novela the curious case of whatever 1

Part 1
Act 1

Kediaman Rif. Jumaat, 9:30 malam.

Jimmy melihat ke hadapan. Wajah lelaki yang berada di hadapan ini direnung penuh tanda tanya. Apa sebenarnya masalah… atau rancangan lelaki ini? Setelah mendengar apa yang diberitahu Rif, Jimmy sendiri tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Kenapa dengan Afi sebenarnya? Kenapa dengan mereka ni, seriously?

“Rif, kau nak buat apa ni sebenarnya? Kau jangan main-main! Baik kau bagitahu aku sekarang!” sengaja Jimmy meninggikan sedikit perkataan ‘sekarang’ itu. Dia ingin mengetahui apa yang sebetulnya berlegar dalam fikiran kawan baiknya yang seorang ini.

“Adalah, kalau bagitahu kau…tak surprise la…” jawab Rif dengan senyum yang terukir. Garisan di bibir itu benar-benar kelihatan sinis, nakal dan sedikit jahat. Segera kening kiri Jimmy terjungkit sedikit tinggi daripada sebelahnya.

“Jangan main-main, Rif…we’re talking about Afi dekat sini? Adik aku!” suara Jimmy secara semula jadi meninggi. Marah bila adiknya yang menjadi ‘mangsa’ dalam drama ini. Drama yang langsung dia tidak tahu dan sedar hujung pangkalnya.

“Habis tu, yang dia bagi note macam tu dekat rumah dan keluar bawak anak-anak, tak bagitahu pergi ke mana? Aku telefon berkali-kali tak dapat tu, kenapanya?!” suara Rif juga turut terjungkit sama. Mengenangkan apa yang terjadi membuatkan Rif jadi bengang serta-merta. Nota yang diterimanya memang susah untuk dia faham.
Abang, Afi penat selalu kena tinggal dengan abang. So, Afi nak pergi bercuti, like it or not, I’m going! P/s - tak payah susah-susah cari, nanti bila Afi nak balik, Afi balik!

Itu sahaja, itu sahaja yang ditinggalkan 3 hari lepas. Mula-mula itu, Rif ingatkan yang Afi mungkin hanya hendak bergurau sahaja tetapi apabila panggilannya yang entah berapa ratus kali itu dijawab operator telco membuatkan darahnya naik menyirap! Apa kena dengan Afi ni?

“Mana tahu dia balik kampung jumpa nenek dia ke? Yang kau, kenapa hari ni baru nak bagitahu aku?”

“Jimmy, kau call nenek kau sekarang. Aduh, kau ni… takkanlah aku tak call semua orang dulu sebelum mengadu dekat kau.” Rif bersandar malas pada kerusi.

“Habis tu? Apa kau nak buat?” tanya Jimmy dengan muka yang penuh minat… dan bimbang.

Rif mengambil masa dalam 5-6 saat jugalah untuk memberi respon terhadap pertanyaan abang ipar kesayangannya itu.

“Aku ni komando, Jimmy…kau rasa?”


Act 2

Kediaman Izz, Shah Alam. Sabtu, 1:15 pagi.

“Seriously, apa yang Dinie plan ni?”

Suara suaminya mengejutkan kusyuknya dia memeriksa SMS yang diterimanya. Alamak, macam mana Izz boleh sedar ni? Aku yakin sangat tadi dia dah tidur.

“Abang jumpa ni dekat Bella Rossa. What are you planning my dear?” suara menggoda Izz membuatkan Dinie terpaku… lantas terlupa sejenak rancangan ‘jahat’nya. Kertas di tangan Izz membuatkan Dinie tertunduk memikirkan apa yang rasional untuk dikatakan, namun tidak dia jumpa.

“So, Dinie dah kantoilah ni, apa yang abang nak buat sekarang?” gerak Dinie melancarkan serangan psikologi. Yang dia yakin akan gagal sekejap lagi.

“Cut the bullshit, sayang… you know that won’t work on me,” senyuman manis Izz membuatkan perkataan mencarut itu kedengaran sungguh sweet. Dalam hati Dinie, serta-merta dia jadi tidak keruan. Ah, lelaki ini. Tak pernah gagal membuatkan jantungnya berdetak laju mencintainya.

Dinie menyelukkan telefon bimbitnya ke dalam poket pyjamasnya.

“A-a… the phone, sayang.” Senyumnya lagi.

“Abang!!!” Dinie memanggil Izz separa menjerit. Dengan pantas jari telunjuknya dirapatkan ke bibir. Bimbang yang Iman akan terjaga mendengar suara pekikan Dinie. Dinie juga meniru gelagat comel seperti Izz sebentar tadi. Bezanya, kedua-dua telapak tangan Dinie menutup mulutnya sendiri. Izz ini, memang tak ada cara langsung untuk mengalihkan fokusnya terhadap sesuatu. Nampaknya Adni tidak boleh menyembunyikan hal ini lagi daripada pengetahuan Izz.

“Okay, jom kita discuss dalam bilik…” ajak Dinie nakal. Silap orang Dinie ni. Dia lupakah yang si Izz itu 1000 kali lebih nakal daripadanya? Senyuman nakal Izz tak henti sepanjang jalan ke bilik. Sesekali tengkuk Dinie yang dipeluknya, dicium manja.

“Abang!!!”


Act 3

Kediaman Jad. Sabtu, 4:30 pagi.

Pagi ini terasa lain. Jad bangun dari tidur dan hening subuh itu memang sangat berbeza. Dia terasa sunyi entah kenapa. Tanpa sedar tangannya meraba bahagian katil di sebelah kanannya. Kosong. Tiada orang. Ke mana Amie pergi? Awal benar bangun subuh. Tak masuk waktu lagi ni.

“Sayang, sayang dekat dalam toilet ke?” laung Jad sedikit lantang apabila melihat bilik air terang dengan lampu yang terpasang. Namun tidak ada suara yang menjawab.

Jad bangun dari pembaringan. Dia berjalan laju ke bilik air. Ditolaknya daun pintu yang tidak berkunci. Memang tiada orang. Segera Jad diserang rasa tidak sedap hati. Ke mana pula Amie? Dengan diri yang hanya bersarung boxer dan singlet putih, Jad memeriksa segenap ruang dalam rumah namun bayang-bayang Amie langsung tidak kelihatan. Jad jadi panik tak semena-mena.

“Relax, Jad! Relax, Izz kata relax… orang risau memang selalu pendek akal. Okay, phone… phone!” walaupun cuba mengikut apa yang sepupunya selalu nasihatkan, lagak Jad tidak kelihatan seperti seorang yang relax langsung ketika ini. Dia sebenarnya memang risaukan Amie sangat-sangat! Telefon Amie masih ada di atas meja katil disebelah kanan. Jad terpandang almari dan atas almari. Bagasi Amie juga masih disitu, segera pintu sliding almari dibuka. Pakaian Amie masih ada ditempatnya. Hati Jad makin diserang rasa cuak yang tak dapat dibendung lagi. Jad mengetap gigi. Sesekali bibirnya digigit sendiri. Dia seperti hendak menangis. Dia buntu dan kehilangan punca.

“Amie, Amie sayang…Amie dekat mana ni?!!!” entah kenapa Jad tidak mampu menahan rasa sebak dan risau yang teramat sangat sekarang ini. Jad jatuh melutut. Wajahnya kelihatan statik dan kaget.

Izz…

Izz, sekali nama itu terbit dalam kotak pemikirannya. Ya, dia harus memberitahu Izz. Mungkin Izz boleh membantu. Segera dia mencapai telefon bimbitnya dan membuat panggilan.

Di sebelah talian Izz, “…erm, Jad. Awalnya kau telefon. Pukul berapa ni?”

“Amie…Amie, Izz!!!”


Act 4

Parking lot Berjaya Holdings. Jumaat, 9:00 pagi.

Taufik keluar dari keretanya setelah memarkir kereta di tempat selalu. Dia berjalan sendirian di kawasan tempat letak kereta itu menuju ke lif.

Langkahnya lancar seperti biasa. Dia tidak merasakan sebarang kelainan walaupun sedikit. Namun perkara yang tidak elok datang tanpa diundang, tak perlu dipanggil.

Taufik sedikit tersentak apabila ada benda keras diacukan di belakang pinggangnya. Dari rasa yang dirasainya, benda itu adalah… pistol!

“Aku takkan jerit kalau aku jadi kau.” Suara lelaki itu kedengaran perlahan dalam, seakan mengugut Taufik. Peliknya, Fik langsung tidak terasa kaget. Dia tenang dan membalas.

“Kalau kau nak tembak, mesti kau dah tarik picu tu, kan?”

Lelaki yang berada di belakangnya itu mengeluh pendek. “Huhh… jangan ingat aku takkan buat, Taufik… jangan ingat aku takut…” sekali lagi suara itu berbunyi seakan mengancam.

“Look, I don’t have time for this… tell me what you want.” Ringkas sahaja pertanyaan Taufik. Dia yakin sangat yang orang seperti ini hanya hendakkan duitnya sahaja. Seingat dia, dia tidak melakukan apa-apa yang akan membuatnya menerima serangan sebegini, jadi orang ini mestilah hanya seorang perompak biasa sahaja.

“Jangan ingat duit kau boleh beli semua benda, Encik Adnan Taufik! Look, I’m warning you this… kau seorang dekat sini, kau ingat keluarga kau boleh selamat?”

Wajah tenang Fik serta-merta hilang dari raut. Tanpa memikirkan keselamatannya, Taufik segera memalingkan diri untuk berdepan dengan lelaki yang kurang ajar sangat ini. Tangannya menepis pistol yang diacukan kepadanya. Satu tembakan kedengaran. Mujur sahaja tembakan itu tersasar. Tidak mengenainya. Penyerangnya segera melarikan diri. Tahap bengang apabila keluarganya yang menjadi bahan ancaman membuatkan Fik lupa terus yang penyerang ada pistol… dan bukannya pistol mainan. Dia mengejar tetapi larian lelaki itu jauh lebih pantas daripadanya. Oleh kerana dia bertindak agak lambat, jauh dia tercicir. Namun mulutnya tak henti dengan makian menyuruh lelaki itu berhenti. Ahh, Fik ni pun satu. Mana ada orang yang dikejar akan berhenti bila disuruh berhenti. Terasa mengah mengejar namun tak juga terkejar, Fik berhenti. Dia jadi bimbang tiba-tiba. Dalam tercungap-cungap menahan nafas yang tidak teratur itu, otak Fik tidak berhenti berfikir. Dia mengeluarkan telefon bimbit mahalnya. Nama Alia dicari, dan didail.

Sunyi.

“Angkat, Lia…angkat!” gundah hati menyerang Fik kala ini.

Senyap sahaja. Taufik jadi tak keruan. Didailnya sekali lagi. Kali ini telefon dijawab.

“Hello, papa…mama ada dekat dapur. Kenapa call ni? Papa kan ada meeting sekarang?” suara Sarah memecah ruang dengarnya. Alhamdulillah!!!

“Sarah tak apa-apa?! Mama? Mama pun okay kan?” tanya Taufik tidak menahan.

“Hello, haa…abang, Lia ni…Lia dekat dapur tadi. Tak perasan ada call.” Talian bertukar tangan membuatkan Taufik terpaksa mengulang tanya.

“Lia tak apa-apa ke? Okay?”

“Kenapa tanya macam ni, bang? Lia okay je… tak ada apa-apa. Eh, abang ada meeting, kan?”

“Jangan risaukan abang. Lia dengar sini baik-baik, jangan keluar rumah, jangan bagi sesiapa Lia tak kenal masuk. Tunggu sampai abang balik, okay?!”

Alia yang masih tidak faham butir pertanyaan Taufik sekadar mengangguk. Sedar yang tindakannya tidak dapat dilihat Taufik, dia menjawab ‘iya’ perlahan.

“Ingat pesan abang, tunggu abang balik…jangan ke mana-mana!”


Act 5

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Sabtu, 10:00 pagi.

Fauzan menepuk bahu Sid. Sid yang kelihatan sedikit sedih itu memaling muka.

“Lama ke kau nak cuti ni, Jan?”

“Alahai, kau ni Sid. Aku baru minta cuti kau dah macam-macam… tak lama, seminggu jer.”

“Seminggu?!!”

Fauzan terkejut sedikit apabila suara Sid tertinggi sedikit dari tadi. Macam terkejut beruk sangat. Dia tersenyum memandang kawan baiknya itu.

“Sid, kalau takde hal besar macam ni, aku takkan cuti… kau faham, kan. Lagipun, belum tentu tempoh yang aku minta tu, seminggu betul akan dapat.”

“Tapi lama sangat kau cuti ni…aku baru dapat lead pasal kes ‘Incubus’ tu, kau nak aku buat sorang-sorang?”

“Alah, Sid. Kawan-kawan yang lain kan ada. Tak luak pun kalau aku tak ada dalam kes ni. Lagipun, lead apa sangat yang kau dapat tentang ‘setan’ tu? Tu common case la, seorang lelaki gila seks yang merogol perempuan dan ukir muka setan atas badan mangsa. Then, guna nama yang kononnya gempak sangat. Aku takde pun kes ni boleh settlelah!”

“Jangan cakap macam tu Jan. Setakat ni dah 3 orang jadi mangsa Incubus. Mahu tak mahu kita kena buat sesuatu. Masyarakat pandang polis semacam je sekarang ni. Tugas kita untuk ubah balik persepsi tu.”

“Ye, ye… aku faham tu semua, Sid. Tapi nak tak nak aku memang kena ambil cuti ni.” kata Fauzan, masih dia ingat betapa susahnya mereka hendak menyelesaikan kes Angel dahulu, nyawanya sampai jadi taruhan. Hai, dulu psikopat membunuh, sekarang psikopat yang suka merogol pula. Apa nak jadi dengan dunia ni, bebel Jan seorang dalam hati.

Sid memang tidak ada niat untuk mempengaruhi Fauzan supaya membatalkan cuti. Cuma dalam masa seminggu ini mungkin dia akan berasa sangat bosan walaupun kes Incubus ini kelihatan sangat adventurous. Dengan keluh yang perlahan, dia menepuk belakang Fauzan agak kuat. Sengaja dia lakukan begitu. Fauzan pula tidak membalas, sekadar perkataan ‘waklu’ yang kedengaran sedikit.

“Jom, aku belanja minum dulu. Cuti kau belum sure lagi, kan? Aku harap kau tak dapat! Hahaha!” gurau Sid menemani perjalanan mereka ke kantin yang tidak jauh sangat jaraknya. Jan tidak terasa sangat dengan gurauan Sid. Memang dia sudah biasa. Kalau nak diikutkan, gurauan dia boleh jadi lebih pedas daripada Sid.

Dalam pada masa berjalan itu, Sid menerima panggilan dari Ari. Dia menjawab dengan suara yang riang.

“Waalaikumusalam, ya, Ari sayang… ada apa call ni?”

“Nothing, Ari nak keluar kejap… nak ke rumah kak Lia, boleh kan?”

“Boleh sayang, Ari pergilah… abang izinkan,” jawab Sid penuh romantis. Fauzan yang ada disebelah sudah membuat muka seperti ingin termuntah. Orang lain pun ada bini juga. Kutuknya dalam hati. Oh, Zarin, my baby… Jan teringatkan isteri itu. Sid ketewa terkekek-kekek penuh comel.

Belum pun sempat telefon disimpan dalam poket, satu lagi panggilan menembusi talian. Sid melihat nama pemanggilnya. Dia terkejut sedikit, namun tenang menjawab, “ya, Ziyad Sidqi bercakap.”

Wajah Sid serius sahaja. Dalam masa menerima panggilan itu, Fauzan hanya mendengar satu perkataan sahaja yang diulang sebut oleh Sid. Ya, ya, dan ya. Itu sahaja. Dia jadi tidak tahan untuk tahu buah butir bicara Sid. Panggilan ditamatkan dengan pamitan ringkas perkataan ‘bye’. Sid memandang muka Fauzan.

“Since kau belum start bercuti lagi, aku nak kau ikut aku kejap… aku dapat lead daripada informer aku.”


...bersambung...


p/s - kalau boleh silalah komen, ya... apa pendapat anda? kalau ada typo...I'm sorry!!!

Comments

Rosmawani♥ said…
wah2..minat novel ka?? :P
>>salam pkenalan... dtg dr blog abg ben..dah follow, jom follow sy jgak untuk smgt lagi sy bblog.. rizaros.blogspot.com :)
trima kasih :))
Mohamadjahn said…
as salam

rizaros...saya mmg dah follow awaklah...hehe... but anyway, thanks sebab baca...

saya suka novel dari dhiya zafira dan Ramlee A.M...penulis lain baca juga tapi tak obses...hehe
Eera Shera said…
ni baru la COOL!hehe...bes2.cm suspen je. nice prolog. boleh increase adrenaline..hehe..pape pn izz sgt comel! jan mmg mnt izz ngn jimmy ek?nape x rif?jejaka idaman semalaya...ngee..
Mohamadjahn said…
eera...jan beg to differ...hahahaha..takdelah..jan minat semua..dari taufik sampai jimmy... dari alia sampai auni... tapi yang berbekas itu izz... jimmy pulak dah nampak aura dia...hehe...rif, sebab dah ramai sgt suka kat dia...i think sebab majority tak baca izz dulu... kalau mereka baca izz dulu mesti dorg lagi suka izz cam saya n kak intan...hehe...
Unknown said…
As'salam.. wow,, boleh jd penulis novel ni.. ikut jejal kak dhiya..

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS