sumpah takkan makan binatang itu lagi!! dan kelip-kelip bercahaya menemani malam sunyi di sungai kg. kuantan...

Assalamualaikum semua,

hai, Jahn di sini...hari sabtu camni, kan kalau tak diupdate blog, maka akan dicerca pemalaslah, kan... so, walaupun Jahn ni memang terasa perasaan itu dekat di hati Jahn, kan... kenalah jugak memaksakan diri update blog dan berpura-pura yang blog Jahn ni best sangat sampai orang berlumba-lumba nak baca, kan... walaupun sebenarnya trafik kau adalah 2, 3 kerat, kan... (sumpah annoying dengan perkataan 'kan' tu, kan? opss, my bad!!)



okaylah, kita berbicara bebetullah, ye... sila baca tajuk entry ini sekali lagi, baca kuat-kuat sampai jiran sebelah maki korang tau, silalah, Jahn tunggu... tau korang belum jerit lagi (B-HRM, kan Jahn ni?), takpelah y'all kalau tak nak jerit Jahn faham, Jahn pun takkan buat selagi RM50, at least 3 keping tak terhidang depan mata. ni, Jahn nak story mory ni...

semalam, kan... Jahn dengan kawan-kawan Jahn pergilah makan dekat Aroma Ikan Bakar Jeram Kuala Selangor... alah korang nak tahu pasal restoran tu, sila mintak tolong pak cik google carikan info, ada dalam simpanan pak cik google... malaslah Jahn nak review restoran tu sebab dah ramai yang berbuat demikian...

lagipun, Jahn sentap dengan restoran itu kerana membuatkan Jahn hampir-hampir berubah menjadi mutan dalam resident evil!!

korang, kalau Jahn nak berubah jadi macam ni, Jhan tak kisah, kartun pun kartunlah asalkan kacak, kan... tapinya...
Jahn hampir-hampir nak jadi macam ni, okeh!! oh no!!
semuanya sebab siapa? salah siapa? angkara siapa? natijah daripada tindakbalas siapa? betul korang nak tahu ni? betul-betul nak tahu??... semuanya adalah kerana B-HLL(binatang halal) ni...

ketam goreng cili!!
tulah, confident sangat menjamah ketam yang lazat itu, kan... tanpa menyedarkan diri yang lena dibuai mimpi betapa ketam itu sesedap binatang dalam dunia... sedangkan kau tu konfem-konfem alergik dengan amphibian tersebut, kan... aduh... tajuk atas tu sekadar membesar-besarkan cerita jer... hahaha... akan makan kalau ada motip dan kesempatan... kalau nak jadi raksasa pun pastu, kurung jelah diri dlam bilik 5 hari, kan...

END OF PART 1

lepas tu, kan y'all dengan tangan yang sudah menunjukkan ciri-ciri K9999, kan... (korang kenal tak? bagi yang tak kenal say 'hi' dekat beliau!!)

kacak tak beliau?!!
ini bukanlah apa yang kami nampak malam itu...
okay, sambung balik... lepas tangan Jahn dah jadi macam tu, kami (Jahn dan kawan-kawan) ke Kelip-Kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor tu... alah yang iklan TNB tu... yang tutup je lampu semua kelip-kelip tu berkelip... dah ingat? bagus... tak ingat? lantak kau!! hahaha... (sorry!!Jahn, you're stupid!!)

ini Aina... macam biasa tu... dia jelah cikaro paling dekat ngan kami skang ni...
ini pula kami, Jahn, Awe Korie,Totex dan Aki Mustafa
gambar-gambar ni adalah untuk menujukkan Jahn tidak membohong, okey!! kami memang berada di situ malam semalam a.k.a pagi tadi... tengok kelip-kelip, kan... walaupun dah tengah malam and patutnya tempat tu dah tutup tapi entah apa yang totex dah buat dekat pekerja kat situ sampaikan mereka membenarkan kami melihat kelip-kelip...

walaupun dah tak banyak tapi bestlah pengalaman naik sampan tengah-tengah malam buta, pukul 12 lebih, okey!! kau mampu? so, diam!! hahaha!!

itulah program kami sepanjang malam semalam...

END OF PART 2

THE END

Comments

Popular posts from this blog

Hantu Kak Limah Balik Rumah

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS