novela the curious case of whatever 8

Part 8
Act 36
“Kak…kak Adni, bangun kak,” Ari menggerak Adni yang baru sahaja memberi sedikit respon terhadap persekitaran yang hanya berbekalkan sedikit cahaya daripada atap yang bocor.
Adni dalam mamai terasa tubuhnya digoncang-goncang ke kiri dan ke kanan. Dia menggosok kepalanya yang terasa berpinar-pinar pening.
“Aduh…aahh, sakitnya kepala,” aduh Adni, pening kepala daripada pengsan yang panjang membuatkannya berkata seumpama itu terlebih dahulu daripada mempersoal di mana dia berada. Setelah terasa dirinya sedikit sebati dengan keadaan ruang dan waktu barulah Adni diserang rasa panik.
“Abang! Dinie dekat mana ni! Kenapa gelap sangat tempat ni?”
“Kak Adni, ini saya…Arisa,” Ari cuba menenangkan Adni yang masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana gelita sebegini.
“Ari, Ari… kita dekat mana ni,Ari?” tanya Adni dengan suara takut seperti memasuki rumah hantu pula lagaknya.
Relax, akak, Ari pun tak dapat nak jawab soalan akak tu, dah dekat 2 hari Ari dekat sini, bergelap macam ni, Ari tak tahu dekat mana kita berada sekarang.”
Merasakan dirinya semakin tenang, Adni menarik nafas dan menghembusnya keluar berkali-kali supaya diri yang gelabah tidak menguasai keadaan lagi. Adni memisat mata dan terkadang mengesat air mata yang entah bila mengalir, akhirnya dia dapat mengecam wajah Arisa yang setia duduk di hadapannya.
“Ari… kakak dah nampak sikit. Huu… Amie dah selamat, dia tengah jumpa Sid. kita doa banyak-banyak supaya mereka dapat jumpa kita, ya!” pujuk Adni. Terbalik pula keadaan sekarang ini, tadi bukan main panik Adni tetapi sekarang dia pula yang menenagkan Ari yang tidak minta ditenangkan. Walaubagaimanapun, mendengarkan kata-kata Adni itu, Ari menjadi semakin lega. Walaupun dia lebih terbiasa berada di tempat yang gelap dan tengik ini lebih dahulu daripada Adni, bukannya bermaksud dia suka berada di sini. Setiap saat dia tidak berhenti berdoa yang Sid akan jumpa di mana dia berada. Biarpun tidak ada sebarang klu tentang keberadaannya sekarang namun dia yakin, pasti Tuhan akan membantu mereka yang teraniaya. Dia yakin Allah Itu Maha Adil! Dia yakin setiap apa kejahatan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berbuat begini akan mendapat balasan setimpal. Apa yang harus dia lakukan adalah menunggu dengan sabar dan dengan doa yang tidak henti-henti.
“Kak Adni, apa yang kakak nampak malam tu?”
Pertanyaan Arisa membuatkan Adni teringatkan Alia. Sebenarnya, Alia adalah orang yang benar-benar tahu semua tentang apa yang terjadi malam itu. Walaupun dia turut melihat sama penjenayah-penjenayah itu menukar bagasi yang dibawa oleh seorang penumpang pada malam itu, tetapi Alia melihat sesuatu yang lebih penting lagi. Sesuatu yang tidak dicerita kepada sesiapa.
“Kakak tahu Alia tahu sesuatu, tapi dia tak nak bagitahu. Kakak tak tahu apa, tapi kakak yakin Alia sembunyikan sesuatu!”
Act 37
ASP Raziff mencekak pinggang, memicit kepala, dan meletup-letupkan jarinya. Tidak pernah dalam sejarahnya bekerja sebagai anggota polis menerima laporan sebegini.
“Berapa orang kena culik ni? 2 orang, kemungkinan besar penculik yang sama? Ada panggilan daripada penculik minta ransom? Awak ni Amie Najla’, kan? Awak terlepas daripada penculik? Awak kenallah kiranya penculik ni? Lagi satu, Adni Zuhayra sekali lagi jadi mangsa culik?”
“Dulu tu dia bukan kena culiklah, Raziff! Cakap baik sikit!”tingkah Izz marah digelar penculik walaupun secara berlapik. Raziff sedar yang Izz terasa hati.
Sorry, Izz. Okaylah awak tak culik dia dulu. Sekali lagi imej polis akan jadi down kalau Adni berada dalam terlibat dalam hal-hal macam ini. Sid, saya nak awak pastikan, kes ni tak leak dekat media, tolonglah… imej polis akan terjejas lagi kalau benda ni kecoh.”
“Jangan lupa kes ‘Incubus’, Ziff,” kata Susan.
Ziff? Kenapa pula terlampau tidak formal memanggil pagawai polis berpangkat tinggi ini, kalaupun teman sepasukan namun Raziff sekarang bukannya pegawi biasa.
“Ziff? Kenapa informal sangat awak address Raziff ni, Susan? Ada apa-apa ke?” soal Izz yang mengesan sesuatu yang pelik antara Susan dan Raziff.
Muka wanita cina yang fasih berbahasa Melayu itu jadi merah serta-merta. Seperti darah menyerbu ke segenap muka. Malukah dia? Kenapa pula harus malu?
“Itu bukannya masalahnya sekarang ni, Izz? Selama aku jadi polis tak pernah ada kes yang semacam ini. Macam mana boleh banyak sangat link antara semua yang berlaku dekat sini? Mesti ada lagi yang aku tak tahu ni?”
Sekarang ini mungkin merupakan perhimpunan paling gempak sekali yang pernah berlaku di balai polis ini. Mengikut aturan, Raziff sedang berdiri dan di sebelahnya, Susan. Manakala duduk disebelah kanan membawa ke kiri adalah Izz Karami, Adnan Taufik, Alia dan Amie Najla’. Ziyad Sidqi dan Fauzan berdiri di hujung bilik mesyuarat bedekatan dengan pintu.
“Izz, maafkan aku kalau aku cakap macam ini, tapi kau kena faham, kalau orang lain yang terlibat aku tak kisah sangat. Ini tidak, yang terlibat adalah Adni Zuhayra, kalau isteri kau yang seorang tu terlibat dalam mana-mana kes jenayah, maksudnya… kes itu dah jadi high profil. Imej pasukan aku akan terjejas kalau aku tak berjaya selesaikan kes ni. Penglibatan kau akan keruhkan keadaan, awak pun sama Sid. Saya tahu isteri awak pun diculik sama jadi, saya tak boleh biarkan orang yang ada isu lain selain daripada menjalankan tugas terlibat dalam operasi ini.”
Wait, are you withdrawing me from this operation? You must be kidding me, ‘Incubus’ is my case to handle!” bahas Sid tidak puas hati.
I know, tapi sekarang ni, ‘Incubus’ mungkin bukan lagi sekadar kes ‘Incubus’ sahaja, awak patut faham tu.”
Sid tidak mampu berkata apa-apa. Fauzan yang berada disebelahnya memandang sahaja tanpa berkata apa-apa. Apa yang dikatakan Tuan Raziff memang betul, Sid sememangnya ada isu tersendiri selain daripada menjalankan tugas. Sid akan mencampur-adukkan emosi dengan tanggungjawab jika dia kekal dalam kes ini.
“Izz, saya paling risaukan awak. Kali ini, pastikan yang awak tak ganggu urusan polis. Walaupun awak ni penyiasat persendirian dan awak dah banyak kali bantu pihak polis selesaikan banyak kes jenayah tapi saya tak boleh benarkan awak masuk campur urusan kali ini, ini amaran. Saya takkan ulang 2 kali,” ugut Raziff. Walaupun dia tahu besar kemungkinannya, Izz tidak akan mendengar nasihatnya, dia tetap kena bertegas juga dengan Izz. Setidak-tidaknya, dia sudah memberitahu yang dia tidak akan berlembut dengan Izz kali ini.
“Pihak Bukit Aman akan ambil alih semuanya dari sini, saya harap awak faham, Sid. Saya bukan saja-saja nak buat macam ini, tapi keadaan dah tak sama lagi.”
Raziff keluar daripada ruang mesyuarat itu dengan muka yang pening memikirkan apalah yang bakal berlaku.
“Awak serius ke pasal Izz tadi,” tanya Susan.
“Kalau saya tak serius saya tak cakap,” balas Raziff.
“Hehh, awak rasa dia tu makan saman ke?”
“Awak… awak kenalkan Izz tu macam mana, for sure kita kena keluarkan waran tangkap sikit masa lagi.”
“Hmm, hahaha. Yalah tu… erm, awak, awak rasa kita kantoi ke tadi?”
“Hmm, kita tak payah sorokkan lagilah. Let’s make it official, shall we?
Act 38
Mesej teks yang diterima Izz memberitahunya memang ada pergerakkan yang luar biasa oleh pihak tersebut. Sebelum ini, dia ada meminta Tony memerhatikan seseorang. Dia ingin tahu tentang penglibatan lelaki itu dalam hal ini.
“Huh… jadi dia pun terlibat sama.”
Izz melihat terus ke arah depan. Dia memikirkan suatu kemungkinan yang tidak enak untuk difikirkan. Seram juga. Kalau mereka mengapa-apakan Adni, memang siaplah. Memang mereka menempah lubang kubur masing-masing. Tak semena-mena dia terdengar suara menyumpah dan tidak puas hati seseorang. Suara Ziyad Sidqi.
“Jan, aku tengah bengang ni, dahlah Ari kena culik dan bila kita dapat info yang ‘Incubus’ terlibat dengan semua ini, senang-senang saja dia nak ambil alih kes ni. What the hell!
“Sabar, Sid. Sebab Tuan Raziff nak ambil alih kes ni aku memanglah tak puas hati juga tapi kalau kau pun react macam ni, aku tak sure kita boleh handle betul-betul. Contohnya waktu ambil keterangan Amie tadi, kau emo sangat, dude.”
“Aku tahu, aku tahu aku salah tapi kau kena faham, Jan. Kalau Zarin ditempat Ari, kau buat apa.”
Terdiam Jan dibuat Sid. Rasanya dia juga akan buat perkara yang sama. Jalan Sid terhenti apabila dihadapannya seseorang menghalang jalan. Dia tahu yang lelaki itu sengaja menghalang jalannya dan dia yakin ada sesuatu yang ingin dia katakan. Fauzan turut sama terjerumus dalam kancah masalah yang entah siapa cipta ini. Dia menjadi paksa sanggup yang bukan sahaja terpaksa mendengar tetapi mengikut sekali. Tetapi apabila dia fikirkan kembali, yang berdepan dengan masalah ini adalah Sid, bukan orang lain. Kalau bukan dia yang membantu siapa lagi. Lagipula, bukannya dia lakukan semata-mata buat Sid, tetapi untuk Zarin juga. Oh, Zarin… my baby! Lamunan Jan terhenti apabila Izz memulakan tingkah menawarkan sesuatu yang tidak mungkin Sid tolak.
“Sid, aku tahu kau tak puas hati sama macam aku tak puas hati juga. I have something in mind, and I’m going to need your help.
Sid memandang ke sekeliling sebelum membalas, “kalau itu boleh selamatkan Ari, aku lebih dari sanggup Izz.”
Act 39
Alia makin tertekan. Rasanya apa yang dia dan Adni nampak malam itu bukan sekadar itu sahaja. Lelaki itu, mesti lelaki itu punca semua ini. Dia macam kenal sahaja siapa lelaki tersebut. Masalahnya, di mana di berjumpa lelakiyang namanyapun dia tidak tahu.
“Kenapa ni, Lia? Lia okay ke?” tanya Fik saat melihat Alia seakan terganggu dengan sesuatu yang tidak dapat dia pastikan.
“Entah, Lia ingat-ingat lupa. Banyak hal yang dah jadi ni buat Lia jadi keliru. Rasanya… rasanya macam Lia terlepas sesuatu yang penting. Abang, there something you should know…,” Alia memberitahu Taufik segalanya tanpa berselindung lagi.
Apa sahaja yang menjadi bebannya sepanjang masa berbulan-bulan ini diluahkannya seperti air terjun yang jatuh. Semuanya diberitahu dan dia jadi lega serta-merta. Dahulu mungkin dia rasa semuanya tidak penting tetapi apabila melihat keadaan yang hampir meragut nyawa, dia yakin pasti ada sebab perkara itu berlaku. Pasti ada kaitannya dengan peristiwa di lapangan terbang itu.
“Maknanya, selepas malam itu… Lia dah dapat rasakan ada yang tak kena?”
Alia hanya mengangguk. Dia rasa dengan isyarat itu sudah cukup untuk menerangkan apa yang berlaku.
“Kenapa Alia tak beritahu pada Sid tadi? Kenapa Alia pendam semua ni sendiri?”
Pertanyaan itu tidak mampu Alia jawab. Dia sendiri tidak pasti kenapa mulutnya terkunci. Seakan takut untuk bersuara dan seakan segan untuk berkata-kata. Sememangnya dia tidak punya alasan yang kukuh.
“Alia kena bagitahu mereka, apa yang Alia dan Adni nampak... dah bahayakan ramai orang, tengok keadaan Amie tadi. Ari yang masih hilang dan sekarang, Adni pula.”
“Alia minta maaf, abang… Alia keliru.”
“Abang tak marahkan Lia. Abang cuma risaukan yang lain-lain.”
Alia makin dipaut rasa bersalah, walaupun dia sendiri tidak tahu di mana salahnya. Memang benar kata Taufik, dia cuma risaukan yang lain. Sejujurnya, Alia juga risaukan Adni dan Ari. Sejak berjumpa di Mekah beberapa bulan lepas, hubungan mereka menjadi sangat akrab. Masing-masing punya cerita tersendiri dan masing-masing memberi iktibar terhadap kehidupan mereka. Alia sudah menganggap mereka sebagai adik-beradik sendiri. Terutamanya, Arisa Nur Adalia yang padanya sewaktu di Mekah mengalami masalah yang bukannya kecil, walaupun dia tidak tahu menahu apakah masalah tersebut tetapi oleh sebab hal tersebutlah mereka jadi akrab. Dan apabila perkara sebegini terjadi, Alia jadi terkilan. Kenapa keadaan boleh jadi seteruk ini?
Tiba-tiba Alia teringat sesuatu, entah bagaimana dia boleh teringatkan perkara ini sedangkan dia tengah memikirkan Ari. Tanpa berlengah terus dia bertanya Taufik.
“Abang, cuba abang ingat balik ada tak abang pergi jumpa business conference dekat mana-mana, jumpa tak this Chinese man, muda lagi dalam 30-an. Dia kena tangkap sebab memiliki dadah dalam bagasi dia di lapangan terbang. Dia bunuh diri dalam penjara?”
“Waktu kita balik daripada umrah tu?”
“Yes, yes, yes… rompakan bersenjata membabitkan anak Tan Sri Alimuddin Jali dan penangkapan lelaki itu keluar on the front page sekali. Tapi orang lebih ambil peduli tentang rompakan bersenjata itu. Fasha Deanda itukan anak orang kaya dan dia sendiri adalah selebriti. Jadi ramai yang tak ambil kisah sangat dengan berita yang lagi satu itu.”
“Abang ingat, lelaki tu, Alan Chan. Abang pernah jumpa dalam seminar. Tapi abang tak kenal sangat. Dialah yang bunuh diri dalam penjara tu, kan. Kenapa dengan dia?”
“Bagasi… bagasi dia… mereka tukar bagasi dia dengan bagasi yang lain!”
Taufik tidak berkata apa-apa tetapi ada wajah terkejut dalam pandangannya. Jika bagasinya ditukar, maksudnya dadah yang ditemui itu bukanlah hak miliknya. Lagi pula di lapangan terbang kawalan keselamatan sangat ketat, tidak mungkin dia boleh terlepas membawa sebagasi penuh bahan haram itu. Dia pun takkanlah sebodoh itu hendak buat perkara sia-sia seperti itu. Jadi, memang logiklah bagasi yang penuh dadah itu bukan miliknya. Dia diperangkap dan menjadi mangsa keadaan. Tetapi kenapa pula dia dianiaya? Pasti ada sebab yang kukuh. Rompakan bersenjata itu hanyalah umpan sahaja. Bukannya agenda sebenar. Tetapi pelik juga? Apa yang dikehendaki oleh orang yang menganiaya Alan sampaikan meanggunakan umpan yang terlampau berharga seperti itu. Dadah dalam bagasi, helah itu terlampau obvious, memang akan membuatkan seseorang ditangkap apatah lagi untuk membawanya naik pesawat. Ia boleh juga dikatakan sebagai cubaan seludup. Tetapi memang tidak bijak jugalah, seludup guna jalan udara.
Pening kepala Taufik memikirkan hal tersebut. Namun apa-apa sahaja spekulasi yang terbit dalam otaknya tidak dapat tidak membawanya kepada satu konklusi yang belum menamatkan misteri ini, Alan Chan merupakan klu besar dalam kes ini. Dan mungkin juga mampu menyelamatkan Adni dan Ari.
Act 40
Tony menghirup air teh tarik yang sedia terhidang di hadapannya sambil menunggu Izz yang  berjanji akan sampai bila-bila masa dari sekarang. Sejak menerima permintaan Izz, dia sedaya upaya menjalankan tugas tersebut dengan jayanya. Nasib menyebelahinya kerana dia berjaya mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menolong Izz. Dalam sedap-sedap menghirup teh tariknya, bahunya ditepuk dari belakang.
“Hoi, Izz! Buat terkejut aku saja. Eh, siapa ni?”
“Hahaha, kenalkan, ini ASP Ziyad Sidqi dan ini rakannya,  Fauzan.”
“Eh, kau libatkan polis ke dalam hal ni, Izz?” lancang sahaja mulut Tony bercakap. Langsung tidak pandang kiri, pandang kanan.
“Taklah, dia pun face masalah yang sama dengan aku.”
“Oh, okaylah. Baik aku bagitahu kau terus sahajalah tentang apa yang aku dapat cari. Lelaki yang mengekori Jad tu Alek, budak hingusan semasa kita masih lagi dalam Black Hawk. Bekerja dengan seorang lelaki bernama Raphael. Orang yang kau bagitahu kau malam kelmarin tu aku tak kenal tapi dia dipanggil Blade. Kau hati-hati dengan dia ni. Dari sumber yang aku dapat, dia ni memang berbahaya. Dia ada dalam list.”
Izz tahu list apa yang dimaksudkan, list pembunuh upahan terhebat. Dia sendiri pernah singgah di dalam list tersebut. Jadi dia tahu betapa bahayanya lelaki yang dimaksudkan ini.
“Tentang Najmi Hariri?”
“Positif, memang ada pergerakkan yang mengekorinya juga, jadi sekarang ini bukannya Adni, Amie, Ari dan Alia sahaja yang mereka perhatikan. Tapi aku tak risaukan dia sebab, suami adik dia pun tentera. Jadi bukan senang orang jahat tu semua nak apa-apakan mereka.”
Izz, would you mind telling me what’s going on here?” tanya Sid dalam keadaan yang sememangnya sangat tidak faham dengan apa yang berlaku.
“Sid, kau tahu tak kenapa Ari diculik sebab apa. Sebab kejadian dekat lapangan terbang hari itu. Itulah semua punca apa yang berlaku sekarang.” Kata Izz dan seterusnya menerangkan semua yang patut Sid tahu. Sid yang menghadam semuanya seperti percaya tidak percaya sahaja. Tidak disangka-sangka mereka yang dalam banyak-banyak orang yang berada di lapangan terbang waktu itu dan dalam banyak-banyak jemaah yang pulang pada masa itu, isteri-isteri mereka yang jadi mangsanya.
“And apparently, ada sumber yang bagitahu aku, lelaki yang ditangkap memiliki dadah penuh satu bagasi dekat tempat kejadian sebenarnya diperangkap. Kaitannya dengan rompakkan tersebut adalah perompak-perompak itu yang tukarkan bagasi milik lelaki itu. Itu apa yang Dinie bagitahu. Dan dia kata Alia mungkin tahu lebih banyak lagi.”
“Dan semua tu lead kepada masalah yang berlaku sekarang ini?”
Izz cuma mengangguk. Tony juga hanya mendengar. Dia sudah tahu semua cerita yang Izz ceritakan ini kerana selepas Izz memintanya menyiasat beberapa perkara tentang siapa yang mengekori Jad dan sedikit tentang Najmi Hariri, dia sudah tahu banyak perkara juga. Cuma yang kehilangan klu di sini adalah Fauzan yang masih tidak faham sepenuhnya. Mungkin kerana dia tidak berada di dalam keadaan yang dirasai lelaki-lelaki berdua ini.
“Sid, kau betul nak buat benda ni? Aku ajak kau bukan sekadar kita ada shared interest and shared enemies tapi sebab aku tahu kau pun nak selamatkan Ari as much as aku nak selamatkan Adni. Tapi kau polis, kau ada tanggungjawab.”
“Ari pun tanggungjawab aku… tanggungjawab yang Tuhan beri.” Kata Sid mematikan ucapan Izz yang baru sahaja nak diucapkan.
Jawapan Sid sudah cukup menunjukkan betapa dia tidak kisah lagi apa yang akan terjadi selepas ini. Langsung tidak akan kisah lagi dengan pangkat ataupun tindakkan yang bakal dikenakan ke atasnya selepas ini. Asalkan Ari dapat diselamatkan, dia rela menjalani apa sahaja. Dia memandang Fauzan, sepatutnya Fauzan tidak perlu diheret sehingga sedalam ini.
Dude, aku tak boleh tinggalkan abang ipar aku macam ini sahaja, macam mana aku nak berdepan dengan Zarin lepas ni kalau aku tak tolong kau.” Katanya sambil senyuman pahit terukir dibibir.
Apa-apa pun yang terjadi, this going to be nasty!

Comments

Eera Shera said…
rumah baru ek jan?hehe..well x sbr nak tau ape jd lepas ni..ape dorang nak buat ek?

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS