Bila?




Bila teringat, hati jadi senang
Bila terbayang, semakin sayang
Bila bersama, tak ingin lepas
Ku membilang 'bila' sehingga kau tiba

Di hadapanku, sudah tiada siapa lagi untuk aku suka
Kerana engkau sahaja yang ada dalam jiwa
Di belakang sudahku lupa semua cerita yang pernah ada
Kerana semuanya sudah tak bermakna bila kau kata cinta

Bila teringat, rindu tak habis berulang
Bila terbayang, semakin terigau
Bila bersama, tak habis ku tunggu
Ku membilang 'bila' sehingga kau tiba

Tak pernah disangka-sangka
Cinta benar-benar buat aku jadi gila
Tak pernah sekali merasa
Derita lalu, bawa aku padamu...

Bila teringat, hati jadi senang
Bila terbayang, semakin sayang
Bila bersama, tak ingin lepas
Ku membilang 'bila' sehingga kau tiba

Ku menunggu saatnya... bila kau di depan mata...








Jahn: Khas untuk seseorang yang mabuk cinta...
Emil: Siapa?
Jahn: Einay Ilaragsa...
Post a Comment

Popular posts from this blog

Juliana Evans cakap dia takde adik, sepatutnya dia cakap "Aku takde adik macam tu!!!"

Hantu Kak Limah Balik Rumah

REVIEW SETIAP DETIK NAFASKU ~ DHIYA ZAFIRA