COOL! - Rahsia terbongkar!!

Assalamualaikum semua,


Ya Allah, lamanya Jahn tak update apa-apa pasal COOL!, kan.. korang jangan ingat Jahn tak serius dengan novel pertama Jahn itu!


Tidak!!


Jahn sangat sayangkan karya ini dan Jahn ingin buat yang terbaik untuknya tetapi mengenangkan workload yang bertimbun, dengan kerja dan research yang masih lagi terbentang luas untuk disiapkan, Jahn akui yang COOL! agak terbengkalai, suatu yang Jahn kesal sedikit.


Tetapi hari ini Jahn nak post sneak peek sikit tentang COOL! kalau dalam the whole manuskrip tu, cerita ni dah hampir ke tengah, dekat dah dengan klimaks.


Kepada mereka yang baru dengan belog Jahn ni, COOL! adalah projek novel pertama Jahn, doakan Jahn sukses yer dengan novel tersebut! Untuk makluman lanjut, just click sahaja perkataan COOL! banyak-banyak ni, yer!


Sila enjoy!!




COOL! updated... so far...



Hafriz cuba menenangkan Suri. Dia tahu gadis itu sangat sedih. Dia tahu apa yang dirasakan Suri tetapi mana mungkin gadis itu faham yang dia faham perasaan sakit itu. kalau keluar ayat tipikal “aku faham perasaan kau” masa-masa seperti ini bukannya Suri akan bertambah baik pun. Hafriz kenal Suri. Gadis itu bukannya senang dipujuk dengan kata-kata.

“Suri, it’s okay… just let it out. Cry on me,” kata Hafriz.

“Don’t you see that is what I am doing!!!” tengking Suri. Hafriz jadi terkesima, Suri yang tersedu-sedu menangis ini pun masih ganas lagi.

“Okay, sorry,” Hafriz meminta maaf atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

“Aku ni bodoh sangat ke, Hafriz?”

Soalan itu tidak dapat difahami Hafriz dengan jelas. Bukannya sebab suara Suri yang penuh sedan itu menghalang pendengarannya tetapi memang dia tidak faham kenapa soalan seumpamanya ditanya.

“Don’t say like that. You’re never… bodoh.” Dalam tidak faham itu, Hafriz masih cuba menenangkan Suri.




“Goddamn it!” dengan laungan bermakna celaka itu, Rex menumbuk dinding batu apartmen ini sehingga penumbuknya kemerah-merahan. Wajah itu bagaimanapun tidak memancarkan riak sakit langsung, mungkin kerana sudah terbiasa.

Ian yang hanya berdiri di suatu sudut memeluk tubuh sahaja selepas memberi penjelasan.

“If you didn’t tell her then who did, goddamn it?!” bentak Rex tidak menahan amarahnya.

“The hell would I know!” marah Ian semula tidak ingin membiarkan Rex menekannya, memang bukan dia yang memberitahu Suri perkara itu. Bukan dia yang memecahkan tembelang Rex bahawa Rex itu bapa kandung Suri, walaupun bukan bapa yang sah!

“Don’t fuck with me, Ian!”

“Why, you… I told you the truth, I did not tell Suri anything!”

Rex diam menahan berang. Dalam buntu itu dia teringatkan Raihana.

‘Saya yakin awak boleh betulkan semula keadaan, just… jangan jadi macam ini lagi…’

Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepala dan di telinganya. Segera kesedarannya kembali menyentuh ruang marah yang penuh dalam dadanya. Sedikit demi sedikit, rasa amuk terbitan syaitan itu hilang. Walau belum betul-betul habis sekurang-kurang dia dapat berfikir dan bertindak tanpa membenarkan amarah yang mengawal keadaan.

“Ian, I am really sure it was you, the only one person I tell about Suri.”

“I know… and I did not tell her about you either.”

Rex akhirnya mengalah, jika sungguh-sungguh Ian menidakkan apa yang terjadi maka benarlah bukan dia yang memberitahu Suri rahsia yang sepatutnya masih menjadi rahsia itu. Apa yang membimbangkannya adalah sama ada Suri masih ingin betemunya atau tidak lagi selepas ini, takkanlah dia hendak menculiknya sekali lagi. Leceh betul! Kalaupun dia menculik gadis itu, apa yang akan dia dapat nanti? Dapat penampar? Penampar Suri itu lain daripada Raihana. Jauh lebih pedih rasanya, sehari tak boleh jamah nasi nanti.

Rex menguak dan menggaru rambut dan kepalanya tanda semak dengan keadaan yang menghimpitnya. Kalau disuruh bunuh orang pun lagi sennag daripada berdepan dengan Suri sekarang ini.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Ian baru sedar yang dia tidak mengunci pintu tadi. Walaubagaimanapun tidak ada riak terkejut atau bimbang pada kedua-dua lelaki ini. itupun sebelum melihat siapakah tetamu yang datang.

“Cat!” sahut Rex dan Ian serentak.

Catalina memandang kedua-dua lelaki itu bergilir-gilir. Dia berjalan ke dalam rumah sambil tangannya menyentuh dan membelek-belek beberapa hiasan kecil yang ada di ruang tamu apartmen milik Ian itu. Semula, matanya menangkap wajah Rex. Kali ini hanya Rex sahaja.

“I told her everything…”






p/s -  bila Jahn free Jahn akan postkan lakaran setiap characters versi kartun yer...

Comments

dhiya zafira said…
Jahn...tunggu bertahun bru dapat baca update...tulisan tak sesuai la..menganggu pembacaan..tukar font lain..hahha..(selamba je ek...)
Mohamadjahn said…
kak dhiya...ceh, akan dipertimbangkan...(selamba jugak!!haha)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Hantu Kak Limah Balik Rumah

KEBAIKKAN COMPLEX CARBS