menyesal

Assalamualaikum semua,

apa yang menyesal? oh, tidak ada apa-apa sangat pun.. semalam, kan ada segmen Ben Ashaari GAME ANTARA BLOGGER : BERMULA...

Jahn dah hantar dah borang pendaftaran.. bukanlah borang J atau pun borang nak masuk MRSM, tapi buat entry post yang notify Bro Ben yang Jahn nak join gak.. curious, kan.. curiosity kills the cat, katanya..

dah buat-buat itu.. kenalah pulak mencari kawan-kawan bloggers yang join juga dalm 5 orang, kan.. peninglah, kan nak cari!! Jahn ni walaupun dah 5 tahun berbelog, followersnya kan seciput tu haaa.. harapkan kawan, kawan pun follow privately apa kes?, kan.. sakit hati, kan..



so, what Jahn had to do adalah menagih simpati katanya (membesar-besarkan cerita, kan!!) nak group dengan sesiapa yang sudi.. haram, kan.. takde.. dah nak ada pulak.. lambat sangat Jahn bertindak.. feeling-feeling ayu, kan menaip kat shoutbox tu, kan.. walhal kau lembab nak mampos kan sampai orang lain terjah dulu bakal geng yang dah menjadi geng ke? atau geng tinggal sejarah kau.. Jahn sedih la.. cam fed up and putus asa pun ada korang.. tapi demi meningkatkan trafik blog Jahn ni, Jahn cuba menggagahi segala onak dan cabaran ini.. Jahn perlu seterong korang!! Jahn perlu minum Nan PRO untk jadi hebat.. so Jahn minumlah Minute Maid Pulpy (soooo pulpilicious korang!!), takkan nak minum susu budak pulak, kan..

dalam dok feeling-feeling meneguk air itu, Jahn teringat yang kawan Jahn Aki Mustafa nak guna berotben sebab apa entah, lantaklah, kan.. ada aku kesah?? takde, kan.. so, Jahn walaupun tebal hati nak meneruskan pencarian Geng untuk segmen Bro BEN ini, Jahn harus akur, korang.. Aki Mustafa lebih memerlukan berotben tersebuat kerana berotben itu sahajalah yang menjadi perkongsian hidup kami.. (tak boleh blah, kan.. macma pasangan mungkar, kan... gila, kan..)..

inilah teman tidur Jahn saban malam, korang jangan berfikiran diluar akidah pulak.. roommateslah!! Aki Mustafa dengan Fairos Ahmad, kan.. dua-dua badan taf, kan.. sebelah kiri, sebelah kanan, kan.. kaki Fairos Ahmad ke muka Jahn, kan.. Jahn diamkan aje, kan.. nak marah orang tidur apa gunanya, kan.. lain sikit dengan Aki Mustafa ni, biasanya Jahn yang tendang dia, dia tanpa perikemanusiaannya, terajang balik Jahn tanpa consideration yang Jahn tidor.. kejam, kan? itulah dia korang, tidor dengan jantan.. lepas ni pergilah cek in mana-mana dengan pompuan baru bleh tidor dengan aman, tapi aman ke malam korang malam itu? korang fikirkanlah... hahaha!!
so, Aki Mustafa telah memberi amaran kepada Jahn supaya memberikan berotben tersebut kepadanya, jika tidak........... AWAS!! kau mampu? tak, kan.. so, dok diam!!
so dengan berat hati, jantung dan berat telur serta berat badan, Jahn harus me-log-outkan Facebook... men-sign-out-kan blogspot dan meng-disconnect-kan berotben.. untuk memberi ruang kepada Aki Mustafa untuk melakukan kerja beliau yang masih lagi seorang pelajar.. sebabkan dia masih lagi seorang pelajar Jahn beralahlah, kan.. padahalnya sebelum dia secara kasar merentap plug lappy Jahn di dinding better Jahn behave dan bagi berotben itu, kan.. takut, kan..

Lagi pun korang, Jahn hari ni nak keje, kan.. boss Jah semalam dah awal-awal cerca maki serta mengherdik Jahn..

"Fauzan!! you call our consultants and ask for the the NBK report for this week up till today!! I want it to be done tomorrow morning!!" katanya.

Jahn balas, "ada kau kesah??" dalam hati, kan.. nak herdik balik tak mampu, kan.. Jahn senyumkan aje dengan wajah Alex Pettyfer Jahn ni.. Jahn jawablah..

dengan beraninya, Jahn angkat tangan ke dahi.. tanggal baju dan seluar depan boss Jahn then cakap, " you nak bagi I apa?" wahhh, gitu!!, kan.. mendusta sudey..
"aa.. okay, I'll get it done tomorrow," dengan kacak dan menggodanya.. padahal kau terketar-ketar menahan kencing, kan..

so, itulah dia..kepada 2-3 orang yang komen dekat Jahn punya previous entry nak mintak Jahn satu group tu, Jahn mintak maaf banyak-banyak ye, korang... jangan pulak korang serik nak ajak Jahn join apa-apa lepas ni... InsyaAllah Jahn mampu lepas ni...

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS