metro hari ini siarkan berita manusia berperangai binatang ~ Jahn pula berceramah agama!!!

DI SINI...lokasi bungkusan plastik (kanan) mengandungi mayat bayi lelaki (atas) yang ditemui seorang pemancing.

PETALING JAYA: Seorang pemancing yang mengambil dan membuka satu bungkusan beg plastik yang ditemui di tebing Sungai Kayu Ara, di sini untuk dijadikan bekas mengisi hasil tangkapannya terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat serta sudah berbau busuk, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam beg plastik berwarna putih yang disimpul rapi dan dipercayai dibuang di tebing sungai itu dalam tempoh 24 jam lalu. 

Mohd Rizal Ramli yang sering memancing di sungai berhampiran Sri Pentas TV3, Bandar Utama itu tidak mengesyaki bungkusan berkenaan mengandungi mayat bayi walaupun ia berbau busuk dan dikerumuni lalat.


Untuk berita penuh, klik sini.
___________________________

Emil membaca dengan perasaan yang sedikit menyirap dan terkilan. Jadi lagi benda-benda macam ini. Dia memanggil Jahn yang sedang menggosok baju kerjanya.

Emil: Jahn! Ke mari kau!!!

Jahn: Benda, haaa? Jahanam!

Emil: Ke sini kejap… berita hot!!! Sharifah Ainu Kawen Dato’ K kat SACC!!! Dato’ Siti buat persembahan khas! Lagu ‘Cahaya Fakerrr’!!!
 Jahn: Gurau je Dato'!!!! hehehe...

Jahn: Waklu, penipu la sial kau! Kejap-kejap!

Dengan pantas Jahn berlari mendapatkan kawannya itu.

Jahn: Pebondo?

Emil: Ni hah…

Jahn membaca dengan kusyuk dan mukanya berubah sedikit demi sedikit. Apa bila mencapai baris-baris ayat yang ada perkataan mayat bayi, berbau busuk, dan dikerumuni lalat… Jahn jadi sebak serta-merta.

Emil yang memandang merasakan juga perasaan lelaki itu.

Jahn: Kau tengok, Mil… inilah dia masyarakat kita segelintirnya. Budak-budak muda zaman sekarang. Haram nak tahu halal haram, dosa pahala semuanya. Nafsu tu bukan main lagi! Sudahnya budak yang langsung tak kenal dunia ini yang jadi korban. Lahir tapi tak sempat nak merasa hidup. Aku hangen betullah dengan manusia berperangai binatang haram jadah macam ni!
Emil: Nah, amek kau! ahahahahaha!!!

Emil: Tulah, aku pun hangen gak!

Jahn: Kau tahu tak, Mil… dosa berzina ni dosa besar tau. Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

Zina terbahagi kepada 2 iaitu Zina Muhsan dan Zina Bukan Muhsan dimana, Zina Muhsan itu apabila lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin). Zina Bukan Muhsan pula apabila lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Emil: (sambil melopong) waaaaa… kau tahu benda-benda ni semua, Jahn?

Jahn: Yelah tahu… kau ingat aku kufur macam kau?

Emil: TAT!!! ß(ini perkataan mencarut, sila jangan ikut perangai Emil tau!)

Jahn: Nak sambung lagi ni… Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

Emil: Hoooomaigottt! Kau buat research ke semua ni, dowh?!

Jahn: Aku kan cerdik, bukan macam kau!

Emil: TAT!!! ß(sila jangan tiru perkataan ini!)

Jahn: Haaaa… aku harap orang yang buat perkara-perkara hina ni boleh insaflah satu hari nanti, Emil… kau jangan jadi macam ni tau… jangan nak pandai-pandai shape-shift jadi Piolo Pascual lepas tu pergi beromen… berdosa tau!

Emil: TAT!!! Kau ingat aku jahat sangat ke, hah, jahanam?!!!

Jahn: Takdelah… tapi kau ada tendency, kan… orang nasihatkan aje…

Emil: Dahlah kau… pergi kerja tu!

Tiba-tiba Emil jadi bengkek. Tak pasal-pasal emosional… Jahn hanya tergelak-gelak seorang sambil keluar dari bilik Emil.

Emil: Hukum hudud… apply ke kat Malaysia ni? Jahn!!!






THE END!

Jahn: Semoga roh kanak-kanak malang ini tenang di sana dan semoga ibu bapanya sedar akan dosa yang telah mereka lakukan… amin…

Emil: Amin…

Jahn: ni tadah amin ke , tutup muka kena tahan la syial?!!!!


Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS