"give and take" dan "saling mempercayai" itu penting dalam setiap perhubungan, yer!
Emil berjalan-jalan sendiri, sengaja dia keluar daripada rumah tanpa memberitahu Jahn terlebih dahulu. Memang dia tidak ingin lelaki itu tahu ke mana dia pergi. Dia hanya meninggalkan nota ringkas pada peti sejuk, seperti biasa.
Di rumah, Jahn sedang menggoreng keropok lekor yang dibeli semalam. Satu demi satu keropok yang sudah siap sedia untuk dihidang itu, diangkat daripada kuali yang minyaknya panas cair. Sos Thai Life yang ada dalam peti diambilnya. Semasa hendak menutup pintu peti, dia ternampak kertas berbentuk strawberi berwarna merah jambu… dia tahu sangatlah yang itu pasti nota dari Emil.
“Aih, makan sorang sahajalah, nampaknya,” keluh Jahn sediri, walaupun sebenarnya dia sedikit suka kerana tidak perlu berkongsi dengan lelaki pemalas itu.
Emil berhenti di hadapan sebuah butik, dia memerhati seorang perempuan yang duduk berseorangan pada bangku menunggu di dalam mall ini. Lawa… tanduk Emil hampir nak terkeluar namun segera dia tahan. Susah betul menjadi seorang mutant ni, rungut Emil dalam hati.
Dia datang mendekati wanita itu, gadis lebih tepat lagi… daripada rupa dan pemakaiannya, dia kelihatan seperti baru berusia awal 20-an.
“Hai, boleh saya duduk di sini,” dengan sopan, bermaksud dalam dan lain, Emil bertanya.
Gadis itu yang sedari tadi menunduk mendongak memandang Emil.
“Erk!” reaksi Emil serta-merta.
Muka perempuan itu sudah kemerah-merahan akibat menangis tidak henti-henti. Entah apalah yang membuatkan dia menangis diam sebegini di pusat membeli belah yang penuh dengan orang pada hari minggu seperti ini.
“Du…du…du…du…duduklah,” jawabnya dalam sendu yang berat. Alahai, kesian pulak aku tengok. Getus Emil dalam hati, bermonolog cuma. Gadis itu mengengsot ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada Emil yang berbadan agak tegap sasa ini.
“Mind if I ask?”
Perempuan itu menoleh pandang ke arah Emil, sekali dia menggeleng tanda tidak kisah Emil bertanya. Emil mengangguk tidak sengaja sambil arah pandangannya turut berubah arah. Cuba mencari perbendaharaan kata yang sesuai untuk bertanya.
“Kenapa menangis dekat sini?” akhirnya pertanyaan gugur juga.
Tidak ada jawapan, tidak ada suara lain selain sendu yang perlahan, sayup-sayup kedengaran. Emil bagaimanapun tetap menunggu, mungkin perempuan ini juga perlu masa untuk berfikirkan jawapan yang sepatutnya.
Alamak aih, lama pulak! Latah Emil dalam hati apabila sudah hampir 10 minit tetapi perempuan itu masih tidak menjawab apa-apa. Berasa malas hendak menunggu lama, Emil berkira-kira untuk pergi dari situ. Tetapi belum sempat dia mengangkat punggungnya, suara gadis itu kedengaran. Cukup lunak dan menggoda walaupun nadanya sedih.
“Saya sayangkan dia sangat-sangat tapi kenapa dia buat saya macam ni. Selama ini saya korbankan semua untuk dia tapi entah kenapa dia macam tak sedar semua tu…”
Alahai, masalah jantan ke? Soal Emil dalam hati.
“Boyfriend awak?”
“Tak, suami saya.”
Alamak aih! Aku berkhalwat dengn bini orang ke?
Emil memusingkan sedikit tubuhnya menghadap isteri orang itu. Dia ingin memberitahu sesuatu.
“Awak, hmm… walau apa-apa pun yang jadi antara awak dengan… suami… awak tu, awak kena fikirkan sesuatu, sama ada apa yang awak rasa tu betul atau tidak, sama ada benda yang terjadi tu betul-betul terjadi atau andaian awak sahaja. Ada masanya kita akan marah, kecil hati, kecewa dengan apa yang terjadi pada kita dan pasangan kita, tetapi dalam banyak keadaan, rasional itu menjadi sesuatu yang sangat penting. Kenangkan perkara-perkara baik yang dia pernah buat untuk awak sebelum awak buat apa-apa keputusan, kenangkan apa yang dia pernah buat untuk bagi awak gembira. Jangan cuba untuk buang terus semuanya macam itu sahaja. Percayakan dia kalau dia beri alasan sebab kalau dia benar-benar cintakan awak, dia tak akan tipu. Dia tak akan sakiti hati awak. Kalau tidak kita akan menyesal suatu hari nanti. Jangan disebabkan benda kecil, benda yang patut boleh kita selesaikan baik-baik buat kita hilang orang yang kita sayang. Waktu tu awak makan bubur McD ajelah. Sebab nasi dah jadi bubur, kan…” Emil berjenaka sedikit, tidak ingin perempuan itu depresi pula nanti. Ada tawa yang sedikit buat kedua mereka.
Jauh ke hadapan, Emil dan perempuan itu mengesan sesuatu… seseorang. Dari jauh, lelaki itu kelihatan tercungap-cungap. Letih berlari dalam mall ini.
“Gila ke berlari dalam mall yang ramai orang ni,” cemuh, keji dan cerca Emil tidak menahan.
“Abang…”
Emil memandang perempuan cantik di sebelahnya itu. Omaigot! Laki dia ke? Demet!!! Demet!!!
Perempuan itu menoleh ke arah Emil dan tersenyum sedikit.
“Terima kasih, awak...”
Emil hanya tersenyum sedikit. Harap-harap dia tidak dengar aku mengutuk suaminya. Perempuan itu berlari ke arah lelaki yang turut sama mendapatkannya itu.
“Sayang, I’m sorry… abang tak patut cakap benda-benda macam tu… abang minta maaf… maafkan abang, ya,” kata lelaki itu jujur.
Perempuan itu pula tidak berkata apa-apa, di memeluk suaminya erat-erat. Tengah-tengah orang ramai. Dekat Aeon Bukit Tinggi ini! Macam filem Hindustan, kan! Dom machale, dom machale dommm!!! Sangat, kan!
Emil tersenyum sedikit. Dia tidak perasan yang orang ramai memerhatikannya. Sejenak barulah dia sedar dia menjadi bahan bualan di situ. Dengan kebolehan super yang dia miliki, dia mendengar cemuh kutuk orang-orang di sekeliling.
“Loser sial kau, kau biar je awek kau pergi peluk orang lain! Dasar dayus!”
“Bodoh sial mamat ni!”
“Dasar tak guna! Badan je macam Rain… padahal loser tak hengat!”
“Pergi jahaman la, woi!!!”
“Amin besar jadi jangan jadi macam abang tu tau, dayus namanya tu!”
“Dia bukan awek aku la, jahanam!!!” jerit Jahn sambil bertukar menjadi Naga dalam cerita MERLIN tu.
“Ahh, sedap siol kopok ni! Hmm, suh Emil beli lagi la!” kata Jahn kepuasan.
The End!
p/s - Naga di Aeon Jusco Bukit Tinggi... gilalah!
p/s - Naga di Aeon Jusco Bukit Tinggi... gilalah!
Comments
i like ur post nie..
i like this very much too...