perhatian...ini entry kuajaqqqqq!!!

Assalamulaikum (kum, kum...) semua..., (dah kata entry kurang ajar, kan...)

eh Emil, kau main-main pulak... salam tu, baik-baik sikit... kang datang betul kak kum kum tu kat kau baru tahu!! (aku jantan, bukan pompuan kum kum nak datanglah!!)

sila abaikan keJAHANAMan si Emil itu... Jahn nak ceciter-ceciter ni...

tadi masa balik dari CC, kan... Jahn terdengar sekumpulan ahjusshi (pak cik!) ni, sedang baikkkkk punya dok bersembang kpoi di kedai kopi (cerita kedai kopi, katanya...)

mereka bercerita tentang solat jamak... ahjusshi ni suka cerita benda-benda berunsur keagamaan, keinsafan serta ketuhanan camni... tapinya yang keluar dari seorang mulut ahjusshi  ni adalah...

JAMAK TAKYAH...

tahulah jamak tak yah itu apa, kan... duh... sangat kecil hati okeh... takdelah...hehe

Jahn pun nak tambahlah... sepanjang jalan nak balik umah Jahn terfikir benda itu... banyak lagi sebenarnya jenis-jenis jamak ni selain jamak takyah, contohnya:-

jamak ke?
jamak yang sengaja tanya-tanya kepada orang seperti jamak solat itu tidak perlu... macam benda itu small matter, tayah buat, kan... kufur tahap hanjeng, kan...

jamak tak kot...
jamak yang dirasakan tidak payahlah... sebab dah lambat nak buat keje... sial, kan... kerja tu oleh beli tiket one way ke syurga ke?

jamak takkanlah...
ini betul-betul jamak yang sangat kurang ajar, ya... orang lain tuduh orang lain dia tidak sembahyang sebab sure orang itu tidak sembahyang kerana perangai orang itu yang selalu meninggalkan solat, jadi bila orang itu insaf dan ingin bertaubat, orang lain itu mempermain-mainkan dia dengan tidak percaya dia jamak solatnya... kesian orang itu, patutnya disokong, bukan di-moral down-kan...

jamak takpe...
jamak yang tidak dibuat kerana berasakan tak salah ditinggalkan, seriously something's wrong dengan otak si pelakunya...

jamak tak ingat...
jamak ini macam innocent tapi confirm2 kau sebenarnya malas nak sembahyang, kan...

jamak bila?
jamak yang terkeliru sama ada dia perlu jamak atau tidak, tapinya tidak juga dia sembahyang seperti biasa, nampak sangat kau bukan confuse tapi memang malas...

jamak jimak...
kategori paling kurang ajar... yang ni laju je kau buat, kan!!

tapinya, kawan-kawan sebetulnya ada 2 je jamak yang Jahn tahu... sebab ini je yang Jahn ada belajar, betulkan kalau Jahn tersilap:-

jamak takdim
iaitu menggabungkan dua waktu solat dalam satu waktu dengan cara memajukan pada solat yang terdahulu (zohor dan asar pada waktu zohor, maghrib dan isyak pada waktu maghrib), wah, kau tahu Emil? (aku kufur sangat, kan!!!)

jamak takhir
iaitu menggabungkan dua waktu solat dalam satu waktu dengan cara melanjutkannya pada waktu yang terkemudian (zohor dan asar pada waktu asar, maghrib dan isyak pada waktu isyak), wahhh!! Emil is ustaz Amirul!!!

sekian sahaja kuliah kita malam ini, selamat malam, renung-renungkan selamat beramal, berbelog...

p/s - Jahn ni bukanlah ustaz, tapi tak salah kalau nak berkongsi sesuatu yang kita semua tahu tapi kadang-kadang kita cuba buat-buat lupa...
4 comments

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA