diantara terima kasih dan maafkan aku...




terima kasih kerana buat aku rasakan perasaan ini
terima kasih kerana buat aku kenal erti cinta dan rindu
terima kasih kerana buat aku terseksa sakit sebegini
terima kasih kerana buat aku masih sanggup tunggu


maafkan aku
kerana sampai saat ini hatiku masih berkira-kira untuk katakan padamu "pergi jauh dariku"
maafkan aku 
kerana sampai sekarang aku masih belum mampu untuk katakan "jangan mencariku lagi"
maafkan aku 
kerana aku masih bodoh sampaikan aku masih katakan "aku sayang padamu"
maafkan aku 
mencintai manusia tak berguna sepertimu...


diantara terima kasih dan maafkan aku...  aku berdiri di situ...




maafkan aku... sebab hanya kamu ada dalam hatiku...
terima kasih... kiranya ada satu saat kau pernah ingatkan kisah cinta kita...






Jahn: masih katakan terima kasih kepada orang yang lukakan hati?
Emil: kadang-kadang biar macam mana jahat pun seseorang tu, ada yang tetap sayang sampai mati...
Jahn: berbaloi ke?
Emil: tengoklah kenangan, ingatkanlah pengorbanan...


Jahn tersenyum sinis seperti tidak boleh menerima apa yang dikatakan Emil.... kalau bercinta sesukar ini, tak perlulah rasanya...


p/s - mood: tengah emosi mendengar lagu JOO - BAD GUY... serius sedey lagu ni...

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS