DOA SEORANG HAMBA YANG MENGHARAPKAN YANG TERBAIK DALAM HIDUPNYA WALAUPUN DIA TIDAK LAYAK ATAS SEGALANYA


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

YA ALLAH YA TUHANKU...

AKU MOHON KEHADRATMU, YA ALLAH...

TEGUHKANLAH HATIKU DENGAN SABAR YANG MENGUNUNG ANDAI DUGAAN YANG KAU TIMPAKAN KEATASKU...

TETAPKANLAH HATIKU DENGAN KESYUKURAN DAN RASA RENDAH DIRI ANDAI RAHMAT YANG KAU LIMPAHKAN KEPADAKU...

HINDARILAH AKU DARI RASA SEDIH YANG MELAMPAU KERANA AKU TAHU DUGAAN DITIMPA TIDAK AKAN LEBIH DARI KEMAMPUAN UNTUKKU MENANGGUNGNYA...

JAUHKANLAH AKU DARI RIAK, TAKBUR DAN BONGKAK KERANA SEGALA YANG ADA PADAKU HANYALAH PINJAMANMU SEMATA-MATA...

AMIN...

baik atau buruk sesuatu kemungkinan itu bukan bererti jalan sudah berakhir, baik bermakna kita harus teruskan jalan dengan semangat yang tidak terhenti untuk menikmati apa yang terhidang di depan mata... buruk bermakna kita harus muhasabah diri dan perbaiki setiap khilaf  dan salah yang pernah kita lakukan... kadangkala kejayaan itu ujian, dan dugaan itu rahmat... terpulang kepada mata hati untuk melihat, tertakluk kepada jiwa untuk menilai...

entry malam dari Jahn yang nervous menantikan sesuatu yang besar dalam hidupnya, sekurang-kurangnya besar untuk dirinya...
Post a Comment

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA