...yang mengajar pun belajar (sebuah entry untuk guru)
6 years ago
EMIL menggaru kepala. Gatal sedikit tetapi sebenarnya dia tidak pandai nak jawab soalan matematik ini…
y = log x
If y = 10, then what is x?
Dia memandang ke arah Jahn yang sedang menjawab. Sekurang-kurangnya itu yang dia fikirkan pada mulanya… dia perlu tiru jawapan Jahn… kalau tak siapa, tak boleh balik… kata Cikgu Hani.
Jadi, dia memanjangkan sedikit lehernya ke arah Jahn yang duduk di sebelahnya.
“Emil, buat yang awak punya… jangan nak tiru jawapan kawan… awak ingat dia jawab betul ke?” pekik Cikgu Hani dalam nada bergurau tetapi sangat bingit. Cukup untuk kedengaran keseluruh blok bangunan ini. Demet, cikgu ni!
“Amboi, cikgu sentap tau! Saya jawab betullah!!! Jawapan dia satu,kan?” pekik Jahn pula. Dia ini memang kurang ajar sedikit. Tak kiralah orang itu student ke, cikgu ke, pakgad ke… semua dia jerit-jeritkan aje.
“Jalan kira?” tanya Cikgu Hani.
y = log x
10 = log x
10 = 10^x
x = 1
“Betul cikgu?” tanya Jahn dengan nada berlagak dan memandang seisi kelas dengan pandangan binatang-haram-mintak-kena-terajang! Panas ke budak-budak ni nak high jack mamat ni sekali dua!
“Okay… ada sesiapa yang nak bangkang?”
“Alamak ai, cikgu… kita bukan dekat sidang dewan negara kea pa nak bangkang, sokong siap bagai, betul ke salah?” tanya Jahn lagi selepas melantun-lantun.
Cikgu Hani berjalan ke papan hijau. Dia mengambil kapur dan menulis sesuatu pada papan hijau.
‘KENAPA SAYA DATANG SEKOLAH?’
Besar-besar ayat itu ditulis. Cikgu Hani memandang seisi kelas dan tersenyum sedikit. Dia melepaskan hela.
“Okaylah kelas, kita take 10 dulu. Rasanya korang semua ni dah tension nak jawab soalan-soalan ni semua, kan… bukan semua yang ‘pandai’ macam Jahn ni,” kata Cikgu Hani.
“Amboi, cikgu… double meaning tu!” balas Jahn bergurau.
“Itu terpulang kepada penerimaan kamu, Jahn. Hehe!”
Jahn hanya terdiam. Kadang-kadang dia jadi malu sendiri. Cikgu Hani memang lebih suka berkias dari berterus terang. Tetapi nak buat macam mana, memang perangai Jahn yang sedikit jackass!
“Ada sesiapa nak jawab?”
“Saya nak masuk universiti, cikgu!” jawab Ridhuan.
“Bagus, Duan? Duan nak masuk U mana?” tanya Cikgu Hani.
“University of Arkansas, USA, cikgu!”
Cikgu Hani tersenyum sedikit.
“Pada Cikgu, kita datang sekolah sebab kita kena jadi orang. Kita belajar banyak pelajaran macam mana sekalipun, akhirnya belum tentu lagu kita akan berjaya selagi kita tak jadi orang, jadi manusia… CIKGU TAHU kamu semua akan cakap memang kamu semua orang, pun… kan? Tetapi adakah kamu semua sudah cukup untuk jadi orang… yang berguna?”
Pertanyaan Cikgu Hani dibiarkan tidak berjawab. Masing-masing diam tertunduk. Cikgu Hani menepuk bahu Emil. Budak lelaki yang biasanya diam itu mendongak. Memandang wanita itu dengan sedikit rasa yang berbalam. Dia melihat cikgu Hani senyum kepadanya.
“Emil, cuba bagitahu kelas kenapa kamu datang ke sekolah?”
Emil diam. Emil diam dan membatukan diri. Dia tidak tahu apa yang hendak dia cakapkan. Bukan, dia tahu… tetapi dia agak malu. Nanti orang akan ketawakannya.
“Sebab… ermmm, sebab… sebab saya nak jumpa cikgu setiap hari, jumpa kawan-kawan dan belajar macam mana nak teruskan hidup setiap hari dengan gembira, cikgu…” jawabnya perlahan. Dia segan sebenarnya. Dia nampak cikgunya itu tersenyum lagi.
Emil sebatang kara dalam dunia ini. Hanya ada dia sahaja. Cikgu Hani tahu semua itu. Jahn memandang Emil dengan pandangan yang redup. Kesian mamat ni…
“Kadang-kadang kita kena lupakan sedikit tekanan kenapa kita ke sekolah... sebab cikgu tahu, kamu semua bukannya suka nak ke sekolah dan belajar. Believe me, cikgu lebih tahu macam mana rasa kamu semua sebab cikgu pun pernah rasa. Kalau kamu rasa menjadi seorang pelajar susah, menjadi seorang guru pun bukannya lebih senang juga. Kena tahan kerenah student, macam Jahn ni, haaa…”
Jahn hanya diam sahaja sambil mengangkat kedua-dua belah tangan tanda tanda menyerah. Dia lihat Cikgu Hani senyum padanya, maksudnya… Cikgu Hani bukanlah maksudkan apa yang cakap tadi betul-betul, cuma hendak bergurau sahaja. Jahn juga tersenyum sumbing akhirnya.
“… jadi, take this journey as a ride of passage. Just go easy next time… percaya cakap cikgu… apabila semuanya dah berakhir nanti, korang akan ingat dalam kelas ni… depan cikgu ni… kamu teringin nak kembali…”
Sekarang
Emil terhenti daripada mengangkat dumbellnya. Dia teringatkan sesuatu… hari ini adalah… Hari Guru. Segera dia teringatkan cikgu matematik tingkatan 4nya dahulu… dia mencapai handphone dan menaip sesuatu pada mesej…
Jahn yang baru keluar dari dapur mencuri pandang apa yang ditaip oleh Emil, dia terkesima sedikit…
‘Selamat Hari Guru, cikgu… saya takkan lupa jasa dan pengorbanan cikgu…’
Selamat Hari Guru!
THE END
Comments