berdiri di sini

aku berdiri di sini
aku tetap ingin tunggu
tunggu sehingga kau hadir
tunggu kau pulang padaku...

aku berdiri di sini lagi
aku tak akan pernah lari jauh
lari tinggalkan semua janji
janji aku pada mu

namun mengapa kau tak pernah percaya
bahawa aku benar-benar jatuh cinta
adakah wajahku ini, tak mampu buat kau terima
dan yakin segala apa yang ku kata ... benar belaka...

aku berdiri di sini semula
setelah semalam kecewakan kita
setelah semalam aku dan kau sedar
kita tak patut bersama

tetapi benar itu hanyalah satu kesilapan yang seharusnya tak perlu ada, tak perlu terjadi... tak perlu untuk kita kenangkan...

jadi aku berdiri di sini
aku ingin penuhi janji
aku ingin mencintaimu
aku ingin bahagiakanmu...

aku berdiri di sini seperti yang ku lakukan dulu...





p/s -  mood jiwang kembali... walaupun takde signifikan dengan diri sendiri pun sebenarnya... terima kasih kerana membaca puisi perasan ini...
Post a Comment

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA