cuba sekali berfikir...

jika kau kata malam selalu sejuk
dinginnya tak menyenangkanmu...
cuba sekali berfikir... apa yang kau buat kepadaku...

bila setiap kali kau mengeluh
dan katakan dunia selalu menyisihkanmu...
cuba sekali berfikir... adakah aku tak tahu perasaan itu...

setiap saat kau menjerit dan katakan kau tak perlukanku
adakah kau tahu hatiku perit kenangkan yang aku sangat sayang padamu...
ketika kau selalu pulang padaku dan anggap aku selalu menerimamu
tanpa sesal kenapa mengulang perilaku dan sakitiku

cubalah sekali berfikir
cuba sekali kau... fikir tentang aku...












tak ada orang dalam dunia ini yang sanggup diperlakukan for granted, tapi kenapa masih ramai tak mampu keluar daripada keadaan tersebut...

sebab sayang?

sebab cinta?

sebab kasihan?

atau cinta ajar mereka membodohkan diri terus dan terus?

hanya untuk orang yang tidak layak...

cuba sekali berfikir...





p/s - emo pulak aku, kan...whahahahahhhahah!!!!!

6 comments

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA