lihat dengan mata, dengar dengan telinga, selami dengan hati

Assalamualaikum semua,

lama rasanya aku tak mengadu domba... ops, salah... mengadu nasib di sini...
aku perlukan satu medium untuk salurkan rasa hati yang entah apa-apa ni...
so, kalau ada yang tak kisah untuk membaca, aku ucapkan berbanyak terima kasih...
kerana membaca luahan hati aku ni...

pernah tak terasa satu perasaan yang kosong dan kekosongan itu buat korang rasa kita ni tak bermakna...
aku tidak berkata begini in term of korang baru ditinggalkan kekasih ke apa...
cuma kekosongan yang lahir disebabkan oleh rasa sendiri, seperti orang tak kisah, seperti orang tak peduli...

aku selalu rasa macam itu...
aku cepat sangat jump into conclusion di mana aku seorang-seorang je dalam dunia ni...
sometimes, aku even lupa aku ada mak, ayah, adik, abang yang... masih ada...
jadi aku nak kembali pada keadaan sebelum aku rasa benda-benda ni semua...

jadi, aku kena lihat, kena dengar dan faham... selami perasaan sendiri...
sebab aku sendiri dah lupa siapa diri aku ni...
5 comments

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA