kereta belakang ni. Diorang macam ikut kita,” balas Izz tidak ingin berselindung lagi. Dinie dengan pantas memalingkan muka ke belakang.
Izz sengaja menukar arah panduannya ke arah-arah yang berbeza-beza dan turut sengaja berpusing-pusing di tempat yang sama beberapa kali. Apa yang mengejutkannya, kereta tersebut juga menurut setiap arah yang diambilnya. Memang sah, kereta ini mengekori mereka.
“Dinie siap sedia, abang nak lari daripada kereta ni,” kata Izz memberi amaran kepada Dinie yang pemanduannya akan jadi sedikit kurang ajar sekejap lagi.
Dinie mengemaskan tali pinggang keledar. Dia mengangguk dan Izz mula memecut. Walaupun jalan di tengah-tengah bandar ini agak kecil tetapi Izz tidak segan silu untuk memandu melebihi had laju. Bukannya dia sengaja tetapi keadaan yang memaksa. Beberapa minit sahaja dia memasuki highway bertol. Pedal minyak ditekan habis. SUV miliknya itu meluncur laju di jalan. Izz memandang ke tingkap sisi dan nampak Nissan Navara tadi masih mengejarnya daripada belakang.
Damn it,” sumpah Izz dengan nada yang rendah.
Dinie memegang tangan kiri Izz yang memegang gear. Matanya juga tertancap menghala Izz.
It’s okay, dear.”
Sedikit sebanyak, Dinie cuba untuk mengalirkan kekuatan pada Izz yang kelihatannya semakin tidak sabar dengan kerenah orang yang mengekori mereka.
We’ll get rid of them, trust me,” janji Izz penuh bersungguh-sungguh.
Izz memerhati cermin sisi dan cermin haadapan silih berganti, dan kadang-kadang kepalanya memandang ke arah belakang. Dia sedar yang bukan hanya kenderaan Nissan Navara itu sahaja yang mengekori mereka. Terdapat dua buah kereta lagi yang turut mengejar. Sebuah Toyota Hilux dan Mitsubishi Pajero. Nampaknya mereka ini memang bersungguh-sungguh hendak mengejarnya.
“Sayang, kalau ada banyak saman trafik yang sampai dekat Bella Rossa nanti, I’m so sorry, okay!” Dinie hanya senyum sahaja menutup risau yang bukan sedikit dalam hatinya.
“Abang, Dinie ada sesuatu yang Dinie tak ceritakan dekat abang. Malam kita sampai dari Mekah dulu tu, rompakkan bersenjata tu, Dinie nampak sesuatu. Mereka yang kejar kita ni mungkin orang-orang malam tu.”
What?!
Izz terpaksa melakukan dua perkara dalam satu masa. Mengelak daripada terus dikejar dan mendengar cerita Adni. Namun apa yang dikatakan Adni lebih penting lagi. Izz dapat mengaitkan apa yang terjadi sekarang dengan perkara yang berlaku di lapangan terbang lewat beberapa bulan lepas. Walaupun masih ada klu-klu yang tidak lengkap dan penceritaan yang masih lagi berlubang di sana-sini untuk dicari sebab dan punca, sedikit sebanyak Izz dapat faham keadaan yang berlaku sekarang adalah disebabkan apa yang terjadi hari itu.
“Dinie tak pasti kalau Amie dan Ari nampak semuanya, tetapi Alia… Dinie memang yakin sangat sebab dia yang tunjukkan dekat Dinie. Kalau abang tak cepat malam tu mungkin malam itu juga kami mati.”
“Ya Allah, kenapa baru sekarang Dinie bagitahu abang semua ni? Kenapa seorang pun antara Dinie semua tak bagitahu kami apa yang betul-betul dah jadi? Dinie nampak apa yang mereka buat selain rompakkan tu?”
“Tak, mereka hanya tukarkan luggage tu. Keadaan riuh sangat masa tu, Dinie pun tak ingat sangat tapi bila jadi macam ni, Dinie fikir balik. Sejak malam tu, Amie selalu mengadu yang dia seperti diekori. Kadang-kadang Dinie pun rasa benda yang sama. Tapi Dinie ingat Dinie sahaja yang paranoid.”
Izz tersekat dalam keadaan hendak marah dan tidak jadi hendak marah. Mungkin sekali kerana keadaan mereka yang runcing sekarang ni tidak membenarkannya bertindak berlandaskan emosi sebelum melakukan apa yang lebih rasional.
Dalam sibuk melayan perasaan, Pajero yang mengejar itu sudah berada di tepi SUV milik Izz. Izz Karami menyumpah kuat. Namun semuanya sudah agak lambat. Dengan kasar, keretanya dihimpit oleh Pajero tersebut dan hampir-hampir sahaja terbabas. Izz masih mencuba meloloskan diri namun hentakkan kali kedua pada sisi sebelahnya membuatkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan dan terbabas dekat pembahagi jalan dekat dengan belukar di tepi.
Izz masih lagi mampu bertenang kerana ini bukan kali pertama dia terlibat dalam kemalangan seumpamanya. Namun bagi Dinie, lain pula ceritanya. Jeritan yang bingit dan tangis pergi bersama terbabasnya kenderaan SUV mewah itu.
SUV yang sudah terbabas ke tepi itu bagaimanapun tidaklah mengalami kerosakkan yang teruk. Sama juga dengan pemandu dan penumpangnya kerana sistem beg udara yang berfungsi dengan baik sekali. Namun itu tidak menjamin nasib mereka kekal baik. Dengan payah Izz cuba keluar daripada kenderaan itu. Keluar-keluar sahaja, kira kira 10 orang mengacukan senjata api kepadanya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana pistolnya masih lagi ada di dalam kereta. Lagi pula berbanding mereka, dia cuma berseorangan. Sepucuk pistol hendak berlawan dengan 10 pucuk pistol. Izz tidak boleh menjadi terlalu optimis kala ini.
“Serahkan perempuan tu! Kalau tidak aku tembak.”
Izz hanya diam, namun wajahnya menunjukkan yang dia berkata ‘jangan harap’ dalam hati. Mati pun matilah, tapi jangan mimpi dia akan menyerahkan isterinya semudah itu.
Don’t come any closer!” teriak Izz apabila ada beberapaorang lelaki cuba menangkap Dinie yang sudah pengsan dalam kereta. Mungkin sekali kerana terkejut.
Penjahat yang datang beramai-ramai ini tidak mempedulikan amaran yang Izz beri. Masakan tidak, Izz tidak bersenjata saat ini. Lagi pula, bilangan mereka yang ramai hampir pasti memberikan kelebihan pada pihak mereka. Kalau pistol ada pada tangannya sekarang, sudah pasti Izz tidak akan menunggu lama untuk melepaskan tembakan, walaupun belum tentu dia akan menang, dia tetap akan mencuba. Tetapi jika dia langsung tidak bersenjata seperti sekarang, bagaimana pula hendak dia menyerang. Dia tidak ingin mati sia-sia, dia harus pertahankan Dinie. Namun keadaan sekarang benar-benar tidak menyebelahinya.
“Apa yang korang semua nak sebenarnya?” tanya Izz tidak ingin melawan, walaupun peluang berdiplomasi seakan tidak wujud, Izz masih tetap harus mencuba. Dia tahu nyawa Adni menjadi taruhan di sini, sekarang ini.
“Jangan pedulikan lelaki ini, cepat dapatkan perempuan tu!” arah salah seorang yang kelihatan seperti mengepalai kumpulan ini.
“Aku kata jangan sentuh dia!” jerit Izz. Nak mati pun matilah, dia sudah tidak peduli. Kalau mereka nak apa-apakan Adni, langkah dahulu mayatnya.
Izz ini sebenarnya agak pandai bermain psikologi. Dia menjerit seperti orang gila bukannya ketrana dia panik dengan apa yang terjadi. Daripada tindak-tanduknya, ketua kumpulan yang mengarah tadi jadi sedikit goyah, peluang itu dia ambil Izz dengan sebaik mungkin. Dia meluru ke arah lelaki itu dan menghentak perutnya dengan siku. Tersungkur jatuh mereka berdua dan yang lain mula tida teratur kedudukannya. Izz merampas pistol di genggaman. Diacukannya semula ke kepala lelaki yang mengugutnya tadi. Dengan lagak menyekap tebusan, dia berkata, lepaskan perempuan tu kalau tak nak ketua korang mati sia-sia.
Namun tidak ada jawapan yang diterima Izz. Salah seorang daripada penjenayah itu menghalakan pistolnya kepada Izz dan rakannya. Izz tidak terkejut, dalam kepalanya dia sudah tahu yang orang yang diancamnya ini tidak penting langsung.
“Bawak perempuan tu masuk dalam kereta. Hantar terus ke tempat yang sepatutnya.” Kata lelaki yang mengacukan pistol ke arah Izz. Beberapa orang lagi menurut.
Wajah Izz jadi tidak keruan saat melihat Dinie dibawa pergi daripada pandangan. Pada saat dia bergerak untuk mengejar, kedengaran bunyi tembakan yang membingitkan. Nasib baik dia berjaya mengelak. Sekali dengan lelaki yang disekapnya turut sama terjelopok ke tanah.

Dalam pada masa yang sama, sebuah Honda Civic meluncur lancar di lebuh raya yang lenggang sahaja pagi-pagi sebegini. Seorang lelaki yang memandu ditemani seorang perempuan. Tiba-tiba perempuan itu mengesan beberapa buah kereta tersadai di bahu jalan. Keadaan yang mencurigakan membuatnya menyuruh temannya yang sedang memandu itu memperelahankan kenderaan mereka.
Memang benar ada yang tidak kena!

Izz menolak tubuh lelaki yang sudah parah ditembak rakan sediri itu ke tepi dan dengan tangkas dia menggulingkan dirinya kesebelah kereta BMW X6nya yang terkandas dekat dengan pembahagi jalan.
“Woi, ada orang datang, cepat lari!!!” laung seorang kawannya yang sudah siap-siap berada di dalam Mitsubishi Pajero yang dipandu mereka ke sini tadi.
Lelaki itu mengesan sesuatu pada cermin kereta yang sengaja dipandu perlahan itu. Logo polis! Tak guna, sumpahnya dalam hati. “Polis, woi, go, go, go!!!” dia dengan laju meninggalkan rakannya itu terkontang kanting sendirian, biarlah… fikirnya dalam hati lagipun rakannya itu mungkin akan mati juga terkena tembakan tadi.
Izz juga tidak terkecuali, lenagnnya terasa sakit seperti ada luka besar. Dia turut sma terkena tempias tembakan itu walaupun hanya tergeser sedikit dengan peluru tersebut. berdarah jugalah kemeja putihnya itu. Walaubagaimanapun, kesakitan yang ditanggungnya ini tidaklah seberapa sangat kalau hendak dikenangkan apa yang pernah dia lalui dahulu. Parut pada dadanya adalah bukti dia pernah menderita kesan tembakan yang lebih parah lagi berbanding sekarang. Cuma sekarang masalahnya adalah, bagaimana dia hendak meyelamatkan Dinie yang sudah jauh dilarikan oleh penculik-penculik itu tadi.
Izz mengetap gigi menahan sakit. Walaupun masih mampu bertahan namun ngilu daripada kesan luka itu tetap terasa. Tiba-tiba dia mendengar orang menyeru namanya.
“Ya Allah, Izz! Apa dah jadi dengan kau ni?” tanya lelaki ini.
“Raziff, mereka semua dah pergi. Izz Karami?” Susan atau Inspektor Susan yang dikenali Izz bertahun-tahun dahulu menegurnya dengan nada yang terkejut melihatnya dalam keadaan begini.
Come, I take you to the hospital.” Izz sekadar menurut. Dalam keadaan sekarang dia hanya boleh menurut sahaja.
Act 35
“Jimmy tak cakap dia ke mana?” tanya Rif.
Sejak bangun tidur tadi Subuh sehingga nak dekat tengah hari sekarang ini, bayang Jimmy langsung tak kelihatan. Bukannya Rif risau, tetapi berasa pelik. Biasanya kalau Jimmy menumpang di rumahnya, dia akan memberitahu ke mana sahaja dia pergi. Kalaupun bukan atas tujuan keselamatan, atas sebab hormat yang dia menumpang walaupun Rif langsung tidak kisah. Tetapi lain pula kali ini, takkanlah disebabkan hal malam semalam, Jimmy ingatRif marahkannya lagi. Alahai, Jimmy… merajuk ke?
“Entah, biarlah dia, bang… dia dah besar dah, kan. Pandailah dia jaga diri sendiri.” Balas Afi selamba.
Rif menuang sendiri kopi yang dibancuh oleh Afi pagi tadi. Afi yang sedang melipat baju menawarkan diri untuk membancuh kopi panas tetapi ditolak kecil oleh Rif. Bukannya dia nak minum sangat, cuma tekaknya terasa sedikit kering sahaja. Afi tersenyum sahaja melihat suaminya itu meneguk habis kopi sejuk barang secawan dua. Dari mana Rif berdiri, di meja makan, dia dapat melihat terus ke luar  pagar rumah. Rif mengesan sesuatu kelainan. Mungkin perasaannya sahaja tetapi Rif rasa tidak sedapa hati melihat ada beberapa orang yang tidak dikenalinya berlegar-legar. Serasanya tidak pernah ada orang yang sebegitu rupanya berjalan-jalan di situ selama ini. Serta-merta dia teringat apa yang Afi ceritakan semasa dia mencuba melarikan diri daripada penjahat yang mengekorinya. Rif datang dekat dengan Afi.
Dengan selamba dia duduk disebelah, malam semalam mereka bermesra dan mungkin kerana mood itu masih ada, Afi malu-malu sendiri apabila Rif mendekatinya. Rif juga tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang aneh. Lagilah membuatkan Afi perasan sendiri.
“Afi cam tak orang yang kejar Afi tu?” tanya Rif. Buntang biji mata Afi mendengarnya. Ya Allah, dia ada di sinikah?
“Dia ada dekat sini ke?”
“Manalah abang tahu, cuba tengok dekat luar tu, rasa-rasanya dia ke orangnya?”
Dalam takut-takut, Afi menongkah langkah memberanikan diri. Lagipun Rif ada di sini, jadi dia tidak terasa cuak sangat. Disebalik langsir pintu sliding, dia mengintai.
Ya Allah, memang dia!
Afi dengan laju memandang ke arah Rif dan memberi isyarat yang mengatakan memang itulah orang yang mengekorinya beberapa hari lepas. Afi berlari kecil mendapatkan Rif semula.
“Memang dia!” ujar Afi dengan bersungguh-sungguh.
“Afi tunggu sini. Abang nak bertegur sapa dengan dia dulu.”
“Abang, bahaya…”
“Afi jangan risau, okay. tunggu abang dekat sini. Lagipun ini kawasan perumahan Afi, apa sangatlah yang mampu dia buat.”
Afi berkira-kira juga dengan jawapan Rif, memanglah suaminya ini tentera komando, tetapi kalau penjahat tersebut punya senjata berbahaya, macam mana? Dalam risau, dia terpaksa benarkan juga Rif memeriksa keadaan di hadapan. Kalau betul lelaki itu orang jahat yang mengekorinya dahulu, maknanya memang mereka tak berniat nak lepaskan abangnya. Malahan menyeret mereka pula di dalam masalah ini.
Dengan bertangan kosong, Rif keluar ke luar pagar rumah. Dia menoleh ke kiri dan kanan, bayang lelaki yang berlegar tadi tidak kelihatan. Ke mana pula lesapnya? Laju benar dia hilang.
Berasa yang orang yang dicari mungkin sudah tidak ada di situ, Rif kembali semula ke dalam rumah. Tetapi kalau Afi sudah kata memang itulah orang yang mengekorinya, dia tahu yang mereka sedang diperhatikan. Apa-apapun kemungkinan, dia harus berhati-hati. Nasib baik jugalah anak-anak berada di kampung bersama atuk dan nenek mereka. Boleh juga dia beraksi ganas tanpa dilihat kembar berdua itu.

Jauh sedikit di hadapan kediaman Haiyan Rifqi.
Seorang lelaki bertopi besbol, berseluar jeans lusuh serta berbaju t-shirt lengan panjang menaip sesuatu pada telefon bimbitnya. Kelihatannya dia seperti melaporkan sesuatu kepada sesiapa sahaja yang menerima pesanan ringkas itu nanti. Mungkin juga mmemberitahu perihal apa yang dia nampak di kediaman Rif.

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS