novela the curious case of whatever 5
Part 5
Act 21
Panggilan telefon yang diterima daripada Afi tadi membuatkan Rif duduk terdiam sendiri. Nasib baik dia belum sempat melakukan apa-apa lagi untuk mencari Afi, kalau tidak dia mungkin sudah menyusahkan banyak pihak. Nasib baik jugalah. Sudahnya dia dan Jimmy kembali semula ke rumah dan menunggu sahaja kepulangan Afi.
“Tok, tok jaga budak-budak berdua tu dulu ya, nanti saya datang ambil mereka,” Jimmy menekan punat off untuk mematikan talian. Mujurlah tidak ada apa-apa yangberlaku kepada anak-anak buahnya itu. Mereka selamat berada di Kedah.
Jimmy melihat Rif yang duduk berteleku di sofa. Pandangan matanya nampak tidak keruan, macam marah ada, macam sedih pun ada. Namun hanya Haiyan Rifqi sahaja yang tahu apa rasa hatinya saat ini. Jimmy datang dekat dan duduk di sebelah.
“Rif, kita tunggu dia balik dulu. Then, baru kita tanya. Aku faham perasaan kau sekarang. Aku pun naik marah dengan perangai dia ni.”
Rif tidak menjawab. Dia hanya diam. Jimmy tahu sangat kalau Rif berdiam sebegini dia sedang cuba menahan amarah. Dan Jimmy juga tahu, dengan Afi, hati Rif tidak sampai hati untuk marah… akhirnya dia akan jadi begini. Perasaannya terpendam sahaja. Memang itu perangai adik iparnya ini. Rif bangun daripada duduk yang tidak sedap. Dia memandang Jimmy dengan wajah yang berbaur rasa yang pelbagai.
“Aku nak mandi…”
Jimmy hanya mengangguk yang tidak bersignifikan sangat. Dia cuba memahami Rif tetapi ternyata susah.
…
Di sebuah apartmen di sekitar Kuala Lumpur.
“Kakak dah call dia?” tanya Suri saat melihat Afi diam entah kenapa. Sejak keluar dari tandas tadi, Afi bukan main diam. Tidak seperti tadi semasa menunggu Hafriz.
Tiada jawapan yang didengari daripada Afi. Suri yakin yang dia menceroboh ruang privasi dimana Afi berada sekarang. Lalu dia hanya mendiamkan diri daripada bertanya lebih lanjut tentang perkara ini. Sudahnya, dia sekadar berlalu meninggalkan Afi di balkoni apartmen tersebut. Hafriz yang ada dekat ruang tamu melihat sahaja Suri yang mendekatinya.
“Kenapa dengan dia?” tanya Hafriz dengan sedikit rasa ingin tahu terpancar dari suara dan intonansinya.
“Hmm, entahlah, biarlah dia melayan perasaan sekejap.” Balas Suri seadanya, sekadar yang termampu dia jawab.
Hafriz sekadar memandang muka Suri yang putih cantik itu. Sesekali terasa sayang pula melihatnya, dia tersenyum sendiri. Sekejap sahaja, nanti kalau Suri perasan dia meneliti wajahnya, mampus! Antara kaedah melepaskan dirinya adalah menukar keadaan kepada ruang yang serius. Jadi Hafriz mengeluarkan android kesayangannya, Samsung Galaxy Tab yang baru dibeli. Dia membuka Google.
“Raphael. I wonder if this is his real name…”
“Raphael?”
“Haa… yang nilah nak cerita ni. Kejadian dekat airport hari itu, memang Raphael terlibat. Apparently, mamat yang ikut Afi tu tahu banyak benda, tapi bukan semuanya penting, I mean, bukan semua info dari dia berguna untuk kita.”
“Habis tu apa yang penting… yang dia tahu berguna untuk kita sekarang ni?”
“Tentang saksi-saksi. The reason why they try to apprehend Afi is all because of abang dia, Najmi Hariri. Kapten Najmi Hariri. That’s how things started.”
“Apa yang start? Apa yang berlaku sekarang ni?”
Suara Afi menggegar suasana bicara Suri dan Hafriz. Dengan tangan yang memeluk tubuh dan wajah yang sengaja diketatkan, Afi mencerlang kedua-dua mereka untuk memberi jawapan. Sampai sekarang dia masih tidak punya klu tentang apa yang terjadi, dan melihatkan keadaan sudah kembali tenang, rasanya Suri patut menjelaskan segala-galanya. Hafriz memandang wajah Suri yang sekadar terkebil-kebil matanya. Dia mengangguk sedikit memberi kebenaran supaya semuanya diceritakan kepada Afi.
“Kakak, duduk dulu. Saya akan terangkan dekat kakak tapi saya harap kakak tak panik, okay?”
Afiqah Najwa menurut apa yang dipinta. Dia dengan tenang melabuhkan punggungnya di kerusi sofa berhadapan dengan Suri dan Hafriz. Wajah kedua-duanya nampak serius kerana mengikutkan muka Afi yang terlebih dahulu berona serius itu. Suri membetulkan duduknya sebelum bermula.
“Kakak, semuanya bermula pada malam di mana kakak fetch abang kakak dekat KLIA dulu tu. Kakak tak tahu apa-apa sebab kakak tak terlibat tetapi abang kakak, Kapten Najmi Hariri adalah sasaran. Mereka sedar mereka tak boleh nak berdepan terus dengan abang kakak sebab mereka tahu reputasi abang kakak. Jadi, mereka cuba melemahkan abang kakak melalui kakak.”
“Kakak tak faham apa yang adik cakap ni? Siapa mereka?” Tanya Afi lagi. Suri sendiri sebenarnya pening dengan penerangannya kerana perkataan ‘mereka’ dan ‘abang kakak’ diulang terlalu banyak. Namun itulah yang membuatkan Afi faham yang ‘mereka’ yang dimaksudkan adalah orang jahat.
“Siapa mereka tak penting sekarang ni, cuma yang saya concern adalah keselamatan kakak. So, it’s better untuk kakak balik ke rumah sebab saya yakin Haiyan Rifqi boleh guarantee keselamatan kakak. The best thing now is to divide you and Najmi Hariri for a moment.”
Walaupun tidak berapa faham dengan apa yang dikatakan Suri, sedikit sebanyak Afi dapat mengagak. Abangnya dalam bahaya. Mungkin itu yang cuba dikatakan gadis ini walaupun tidak langsung klu tentang perkara itu dinyatakan.
“So, kakak dah ready, kami nak hantar kakak balik sekarang.”
Afi terdiam, terus dia teringatkan panggilan telefon yang dibuatnya tadi. Rif tidak berkata apa-apa. Sepanjang bercakap tadi memang hanya dia yang bersuara. Dia risaukan penerimaan Rif.
…
Rif memandang isterinya dengan muka yang tak tahulah nak digambarkan bagaimana. Marah ada, sedih ada, kecewa lagilah ada. Sayang, walaupun malas hendak dia akui sekarang namun perasaan itu tetap selalu ada walaupun Afi berperangai seperti ini. Rif tidak ingin menghukum tanpa sebab yang pasti. Tentu ada alasan yang kukuh kenapa Afi berbuat demikian. Tetapi dengan hati yang perit, sakit diperlakukan sebegini… seorang Haiyan Rifqi yang konon berhati kekar inipun boleh terusik juga.
‘Kenapa Afi buat macam ni dekat abang? Sayang, kenapa buat abang risau dan sedih macam ni? Abang tak marah Afi, abang cuma nak tahu kenapa.’
Pertanyaan itu bagaimanapun tidak terkeluar dari bibir Rif, sebaliknya bunyian ayat lain yang kedengaran.
“Tolong JUSTIFY apa yang dah awak buat, Afiqah Najwa binti Zahari!” marah Rif tidak teragak.
Afi tunduk menikus. Dia amat takut sekarang namun mengenangkan memang dia yang bersalah dia tidak ada pilihan lain lagi selain berdepan dan meminta maaf. Alah, apalah sangat marah si suami itu, dipujuk sedikit-sedikit sejuklah nanti. Tetapi… azabnya nak menahan saat-saat seperti ini yang perlu dia tahan.
“Maaf…”
“Maaf, maaf! Ada perkataan lain lagi?”
“Sorry…”
“Lain?!”
“Lo siento…”
“Lain?!”
“.آسف أنا”
Sejuk hati Rif mendengar kata maaf dalam bahasa al-Quran itu. Dia kembali kepada kesedarannya. Tidak perlulah dia terlampau beremosi. Rif menundukkan kepala. Tangannya menutup mulut seakan menahan sebak.
Afi melihat suaminya dengan pandangan yang berbalam. Dia masih boleh nak bergurau lagi pada saat ini. Tiba-tiba dia diserang rasa bersalah yang lebih lagi daripada tadi. Memanglah dia hendak membuat kejutan untuk Rif tetapi apabila kejutan atau surprise yang dirancang entah ke mana perginya, dia jadi keliru. Kejutan jenis apa yang dia hendak buat kepada Rif ini. Tangan Rif diraih dan dipegang kemas. Wajah kacak Rif kelihatan sangat sedih dan ada air mata yang cuba ditahan.
“Rif…”
Terkejutnya Afi tidak terkata apabila Rif melonggarkan pegangan tangannya dengan mengilas perlahan namun kuat. Kasar tangan Rif yang bergeser dengan telapaknya membuatkan dia sedar yang kali ini dia bersalah… salah besar kerana melukakan hati lelaki yang sukar dicalar ini. Namun tidak semudah itu dia hendak mengalah. Sekali lagi Afiqah Najwa meraih tangan Rif. Tanpa melepaskan peluang dia mencium tangan itu penuh kasih dan cinta. Air matanya gugur saat bibir menyentuh kulit tangan seorang Haiyan Rifqi.
Muka Rif masih tidak kendur sedihnya. Masih ada sisa kesal dengan perbuatan Afi.
“Selain maaf, sorry, lo siento, آسف أنا Afi dah tak ada apa-apa lagi nak cakap sebab rasanya sekarang Afi tak layak nak minta apa-apa daripada abang. Kalau Afi kata yang Afi sedar semua salah Afi, Afi takkan buat lagi macam ni… Afi tak tentu lagi abang nak maafkan Afi atau tidak. Tapi Afi betul-betul menyesal dengan apa yang Afi buat. Afi tak minta abang percaya dengan kata-kata Afi tapi cukuplah abang dengar apa yang Afi dah kata.” Hati perempuan Afi menangis dan terzahir dengan perlakuannya sekarang. Air mata berhambur tanpa disuruh, tanpa dipaksa dan tanpa disengaja. Semua yang berlaku sekarang adalah atas nama cinta.
Afi masih berteleku memandang permukaan meja makan. Rif yang ada dihadapannya bangun, mungkin ingin pergi dari melihat lemahnya seorang wanita untuk mengawal perasaan sendiri. Biarlah apapun Rif nak cakap, Afi akan terima dan dia sanggup menanggung kesalahan itu sendiri.
Batang tubuh Rif berlalu dengan jalan yang membelakangi Afi. Walaupun sudah Afi redhai apapun yang akan Rif lakukan untuk menghukumnya namun tidak dapat tidak hatinya tetap akan berat untuk menerimanya. Ditinggalkan berseorangan di meja makan ini sekarang sama sahaja perasaannya dengan ditinggalkan seribu tahun bersendirian.
Air mata menitis di atas meja makan, pandangan Afi langsung kabur. Suasana menjadi suram dan dirinya dipaut rasa sayu. Dia cintakan Rif. Dia sayangkan Rif. Dia tidak ingin Rif pergi daripada cintanya walau sekejap. Dia tidak akan dapat menanggung seksa andai dia jauh pergi daripada cinta Rif.
Udara yang suram itu bagai bertukar bayu cinta. Lengan kekar Rif melingkar membaluti leher Afi. Dapat dia rasakan kepalanya mengalas dagu Rif. Air mata terhenti serta-merta dek terkejut yang bukan sikit-sikit. Buat beberapa saat dia jadi kaku. Jam di dinding seumpama tidak berdetik.
“آسف أنا”…
“Shuuuu…” bisik Rif perlahan namum masih mampu didengar Afi.
…
Dari jauh, Suri, Hafriz dan Jimmy mengintai apalah yang dibuat suami isteri tersebut. Tak sangka pula boleh menonton drama Korea di sini. Suri tersenyum sambil menggigit kuku jari kelingkingnya sendiri.
“Romantiknya… Hafriz, kenapa kau tak pernah buat aku macam tu, eh?”
“Sebab kita bukan suami isteri…” selamba sahaja balasan Hafriz atas soalan Suri.
“Betul juga, hmm… biarkan mereka berdua, kita ada urusan yang lebih penting dekat sini.” Suri mengalih pandangan kepada Jimmy. Begitu juga Hafriz.
Jimmy mengangkat kening.
“Kapten Najmi Hariri, sedap nama…” Suri bergurau sebelum memulakan bicara.
“Hah? Ter…terima kasih…” Jimmy agak gagap untuk memberi respon.
“Okay, enough of this… adik awak nyaris-nyaris diculik penjenayah yang bahaya … semua sebab awak.”
Jimmy jadi terkejut dengan apa yang diberitahu Suri.
“Sebelum apa-apa biar saya terangkan,” balas Hafriz apabila melihat Jimmy kurang faham dengan apa yang dicakapkan Suri. Suri pun satu, adakah patut ditakut-takutkannya Jimmy sebegitu. Walaupun mamat ini askar namun bukannya dia yang menjadi ancaman sekarang tetapi orang lain, adiknya yang lebih penting daripada dirinya sendiri.
“Beritahu saya semuanya,” pinta Jimmy dengan nada mengarah.
“Jemaah umrah yang pulang pada 20 Ogos 2010 lepas tiba pada pukul 8 malam di KLIA, adik Kapten datang menjemput Kapten berseorangan. Dan pada masa yang sama, Kapten Najmi Hariri pulang bersama 4 pasangan yang lain. Namely, Adnan Taufik bersama Alia, Izz Karami bersama Adni Zuhayra, Jad Imran dengan Amie Najla’ dan Ziyad Sidqi bersama Arisa Nur Adalia. 4 orang wanita tersebut menunggu suami masing-masing bersama-sama di lobi lapangan terbang dan ada satu rompakan bersenjata yang berlaku. Suspek berjaya ditangkap tetapi malangnya suspek mati membunuh diri sebelum perbicaraan. Tapi bukan itu yang terjadi. Suspek sebenarnya bukan suspek dan dia bukan membunuh diri. Saya yakin awak nampak apa yang berlaku malam itu dan sebab itulah mereka cuba buat sesuatu kepada Afi. Sasaran sebenarnya adalah awak. Kemungkinan besar apa yang mereka nak adalah… nyawa awak, supaya rahsia kekal rahsia. Walaupun sebenar mereka sendiri tak sure sama ada benar atau tidak Kapten nampak semua tu, mereka tak boleh tanggung risiko tu. Dan bukan hanya nyawa Kapten sahaja yang jadi taruhan sekarang, Alia, Amie, Adni dan Ari… mereka pun sama.”
Penerangan panjang lebar Hafriz cuba dihadam Jimmy sebaik mungkin. Dari apa yang dia perasan memang dia mengalami simptom-simptom seperti diancam atau diperhatikan sesuatu. Panggilan tidak bersuara dan mata-mata yang liar memandangnya memang dia sedar sangat. Dia tidak bimbangkan sangat tentang Afi kerana dia yakin Rif mampu menjaganya, yang dia risaukan adalah ‘kakak-kakaknya’ itu.
Dalam masa berbincang tentang permasalahan yang makin meruncing itu, telefon bimbit Hafriz berdering.
“Ayah awak,” kata Hafriz memandang Suri. Jelaslah dia merujuk kepada Rex, “hello?”
Hafriz diam dan memproses setiap maklumat yang dia terima sekarang. Suri hanya melihat penuh kusyuk.
“Suri, Jad is planning on something, Rex tengah ikut dia.”
Mendengar nama Jad, makin Jimmy tidak dapat menelah apa lagi yang terjadi sekarang ini. Suri dan Hafriz terkocoh-kocoh keluar dari rumah namun sempat ditahan oleh Jimmy terlebih dahulu.
“Wait, if this happens to have some interest on me, I think I deserve to know something!” tegas Jimmy. Dia perlu faham apa yang berlaku untuk keselamatan dirinya dan orang-orang di sekelilingnya.
Hafriz dan Suri berpandangan sesama sendiri. Mereka seperti berfikirkan sesuatu. Tiba-tiba Suri menjawab, “disebabkan awak ni komando, saya benarkan. But seriously, this could get ugly!”
Act 22
Sekitar lebuhraya Guthrie menuju ke Rawang.
“Rex, can you top your speed, now!”
“Relax, Izz… be patient, I’m going as fast as I can!” Rex tidak menipu kerana sekarang kereta AUDI TT 2.0 TFSI S-tronic yang dipandunya hampir mencecah top speed 240 km/j. Itupun Izz masih menyuruhnya menambahkan kelajuan. Sudahlah lebuhraya ini penuh dengan perangkap had laju. Ahh, kalau kena saman aku hantar saja bil dekat kau, Izz. Bebel Rex dalam hati. Nasib baik lebuh raya ini lengang tanpa pemandu lain.
“I heard a gun fired. Is that all that hard for you to understand I’m dead worry right now…” suara Izz tidak membengkang, tidak marah dan tidak memaksa. Namun Rex tahu lelaki itu hendak dia lebih cepat. Kalau perkara seperti ini terjadi terhadap Suri pun dia akan bertindak dengan cara yang sama juga.
“We’ll be there in no time.” Tegas sahaja jawab Rex, seakan memberi jaminan.
…
“Aku dah kata jangan libatkan orang lain!!!” tengking Alek yang baru keluar daripada kenderaan pacuan 4 rodanya.
Jad tidak dapat berkata apa-apa saat ini. Dengan baju yang sudah lencun berlumuran darah merah lagi pekat, dia dalam payah cuba bangun, namun gagal. Kudrat jantannya seperti direntap keluar daripada badan saat menerima tembakan yang tepat memamah isi dagingnya. Bahagian tepi kiri perutnya dicengkam kuat untuk menahan rasa sakit yang hanya dia dan Tuhan sahaja tahu.
“Mana duit aku!!!” jerkah Alek, “mana duit aku!!!!!!” ulang Alek apabila Jad tidak membalas. Bodoh! Bukannya Jad tidak ingin membalas namun apalah dayanya sekarang untuk menjawab setiap pertanyaan yang datang. Hendak mengaduh pun Jad tidak larat inikan pula hendak membalas kata-kata yang setidak-tidaknya memerlukan daya otak untuk berfikir.
Alek kelihatan berang, dia berjalan laju ke arah Jad yang terkocoh-kocoh hendak bangun. Jad sempat memandang ke arah lelaki bernama Alek itu. Belum sempat dia bangun Alek terlebih dahulu menerajang perutnya yang sudah sedia sakit ditembak.
“Arghhh!” jerit Jad menahan sakit yang teramat. Tendangan Alek betul-betul mengenai bekas tembakan yang cuba Jad tahan. Walaupun Jad sekali lagi rebah dan menahan sakit yang tidak terperi, Alek tidak kelihatan puas lagi. Tidak sedikitpun dalam hatinya terbias perasaan kasihan atau simpati terhadap Jad. Memang dasar hati batu neraka!
Di dalam Nissan Navara yang dinaikinya ke sini, Amie Najla’ terjaga dan menahan sakit akibat tengkuk dan perutnya dihentak Alek. Dalam masa beberapa saat, Amie cuba untuk menyesuaikan diri dengan cahaya yang tidak banyak untuk membantu penglihatannya. Dalam masa yang sama juga telinganya menangkap bunyi suara orang mengerang kesakitan. Dalam keadaan payah, Amie cuba bangun untuk mencari asal punca bunyi itu.
“Aku kata mana duit aku? Mana duit aku?!!!” tendangan demi tendangan tidak henti-henti menyeksa tubuh lemah Jad ketika ini. Alek rasa bangga berbuat begitu. Memang dayus. Kalau dengan lelaki pun buat begini, bayangkanlah apa yang dia mampu lakukan terhadap perempuan. Amie mungkin hanya menerima sedikit sahaja daripada apa yang mampu dia lakukan.
Alek berhenti selepas terasa penat sendiri membelasah orang yang langsung tidak berdaya melawan. Dia menyangkung di hadapan Jad. Ada darah merah yang mengalir dari bibir Jad. Dengan kasar dia merentap rambut Jad.
“Duit aku mana?” kali ini tidak ada lagi teriakan yang membingitkan.
“Dah pukul aku macam ni, ada hati lagi nak mintak duit dari aku!” walau dalam payah, Jad cuba melawan. Lelaki bernama Alek ini perangainya tak ubah seperti haiwan, jadi buat apa Jad perlu berhemah dengannya. Fikir Jad dalam hati.
“Kurang ajar!”
Kepala Jad dihentakkan ke jalan tar yang masih baru lagi. Mungkin kerana tidak terlalu bertenaga selepas puas dan letih menerajang Jad, tambahan pula dengan keadaan diri yang masih belum sober lagi dari mabuk yang sedikit selepas meneguk beberapa tin Carlsberg, kepala Jad tidak cedera teruk. Nasib baik jugalah, kalau tidak makin teruk pendarahan yang dialami Jad sekarang.
“Kau memang suka kena pukul, kan. Oh, kalau kau tak kisah mati, aku boleh bunuh kau sekarang, tapi sebelum tu aku pecahkan kepala bini kau dulu, boleh?”
“Duit kau ada dalam kereta aku… mana isteri kau, lepaskan dia!” suara Jad bergetar dengan nada marah, sakit dan risau. Jad tidak jadi untuk terus melawan kehendak Alek apabila nama Amie menjadi subjek dalam percakapan mereka.
“Bini kau pun ada dalam kereta aku, kau pergilah ambik dia!” sedar yang Jad tidak mampu berbuat apa-apa, Alek tidak risau untuk memberitahu di mana Amie Najla’ berada. Dia hendak tengok sama ada Jad mampu bangun dan berjalan sejauh 30 meter atau tidak.
Jad mengetap gigi menahan marah, kesakitan yang tadi bermaharajalela seakan turun sedikit darjatnya apabila dirinya diperlekeh seperti itu. Makin kuat Jad mencengkam luka daripada bedilan peluru yang sekadar memamah sebahagian kecil daripada external obliquenya. Dia mengatur semula nafasnya yang tidak teratur itu dan mencuba untuk berdiri sekali lagi.
Alek yang sudah beberapa langkah meninggalkan Jad menoleh ke arah Jad semula. Agak terkejut yang Jad masih punya kekuatan untuk kembali berdiri. Dengan hati yang penuh dengki dan nafsu syaitan, dia segera berlari dan menyepak belakang lutut Jad dan tendangan kedua hinggap ke tempat bekas luka yang masih berdarah merah itu. Jad tidak daya untuk menahan jerit. Laungan sakitnya disusuli dengan takbir manakala Alek pula ketawa berdekah-dekah. Memang jauh tersesat lelaki bernama Alek ini. Jauh menyimpang daripada jalan Tuhan.
Dalam kereta, Amie melihat Jad jatuh tersungkur mencium bumi. Air matanya terhambur tanda kasih dan kasihan. Tanpa menunggu lama dia segera membuka pintu kereta dan berlari mendapatkan Jad. Sakit peningnya sudah tidak dihiraukan. Dia cuba menjerit memanggil Jad tetapi suara seakan tersekat-sekat dikerongkong.
Jad yang sudah terbaring mengeriuk seperti bayi dalam kandungan menahan sakit yang dialami. Tidak lama sebelum Amie tiba. Amie memeluk Jad sekuat hati.
“Arghhh!” erang Jad sedikit sakit.
Oleh kerana Amie yang berbuat begitu, tidak ada tona marah langsung dalam erangan tersebut. Apa yang dilihat Amie hanyalah wajah Jad yang penuh senyum. Walaupun tidak menyembunyikan rasa sakit yang dia rasa namun Amie lebih banyak merasakan kegembiraan Jad daripada kesakitan yang dia tanggung. Itulah yang membuatkan Amie makin terdera dengan perasaan sendiri. Kerananya, Jad terpaksa menahan kesakitan begini. Kerananya, Jad bertarung dengan nyawanya sendiri. Serta-merta Amie diserang rasa marah yang teramat sangat. Rasa benci yang bukan sedikit menjelma terhadap lelaki bernama Alek itu. Tidak lama sebelum lelaki tak guna itu kembali dalam kerangka cerita mereka semula.
“Walawey, romantik siot… hoi, kau dah buat apa yang aku suruh?”
Jad sekadar berdiam diri. Dia tidak ingin menjawab apa-apa lagi. Sememangnya kalau ditanya tentang perkara itu dia memang tidak ingin menjawab langsung. Dia tidak akan sekali-kali mengkhianati Izz.
“Wait a minute… kau tak cakap apa-apa dekat mamat tu, kan?” suara Alek bergetar marah yang dalam. Dia tidak menunggu lama jika ada yang minta kaki daripadanya. Dengan langkah yang pantas, Alek meluru ke arah pasangan tersebut.
“Don’t… don’t do anything to him!” rayu Amie.
Alek menolak Amie ke tepi. “Memekaklah kau ni!!!” Tersungkur wanita itu dibuatnya dan bukan setakat itu sahaja. Giliran Jad pula yang menjadi bahan amuk Alek.
Sebelah tangan Alek mencekak leher Jad yang sudah berbaring sepenuhnya di atas jalan, sebelah lagi menumbuknya berkali-kali sambil bebelan yang tidak henti-henti.
“Aku dah cakap kalau kau tak buat apa yang aku suruh, bini kau mati, kan? Kau betul-betul ke nak dia mati, kau cakap dengan aku sekaranglah, jahanam! Kau ni memang nak mampus, kan? Kejap, kejap lagi aku hantar kau jumpa dengan Tuhan. Lepas tu bini kau pulak, lepas tu, mak bapak kau pulak? Lepas tu adik-beradik kau pulak, nak? Nak?!!!”
Dengan sisa kudrat yang tertinggal, Amie cuba menolak Alek jauh-jauh namun belum sempat dia berbuat begitu, dengan sebelah tangan, Alek menepis dan menolaknya ke tepi semula. Dia meninggalkan Jad buat sementara kerana yakin yang Jad tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Dia pergi mendapatkan Amie pula.
“Aku yakin kau pernah dengar cerita pasal Incubus, kan?”
Wajah Amie berubah. Dia tahu tentang Incubus, dia pernah diperkosa dengan kejam. Dia tahu seksanya diperlakukan tanpa kerelaan. Dan itu bukanlah suatu pengalaman yang ingin dia ulang kembali. Tiba-tiba Amie melihat Zahim di hadapannya. Tak mungkin, Zahim sudah mati!
“AAAAAA!!!!!!!!” teriak Amie ketakutan. Dia meracau seperti histeria. Ketakutannya terhadap perkara lalu itu membuatkannya tidak sedar yang manusia berhati binatang dihadapannya ini bukanlah Zahim. Namun tidak ada bezanya antara Zahim dan Alek sekarang, kedua-duanya binatang bertopengkan manusia!
Alek kelihatan seronok mencabul kehormatan Amie, makin Amie menahan dan melawan makin naik nafsunya. Dengan rakus, dia menjilat muka Amie tetapi sempat Amie elak dan tanpa sengaja menampar muka Alek. Marah dengan tindakan wanita itu dia membalas tampar semula.
Tiba-tiba kepala Alek dihentak dengan objek keras membuatkannya tersungkur jauh sedikit ke tepi. Kepalanya terasa sakit. Lantas dia memegang bahagian kiri tepi dahinya, ada darah yang mengalir. Tak guna, serunya dalam hati. Jad berdiri sambil memegang sebatang kayu yang ada berdekatan. Disebelah Amie yang masih lagi duduk ketakutan memeluk kakinya.
Sinar mata Jad bak jelingan harimau mencerlang ke arah mangsanya sungguh ironic keadaan ketika ini, bukankah sepatutnya Jad sudah tidak mampu berbuat apa-apa? Apakah yang membuatkan dia masih punya kekuatan untuk melawan? Jad tidak kisah akan kesakitan yang ditanggungnya namun sekalipun dia tidak akan benarkan mana-mana lelaki menyentuh Amie sebegitu lagi. Itu sumpahnya!
Alek berdiri semula, dengan hati yang marah, dia mengacukan pistol yang ada dari dalam poket jaketnya. Muncung pistol benar-benar dihalakan tetap ke arah Jad. Dia sudah makin benci dengan lelaki ini. Walaupun tidak ada sebab untuknya membenci.
“Mampuslah kau!!!” jeritnya dalam nada yang sangat bingit.
Belum sempat picu ditarik, suatu cahaya yang sangat terang mengganggu penglihatan Alek. Dia mengalih pandangan ke arah cahaya itu dan pada wajahnya timbul riak terkejut. Bukan, betul-betul terkejut!
Act 23
“Baik, Raphael… aku make sure aku bawak balik Alek hidup-hidup untuk kau. Consider it done.” Ujar seorang lelaki yang sedang memandu sebuah Lancer Evo berwarna merah di lebuh raya ini. Dia melihat ke dalam cermin hadapan, ada cahaya yang terang. Bukan main laju lagi kereta di belakangnya ini. Tidak sampai sesaat, kereta AUDI TT 2.0 TFSI S-tronic yang laju tersebut memintasnya. Deruan bunyi enjin yang bingit kadang-kala bak irama yang merdu bagi sesetengah orang. Lelaki ini tidak terkecuali.
“Gilalah mamat ni, dekat sini bukannya sikit-sikit speed trap, rushing sangat buat apa? Eh, Guthrie ada speed trap ke?” bebelnya sendiri. Sejenak dia tersenyum, ada orang dah bakar line, kan… apa salahnya kalau dia menurut. Dia tergelak sendiri sebelum menukar gear dan menekan NOS. Walaupun sudah agak lambat untuk mengejar, dia suka kerana moodnya tiba-tiba sahaja baik.
…
“Are we there yet?!!!”
“What happens to the guy with all the patient named Zack, is that good quality of that bad-ass pun kau dah buang, Izz? Sabar sikit boleh tak? Dah nak sampai dah ni, kau rasa senang ke nak drive all the way from Shah Alam ke sini within 10 minutes? Kau tak tau pulak berapa banyak aku dah langgar speed trap tadi?!” marah Rex melihat Izz yang tidak sabar-sabar.
“Kau faham tak nyawa Jad dalam bahaya, kau faham tak?!”
“Faham! Kejaplah, depan itu je, hah!”
Kelakuan 2 orang lelaki berbadan tegap ini tidak ubah seperti budak kecil yang berkelahi berebut gula-gula. Keadaan Izz jadi begitu mungkin sekali kerana nyawa Jad dalam bahaya, Rex pula, terikut-ikut dek kerana ditengking Izz. Masing-masing tak boleh bertolak ansur. Nasib baik jugalah mereka tidak bertumbuk di dalam kereta yang sempit ini.
Rex membelok masuk ke sebuah lorong yang tidak berlampu jalan. Keadaan gelap bagaimanapun diterangi sinar bulan mengambang yang sangat terang, cukup untuk membantu penglihatan. Rex menutup lampu kereta untuk menyembunyikan kehadiran mereka. Kereta diperlahankan supaya bunyinya tidak terlalu kuat. Wajah kedua-dua mereka nampak serius, tiba-tiba Rex mengesan suatu gerakkan dihadapan mereka. Izz turut sama melihat.
“Damn!” Izz menyumpah tak tertahan, Rex tahu apa yang patut dia buat. Dengan pantas dia membuka semula lampu kereta dan memecut laju ke hadapan.
Cahaya yang terang itu membuatkan Alek tidak dapat menetapkan fokus kepada Jad. Nyawanya yang lebih penting sekarang, daripada mati sia-sia dilanggar kereta ini. Dengan pantas, dia melayangkan tubuhnya ke belakang. Keadaan terlampau pantas sehinggakan kakinya hampir-hampir sahaja digilis tayar kereta Rex. Bunyi decit tayar yang dihentikan secara paksa memekik keadaan. Debu-debu halus bertebaran dengan berhentinya kereta tersebut.
Alek yang sudah jatuh rebah membangunkan diri secepat mungkin, takut diserang hendap oleh pendatang baru ini. Matanya dipisat sedikit apabila mengesan lelaki yang baru keluar dari tempat duduk penumpang. Wajah itu tidak akan dia lupa sampai mati, wajah yang paling dibencinya, paling dia ingin buat onar dalam hidupnya.
“Zack?” suaranya tenggelam timbul menyebut nama itu.
Izz dengan berang mencekak kolar baju Alek dan menolaknya ke belakang. Sekali lagi lelaki tersebut tersungkur. Dengan pening lalat akibat mabuk arak tadi yang masih ada sisanya berbaki, Alek menggeleng-gelengkan kepala. Seakan cuba membuang rasa pening itu.
“Hahahahahaha, Zack, Zack… akhirnya aku jumpa jugak dengan kau!” kata Alek dalam nada yang gembira. Izz jadi pelik, kenapa dengan lelaki ini, dia kenal akukah? Tanyanya dalam hati. Namun tidak lama sebelum segala ingatannya kembali bertaut kepada fikirannya. Alek! Salah seorang ahli Black Hawk yang sepatutnya sudah diberkas polis. Hmm, memang dia tahu bukan semuanya ditangkap, namun mengenangkan dirinya sanggup bertaubat dan insaf, Izz juga bersangka baik dengan menganggap saki baki ahli Black Hawk yang bebas akan turut sama mengikut jejaknya. Namun lumrah manusia,rambut sama hitam, hati lain-lain. Bezanya antara dia dan Alek, Alek tidak ingin kembali ke pangkal jalan.
“Apa yang kau dah buat ni, Lek?”
“Apa yang aku dah buat? Kau tanya balik soalan tu dekat diri kau sendirilah, Zack! Apa yang kau dah buat dekat kami? Kau dah bunuh Pot, kau dah khianati kami?”
“Pot dah bunuh Black!”
Alek diam, dia tahu semua itu, namun dia tetap mencari alasan untuk membebankan rasa bersalah untuk Izz. Semasa Izz masih lagi bersama Black Hawk, semasa Zack masih ada, Alek selalu ingin menjadi sepertinya. Waktu itu, Alek masih lagi seorang remaja yang muda. Nasibnya sama seperti Izz juga, diselamatkan oleh kumpulan penyangak itu dan oleh sebab terhutang budi dia terjerumus dalam kancah dosa. Namun sekali lagi, perbezaan antara dia dan Izz adalah dia suka dengan keadaan dirinya. Dia suka menjadi orang jahat.
“I always wanted to be someone like you; you were someone I always looked at. But you’re nothing more than a PEST!” jawab Alek sambil pistol ditangannya menembak tepat ke arah Izz.
“Izz, get away!!!” jerit Rex. Yang turut sama melepaskan tembakan.
Dalam masa split second itu, kuasa Tuhan Yang Maha Esa memungkinkan setiap perkara yang dikehendakinya. Tiba-tiba sahaja butir-butir peluru yang meluncur laju membelah udara menjadi sedikit perlahan daripada biasa pada pandangan Izz. Izz memalingkan mukanya dan mengundurkan diri satu langkat ke tepi. Dua butir peluru yang datang daripada arah yang bertentangan itu bergeser sedikit. Percikan api yang terhasil dari geseran dua peluru itu menaikkan rasa takjub dalam hati Izz buat sedetik masa. Tidak, buat masa kurang daripada sedetik.
Dalam pada masa yang singkat itu, Izz sebenarnya tidak habis lagi menarik satu nafas. Hembusan nafasnya kedengaran sedikit kuat.
Rex melepaskan tembakan buat kali kedua dalam masa kurang sesaat. Peluru yang kedua bertembung dengan peluru yang ditembak oleh Alek. sekaligus menyelamatkan Rex daripada menerima penyudahan yang tidak baik.
Malangnya buat Alek, bahunya parah terkena tembakan daripada Rex. Dia tersungkur ke belakang. Pistol ditangannya terpelanting jauh daripada capaiannya.
“Rex, you son of a gun! You could’ve killed me!” marah Izz tidak dibuat-buat. Kalau dia tidak sempat mengelak, dua butir peluru akan berumah di dalam kepalanya.
“I know you can dodge that!” Izz sekadar berderam menahan marah mendengar jawapan selamba Rex, dia melihat Alek yang mengaduh sakit. Sekaligus dia teringatkan Jad yang menerima nasib yang sama. Terus dia berlari mendapatkan Jad yang sudah terbujur kaku tidak bersuara. Amie yang ada di tepi seperti mengalami kehilangan upaya untuk berkata-kata. Dia terketar memandang suaminya yang sudah tidak bergerak.
“Jad, Jad!!! Bangun Jad! Jad!” Izz menggoncang tubuh sasa Jad yang longlai dek menahan sakit daripada bisa peluru itu dalam jangka masa yang agak lama tanpa rawatan.
“Urgghh…” Jad mengerang perlahan.
Dalam pada masa yang sama, bunyi kenderaan yang merentap suasana sedih sekarang mengambil perhatian semua orang di situ. Lancer Evo itu tadi tiba dengan deruan enjin yang cukup kuat. Alek yang bersusah payah memasuki kenderaan tersebut kelihatan sedang menahan sakit di bahunya itu. Pemandu yang memandu kereta dengan spesifikasi lumba itu merendahkan cermin pintunya. Dia memandang Rex dan Izz.
“Well, well, what do we have here… heheh! I see you two soon, Rex, Zack…”
Decit tayar yang bingit meninggalkan mereka terpinga-pinga. Rex dan Izz seperti ingat akan sesuatu tentang lelaki yang baru tiba itu tadi.
Act 24
Fauzan menghampiri Sid yang masih berdiri di bawah pokok itu. Sid nampak aneh, tidak risaukah dia dengan Afi. Hmm, mungkin Sid cuba menyembunyikan perasaan takutnya memikirkan apa yang terjadi terhadap Afi.
“Dude, are you okay?” tanya Fauzan dengan sopan, cuba menyelami perasaan Sid kala ini.
“…no, aku tak boleh look pathetic depan staf-staf kita.” Sid mengambil masa sedikit sebelum membalas jawapan.
Tepat sekali jangkaan Fauzan, memang Sid menyembunyikan takutnya. Bagi kawan baik yang sudah lama dikenali, Fauzan dapat mengagak galau dalam jiwa Sid. Suara Sid tidak menyorokkan perih rasa hatinya, mungkin kerana yang bertanya itu Fauzan, jadi dia tidak perlu berpura-pura.
“Relax, dude. Insya-Allah everything will be just fine, kau kena kuatkan semangat kau, walau apapun yang jadi pada Ari, semangat kau yang dia perlukan sekarang. Tenang, okay.” Pujuk Jan semampu yang boleh. Tangannya mengurut-urut bahu Sid. Sid mengangguk sedikit.
Seorang daripada pegawai bertugas datang menghampiri Sid dan Fauzan. “Tuan, tak ada sebarang benda lain selain daripada cermin pecah dan telefon bimbit. Selain bekas tapak kasut dan rumput di sekitar kawasan sini yang nampak ada kesan dipijak juga, tak ada lagi sebarang klu lain.” Lapor Detektif Syaza kepada Sid.
Jan memandang Sid yang berpura-pura serius. Dia tahu sebenarnya Sid sekadar menadah telinga sahaja sekarang sedangkan dia memang tidak berada di sini lagi. Mindanya sudah jauh memikirkan kemungkinan demi kemungkinan yang tidak enak. Sudahlah dengan kes Incubus lagi belum selesai, sekarang kehilangan misteri Ari pula yang membuatkan kawannya itu semakin kusut.
“Baiklah, Detektif. Awak boleh balik ke ibu pejabat sekarang… saya dan ASP Ziyad Sidqi nak buat pemeriksaan lanjut.”
“Baik, Tuan.” Jawab wanita berkulit hitam manis itu sebelum berlalu dengan kereta polis yang datang tadi. Ketiga-tiga orang rakan sejawatnya turut pulang ke ibu pejabat polis seperti yang diarahkan oleh Inspektor Fauzan.
Setelah yakin yang anak-anak buahnya sudah tiada, Sid melangkah ke sepohon pokok yang berdekatan. Fauzan hanya memandang. Kasihan dia melihat Sid. Makin Sid buat selamba seperti tidak ada apa-apa di hadapan staf-staf mereka semakin dia tahu yang perasaan Sid terseksa.
“Damn it!!!” laung Sid sambil tumbukan padu melayang ke batang pokok yang tidak ada kena mengena dalam masalahnya sekarang. Nasib baik pokok itu tidak mampu bersuara, kalau tidak sudah tentu dia akan ketawa mengatakan betapa bodohnya Sid menyakiti diri sendiri.
Fauzan berjalan hampir.
“Stay there, Jan. Stay! Just leave me alone!” tengking Sid tidak sengaja. Nasib baik jugalah yang Fauzan dapat memahami Sid ketika ini.
“Okay… not moving, I’m not moving,” balas Fauzan selamba dengan tangan yang diangkat, lagaknya seperti penjenayah yang menyerah kalah sahaja rupanya.
“Kenapa semua ni jadi dekat aku, Jan… kenapa?”
Fauzan melepaskan hela yang sedikit panjang. Dia rasa sedih dan kasihan terhadap Sid namun apabila Sid seperti mempersoalkan ketentuan takdir dia jadi terganggu. Sid bukannya seorang yang rapuh imannya. Tidak sedarkah Sid yang dia seperti menyalahkan Allah atas nasib malang yang menimpa.
“Sid, Allah tak akan menguji lebih daripada apa yang kita mampu tahan. Kau tahu itu, kan?”
Sid menoleh memandang kawannya itu. Dia tahu, kalau Jan sudah mula bercakap tentang agama atau benda-benda bertopik ustaz sebegini maksudnya Jan sedang marah.
Sid tidak menjawab namun kepala yang menunduk menunjukkan dia menyesal kerana terlampau mengikutkan perasaan. Serta-merta panas hati Fauzan yang tidaklah sepanas mana tadi, sejuk semula. Dia melangkah mendekati Sid.
“We think of something, aku ada untuk tolong kau. Tuhan pun bukannya kejam, Dia nak tengok kau kuat ke tidak. Dia takkan berhenti menguji, kita bersangka baiklah selalu, aku yakin Allah sayangkan kau, sebab itu Dia uji, supaya kau ingat Dia… kau suka dengar aku membebel… perasan ustaz macam ni, Sid?”
Ada tawa membalut duka yang dalam itu. Walaupun sedikit, namun Fauzan berjaya juga menenangkan hati Sid yang tidak tenteram ketika ini.
Act 25
Hafriz menghentikan enjin kereta. Mereka tiba di hospital ini agak lambat kerana terpaksa menukar arah semasa sudah sampai kira-kira separuh jalan di tengah-tengah highway.
“Kita dah sampai, kenapa tak keluar lagi?” tanya Hafriz kepada Jimmy dan Suri.
“Kau tahu aku paling tak suka hospital, kan,” beritahu Suri.
Jimmy hanya mendengar sahaja kata-kata Suri, sedikit sebanyak dia jadi ingin tahu juga kenapa Suri berkata demikian.
“Kenapa?” tanya Jimmy tidak sengaja. Dia ingatkan dia tidak ingin bertanya lebih lanjut tetapi ringan pula mulutnya bersuara.
Suri yang sedikit terkejut memandang ke tempat duduk belakang. Tidak sangka lelaki yang hanya diam sepanjang perjalanan tadi membuka mulut bertanya kenapa dia tidak sukakan hospital.
“Hhh, let’s just say... setiap orang ada benda yang dia suka dan benda yang dia tak suka,” balas Suri tidak ingin berkongsi. Biarlah dia sendiri sahaja yang memendam rasa. Lagipun Jimmy baru sahaja dia kenali, takkanlah dia hendak bercerita kisah sedih dengan lelaki ini. Hafriz memandang Suri yang kelihatan tidak berapa selesa ruang kosong yang tidak ingin dia kongsi disentuh.
“Okaylah, jom... rasanya Rex dah lama tunggu,” Hafriz sedaya upaya menukar topik perbualan.
Jimmy juga tidak bertanya lebih lanjut. Dia faham Suri pasti ada sebab sendiri kenapa dia tidak ingin bercerita. Dia pun ada kisah sedih yang tidak sanggup dicerita juga. Jadi dia mampu faham. Ketiga-tiga mereka keluar daripada kenderaan dan berjalan terus ke lobi hospital yang agak jauh juga daripada tempat letak kereta di mana kereta diparkir.
Izz keluar bersama Amie yang sudah sedikit tenang, mendengar kata-kata doktor yang mengatakan keadaan Jad tidaklah terlalu kritikal membuatkannya lebih lega. Walaupun masih rasa tidak senang duduk namun Amie perlu kuat semangat. Itulah juga yang berkali-kali diberitahu oleh Izz kepadanya. Lelaki yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri ini memang mengambil berat akan diri Jad.
“Amie pasni nak tunggu Jad dekat sini? Dia belum tentu lagi akan sedar dalam masa terdekat ni. Kesan sedative tu rasanya lama lagi nak habis.”
“Takpe, Amie tak nak tinggalkan dia...”
Izz yang faham perasaan Amie hanya mengangguk. Dia senyum sedikit sebelum menghala ke arah Rex. Izz berjalan perlahan dan selamba menuju Rex yang kelihatannya duduk membaca surat khabar di tempat menunggu yang lengkap bersofa dan meja kopi. Langkah Izz yang perlahan bagaimanapun disedari lelaki yang masih baru lagi dia kenali. Tidak ada reaksi pada wajah Rex saat melihat Izz mendekatinya. Sofa empuk itu dihenyak Izz dan helaan kasar menemaninya. Izz memandang Rex sekali lagi. Kali ini dia tidak menahan tanya.
“What actually happen here?”
Rex yang asyik membelek-belek surat khabar itu terhenti seketika. Wajahnya serius dan pandangannya bertukar arah menuju ke muka Izz. Sudah tiba masanya Izz tahu akan perkara yang sedang berlaku sekarang.
“Kau ada baca surat khabar? Pernah dengar kes banduan membunuh diri di penjara kebelakangan ni?”
“Ada, kes itu sudah selesai, kan? Apa kena mengenanya kes tu dengan keadaan sekarang.”
“Ya, kes tu dah selesai, but judgement makes a wrong call. That person shouldn’t have died. He is innocent. He was framed and he was murdered.”
“How do you know all about this?”
“Well, I did my investigation. And that’s why you came in the picture, Izz.”
“Why... why me?”
“I thought it’ll be some fun.”
“That’s a very easy reason you have there, what if I won’t do?”
“After what they did to Jad, you can still act all that alright?”
Izz diam. Provokasi Rex membuatkan Izz berfikir sedikit tentang kebenaran kata-kata itu. Memanglah dia patut berasa marah dengan apa yang berlaku kepada Jad. Apatah lagi bila mengetahui orang yang berbuat demikian adalah orang yang menganggapnya musuh. Izz harus tahu yang Alek mungkin tidak akan berhenti setakat di situ. Namun untuk membantu lelaki bernama Rex ini, dia masih belum setuju sepenuhnya. Dia sendiri tidak kenal betul dengan Rex, jadi adakah patut dia ikutkan sangat rentak lelaki ini?
“I’m sorry; I don’t think I’m made for this...”
Ada rona kesal pada wajah Rex. Harapannya untuk mendapatkan bantuan Izz lebur begitu sahaja. Walaubagaimanapun, dia tidak cepat melatah. Izz mungkin masih keliru dan inginkan masa untuk berfikir. Kalau itulah yang Izz mahukan, dia sanggup memberi berapa banyak masa sekalipun namun keadaan sekarang tidak mengizinkan. Sedetik terlambat membuat perhitungan maknanya membenarkan pihak lawan melangkah lebih setapak daripada mereka.
“Okay, aku tak dapat nak ubah keputusan kau. Kalau kau dah tak nak, aku tak boleh paksa. Sekurang-kurangnya, pastikan kau buat laporan polis tentang apa yang dah terjadi kepada Jad.”
“Itu aku tahu. Takkanlah aku nak biarkan keadaan dia macam ini sahaja. Lagipun pihak hospital sendiri akan buat laporan kalau ada pesakit yang ditembak.”
Hafriz menolak daun pintu lobi hospital. Bayang Rex dicari. Tidak lama sebelum matanya menangkap dua orang yang sedang duduk berbual di ruang menunggu. Wajah Rex nampak statik seperti selalu. Itu tidak menghairankan Hafriz kerana lelaki tersebut memang jarang menunjukkan emosinya. Apa yang menjadi ketakjubannya sekarang adalah…
“Wwwwwait!!! Is that Izz Karami?” tanyanya kepada Suri yang berjalan selamba di sebelahnya.
“Erm? Izz Karami? Siapa tu?” balas Suri seperti tidak kenal.
“Izz Karami?” Jimmy juga tidak lari daripada memberi respon.
“Oh my god! I gotta get his autograph!” segera Hafriz berlari ke arah Izz dan Rex.
Suri dan Jimmy pelik dengan kelakuan Hafriz. Kenapa sampai begitu sekali reaksi Hafriz? Macam nampak Lee Minho atau Maher Zain pula lagaknya. Apalah yang diminatkan sangat dengan lelaki bernama Izz Karami itu.
“So, I guess… I’ll just be going, then.” Izz berpamit dengan Rex.
“You sure you don’t want me to ride you back home?”
“Yeah… it’s okay. I can get there on my own.”
Rex mengangguk tanda faham. Izz tidak lokek dari senyuman yang kalau hendak diikutkan tidaklah seikhlas mana. Hanya courtesy sahaja. Dia mengubah langkahnya menuju ke exit utama lobi berkenaan. Namun dia dikejutkan oleh seorang pemuda yang terkocoh-kocoh berlari dan berhenti di hadapannya. Dalam tercungap-cungap, budak lelaki yang kelihatannya berusia dalam lingkungan awal 20-an ini tersengih sahaja memandang wajahnya.
“Haa…. Haa… encik ni, encik ni… Izz Karami, kan?!!”
“Ya, saya Izz Karami. Awak ada masalah ke?” tanya Izz yang hairan dengan pe’el budak lelaki ini.
“Ooo, I’m a fan! Tak sangka boleh jumpa dekat sini!”
Ini kali kedua ada orang berkata begini dan itu memang memelikkan Izz. Dia bukannya selebriti terkenal sehingga ada yang sanggup menjadi peminatnya. Dan kali ini, budak lelaki ini nampak seperti peminat fanatik!
“Okay… what can I do for you?”
“Can I get your signature, sir?!”
“What?!” Izz membentak sedikit seperti tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh budak lelaki ini.
“Hafriz, what are you doing?” tanya Rex yang sudah berdiri di belakang Izz Karami.
Suri dan Jimmy juga sudah berada di belakang Hafriz juga. Mereka jadi pelik dengan obsesi Hafriz yang baru sahaja menjelma ini.
“Najmi Hariri, apa awak buat dekat sini?” saat memandang wajah Jimmy, Izz baru sedar yang dia pernah berjumpa anggota tentera ini semasa berada di tanah suci beberapa bulan lepas.
“Awak pula buat apa dekat sini, Izz Karami?”
Serta-merta Izz memandang Rex dan Jimmy memandang Suri dan Hafriz. Hanya mereka ini sahaja yang ada jawapan untuk pertanyaan mereka.
bersambung...
p/s - baru lepas check dengan kawan Jahn, dia kata Lebuhraya Guthrie tu takde speed trap, so... Rex selamat!!! hehehehe...
Comments
act21..jahn,akak lp nk tmya lh..suri tu dh besar e skr???dh hbis sek lh ni???heheheeee
mmg krisauan rif brtmpat..lg plk rif xsnggup prkra yg prnh brlaku pd nadia akn trjadi pd afi....tp kn mmg akak suka sngt bl rif hnya mmpamerkn reaksi muka...bkn dgn kata2 yg kesat...afi ptut mghrgainya..jgn buat lagi....
act22...mmg dasyat klw harimau trluka..jad blh digmbrkan sbg seekor harimau yg mnganas bl isteri dpn mata disakiti...
jahn...trimakasih krn msh mgmbrkn izz sbg hero..smpaikn xpsl2 kat hosptl pn ada org mntk tntngan...
akak rs jahn agknya pmnat no 1 izz tu klw dh hafriz tu dh jd no2...
teruskn jahn...akak sntiasa mnyokong....
izz tetap no. 1
jad still macho, jgn risau...hehehe
rif, komando pun dalam hati ada taman, kak...hehehe
suri, dah besar dah skang... dah masuk universiti, hehehe...
afi sebenarnya nak buat surprise je tapi dia tak sedar dia kena buru... nasib baik tak jadi apa-apa dekat dia... tapi tak tahulah pada masa akan dtg...hehehe
Rif dan Afi..so sweet, nasib baik mrah rif xlama..
soalan sy..tibaja!
mcm mane hafriz 2 knal izz??
alex 2 nape zalim sgt..so cruel!
ape prkmbgan Ari erk??
hafriz 2 ad feeling kt suri ke??
suri knape xsuka hospital??
rex 2 sape sebenarnya..sy xbrape knal la..huhu
bnyak no soalannya..xkira nk tau jgk!!
truskan mnulis jahn...mmg best la cter awk ni..sy yg mengantok pun segar blik biji mta ni bla bca citer ni..tp kn skrg da ngantok blik..waaaaaa esok exam ni..
jahn doakn sy dpt jwb paper besok..risau nyer..:(
rif n afi, so sweet..nsib baik mrah rif xlama..
soalan sy, tibaja!!
1)mcm mane hafriz bleh kenal izz??
2)ape citer Ari erk??
3)hafriz tu ad hati kat suri ke??
4)nape suri xsuka hospital
5)nape alex 2 zalim sgt??..so cruel
bnyk no soalannya ya jahn..xkira nk tau jgk!!
awk mmg hbat jahn..best citer ni, sy yg ngantok td pun segar blik bji mta ni ha bila bca citer awk.. tp kn skrg da ngantok blik...waaaaaaaa esok exam ni..
jahn,doakan sy dpt jwb paper besok..risau neh!!!...:( btw tahniah jahn.
(sila berpuas hati, hehehe)
1) hafriz kenal izz ~ akan diberitahu kelak dalam novela ini...
2) ari... hmm, ari masih selamat... tidak ada kecederaan parah...
3) hafriz bukan setakat ada hati dekat suri, suri pun ada hati dekat hafriz, mereka saling mencintai tetapi kerap kali main tarik tali, kira macam, "kau sayang aku? aku sayang kau? kau sayang aku tak? sayang!! tak nampak pun", haaa.. camtulah lebih kurang...
4) bau hospital tak sedap...hehehe... adalah, kisah sedih la ni...
5) alek mmg sgt kejam sebab dia yang pilih untuk jadi begitu... tetapi Alek bukannya satu-satunya yang berperangai kejam camtu... ada lain lagi...
harap jawapan ini memuaskan hati dihah...hehehe
sy suke sgt
tp sebb tak bace lgi novel pertama dhiya jd watak jad tu mcm baru ckit la huhu