metro hari ini cerita pasal pencuri sesat dalam rumah yang ingin dirampoknya... Jahn dan Emil pun mengomel...


Jahn: Kau ada baca surat khabar hari ni?

Emil: Baca, kenapa?

Jahn: Metro, Mutakhir, Sesat dalam Rumah?

Emil: Oh, tak… aku baca ruangan hiburan jer… Lady Gaga… Born This Way…

Jahn memandang penuh sinis lagi sakit hati. Keningnya terjungkit-jungkit tidak sengaja tanpa menyirap sangat dengan loyar buruk Emil lalu dia membaling surat khabar ke arah Emil yang sedang enak berbaring di atas sofa. Emil tidak jadi marah apabila melihat tajuk artikel berikut, segera dia baca kuat-kuat seperti seorang pembaca berita. Kamaruddin Mape, mungkin...
Sesat dalam rumah... sebuah artikel di dalam...Oleh Mohd Firdaus Ibrahimmfirdaus@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1, 700.“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. “Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.


hah...tu dia!!!

Emil: Homaigotttt!!!

Jerit Emil membuatkan Jahn terkejut, tidak menyangka yang kawannya yang seorang ini akan memberi reaksi sebegitu.

Jahn: Apa yang omg-nya? Cool, kan?!

Emil: Kau bagi aku baca apa ni, Jahn?

Jahn terkebil-kebil sendiri. Dia jadi tidak faham dengan Emil. Bukankah tadi dia memberi reaksi terkejut yang teramat sangat. Alih-alih dia boleh buat selamba pula bila ditanya kenapa.

Jahn: Kayulah kau ni, Emil.

Emil: Apa yang kayunya?

Jahn: Kau tak boleh nak bagi pendapat yang lain sikit ke?

Emil: Pendapat, kau nak pendapat?

Jahn mengangguk manja memandang muka Emil yang sangat-sangatlah Korean-look itu. Matanya turut sama berkelip-kelip. Sangat comel, yer perilaku Jahn sekarang!!!
uuuuuu.......
Emil: F***, don’t give me the smoldering look!

wah...hero remaja sangat, kan...
Segera muka Jahn diubah macho. Dengan sengaja Jahn bergaya-gaya ala Hero Remaja (Hero Remaja, kan!!!)

Emil: That’s more like it. Okay, membaca artikel tersebut. I don’t have so much to say sebenarnya. Hanya pencuri itu sahaja yang tahu kenapa dia boleh jadi begitu. Tapi apa yang saya yakin perbuatan jahat tidak akan diberkati Allah. Sebab itu dia jadi macam itu Selain daripada itu, mungkin jugalah Allah nak bagi pencuri itu peluang bertaubat. Manalah tahu, kan semasa sesat tu pencuri itu nampak banyak benda yang membuatkan dia terpinga-pinga. Dalam rumah yang kalaupun rumah tu besar macam istana, takkanlah boleh sesat, kan. Pencuri, kot. Dah pandai-pandai pecah rumah orang mesti dah aim lama, dah tahu jalan mana nak masuk, keluar semua siap bagai. Ni boleh sesat pulak. Maknanya adalah benda-benda yang jadi. Yang nak bagi dia tahu betapa kuasa Tuhan tu maha besar. Tak terbanding dengan akal fikiran manusia. Itu sahajalah. Cakap banyak nanti, mana tahu salah ke, fitnah pulak, kan.
emil, walaupun begitu...dia bukan kafir tau...dalam hati dia adalah islam, wah...gitu, kan....ustaz amirul sangat!!!
Jahn: Oh, bukan main Islamic kau, kan Emil.

Emil: Adalah sikit.

Emil sekadar memandang TV yang daripada tadi terbuka. Bukan mereka yang tengok TV, TV yang tengok diorang sebenarnya. Agaknya tengah berfikir tentang kebesaran kuasa Illahi... dan merenung betapa kerdilnya mereka dan segenap manausia di muka bumi ini... MasyaAllah...
terus bertasbih cinta, kan...OMG!


Comments

S Y A Z A said…
jahn, aku dpt byg kn emil tuh cmne..
damnn!! kompem nsem gile babai nye kn.. :)
Mohamadjahn said…
ahahahahahahahah!!!

kau nak bayang watpenya cektipah...muka dia kat sebelah tu hah!

hahahaha!!!

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS