silau, kan mata tengok...

Assalamulaikum semua,

Jahn nak ceciter ni...

kira-kira dua tiga hari lepas, kan ... Jahn pergi tapau dekat seksyen 6, shah alam... kedai makan banyak-banyak dekat depan pasar tulah... korang yang dok shah alam ni tahula, kan... yang lain-lain tu tak payah lah google maps pulak sekadar nak cari seksyen 6 tu di mana, membuang masa jelah... hahaha (nak bagitahu pergi tapau makan pun buat blog entry, kan... mengada, kan... takde modal, kan... bodoh, kan!!)...

so, dalam dok sedap menapau nasi ayam tu, kan... mata Jahn menangkap sinaran-mentari-senja-kau-tua-nak-mampus-feelinggggg-muda-pakai-rantai-emas-bila-kau-nak-bertaubat-hah!

kau ingat kau selangkah ke arah ke-gorgeous-an seperti ini ke, hahh? tidak sama sekali!!

itu adalah satu term yang Jahn bagi dekat lelaki hampir separuh abad yang memakai rantai emas di tempat awam... dari bentuk muka dan warna kulit... MELAYU!!

kau tak malu ke berpakaian macam orang tak ada iman... Jahn waktu tu pun pakai seluar pendek aras lutut, kan... tak nak disamakan dengan lelaki tua yang tidak tahu agama itu, Jahn tarik-tariklah sedikit seluar Jahn ke bawah supaya betul-betul menutup lutut, kan...

tapi bukan itu masalahnya, kenapa kau pakai benda-benda yang taboo dalam masyarakat ni pak cik oiii... pakailah rantai silver ke, lagi macholah!! ni nak jugak kau berlagak dengan rantai celup bini kau, kan... tak malu, kan... bebal, kan... aduh... makin tua makin tak pandai nak beza halal haram, kan... kubur tu dah bentang red carpet kat kau, dah siapa buat rehearsal nak sambut kedatangan kau, kau buat macam ini lagi... takde otak, kan...

bukan setakat itu sahaja korang... butang baju kemeja murah tidak dibeli dekat Polo Haus, Smart Master, Zara mahupun Padini dan Brands Outlet sekalipun... dibukak separuh badan (lebih kot) cukup untuk menunjukkan perut kau yang tidak langsung terbentang otot-otot kekar lagi sasa melainkan gumpalan lemak tepu yang tidak dapat diselamatkan lagi selain liposuction, kan... tak malu lagi, kan... aduh... aku memandang ni haaa.... Seksa!!! korang...

bawak-bawaklah pakai macam ustaz amirul kalau dah umur macam itu, ya... aduh!! bala, bala, bala sungguh bala!!



Jahn ingat itulah satu-satunya manusia tak tahu hukum hakam yang Jahn jumpa memakai rantai emas dengan confidentttttttt, kan... tapinya... lagi sekali pagi ni... di ofis... seoarang staff yang bekerja di kilang, ya... memakai benda yang sama... adakah ini trend? adakah ini style? kau ingat kau yenna ke, haaa? kau tu melayu... islam...
lagi sorang, kan...

aduh... pitam!!!

anyway, untuk lebih sure tentang hukum hakam agama ni, Jahn tinggalkan korang dengan link ini...

hukum lelaki memakai emas putih
dari Ustaz Hassan Basri Hj Abdullah

~ tahu dah keluar tajuk sikit tetapi ada input yang patut dikongsi... emas kuning tu, kan dah konfem-konfemlah kita tahu haram bagi lelaki memakainya... lepas itu ramai yang resort kepada emas putih, persoalannya di sini, adakah emas putih halal dipakai oleh lelaki?

sila baca untuk pengetahuan anda...

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS