re: bayi lelaki baru dilahir dicampak dari tingkat lima

Assalamualikum, bertemu lagi dalam berita jam 'nak dekat pukul 4'.

update dengan blogpost sebelum ini yang bertajuk bayi lelaki baru dilahir dicampak dari tingkat lima, Kosmo (entah, Metro ke? lantak!!) telah melaporkan bahawa jenayah ini telah dilakukan oleh seorang lelaki, suspek masih lagi dalam buruan polis... kemungkinan suspek adalah sampah masyrakat aka penghisap dadah aka mat pet aka 'baik-kau-pergi-mampos'-kinda-person telah mencampak seorang bayi lelaki baru lahir dari tingkat 5 kot... di Sentul/ seorang jurusolek aka mekap artist bernama Ahmad... erm, entah tak ingat (kannnnn...) menjumpai mayat bayi lelaki tengah malam tadi... sepatutnya bayi itu hendak dibuang oleh B-HRM itu ke dalam tong sampah besar DBKL (ye ke?) tetapi tersasar bersar kemungkinan kerana dia takde akal aka bodoh lalu menyebabkan bayi itu meninggal dunia dengan tragis. ini adalah satu tragedi, ya... sama-samalah kita renungkan... berfikir sejenak betapa manusia dah makin dekat nak jadi setan... sedih mengingatkan budak yang malang itu... memanglah orang cakap sekali lahir, kita bukan sahaja menerima kehidupan tetapi juga menerima kematian juga... tetapi sebak jugak nak difikirkan yang budak kecil yang tak kenal dunia itu diperlakukan sebegitu... semoga Allah mencucuri rahmat terhadap rohnya... dan semoga Allah beri balasan yang setimpal kepada pembunuh kejam itu... blogger Islam yang membaca, Jahn harap boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah budak itu walaupun Jahn sendiri tak sure mak bapak dia agama apa tetapi budak-budakkan, tempat dia di syurga... InsyaAllah...

p/s - manusia di lahirkan ke bumi sebagai khalifah, bukan sebagai sampah... bukan untuk mencampak anak ke bawah dari tingkat yang tinggi, bukan untuk mencampakkan diri ke lembah yang paling hina setaraf dengan seteru, musuh yang nyata tu... fikirlah... selagi ada kemampuan otak tu nak berfikir... semoga kau insaf dulu sebelum mati walau pembunuh yang takde hati perut...

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS