ultraman vs tsunami? siapa menang?
Assalamualaikum semua,
Cuba korang baca ni dulu...
Dipetik dari bharian online
Mungkin ada yang kata kartun tersebut ada mesej tersendiri, ya... saya sendiri dapat faham yang mungkin ia membawa maksud Jepun (Ultraman) adalah sebuah negara yang hebat serba-serbi tetapi kuasa Tuhan tetap membuktikan sekuat mana sesebuah negara itu, kalau benda hendak jadi, ia tetap akan terjadi... saya faham. tetapi kita harus ingat yang tidak semua orang berfikir di atas jalur pemikiran yang sama. Apa yang cuba diterangkan di sebelah pihak sini akan dianggap atau diterima secara lain oleh pihak yang lagi satu. Jadi, by all means kartun tersebut memang tidak patut. Saya sendiri jadi hairan macam mana Berita Harian boleh approve benda sebegitu dicetak. Nampak macam tidak logik.
Tetapi saya sekali lagi menegaskan yang saya cuma memberi pandangan yang sedikit sahaja. Bukannya berniat untuk menuding jari ke arah sesiapa. Cuma kalau boleh di masa hadapan, tak usahlah terlalu extrovert sangat dalam menyiarkan sesuatu.
Cuba korang baca ni dulu...
Dipetik dari bharian online
Komen saya adalah... kartun itu memanglah tidak wajar kerana nampak sangat mempersendakan negara matahari terbit tersebut. Kalau kita jadi rakyat Jepun pun kita akan rasa terhina, kan...MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG
Mungkin ada yang kata kartun tersebut ada mesej tersendiri, ya... saya sendiri dapat faham yang mungkin ia membawa maksud Jepun (Ultraman) adalah sebuah negara yang hebat serba-serbi tetapi kuasa Tuhan tetap membuktikan sekuat mana sesebuah negara itu, kalau benda hendak jadi, ia tetap akan terjadi... saya faham. tetapi kita harus ingat yang tidak semua orang berfikir di atas jalur pemikiran yang sama. Apa yang cuba diterangkan di sebelah pihak sini akan dianggap atau diterima secara lain oleh pihak yang lagi satu. Jadi, by all means kartun tersebut memang tidak patut. Saya sendiri jadi hairan macam mana Berita Harian boleh approve benda sebegitu dicetak. Nampak macam tidak logik.
Tetapi saya sekali lagi menegaskan yang saya cuma memberi pandangan yang sedikit sahaja. Bukannya berniat untuk menuding jari ke arah sesiapa. Cuma kalau boleh di masa hadapan, tak usahlah terlalu extrovert sangat dalam menyiarkan sesuatu.
Jahn: rasa macam melampau pun ada juga... Emil: lain orang lain penerimaannya... |
Comments
Jadi dalam pemahaman aku ni kartunis tu nak soundlah "tulah ko ingat Jepun hebat sangat ke, datang je bala gitu mengelabah jugak!" tapi dia lupa masa macam ni bukan untuk tunjuk 'menyampah' tapi masa untuk cakap," Jepun kamu ok ke?" bukan untuk tunjuk kita baik sangat tapi bila masa kita yg kena musibah nak ke kita dengar org cakap," itulah dulu sombong!"
-sekadar pendapat jer..