ini adalah entry sedih ~ kenapa adik Sheena Mohamad Safwan diperlakukan sebegini? Bagaimanakah nasibnya nanti?
SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub.
KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.
“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.
Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.
Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.
Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.
Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.
(berita penuh, sila kelik sini, yer)
muka sedih di hadapan laptop... |
Jahn duduk menghadap skrin laptop dan terdiam, lama… mukanya nampak sedih. Emil keluar daripada bilik air hanya berkain tuala. Dengan tubuh yang masih lagi basah lencun tidak dilap dia menyanyi-nyanyi.
Emil: I’m on the right track, baby… I was born this way!!! Yeah! Jahn, sihat?!!!
Jahn tidak menjawab. Duduk membelakangi Emil, muka Jahn memang tidak dapat dilihat oleh Emil. Segera lelaki berwajah Korea itu mengintai temannya yang diam berteleku di hadapan laptop. Barulah dia perasan Jahn membaca artikel yang menyedihkan itu. Dia tahu lelaki bernama Jahn ini bagaimana orangnya, memang cepat tersentuh jika berita-berita penderaan kanak-kanak tersiar.
Emil: Sabarlah Jahn, kita nak buat macam mana… kau pun bukannya polis ke, pegawai hak asasi manusia ke nak halang benda-benda macam ni berlaku.
Selamba sahaja suara Emil, seperti tidak berasa apa-apa.
Jahn: Budak ni kecik lagi, Emil. 18 bulan.
Emil: Yelah, kita nak buat apa?
Jahn: Kau macam tak kisah, kan?
Emil: Kisah pun, boleh buat apa?
Jahn: Sudahlah!
Emil terkebil-kebil kena marah, tak guna! Berani Jahn naik suara dengannya. Bagaimanapun Emil tidak ingin membalas dengan cara yang sama. Dia patut menggunakan cara yang berhemah sedikit daripada Jahn.
Emil: Look, kau ingat aku langsung tak ada perasaan ke? Kau rasa aku suka dengar cerita-cerita macam ni? Mana ada orang yang suka, mana ada orang yang sanggup tengok budak kecik yang tak tahu apa-apa kena aniaya macam ni. Jahn, kalau aku suka benda ni jadi. Aku dah dera kau dulu tau… ko ingat aku tak boleh shapeshift jadi Stan McQuay belasah kau sampai patah kaki, darah beku dalam kepala. Aku tak buat, kan… so, aku pun simpati jugak dengan keadaan adik Sheena Mohamad Safwan ni. Tapi masyarakat kita ni sendiri yang ada masalah. Kalau mereka tahu ada benda-benda macam ni, tak semua yang berani, mahu atau sanggup laporkan kepada pihak berkuasa. Sebab itulah benda-benda macam ini terjadi. Kita sendiri pun tak pasti betul atau tidak pengasuh tu bersalah. Tapi polis buat kerja diorang. Jangan risau pasal tu. Sooner or later, orang yang bertanggungjawab buat adik Sheena Mohamad Safwan ni jadi macam ni akan dapat balasan jugak. Tak dapat dekat dia, dapat dekat anak-anak dia. Tak dapat dekat dunia, akhirat nanti dia tak akan terlepas.
smart siot badan...hmm, Emil shape-shift to this? |
Jahn menitiskan sedikit air mata mendengar ceramah Emil, pagi-pagi buta macam ini.
Jahn: Aku pun harap orang yang buat macam tu dekat adik Sheena Mohamad Safwan ni akan terima pembalasan yang setimpal.
Emil: InsyaAllah, Jahn… kau nak aku nyanyi lagu Maher Zain ke?
Maher Zain Live in Concert this month Stadium Malawati, Shah Alam! |
Jahn: Nak, eh..Maher Zain punya konsert nanti… kau nak pergi tak?
Emil: Ha? Dia nak datang Malaysia ke? Bila?
Jahn: Demit, kau pasal penganut Illuminati tu kau tahu je, kan… Maher Zain kau tak tahu pulak!
is she resembles the devil? i wonder... |
Emil hanya diam sahaja. Sengaja dia buat muka tak tahu. Selamba sungguh!
Emil: Kau bukan nak pergi kerja ke? Berambus ah!
Kedua mereka tergelak bersama-sama. Galau hati Jahn hilang sedikit demi sedikit apabila ditenangkan temannya itu.
p/s – kalau binatang pun tahu sayangkan anak, kenapa manusia yang ada otak, akal fikiran boleh jatuh lebih teruk lagi daripada taraf binatang? Renung-renungkanlah… selamat berblog!
Comments