novela the curious case of whatever 3
Assalamualaikum semua,
Jahn minta maaf sebab lambat post... selain tidak ada masa, Jahn buat proof-editing tadi, tapi kalau still ada typo, I'm sorrrrryy!!!
please enjoy this!
Part 3
Act 11
Sid dan Fauzan duduk di kerusi di ruang menunggu berdekatan dengan wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur, dia tidak menyangka yang perkara sebegini akan terjadi. Sesekali Sid meraup wajah dan menguak rambut ke belakang. Perasaan cemas memang tidak dapat dia tahan sekarang ini.
“Relax, dude. Everything will be just fine. Kita berdoa sahaja sekarang ni,” pujuk Jan yang dari tadi melihat Sid tidak henti-henti mundar-mandir ke hulu ke hilir.
“Jan, itulah satu-satunya saksi yang kita ada. Informer aku pun, tak pasal-pasal dia kena tibai sekali. Separuh mati tu, Jan!”
“Ye, aku tahu! Tapi bukan salah kau, kan sekarang ni? Sid, benda kalau nak jadi, kau elak macam mana sekalipun tetap akan jadi! Inikan pulak benda yang langsung kita tak jangka!” Fauzan terlepas kata dengan nada yang sama seperti yang Sid lontarkan. Melihatkan muka sugul, monyok Sid itu, dia tahu dia agak keterlaluan dalam menegur.
“Look, dude. I’m sorry, I didn’t mean to yell. I’m sorry, okay,” ujar Jan saat mendekati Sid yang duduk menampung dahi bertentangan dengannya.
Lorong sederhana luas di wad ini agak ramai juga kaki tangan yang lalu lalang. Adalah seorang dua yang menegur supaya senyap. Mereka ini pun satu, tak padan dengan polis, peraturan untuk diam langsung tak dipedulikan. Jan tersenyum sedikit apabila seorang nurse yang tidak kalah rupanya itu menunjukkan isyarat diam dengan jari telunjuknya dihadapan bibir. Dia sengaja melirik nakal, namun Zarin Nadhira tak akan pernah kalah dengan gadis jururawat ini. Selepas bayang gadis itu hilang dari pandangan, fokusnya kembali tertumpu kepada Sid.
“Jan, kalau kau ingat aku mellow sebab kau marah, tengking aku, kau silap. Aku jam macam ni sebab aku dah hampir-hampir dapat selesaikan kes ni, perempuan yang hampir nak mati itu satu-satunya saksi yang kita ada untuk sumbat Incubus dalam penjara. Dia even cam muka si keparat tu!” luah Sid memberitahu kenapa dia jadi sangat terkilan sekarang. Kalaulah dia cepat sikit tadi. Pasti perkara ini tak akan berlaku. Wajah sugul Sid dijamah teman baiknya itu. Fauzan yang masih berdiri memandang penuh bengang. Sid ni memang nak kena terapi dengan aku!
“ASP Ziyad Sidqi! Kau bangun sekarang!” Sid mendongakkan kepalanya untuk memandang Jan yang tinggi di hadapannya. Dia bangun menghadap Fauzan, tetapi bukan kerana dia disuruh berbuat demikian. Sebaliknya, sebab dia marah Fauzan bergurau tak kena cara sekarang ini.
“Kau kenapa, Jan?! Kau nak...” belum sempat kata-katanya habis Fauzan meningkah percakapannya.
“Kau yang kena tanya diri kau soalan tu? Kenapa dengan kau ni? Kenapa cepat sangat putus asa? Merengek macam dah tak ada cara lain nak selesaikan masalah ni! Sid yang aku kenal takkan mengaku kalah! Ziyad Sidqi yang aku kenal tahu macam mana nak selesaikan apa yang dia dah mulakan! ASP Ziyad Sidqi yang aku kenal, takkan jadi macam siapa yang aku tengok depan mata aku sekarang ni! And for your information, Ziyad Sidqi tu kawan baik aku! Abang ipar aku!” kata-kata Fauzan mati dengan sedas tumbukan di perut, cukup untuk membuatkannya senak!
Fauzan tidak berdiam diri, dia membalas tumbukan Sid pada bahagian tubuh yang sama. Seperti Jan juga, Sid terasa senak yang bukan sedikit. 2 orang jururawat lelaki yang ada di situ segera menahan tindakan keanak-anakkan mereka sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Kedua-duanya disuruh beredar. Seorang doktor yang kebetulan lalu di situ menegur.
“Encik, apa-apa hal pun boleh selesai cara aman, kami dekat sini dah banyak sangat dah kerja daripada nak merawat encik berdua kejap lagi, baik encik-encik berdua ni keluar minum air dulu ke? Tentang 2 orang pesakit yang encik bawa tadi, Insya-Allah tak ada apa-apa yang severe.”
Sid dan Fauzan malu sendiri. Mereka berpandangan semasa sendiri, sebelum tawa meletus.
Act 12
Taman Tasik Shah Alam.
“Hello, eh… Izz, lama tak dengar cerita. Apahal call aku ni? Tak pernah-pernah kau call tiba-tiba macam ini.” Sapa orang di talian sebelah sana.
“Heheh, dah lama tak call-lah aku call ni! Haha, cut to the chase, I need you help. Kau boleh tolong aku?”
“Apa masalah kau sekarang ni, Izz? Susah kau nak mintak tolong dari aku, alih-alih kau mintak tolong pulak. So, what’s the case?”
“Macam ni...” Izz menceritakan situasi yang sedang dia alami sekarang dan mereka-mereka yang terlibat. Dia kedengaran sangat serius. Dinie yang ada di sebelah hanya mendengar penuh minat. Sedikit sebanyak dia juga merasakan yang dia juga terlibat dalam kes besar ini.
“Oh, kau nak aku buat cover dan intip diorang ni je ke? Takdelah susah sangat. Kau jangan risau Izz, consider it’s done.”
“Thanks, Tony. I owe you one,” balas Izz mengucapkan terima kasihnya terhadap kawan lamanya itu. Selama ini memang dia tidak pernah meminta tolong dengan Tony walau untuk apa sekalipun, namun kini dia tidak punya pilihan lain. Izz sebenarnya sudah mengetahui sesuatu. Dan dia akan memberitahu Dinie selepas ini tentang itu.
“Alah, Izz! Tak payahlah kau nak terima kasih sangat, itulah gunanya kawan. Macam mana dengan buah hati kau tu? Isteri tercinta?” Tanya Tony merujuk kepada Adni. Izz menukarkan telefonnya kepada mod loud speaker. Ingin berkongsi dengar dengan Dinie.
Mendengarkan usikkan Tony yang sudah lama tidak mendengar khabar berita itu, Dinie jadi terhibur sedikit.
“Tony, saya sihat dekat sini. Izz jaga saya dengan baik,” Dinie membalas pertanyaan Tony kepada Izz.
“Eh? Dinie... Izz? Apa ni, aku tanya kau. Hahaha, Dinie sihat? Hahaha!” tergagau juga Tony hendak menjawab kata-kata Dinie yang tadi sengaja buat-buat marah.
Izz sekadar diam tersenyum sahaja di depan Dinie. Dia berpamit dengan Tony. Masih tebal lagi rasa gembira mengenangkan sahabat lamanya itu. Saat memandang ke arah Dinie, mata Izz berubah rupa. Mata yang seram, yang lama tidak Adni lihat itu kelihatan. Tidak lama, sebelum pandangan itu berubah sayu.
“Kenapa ni, Izz?” kata ganti nama ‘abang’ tidak digunakan. Suara Dinie tidak keluar sangat.
“Saya takkan biarkan ada sesiapa yang cuba dekati Dinie lagi. Apa yang dah jadi dulu tu cukuplah sekali, saya tak nak Dinie lalui apa yang pernah kita jalani dulu.”
Dinie tidak faham apa yang dikatakan Izz. Dinie tidak dapat mengagak apa yang dimaksudkan. Apa yang Izz cuba beritahu? Dan apa yang tak nak Izz biarkan?
“Apa yang Izz katakan ni? Dinie tak faham,” tanya Dinie tidak menahan.
Izz tidak membalas. Pandangan matanya itu makin sayu. Segera Dinie ditarik dan dikemaskan dalam pelukkan seakan tidak ingin dilepaskannya buat selama-lamanya. Ada sendu yang sedikit.
Izz menangis! Kenapa?
Dinie cuba menolak untuk melihat Izz tetapi langsung tidak daya melawan tenaga Izz. Izz tidak membenarkan Dinie lepas daripada rangkulannya. Dinie yang walaupun tidak faham dengan kelakuan Izz turut sama menitiskan air mata. Buat sementara, mereka kekal begitu.
Act 13
Keadaan di dalam restoran itu agak sederhana sahaja. Afi melihat keluar. Agak jauh dia melarikan diri daripada Rif. Dia tahu apa yang dia lakukan ini salah, berdosa besar dia keluar rumah tanpa izin suami. Namun mengenangkan sayang dia tekad untuk meneruskan rancangan nakal-nakal sayang ini. Selepas meninggalkan anak-anak dirumah nenek mereka, Afi ingin keluar mencari hadiah buat Rif. Harap-harap yang Rif tidak perasan yang ini hanyalah surprise birthday anniversary sahaja. Mengingatkan Rif hatinya berbunga riang, rindu benar rasanya. Dia tahu yang Rif sudah pulang daripada tugasan biasa yang selalu dilakukannya. Untuk menguatkan lagi rancangannya, dia bermula sehari sebelum Rif pulang. Afiqah Najwa ini, dia tidak tahu macam mana perasaan Rif sekarang!
Air fresh orange yang dipesan sampai bersama 2 keping roti bakar. Diet katanya. Afi mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu. Ada senyum menemani pergi pelayan lelaki itu semasa melangkah pergi. Minta maaf banyak-banyak, isteri orang!
Sedang enak menjamah roti bakar Old Town White Coffee itu, Afi terpana apabila seorang gadis yang selihatnya dalam usia awal 20-an duduk menghadapnya. Wajah gadis itu putih mulus, bentuk badannya ramping dan agak seksi. Rambut yang dibiar lepas panjang separas bahu kelihatan lembut dan bersinar seperti model iklan shampoo DOVE. Solekan yang tipis menyerlahkan kecantikkan semula jadinya, namun sayang pakaiannya langsung tak tahu segan. Walaupun bukannya terlampau terdedah namun macam balut nangka sahaja ketatnya.
Afi tersenyum namun wajah terkejut dan hairan sahaja yang kelihatan, “ya, kenapa?” tanya Afi tidak mengucap salam terlebih dahulu. Gadis itu membalas dengan senyum yang sama manisnya dengan Afi. Afi makin pelik, gila ke budak ni? Walaupun tidak terzahir dengan kata-kata namun matanya mengerlang mengucapkan kata-kata itu.
“No, kak Afi, saya bukan gila. Saya cuma nak berbual dengan kakak sahaja. Macam mana life kakak sekarang? Okay?”
Afi jadi terkejut dengan apa yang dikatakan budak perempuan ini. Bagaimana dia kenal aku?
“Sebelum kakak tanya apa-apa let me order some drink first, okay? Haus!” attitude gadis ini membuatkan Afi jadi takjub sekejap. Selamba sahaja.
Mukadimah memang lama sebelum minuman gadis itu sampai dan mereka mula mengurangkan jurang yang ada dengan perbualan yang ringan. Mereka berdua kelihat selesa seperti sudah lama kenal sebelum gadis itu menghabiskan sisa gelak tawanya. Sejurus itu pandangan serta senyuman yang sukar dimengertikan terpancar dari raut jelita gadis itu.
“8 malam, 20 Ogos 2010… kakak ingat dekat mana kakak berada?” tanya gadis itu.
Afi memandang gadis itu penuh hairan, walaupun pendek, namun soalan itu memang spesifik. Dan walaupun soalan itu tidak menggunakan bahasa yang menakutkan namun Afi dapat merasakan ancaman dari pertanyaan itu.
“Kenapa adik tanya soalan macam ni? Apa yang adik nak dari kakak?”
Budak perempuan itu mengalih pandangannya ke luar restoran kopitiam itu. Dan dengan perlahan sahaja dia bercakap, “kakak, pukul 9, ada orang perhatikan kakak dari tadi. Kakak tak perasan yang kakak dah diekori selama beberapa hari ni?”
Berderau darah Afi mendengar kata-kata gadis itu. Pukul 9? Afi melihat ke arah kirinya. Dia berpura-pura seperti tidak ada apa-apa dan matanya berlakon seperti tidak nampak. Namun baru dia perasan yang lelaki berjaket hitam itu sudah berada di situ selama mana dia berada di restoran ini!
Afi memandang ke hadapan semula menghadap gadis itu. Gadis itu juga cukup pandai berpura-pura dari ditangkap yang dia perasan semua yang berlaku. Afi memandang serius, apa motif gadis ini pula? Kenapa dia memberitahu benda ini sekarang? Dia tidak kenal pun siapa budak perempuan ini dan dia tidak seharusnya percaya segala apa yang dia lihat sekarang. Mungkin juga gadis ini ada niat yang tidak berapa baik. Manalah dia tahu, kan!
“Okay, beritahu kakak, kenapa adik beritahu kakak benda ni sekarang? Siapa dia tu?” tanya Afi, tidak ingin berlengah. Keselamatannya bukannya terjamin sangat sekarang, jadi dia tidak pedulikan apa-apa lagi. Menjadi isteri kepada seorang komando sedikit sebanyak memberikannya keberanian yang entah datang dari mana. Semangat Rif mungkin.
“Look, kakak. Apa-apa pun yang kakak fikirkan, saya bukan macam itu. Just answer my question tadi. Di mana kakak malam jemaah umrah pulang hari itu?”
Afi sudah makin dapat mengagak sesuatu. Gadis ini tahu sebenarnya di mana dia berada pada masa dan tarikh berkenaan. Dan sesuatu berkaitan dengan hari dan masa itu yang menjadi bahan percaturannya sekarang ini.
“Adik yang cakap sendiri, jemaah umrah tiba dari Mekah ke KLIA pukul 8 malam hari itu. Jadi, kakak ada dekat KLIA.”
“Menunggu siapa? Kapten Najmi Hariri? Kakak ni adik kembar dia?” soalan yang bertalu-talu membuatkan Afi bosan hendak menjawabnya. Afi bangun dan menghentak meja dengan tangan. Pelayan lelaki yang ada hati dengannya tadi terkejut sedikit melihat kejadian itu.
“Kakak, kan saya dah kata, apa-apa yang kakak fikir sekarang, saya bukan macam itu! Kalau saya jadi kakak, saya duduk sekarang dan cari jalan macam mana nak lepaskan diri daripada lelaki tu.” Suara gadis itu tenang dan cuba menenangkan Afiqah Najwa. Afi beralah, walaupun belum cukup yakin dengan gadis ini, dia tetap tidak punya option yang banyak untuk dipilih. Ada benarnya juga apa yang dikatakannya. Bagaimana hendak melepaskan diri daripada lelaki ini. 3 hari keluar daripada rumah, adakah selama 3 hari ini langsung dia tidak sedar yang dia diperhatikan?
“Beritahu kakak apa yang adik tahu,” Afi cuba berdiplomasi dan tindakannya berjaya apabila gadis itu mengangguk perlahan. Nampaknya dia sudah mendapat kepercayaan Afi dan tidak susah untuk dia mendekati bakal mangsa yang seterusnya. Ada senyuman di akhir anggukkan itu. Sekali lagi, senyuman yang tidak dapat dimengertikan itu terlakar pada wajah gadis tersebut.
“Nama saya Surihana. Panggil Suri sahaja.”
Act 14
Universiti Malaya.
Jad berteleku menampung kepala dengan penumbuk di dagunya. Akhirnya, dia kembali kepada kesedarannya, walaupun dalam marah dan sedih yang berselang-seli. Dugaan ini memang berat. Dia rela merasai kemiskinan atau menahan kesakitan daripada hidup tanpa Amie. Sesungguhnya, tidak ada pengganti wanita itu dalam hatinya. Rindu itu hanya untuk dia.
Jad tahu tindakan yang akan dia ambil kali ini memang tinggi risikonya. Dia tahu dia belum tentu berjaya. Namun mengenangkan isteri yang menjadi bahan percaturan, dia tidak punya masa lagi untuk mempedulikan sebarang akibat dari setiap apa yang dia lakukan. Dia perlu bertindak, dan dalam hal ini tindakkannya bukanlah rasional sangat namun punya justifikasi yang kukuh.
Dia tahu yang dirinya menjadi bahan intaian sekarang. Jad tahu walaupun dia tidak dapat melihat namun ada mata-mata yang liar memerhatikan tindakannya. Dia harus pantas mencari sebelum apa-apa. Kadang-kadang menyerang lebih baik daripada bertahan. Dan itulah apa yang akan dia buat. Setelah mindanya menjadi lebih rasional, dia mula berfikir yang menuruti semua kehendak gila pemanggil tadi adalah satu tindakkan paling bodoh dan hina sekali dia pernah buat. Jadi, dia tidak akan melakukan sesuatu yang sekeji itu. Dia tidak sanggup!
Walaupun Jad ini bukanlah sehebat Izz atau secekap Rif namun silap besar orang yang mencari pasal dengan keluarganya. Nasihat Izz untuk tidak melaporkan kepada polis masih dia ikut namun kalau Izz tahu tentang apa yang akan dia buat, pasti akan pening kepala sepupunya itu. Seakan tahu yang orang tersebut akan menghubunginya Jad menunggu penuh sabar untuk telefon bimbitnya berbunyi. Namun yang lain pula terjadi. Jad segera mengalih arah pandangan apabila telefon pejabatnya yang berdering. Dia jadi hampa, pasti ada lagi pelajar-pelajar yang tak faham-faham dia tidak boleh menaikkan markah sesuka hati hanya kerana tak mahu pelajar tersebut mengulang semula subjek berkenaan. Panggilan diangkat malas.
“Hello…” sengaja dia lemahkan suaranya.
“Hello, En. Jad Imran… ingat lagi dekat saya?” argh, suara ini… Jad jadi terdiam sekejap. Boleh pula dia menghubunginya menggunakan nombor ini, nampaknya memang dia diperhatikan dan pemanggil memang kenal dengan Jad. Tapi siapa?
“Takkan diam ja, En. Jad? Awat, terkejut ka?” hmm, dia turut mengajuk lograt Kedah Jad!
“Apa lagi yang kau nak ni, hah? Kau kata nak ‘benda’ tu esok malam, kan… esok sahajalah kita jumpa. Apa lagi yang kau nak cakap?” marah Jad tidak tertahan mengenangkan lelaki yang cukup kurang ajar ini!
“Sabaq! Sabaq, En. Jad! Kan saya dah cakap sabaq tu separuh daripada iman… orang macam En. Jad ni, yang dah jejak tanah haram tu, takkalah susah sangat nak sabaq! Sabaq, naa!” ada ketawa yang dibuat-buat. Jad panas. Memang panas sekarang.
Mendengarkan yang Jad Imran sudah diam seribu bahasa membuatkan pemanggil itu berhenti daripada terus menganjingnya. Suara serius yang kedengaran sekarang.
“Aku nak tukar, bukan malam esok…malam ini!”
“What the hell?!!! Apa yang kau cakap ni? Kau ingat senang ke aku nak sediakan semua tu dalam masa tak sampai sehari ni?! Kau ada otak ke tak?!!!” Jad langsung tak menahan kata. Dia sangat menyirap sekarang.
“Bini kau dekat aku sekarang, aku nak benda tu siap malam ni jugak! Jadi tak kisahlah apa kau nak buatpun, bila aku cakap aku nak malam ini maksudnya malam ini, faham?!!!” giliran si pemanggil misteri pula yang membalas paku buah keras. Jad terkesima, mana sempat untuk dia sediakan apa yang diminta malam ini juga, memanglah dia tidak akan memberikan apa-apa pun yang dia disuruh beri tetapi rancangannya tiadak akan berjaya juga kalau di terpaksa berjumpa malam ini. Dia belum bersedia. Tidak sepenuhnya untuk berdepan dengan musuh-mush misteri ini.
“Kau dah cakap nak malam esok, aku tak dapat nak sediakan apa-apa sekarang ini. Cubalah kau faham sikit,” Jad cuba untuk berdiplomasi. Namun tiada suara yang menjawab permintaannya. Sebaliknya, bunyi tut, tut, tut yang mengganti pekik jerit si pemanggil tadi. Talian diletakkan.
Jad menghempas gagang telefon pada tempatnya penuh amarah. Hampir-hampir sahaja alat komunikasi hasil daripada inovasi Alexander Graham Bell itu musnah dek kerana maraknya api dendam Jad. Alahai, Jad ini pun satu... kalau marah sekalipun, takkanlah harta universiti ini pun nak dijahanamkannya. Tetapi sebetulnya, sesiapa pun yang bercakap dengan Jad sekarang pasti akan menerima penyudahan yang kurang baik. Jad terlampau beremosi buat masa ini.
Tiba-tiba pintu bilik pejabat Jad diketuk. Malas hendak melayan dan berbekal hati yang panas membara, Jad memekik, “saya sibuk! Tak ada orang fail paper saya, awak boleh bagitau kawan-kawan awak tak payah jumpa atau call saya lagi!”
Di luar, pelajar yang kebetulan memang ingin bertanyakan hal tersebut terdiam dek kena marah sebegitu dengan pensyarah yang tidak pernah meninggikan suara di dalam kelas. “Oo...okay!” cepat-cepat dia melarikan diri dari situ.
Act 15
Kediaman Adnan Taufik.
Taufik memeluk Alia sebelah tangan. Berita Utama malam itu tidaklah menarik sangat untuk ditonton tetapi saja dia biarkan siarannya terbuka begitu. Sarah ada di meja makan, sedang mengulangkaji pelajaran. Diam sahaja budak bertuah itu. Sesekali dapat dilihat sarah menguap sendiri, apalah yang diletihkan budak itu. Baru nak dekat pukul 9. Alia pula tidak berkata apa-apa. Dia membiarkan sahaja Fik merangkulnya begitu. Diamnya Alia seperti ada sesuatu yang difikirnya. Dan sangkaan itu dikuatkan lagi apabila Alia tidak sedar yang Fik sudah lama kalih pandang kepadanya. Namun tidak disedarinya langsung. Apakah yang bermain di minda Alia? Adnan Taufik jadi penasaran.
“Lia, Lia okay ke?” pertanyaannya tak disambut. Mungkin suaranya terlalu perlahan. Fik cuba menyedapkan hati sendiri. Soalan yang sama berulang, kali ini lebih kuat walau hanya sedikit sahaja. Masih tidak berjawab.
“Lia?!” kali ini bukan setakat suara yang naik, sekali dengan badan Alia dipeluk kuat. Alia yang baru tersedar menjerit kecil.
“Abang!”
“Kenapa abang tegur Alia tak dengar tadi? Abang dah panggil dua kali, padahal abang ada dekat sebelah je ni,” tanya Fik perlahan dan selamba.
“Haa… abang ada panggil, abang nak apa-apa ke? Nak air, Lia buatkan,” Alia cuba cover line.
“Tak, abang tak nak air… abang nak tidur dah, jom…”
“Eh, awalnya, baru nak pukul 9 abang dah nak tidur?”
“Kenapa tak boleh pulak, dah Isyak dah, takde benda nak buat, tidurlah. Jom!” arah Fik.
Alia memandang pelik, kenapa dengan laki aku ni? Kalau iyapun nak ke ranjang, janganlah cakap depan anak macam ni.
“Abang tunggu dekat atas.”
Ya Allah, hai! Apa kena dengan laki aku ni? Bukan main gelojoh lagi! Alia memandang Sarah. Nasib baik budak itu tidak mendengar sangat. Huuuu… hela Alia, malu dia jika anaknya yang makin meningkat remaja itu tahu dan dapat meneka apa yang suaminya itu inginkan. Bukan malu sebenarnya, segan…
“Sarah, pergi masuk tidur, sayang,” Sarah menurut tanpa banyak soal. Dia mengemaskan buku dan terus ke biliknya yang juga terletak di tingkat atas.
Langkah Alia perlahan dan tidak teratur sangat menaiki tangga ke tingkat atas. Entah apa yang dia fikirkan. Tak lama dakiannya sampai ke depan pintu bilik. Daun pintu yang tidak ditutup dia tolak. Kelihatan Fik sedang memeluk bantal dengan mata yang terpejam. Eleh, autalah tu. Nak main tidur-tidur pulak. Alia tertawa sedikit memandang suaminya yang berpura-pura itu. Mendengar gelak Alia yang sedikit membuatkan Fik turut sama terlepas tawa. Namun masih hendak dia cover, Fik kelihatan sangat comel berkelakuan sebegitu sekarang. Biasanya, Adnan Taufik adalah seorang yang tegas dan keras, apabila dia bergurau sebegini, memang Alia rasa terhibur. Jarang-jarang suaminya itu hendak bergurau seperti sekarang. Tuan Haji lah pulak, kan… Huh, kalau nak benda itu saja barulah nak pujuk Lia macam ini ye. Telah nakal Alia berlegar dalam kotak fikirannya.
Alia menanggalkan ikat rambutnya. Dibelek-beleknya rambut yang ada kesan ikatan itu seadanya. Biarlah dia kelihatan elok jika hendak bersama dengan suami. Lagu Saloma yang berjudul ‘Tiru Macam Saya’ itulah yang menjadi inspirasinya, mungkin. Kalau sayangkan suami, buatlah dia tak nak pandang perempuan lain. Lawakan diri sendiri dahulu.
Comforter yang melitupi tilam itu diselaknya perlahan dan perlahan-lahan dia berbaring disebelah Fik. Dia tersenyum memandang wajah Fik, yang masih hendak berpura-pura sudah tidur itu. Lelaki ini, ketampanannya langsung tidak berkurang walaupun sudah bertahun berpisah, bertahun hidup bersama. Mengingatkan seksanya perpisahan yang lalu, Alia tidak ingin lagi semua itu terjadi dalam hidup mereka. Biarlah ia kekal bersemadi dalam lipatan sejarah sahaja. Biarlah ia diam-diam di situ dan tidak dibuka lagi. Besar harapan Alia untuk kebahagiaan mereka.
Fik membuka matanya. Kepalanya dipalingkan menghadap Alia, dia melihat wajah isteri tercinta. Cinta mereka masih mekar dan masih mendambakan bahagia. Dia senyum dan membelai pipi mulus Alia, hampir-hampir sahaja Alia menangis kerana terharu. Namun Fik lebih cepat menariknya dalam pelukan dan menenangkannya dengan suara yang syahdu. Kasih dan sayang Lia tidak lari dari lelaki ini, tidak pernah dan tidak akan.
“Lia, Lia percayakan abang, kan?” walaupun Alia tidak begitu faham kenapa soalan seumpama itu ditanyakan kepadanya, Alia tetap mengangguk. Dia percayakan Taufik, jadi mungkin atas sebab itu dia tidak perlu menyoalkan kembali kenapa Taufik bertanyakan hal itu.
“Kita janji yang kalau ada apa-apa pun, even a slightest thing pun, antara kita tak akan ada rahsia, kan?” dalam dakapan lelaki sasa itu, Alia tidak pernah berhenti mengiyakan setiap yang ditanya. Dia rasa sayu mendengar pertanyaan demi pertanyaan daripada Taufik.
“Kalau ada antara kita yang ada masalah atau apa-apa, seorang lagi boleh tolong atau at least tolong redakan perasaan yang tak tenteram tu, kan?” Alia tidak ada sebarang reaksi lain selain mengangguk dan terus mengangguk mengiyakan setiap apa yang ditanya. Tiada jawapan lain selain ‘ya’.
“Habis tu, kenapa abang rasa yang Lia tak cuba bagitahu abang apa yang Lia pendam, apa yang Lia rasa dan apa yang Lia takutkan? Lia rasa abang dah tak mampu nak kotakan janji-janji abang pada Lia? Lia dah tak yakin dengan abang ke? Lia dah tak rasa semua tu ke lagi dengan abang?”
Ada suara sebak dibalik luahan seorang lelaki bernama Adnan Taufik itu. Ada rasa menjauh walaupun tegar dalam hati penuh bunga-bunga cinta. Ada rasa terkilan yang berbalam dengan cinta yang tak bertepi. Taufik memang seorang lelaki namun dia juga manusia biasa yang akan merasa sebak dan sedih dibalik perwatakkan yang selamba. Kelelakiannya bukan alasan untuk menidakkan rasa sedih dan lemah bila insan yang paling dia cintai seakan tidak yakin dengannya.
“Abang, jauh dari fikiran Lia nak fikirkan itu semua tentang abang. Tak ada yang berubah, abang tetap abang dan cinta Lia pada abang tetap sama tak pernah kurang! Abang lelaki terbaik buat Lia. Abang segala-galanya bagi Lia.”
Wajah kesal Fik masih sisanya berbaki lagi. Ada yang masih ditagih oleh lelaki ini. Suatu penjelasan yang harus Alia jelaskan. Penjelasan yang ibarat hutang yang wajib dibayar dan hutang itulah yang ditunggu-tunggu oleh Taufik.
“Sejak pulang dari umrah hari itu, abang perasan yang Alia dah lain sedikit. Apa yang berlaku, Lia. Cerita dengan abang, jangan rahsiakan apa-apa dari abang.”
Alia tidak menyangka yang perubahannya yang kecil itu dapat ditelah oleh Taufik. Rasanya Taufik pasti bertanyakan tentang kenapa dia berubah kelakuan kebelakangan ini. Tidak dapat tidak, Alia harus berterus terang. Mendengarkan yang Taufik sendiri menerima ugutan pagi tadi membuatkan dia berasa risau dan apa yang dia alami selama beberapa minggu ini juga bukannya suatu gurauan yang tidak berasas.
“Alia... Alia, tak tahu nak cakap macam mana. Alia ingatkan ini semua hal kecil saja. Alia tak jangka pula yang mereka sampai cuba nak ancam abang. Alia ingat mereka bergurau setiap kali mereka telefon dan takut-takutkan Alia.”
Taufik terkejut mendengar pengakuan Alia. Tak sangka yang Alia sudah menerima ugutan-ugutan seumpama ini lebih lama sebelumnya lagi. Perubahan Alia, adakah kerana dia bersa takut dan terganggu setiap kali Taufik keluar dari rumah dan tidak ada untuk menjaganya? Oh, tidak. Adakah sepanjang masa itu juga mereka sudah lama menyasarkan Alia. Sekaligus Taufik teringatkan penyerangnya pagi tadi.
“Kau seorang dekat sini, kau ingat keluarga kau boleh selamat?”
Fik jadi takut serta-merta. Bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya terancam oleh mereka-mereka yang gila hendak memudaratkan keselamatan mereka. Terus dia bangun dan meluru keluar dari bilik. Beberapa saat kemudian, Fik kembali membawa Sarah yang didukungnya dalam pangkuan. Alia terkejut namun dia tidak bertanya banyak. Jelas yang dia hendak mereka tiga beranak tidur bersama.
“Alia, kita sambung ‘projek’ kita esok malam!”
Alia hampir hendak tergelak-gelak mendengarnya.
Bersambung…
p/s - tarikh mereka balik umrah itu saya tidak sure... nanti saya edit...hehehe...kak, Dhiya, sorry lambat... takmo marah2...hehehe...ringan-ringankan jemari anda komen please (separa merayu...)

Comments
p/s - kenapa dinie tak mau panggil izz abang? wah..tuan haji sorang tu gatal ya..hahahahah
alakan ms saat2 dinie brdpn dgn sgala mslah dulu dinie hnya pggil dgn pggln'izz'...dorg xmngenag kmbali saat2 tu sbb br aje lps brckp dgn tony....
jahn;pak haji pn manusia yg brnafsu klw x.xkn lh atok2 pn ada yg kwen muda...
saya suka dinie panggil izz dengan nama... sounds sweet...heheh
tulah tu...tapi dalam kes Fik, lain kak... Fik tu masih muda rumaja kak...tak sampai 4 series lagi...hehe