novela the curious case of whatever 2
Assalamualaikum semua,
selelum apa-apa Jahn nak say, "I'm sorry!!!" dulu before apa-apa... sebab post novela ini agak lambat daripada yang dijanjikan... masalah internet connection, kan...hehe..apa-apa pun... silalah baca dengan hati yang tenang ya...
PART 2
Act 6
Bella Rossa, PD.
Adni memeriksa telefon bimbitnya. Sejak dari pagi tadi lagi dia tidak menerima sebarang SMS ataupun panggilan daripada Amie. Kenapa Amie tidak menghubunginya? Dia jadi pelik sendiri. Bukankah rancangan ini sebahagian daripada ideanya juga. Kenapa pula sekarang Amie langsung tidak update apa-apa lagi dengannya. Mengenangkan rancangan yang sudah terkantoi dengan Izz itu, Adni tergelak sendiri. Adakah dia terlampau cuai atau memang Izz itu yang terlalu hebat menghidu setiap gerak langkahnya. Nasib baik dia ini bukan seorang perempuan yang suka menyimpan anak ayam, kalau tidak… mati sia-sia sahaja. Tak ada langsung rahsia yang boleh dia simpan daripada Izz. Habis mengelamun tentang Izz, ingatan kembali tertancap pada Amie.
“Hai, sayang!” terkejut Dinie apabila Izz menegurnya, entah datang dari manalah lelaki ini. Ada reaksi terkejut yang bukan sedikit pada muka dan kelakuan Adni walaupun hanya seketika.
“Abang tak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk? Ini pejabat, okay!” marah Dinie.
“Dah, abang dah ketuk… abang dah bagi salam 2 kali.” Muka Dinie kelihatan terpinga-pinga. Jauh sangatkah lamunannya tadi sehinggakan suami sendiri masuk ke ruang pejabat pun dia tak sedar.
“Fikir apa sampai boleh tak sedar abang datang?” aduh, lagi sekali… Izz, are you a telepath? Adni memang kagum dengan suaminya yang seorang sahaja ini. Gerak hatinya memang tak pernah menipu. Ya, itulah yang membuatkan dia kekal hidup sehingga kini. Dan membawa Izz pulang kepadanya setelah sekian lama.
“Hah, mengelamun lagi!” Izz menepuk tangan dihadapan muka Dinie.
“Takdelah… Dinie fikirkan sesuatu. Amie… Amie tak ada call Dinie pun lagi.”
Izz hanya berdiam. Bercakap tentang Amie, Izz teringat tujuan sebenar dia ke mari. Lalu dia bertanya terus kepada Dinie.
“Abang baru lepas jumpa Jad tadi. Dia kata Amie hilang. Abang suruh dia relax dululah. Nak lodge police report pun kena tunggu 24 hours. But the time he said that Amie’s phone ada dengan dia, abang jadi pelik sikit. Abang tak cakap apa-apa lagilah, tapi abang rasa something’s wrong. Macam mana Dinie plan benda ni sebenarnya?”
“What? Her phone tak ada dengan dia? Patutlah sepanjang pagi ni dia tak call. Ke mana ajelah Amie ni dah pergi,” rungut Adni mengetahui hal yang sebenar. Namun dia mengesan sesuatu pada wajah Izz. Wajah berfikir itu sesuatu yang tidak disukai Dinie kala ini.
“Abang… you… you don’t think something bad happened to Amie, right?”
“Dinie, when was the last time Dinie talked to Amie? SMS tu, bila dia send?” Izz tidak menjawab sebutir pun pertanyaan Adni. Sebaliknya dia menyoal perkara yang lain. Dengan cara private investigator dialah!
Dengan pantas Adni mencapai handphonenya dan membuka inbox. SMS tersebut tiba kepadanya pada pukul 10 malam. Namun dia hanya memeriksa pesanan itu pada pukul 1.30 pagi. Kali terakhir dia berhubung dengan Amie petang semalam, Jad juga bersama-sama dengan Amie malam tersebut. Oleh kerana terlampau letih menanda skrip-skrip peperiksaan, Jad tidur lebih awal daripada biasa.
“Maksudnya sekarang, Amie keluar selepas pukul 10, sebab Jad yakin Amie masih ada dengannya waktu itu. Selepas pukul 10.00 malam dan sebelum pukul 4.30 pagi. Masalahnya, adakah Amie keluar sendirian… atau ada orang lain bersamanya?”
Mendengar hipotesis Izz membuatkan Adni terasa kecut perut memikirkan apa yang sebenarnya terjadi kepada birasnya itu. Walaupun bukannya biras secara terus tetapi hubungan mereka memang akrab dek hubungan baik Jad dan Izz. Dalam hati, Adni mula berdoa agar tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada Amie.
“Abang rasa?” tanya Dinie memberanikan diri.
“Tak boleh nak cakap apa-apa lagi sekarang. Dinie, janji dengan abang. Jangan bagitahu Jad apa-apa lagi kalau dia call Dinie tanya apa-apa pasal Amie, plan Dinie ni sekali, pun; jangan bagitahu. Cakap Dinie tak tahu apa-apa!” suara Izz tegas.
Adni faham yang Izz tidak ingin menambah semak di kepala Jad. Biarlah dia siasat dahulu sebelum apa-apa hal.
Tiba-tiba telefon bimbit Izz berdering. Nama di skrin ditatap agak takjub. Terkejut kerana pemanggil yang seorang ini memang tidak pernah dia jangka akan menelefonnya. Izz jadi penasaran untuk tahu mengapa.
“Hello,” jawab Izz ringkas.
“Izz, aku terima ugutan pagi ni…”
Mata Izz terbuntang sedikit. Adni juga kelihatan teruja dengan reaksi Izz.
Act 7
Jimmy masih terbayang-bayangkan saat pertama semasa dia bertemu dengan Auni. Entah kenapalah dia sangat bencikannya. Tidak, sangat benci terhadap tentera sebetulnya. Dia jadi tidak faham dengan gadis itu. Jasa tentera sangat besar terhadap negara. Namun, dengan senang sahaja Auni berkata, “saya benci tentera.” Jimmy menggeleng kepala tanda protes.
Buat beberapa hari ini, dia tinggal bersama-sama Rif. Apalagi sekarang Rif tengah semak dengan perangai pelik Afi. Jin atau syaitan mana yang telah merasuk Afi berkelakuan seperti ini. Namun jauh di sudut hatinya, dia tidak percaya Afi sanggup berbuat perkara sebegini. Kadang-kadang apa yang terjadi tidak seperti apa yang kelihatan terjadi. Najmi Hariri yakin yang dia tidak salah. Rif melintas di hadapannya. Kelihatan seperti hendak keluar dari rumah.
“Eh, kau nak ke mana ni?” tanya Jimmy sedikit hairan. Walaupun dia boleh lihat yang Rif ingin keluar, sedikit sebanyak dia masih tertanya-tanya juga untuk apa dan ke mana.
“Menjalankan operasi mencari!” jawab Rif sengaja menekankan kesemua perkataan itu.
“Rif, untuk kesekian kalinya, aku nak cakap jugak… Afi bukan jenis yang macam ini… nota ni… kau sure ini tulisan dia?” soal Jimmy mempertahankan adiknya itu.
Rif kelihatan terdiam seketika, “…yalah, tulisan dialah tu, kot…”
“Aduh Rif, komando apanya kau ni… semua klu pun kau tak tengok betul-betul. Mari sini aku tunjuk!” panggil Jimmy. Nota bersaiz B5 itu ditunjukkan kepada Rif semula.
“Kau tengok sini elok-elok, Afi tu kembar aku. So, kau jangan membantah cakap aku. Walaupun kau suami dia, aku lagi kenal dia daripada kau. So, aku lagi tahu macam mana tulisan tangan dia. Tengok huruf ‘K’, ‘N’ dan ‘A’ ni. Nampak tak yang atas ni lain daripada yang bawah.
Rif sedar semua itu. Dia perasan benar dengan perbezaan tulisan itu. Dia sendiri yang membacanya dahulu sebelum ini. Kalau disebabkan oleh perbezaan tulisan pada bahagian atas dan bawah sudah cukup untuk menjustifikasi kesalahan yang Afi lakukan, Jimmy memang sudah tak ada modal lain. Rif menggeleng memandang Jimmy.
“Kau cuma nak cari alasan yang adik kau tu tak bersalah, Jimmy. Aku faham, tapi kalau dah buat perangai macam ini, aku selaku suami kena buat sesuatu.”
Jimmy sudah kehilangan kata apabila Rif enggan menimbal usul yang dia utarakan. Rif menyarungkan jaket denim berwarna biru tua yang sedikit lusuh. Agak rugged juga penampilan Rif hari ini. Tidak seperti selalu yang segak berseragam tentera. Yalah, takkanlah dia hendak keluar mencari isteri yang melarikan diri dari rumah dengan berpakaian seperti anggota tentera. Pasti dia akan menakutkan orang sahaja nanti. Lebih teruk nanti, pasti ada yang menggelarnya gila. Sayang Rif, rupamu elok, otakmu mereng…
“Aku nak ikut!” suara Jimmy tegas. Rif kelihatannya berfikir sejenak. Patutkah dia membenarkan Jimmy ikut sekali.
“Jomlah,” sahut Rif perlahan.
Act 8
Ari mengerang kesakitan. Memang dasar jantan dayus! Dengan perempuan berani nak menunjukkan kuasa.
“Apa yang kau nak dari aku, hah?!!!” jerit Ari walaupun terasa sakit dihumban ke dalam ruang yang sempit ini.
“Kau tak payahlah nak sibuk sebab apalah, perempuan!” suara penyerangnya itu bingit dan kedengaran parau. Wajah yang bertopeng itu tidak dia kenali. Tanpa menjawab soalan dengan jawapan yang Ari mahu, lelaki itu meninggalkan bilik sempit yang gelap itu.
Pintu dikunci dari luar. Ari sudah menyumpah dalam hati dan percakapannya. Menyedarkan tindakannya itu tidak akan membawa sebarang kesan, Ari berputus asa untuk terus menjerit. Dia berundur ke belakang, menyandarkan diri pada dinding. Bilik ini berbau tengik sekali. Cahaya pula hanya samar-samar. Dia sendiri tidak tahu ke mana dia di bawa lari. Ari hendak menangis namun dia bukannya wanita cengeng yang hanya tahu menangis sepanjang masa. Cahaya gelap begini bukannya halangan besar padanya. Dia pernah buta sementara dahulu. Jadi apalah sangat dengan kegelapan yang sedikit ini.
“Awak? Awak ni siapa?”
Berderau darah Ari mendengar pertanyaan yang datang entah daripada mana. Walaupun dia tahu sekarang ini masih siang namun suasana gelap di sini sangat menyeramkannya. Apatah lagi apabila ada suara yang menegur. Ari mengucap dan membaca ayat al-Quran mana yang dia hafal.
“Astagfirullahal’azim… awak, saya bukan hantu!”
Ari memalingkan tubuh memandang dari mana datangnya suara perempuan yang menegurnya tadi. Saat dia memandang dia sedar, memang benar, bukannya hantu yang menegurnya.
“Kak Amie ke ni?” tanya Ari dengan nada terkejut. Dalam keadaan dirinya yang masih lagi belum sebati dengan cahaya malap semalap malapnya ini, memang sukar untuk dia mengesan wajah Amie. Dia pun satu, macam mana pula dia tidak sedar itu adalah suara Amie Najla’.
“Akak! Apa dah jadi dengan kita ni, kak?” tanya Ari yang kaget dan keliru dengan keadaan mereka ketika ini.
“Entah, akak pun tak pasti. Kamu ni, kenapa pulak boleh sampai dekat sini, Ari?”
Ari teringat apa yang terjadi tengah hari tadi. Dia ke rumah Alia. Sesampainya dia di situ dia melihat kelibat dua orang yang mencurigakan sedang memeriksa sekitar rumah tersebut. Oleh sebab dia memberhentikan keretanya agak jauh dari rumah Alia, dia dapat melihat semua itu. Lelaki-lelaki tersebut memang ada niat tidak baik dengan keluarga Kak Alia.
“Tup, tup, kak! Ada orang dekat sebelah luar kereta saya. Dia pecahkan cermin dan culik saya.” Seriau Ari menceritakan semua yang berlaku tadi. Sedikit sebanyak dia teringat sesuatu. Dahulu, dia pernah jatuh ke dalam lombong akibat Angel hampir separuh mati. Nasib baiklah hari ini, walaupun dia disumbatkan ke dalam guni, dia dihumban ke sini. Kalau tidak, belum tentu lagi dia dapat hidup seperti sekarang.
“Akak, kenapa akak diam je ni?” tanya Ari melihatkan Amie yang tiba-tiba diam dalam suasana samar itu.
“Tak, akak tengah fikir sesuatu, kenapa penjahat-penjahat ni target kita?” balas dan soal Amie. Jawapan dan soalan itu membuatkan Ari terfikir sejenak. Iya tidak iya juga, dia diculik semasa berada berdekatan dengan rumah Alia. Maksudnya, Alia adalah sasaran utama sebelumnya. Ari yakin dia juga adalah salah seorang daripada mereka yang menjadi sasaran kerana hubungan di antara dia, Alia dan Amie. Cuma, penjahat tersebut tidak mempunyai kesempatan untuk mendapatkan Alia barulah dia yang terkena. Patutlah tadi orang jahat itu ada berkata, “tak dapat gading bertuah, tanduk pun jadilah!” Itu menguatkan lagi firasatnya yang mereka memang menjadi sasaran penjahat-penjahat misteri ini.
“Kak Amie, betulkan Ari kalau Ari salah. Selepas kita balik dari umrah hari itu? Akak ada rasa sesuatu yang lain tak? Ada tak rasa macam akak diperhatikan?”
Amie agak terkejut dengan petanyaan Ari itu. Soalan itu terlalu umum kalau hendak diikutkan namun apabila dia memerah ingatannya, dia dapat faham apa yang cuba dikatakan oleh Ari. Ya, tidak salah lagi, peristiwa semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lewat beberapa bulan lepas.
“Ari rasa mereka ke?” ringkas sahaja pertanyaan Amie. Ari mengangguk mengiyakannya dengan penuh beriya-iya. Dia yakin malaun-malaun itulah yang punya angkara!
“Hmmphhh!!!” ada keluh yang berat keluar dari mulut Amie. Menyimpulkan kesal yang bukan sedikit. “Nampaknya, kita terpaksa tunggu kak Alia dengan Dinie dululah baru lengkap reunion kita ni… mereka pun saksi,” celopar mulut Amie membuatkan Ari berasa gerun entah kenapa. Risau kalau perkara yang tidak baik akan benar-benar terjadi.
“Kak! Kita kena cari jalan untuk keluar dari sini. Takkan kita nak mengalah macam ini sahaja, kak?”
“Akak tak kata akak nak mengalah, tapi akak masih tak jumpa cara untuk keluar dari bilik ini. Kita sendiri tak ada sebarang petunjuk di mana kita berada sekarang.”
Kata-kata Amie melemahkan sedikit semangat Ari tadi. Memang benar, bagaimana mereka hendak meloloskan diri dari tempat ini kalau mereka langsung tidak ada sebarang petunjuk. Sama seperti Amie, Ari menyandarkan diri ke dinding. Mencari akal, memikirkan kemungkinan.
Act 9
Kediaman Taufik. 11.30 pagi.
Dinie dan Alia yang berada di dapur tidak mengambil peduli sangat dengan apa yang Izz dan Taufik bincangkan. Alia yang masih tidak tahu-menahu tidak mahu memaksa Fik memberitahu perkara yang belum lagi suaminya itu sedia untuk berkongsi. Dinie pula hanya mendiamkan diri daripada tadi, berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.
Air oren sunquick yang pekat warnanya itu dikacau sebati. Dinie hanya melihat sahaja apa yang Alia lakukan itu. Sarah sudah awal-awal disuruh naik ke atas. Fik tidak mahu anaknya yang seorang itu berfikir yang bukan-bukan apabila mendapat tahu perkara yang mengejutkan ini.
Dinie mengintai Izz dan Taufik yang berada di luar rumah. Sedang asyik bersembang, namun dia yakin bukannya perbualan yang menyenangkan yang mereka kongsi.
“Kau tak cam muka dia?” tanya Izz mendapatkan kepastian.
Fik sekadar menggeleng menidakkan pertanyaan itu. Memang dia langsung tidak berkesempatan untuk memerhati wajah lelaki itu. Izz ini pun satu, berapa kali hendak ditanya benda yang sama.
Sesekali Fik memandang ke dalam isi rumah. Dia melihat Alia dan Dinie. Ada sesuatu yang dirasakannya berlainan dengan isterinya itu. Dia tidak tahu sama ada Alia perasan atau tidak dengan perubahan tersebut. Namun dia dapat rasakan ada yang berlainan dengan Alia. Lamunannya terhenti apabila Izz menepuk bahunya. Dan kata-kata Izz lebih menarik minatnya kali ini.
“Kau tahu apa dah jadi dengan Jad pagi ini? Amie hilang, kalau ada orang ugut kau macam ini, aku tak terkejut ada orang yang perhatikan keluarga kau jugak.” Keterangan Izz membuatkan Fik kecut perut serta-merta. Kenapa sampai macam ini sekali jadinya. Mendengarkan ancaman dari telahan Izz membuatkan Fik hampir terlupa tentang Jad.
“Habis tu Jad macam mana?”
“Mahu tak separuh gila mamat tu,” balas Izz selamba. Dia kenal sangat dengan sepupunya itu. Amie bukan setakat nyawanya, Amie segala-gala buat Jad. Dan memikirkan yang dia mungkin kehilangan Amie merupakan suatu seksaan yang tak tertanggung buatnya. Mujur sahaja Izz berjaya menenangkan Jad lewat pagi tadi, kalau tidak, harus mengamuk, meracau macam orang gila Jad itu nanti.
“Dah puas aku fikir siapa yang nak buat keluarga aku macam ni, Izz. Tapi memang aku tak ada klu langsung. Semua ini memang tak masuk akal!” meja kayu yang ada dihentak kuat sebelah tangan. Izz hanya melihat sahaja perbuatan Fik.
“Tenang, Fik…” tenang juga Izz bermain dengan emosi kawannya ini. Dia tidak ingin Fik dikuasai rasa marah kerana marah itu api. Api itu asal kejadian syaitan. Hati yang marah sangat rapuh dihasut iblis laknatullah itu.
“What do you suggest, then?” tanya Fik, semakin sejuk selepas istigfar menenangkan hatinya berkecamuk dek bara amarah.
“Kita tak tahu dengan apa kita berperang ni, Fik... sekarang kita macam orang buta. Aku perlukan back-up.”
Taufik sekadar diam mendengar. Dia tahu kalau Izz yang dia harapkan memang harapan itu ada. Dia yakin dengan kebolehan Izz. Izz bukan calang-calang private investigator. Dia boleh ibaratkan Izz seperti Sherlock Holmes! Bukan yang cikai-cikai!
Act 10
Universiti Malaya. 2:00 petang.
Telefon bimbitnya berdering. Dengan laju dia mencapainya dan menjawab.
“Amie, Amie ke tu?!” tanya Jad tak menahan.
“Hahaha, sabar Encik Jad Imran. Sabar! Sabar itukan separuh daripada iman.” Suara di sebelah sana seakan mengejek. Jad jadi tidak keruan. Asalkan ada panggilan yang menerjah masuk ke telefon bimbitnya, pasti dia ingatkan itu panggilan daripada Amie. Padahal, kebanyakkan panggilan itu datang daripada pelajar-pelajarnya.
“Siapa ni? Saya tak faham apa maksud awak?” tanya Jad dengan tenang. Panas hatinya dia bendung. Kalau hendak diikutkan mahu sahaja ayat, “who the hell are you?!!!” yang keluar. Sahaja ditahannya. Dia ingat yang Amie tidak suka dia berkelakuan tidak beradab seperti itu lagi. Walaupun Amie tidak ada di sisinya, dia masih ingat untuk mengawal diri. Yalah, orang yang pendek akal sahaja yang cepat hilang pertimbangan.
“Siapa saya itu tak perlu En. Jad kisahkan. Cuma apa yang saya hendak cakap ini sahaja yang penting. Okaylah, malas saya nak panjang-panjangkan mukadimah, banyak cakap pun takde guna, kan? Macam ini sahajalah, saya nampak apa yang En. Jad buat sekarang!” kata-kata itu terhenti sejenak. Pemanggil itu seakan ingin memberi masa untuk Jad memberi reaksi terkejut dan benar, Jad benar-benar terkejut dengan apa yang dia dengar. Ada orang mengintipnya? Adakah orang yang sama yang bertanggungjawab dengan kehilangan Amie? Namun rasa terkejut itu bukannya menunjukkan yang Jad takut akan pengintip ini.
“Kau dengar sini baik-baik, whoever you are! Aku tak kisah kau nampak ke apa yang aku buat sekarang ataupun tidak, kalau kau terlibat dengan apa yang terjadi dengan isteri aku, aku akan pastikan kau tak akan hidup lama,” suara disebelah sana tidak kedengaran langsung. Adakah dia takut dengan ugutan Jad ketika ini? Jad benar-benar serius dengan apa yang dia katakan. Suara dalam dan perlahan itu sememangnya mengerunkan.
“Ye ke?” ejek lelaki yang menelefon tadi selepas lama berdiam diri.
Jad jadi makin menyirap. Kalau disukat suhu darahnya pasti akan pecah termometer itu. Marahnya mendidih-didih seperti lava gunung berapi. Membuak-buak dengan dada sasanya yang turun naik sekarang. Beberapa orang yang lalu di sebelah Jad ketika ini melihat penuh terkejut. Marah benar lelaki ini!
“Hai, diam saja En. Jad? Marah ke? Hahaha, sekarang biar saya pulak yang cakap… kalau kau nak bini kau selamat, kau buat apa yang aku suruh!” kali ini tiba masa si pemanggil pula menunjukkan taringnya yang sebenar. Sudah hilang kata-kata ejekan dan perlian terhadap Jad, yang tinggal hanyalah nada serius mengugut untuk mencederakan Amie. Jad hanya mampu menahan sabar mendengar setiap ugutan yang dia terima, demi Amie dia sanggup diherdik dengan kata-kata kesat sebegitu berapa kali pun. Asalkan Amie tidak diapa-apakan. Panjang juga penerangan daripada pemanggil bedebah itu.
“Kau faham semua yang aku mintak, Jad?”
“Faham…” Jad seakan kerbau dicucuk hidung sahaja selepas mendengar setiap kata-kata pemanggil misteri ini.
“Bagus! Lagi satu, jangan pernah kau fikir nak libatkan siapa-siapa atau polis dalam hal ni… cukuplah sorang! Kalau tidak, nyawa Amie… aku tak jamin! Hahahahaha!!!” ada tawa keji yang panjang selepas itu.
Jad menekan butang berwarna merah pada kekunci telefonnya. Dia tidak sangka yang dia terpaksa melakukan perkara yang tidak ingin dia lakukan hanya untuk mendapatkan semula Amie, bukan… bukan untuk mendapatkan Amie sahaja, untuk memastikan Amie tidak dicederakan oleh manusia berhati binatang itu! Amie sudah teruk terseksa dulu, janganlah diapa-apakkan lagi dia. Jad tidak berhenti berdoa dalam hati. Bibirnya bergerak-gerak menyebut nama Tuhan yang Maha Esa.
Ya Allah, janganlah Kau timpakan dugaan buat aku dan isteriku seberat ini. Ya Allah, aku merayu moga Kau permudahkan bebananku. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.

bersambung...
p/s - tell me what you feel...comment please...
Comments
jahn.....akak rs pnulis asl pn xtrfkir nk buat bnda ni....
teruskan...