Review Kudamba Bahagia (KDB)

Assalamulaikum semua...

Jahn nak buat review lagi...

Kudamba Bahagia by Dhiya Zafira
Ku Damba Bahagia (KDB) adalah karya pertama Dhiya Zafira… so, untuk melengkapkan janji Jahn kepada beliau Jahn telah membaca novel tersebut dan cuba (sedaya upaya!) untuk membuang preference Jahn terhadap novel bergenre action-romance dan hanya membiarkan sudut jiwang Jahn sahaja untuk membaca novel ini… yes, I did berjaya menjadi jiwang (sahaja). Tetapi I have no complaint about that because DZ was a first timer back then, she was just following up what other novelist (established novelists) would have done. Bermain dengan perasaan pembaca. Pembaca novel kan mudah tersentuh dengan cerita-cerita cinta, jiwang dan oh mak kau… sedih camtu, kan… so, sebagai penulis baru, Jahn rasa kira okaylah novel ini. Tetapi, itulah, karya pertama biasanya menjadi kayu ukur untuk keberjayaan seseorang penulis. Tup-tup, DZ bertukar kepada genre lain dan melekat sehingga ke hari ini… okay, people, Jahn tidak akan menyentuh tentang novel-novel beliau yang lain kerana genre mereka berbeza dan tidak boleh dibandingkan sama sekali. Oleh itu, biar KDB sahaja mendapat spotlight kali ini! 

Adnan Taufik (Fik) adalah protagonist lelaki dalam novel romantis ini. Sayang seribu, kali sayang… Fik sudah cukup macho pada Jahn, dia adalah lelaki ideal… cukup serba-serbi. Tetapi itulah, dia tidak bertarung untuk kekasih hatinya. Alangkah baik kalau ada orang jahat yang lebih mengujakan dalam novel ini… haih… tetapi, kan… Jahn terlupa sesuatu semasa membaca novel ini dan baru tersedar selepas habis membacanya… novel ini takde orang jahat… I mean… memanglah ada orang jahat macam bapa Alia… tetapi dia insaf in the end sebelum dia meninggal dunia dan cerita masih lama lagi berjalan… Erin? Even tak sampai half of the book, dia dah lesap hilang entah ke mana… Marina? Dari mana datangnya perempuan ini at the first place pun tak tahulah? Rasanya belum cukup untuk buat dia jadi seorang antagonist, kot. Datuk Fik? Tak, sebab kalau ya pun dia jahat, itu semasa ibu bapa Fik masih ada. Bukan semasa cerita sedang berjalan. So, bukan dia. Adakah Zariff? Alamak aih, bukan main baik lagi lelaki itu? Tak mungkin dia… walaupun ada kemungkinan penulis boleh kembangkan watak Zariff menjadi penjahat yang walaupun tidak akan mengancam nyawa Alia tetapi sampai ke hujung cerita… dia kekal sebagai lelaki yang sangat baik… jadi siapakah sebenarnya yang jahat ini? 

So, konklusi yang telah Jahn simpulkan adalah, penjahat dalam cerita ini adalah… 

Fik… 

… dan Lia sendiri. 

Mereka berlaku kejam terhadap diri mereka… dan yang paling penting kepada anak mereka. 

Kedua-dua mereka adalah both protagonist dan antagonist dalam KDB. Kenapa? 

Satu, mereka membenarkan diri mereka dikuasai rasa kecewa sehingga menidakkan hak masing-masing. 

Kedua, mereka membiarkan salah faham to take it’s course dan menambah burukkan keadaan antara mereka. 

Ketiga, Fik membiarkan anak mereka membesar tanpa kasih sayang yang sempurna. 

Keempat, Lia pergi tanpa bertanyakan kebenaran di depan mata. 

Dan kelima, mereka sanggup pendamkan rasa cinta yang masih ada dan mendambakan bahagia… 

(haaa… emosi, kan!!)… if only, Lia tidak pergi sewaktu sudah punya peluang berjumpa Sarah… keadaan tidak akan jadi seperti selanjutnya. 

If only, Fik siasat dahulu dan tidak terlampau ikutkan hati, setelah dia sendiri berjanji yang dia tidak akan tinggalkan Alia… semuanya takkan bertambah buruk. 

So, Jahn nak komen sikit pasal Fik dan Lia. 

Fik sudah cukup okay… dia loving, caring dan romantic… semua pembaca pun akan setuju dengan perkara ini… dan seorang bapa yang sangat prihatin. Sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada semua. Wah! 

Lia pula, berdarah kacukan Melayu-Spanish… mesti muka dia babes, kan… hehehe… wah, Fik selera tinggi KLCC gitu… hehe, but rasanya, DZ dah cipta watak perempuan lain (dalam novel seterus-seterusnya) yang better… pada Jahn… 

So, all and all, KDB… pada Jahn sudah cukup untuk seorang penulis baru… dan akan kekal one of my favs kerana Jahn walaupun hanya kenal DZ di alam maya, dan hanya jumpa sekali sahaja di Bookfair itu hari… tetapi boleh jugaklah dikatakan agak rapat… mengetahui betapa sukarnya untuk beliau menerbitkan novel ini… Jahn have to say that, “Kak Dhiya, you’ve done a good job, very well done job! Keep on writing!” 

Okehlah, walaupun novel ini adalah percubaan pertama penulis tetapi Jahn puas hati dengan penulisannya. Mungkin kerana tema di dalamnya tidaklah terlampau berat. dan DZ belum pandai lagi menggunakan pistol, kot… hehehe!! 

Tetapi itulah dia… SAYA LEBIH SUKA AKAK TULIS ACTION-ROMANCE LAH!!! 

Sekian, terima kasih!! 

Regards, 
Fauzan ‘Jahn’ Abas 
I’m COOL!

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS